Bab 56

     Tersenyum puas Hanan sambil mengangkat beg plastik yang dipenuhi barang-barang dapur yang hendak di masak hari ini. Rasa gembira tak terhingga apabila Aisyah menelefonnya dan mengatakan yang gadis itu mahu bertandang ke rumahnya pada hujung minggu ni. Hanan dengan senang hati sangat mengalu-alukan kedatangan Aisyah. Mesti lah gembira, sahabat sendiri nak datang rumah kut!

Setelah beberapa hari dia tidak keluar dari rumah akhirnya hari ni dia dapat menghirup udara dunia luar dengan senyuman tidak lekang meniti di bibir. Tak sabar mahu berjumpa dengan sahabat sejati dunia akhiratnya lah katakan!

"Bahagia betul nampak?"

Pantas Hanan angkat wajah. Senyuman di bibirnya terus mati. Air mukanya bertukar pucat berhadapan dengan si penegur. Tubuh badannya auto mengigil.

Matanya melilau memerhatikan sekeliling. Tiada satu kelibat manusia pun lalu lalang di sini memandangkan Hanan yang ambil jalan lorong ini. Lagipun jalan ini sahaja dekat dari rumahnya ke kedai supermarket sini tetapi sekarang dia rasa sangat menyesal menggunakan jalan ini. Tersangat! Tekaknya tiba-tiba terasa kering ya amat.

"A...abang Ryl, buat apa kat sini?" Hanan cuba berlagak tenang walaupun dari dalam sudut hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebar cik jantung.

Syazryl tersenyum pulas. Cara pemakaian Syazryl sama sahaja ketika malam lelaki itu menceroboh rumahnya. Hanan menggeleng kepala pantas. Fikirannya yang prasangka buruk cuba dibuang.

"Mesti Ikha bahagiakan sebab dah lama tak kena ganggu dengan abang? Rasanya Ikha tahu kan kalau kita berjumpa buat kali kedua?" Sebelah keningnya terangkat. Dihujung kata-katanya dia ketawa sinis.

Dahi Hanan sudah berpeluh. Setapak demi setapak dia mengundur ke belakang. Gerak geri Hanan, Syazryl dapat tangkap dengan mudah.

Bibirnya menyenget sinis. Nak lari ye sayang?

Baru sahaja beberapa langkah Hanan berlari, Syazryl dapat mengejarnya. Belakang tubuh gadis itu dipeluk kemas membuatkan Hanan meronta-ronta kasar minta dilepaskan. Terlucut plastik barang dapur yang dia beli dari tangannya.

"Lepas lah!" Hanan mendesis kesakitan. Pergelangan tangannya dipegang kuat.

"Ikha fikir semudah tu abang akan lepaskan Ikha? Mungkin dulu Ikha boleh terlepas tapi kali ni abang tak akan lepaskan!"

Mulut yang mahu membalas kata-kata Syazryl terbantut tatkala satu kain melekap di permukaan hidung dan mulutnya. Sungguh! Hanan tidak mampu berfikir kali ini.

Tubuh Hanan yang meronta-ronta memberontak kini perlahan-lahan kembali tenang. Sempat Syazryl memaut pinggang Hanan agar gadis itu tidak jatuh ke atas tanah. Mata Hanan sudah tertutup rapat. Wajah lena gadis itu dipandang lama.

"Abang akan jadikan Ikha milik abang. Abang tak kira."

Tubuh Hanan digendong lalu di bawa ke kereta yang sudah dia siap sedia parking di situ.

Tanpa disedari disebalik tempat persembunyian, ada seseorang yang memerhati dengan pandangan marah. Terkacip-kacip gigi itu menandakan rasa amarah membuak-buak dengan tindakan lelaki itu. Tangannya mengepal penumbuk.

🌸🌸🌸

     Bunyi mulut yang bergaduh membuatkan Hanan perlahan-lahan membuka mata. Matanya terasa kabur dia kelip-kelip kan beberapa kali sehingga pandangan terasa jelas. Apabila anak matanya menjamah wajah merah Qairul, dia terkebil-kebil sendiri.

Apa yang berlaku?

"Dia isteri aku! Apa yang korang buat selama ni belakang aku ha?!" Jerkah Qairul begitu kuat. Dia nampak tangan Qairul  menggenggam kolar baju lelaki asing itu.

Sekali lagi Hanan diserang rasa aneh. Dia cuba mengingati balik apa yang terjadi  tetapi bahananya rasa sakit pula yang datang menyinggah ke kepala. Automatik tangan dibawa ke kepala.

"Aku tak buat apa-apa! Aku datang sini sebab nak selamatkan perempuan tu!" balas lelaki asing itu berani. Langsung tidak takut pandangan membunuh Qairul.

"Kau fikir aku senang-senang diperbodohkan? Hey! Ni rumah aku lah! Baik kau cakap betul-betul. Kau buat hubungan terlarang dengan isteri aku kan?!"

Terkedu Hanan mendengar lontaran kata-kata Qairul. Jantungnya berdegup laju apabila ingatannya kembali menjengah apa yang berlaku sebelum dia tidak sedarkan diri. Hanan jatuhkan pandangan ke tubuhnya. Air mukanya berubah pucat tidak berdarah.

T...tak...

Tak mungkin!

Tubuhnya yang terlalu terdedah itu cepat-cepat dia cuba tutup. Terketar-ketar jarinya cuba membuntangkan kembali baju kemeja yang dia pakai. Kepalanya menggeleng-geleng laju.

Tak, ini semua mimpi kan?

Syazryl tak akan berani melakukan perkara terkutuk ni kepada dia kan?

"Kau berambus sebelum aku lunyaikan muka kau! Berambus!" Jerit Qairul sudah tidak mampu menahan emosinya.

Lelaki asing itu  mendengus kasar. Bajunya yang tidak terurus itu dibetulkan sebelum kelibat lelaki itu menghilang dari mata kasarnya.

Dari jauh Hanan nampak Qairul mencengkam rambutnya. Wajah lelaki itu  tampak sangat tertekan. Tidak mampu lagi menahan sebak di dada, akhirnya terlepas jua esakan di bibirnya.

Dia sudah tidak suci?

Kenapa semua ni terjadi dekat dia?

"Kau dah bangun?" Qairul segera angkat kepala apabila mendengar bunyi esakan Hanan.

Bibirnya menyenget sinis.

"Seronok main belakang aku dengan jantan lain?"

"T...tak! S...saya kena fitnah. Sumpah! Saya tak tahu apa-apa pun Qairul!" Hanan cuba meraih kepercayaan Qairul. Air matanya membuak-buak keluar.

Qairul berdecit kasar. Benci dengar tangisan Hanan yang semakin menjadi-jadi itu. Hatinya turut terasa sakit. Sangat melemaskan.

"Aku mengaku aku abaikan kau selama ni tapi sekurang-kurangnya aku tak pernah bawa perempuan lain dalam rumah ni, tapi kau..." Qairul jeda sekejap.  Dia mengetap bibir geram beserta mata terpejam rapat.

Tak sanggup dia bayangkan detik-detik ketika masuk ke dalam bilik Hanan. Tubuh Hanan didakap erat oleh lelaki asing itu. Hanan pula seakan-akan beradu di atas katil. Kalau sekali pandang pun mungkin orang lain akan membayangi perkara yang sama difikirannya. Lagi-lagi pakaian mereka yang tidak terurus itu. Tidak lagi dengan jarak intim mereka.

Tergeleng-geleng kepala Hanan menidakkan. Langsung tidak fikir keadaannya yang tidak terurus itu. Dia terus berlari mendekati Qairul. Tangan Qairul dicapai laju.

"Saya mohon, percayakan saya. Saya tak tahu apa yang jadi! Saya bersumpah saya tak tahu!" Teresak-esak Hanan berkata sehingga tubuhnya menghasilkan gigilan kecil.

Tuhan, katakan semua ini mimpi.

"Siapa nak percaya kau kalau kau dalam keadaan macam ni Hanan?!" Bentak Qairul kasar sehingga kelihatan urat lehernya yang menegang.

"Tak! Saya berani jujur yang saya tak buat semua tu!" Tidak cukup dengan itu Hanan melutut dihadapan Qairul. Dia tetap meraih tangan Qairul biarpun tangannya berkali-kali ditepis oleh Qairul.

Allah! Sungguh dia tidak kuat.

"Saya merayu pada awak, Qairul. Percayakan saya. Saya sayangkan awak. Tak akan pernah saya cuba buat benda terkutuk kat belakang awak. Awak suami dan syurga saya. Saya tak akan tergamak buat semua tu. Saya cintakan awak Qairul. Tolong... tolong lah percayakan saya kali ni." Rayuan demi rayuan Hanan ungkapkan. Tidak cukup dengan itu perasaan cinta yang selama ni dipendam akhirnya terlepas jua dari bibirnya.

Tidak pernah dia rasa setakut ini. Anak mata hitam pekat Qairul direnung dengan pandangan redup.

"Lepaskan aku Hanan! Aku jijik dengan kau!" Tubuh Hanan ditolak sehingga Hanan jatuh ke belakang, namun Hanan kembali mendapatkan Qairul.

Dia dah tak kesah kalau Qairul bencikan dia sekalipun asalkan lelaki itu tidak menghalaunya dari hidup lelaki itu.

Hanan terlalu mencintai Qairul. Takut akan kehilangan Qairul.

"Qai... Saya minta maaf tapi kali ni je Qai. Saya cuma nak awak percayakan saya. Saya tak tahu macam mana boleh jadi. Saya cuma keluar beli barang sekejap lepastu saya jumpa Abang Ryl. Lepas jumpa dengan Abang Ryl saya tak tahu apa jadi dan sekarang saya ada kat sini dengan keadaan macam ni."

Hanan cuba menerangkan perkara yang sebenar tetapi Qairul tetap mengeraskan tubuh. Bagaikan tidak mahu dengar bait-bait bicaranya.

"Tak akan abang kau tu tiba-tiba boleh muncul depan kau? Jangan libatkan orang lain lah Hanan!" Marah Qairul berang. Sakit hati tiba-tiba sahaja muncul nama Syazryl di antara mereka.

"Tak, saya cakap benda betul. Sebelum ni dia pun pernah ceroboh..."

"Cukup Hanan! Aku tak nak dengar lagi kata-kata bodoh kau!" Jari telunjuknya naik menegak ke muka Hanan. Memberi amaran keras.

Mati terus kosa kata Hanan, namun air matanya tetap laju mengalir.

"Kau tahu tak?"

Kepalanya mendongak memandang Qairul di atas. Hanya air mata yang membalas. Dia hanya membiarkan Qairul menyambung kembali kata-katanya. Debaran di dadanya semakin terasa.

"Hati aku sakit sangat bila kau sanggup buat macam tu. Aku percaya kan kau tapi kau hancurkan macam tu je kepercayaan aku. Mulai hari ni, aku tak nak lagi tengok  muka kau."

'Dum!'

Selafaz dengan kata-kata itu, Hanan tergamam. Dunianya terasa kelam tiba-tiba. Dadanya bagaikan mahu pecah mendengar.

"Tak, jangan buat saya macam ni Qairul. Saya sayangkan awak." Lirih Hanan. Kali ini Hanan terus bangun dan memeluk tubuh Qairul kemas.

Terkesima Qairul seketika sebelum dia kembali tersentak. Tangannya cuba menolak Hanan. Pelukan mereka cuba dileraikan.

"Saya minta maaf Qairul! Saya minta maaf.  Tolong jangan halau saya macam ni." Rayu Hanan sekali lagi. Mulutnya tidak putus-putus dengan perkataan maaf.

Semakin berang Qairul apabila Hanan tidak mahu melepaskan dia.

"Aku benci tengok muka kau! Kau berambus!" Hambur Qairul kasar.

Sekali dengan tolakan kuat, tubuh Hanan terus jatuh ke belakang. Semakin kuat tangisan yang Hanan lepaskan. Usai pelukan dileraikan, Qairul segera beredar dan meninggalkan Hanan keseorangan yang masih meratapi di atas jubin lantai.

Qairul sudah membencinya.

🌸🌸🌸

    'Pang!'

"Walid!" Menjerit Puan Suhaida apabila Encik Ilzam melepaskan tamparan ke muka anak gadisnya. Cepat-cepat dia mendapatkan tubuh Hanan yang sudah kaku jatuh terduduk itu.

"Abang, jangan macam ni abang. Ikha tu anak kita juga. Kita tak tahu apa yang jadi sebenarnya." Bahu Hanan digosok perlahan. Luluh hatinya melihat Hanan yang menangis tanpa henti sedari tadi.

"Awak diam Ida!" Jerkah Encik Ilzam. Hatinya semakin panas dengan Puan Suhaida yang tidak habis-habis berbunyi.

"Siapa jantan tu? Abang Ryl kata Ikha ada hubungan lelaki lain belakang suami Ikha jadi betullah?" duga Encik Ilzam dengan perasaan penuh marah.

"Tak, walid. Ikha tak kenal lelaki tu. Abang Ryl yang mereka-reka cerita semua ni." Tangan Encik Ilzam cuba digapai, namun lelaki itu lantas kebelakang.

"Fitnah? Kamu jangan nak menipu pula!" 

"Tak! Ikha tak tipu. Demi Allah Ikha tak buat semua tu. Please... Walid percayakan Ikha. Ikha merayu." Teresak-esak Hanan menangis di dalam pelukan Puan Suhaida.

Tersentuh hati Puan Suhaida melihat Hanan yang semakin rapuh. Setitik demi setitik air matanya mengalir sambil memeluk anak gadisnya.

Ibu mana yang sanggup melihat satu-satunya anak gadisnya menanggung semua ni?

"Habis tu kau nak cakap yang Syazryl menipu? Habistu ni apa?"

Berkeping-keping gambar dicampak di hadapan Hanan. Gambar-gambar yang berterabur di atas lantai Hanan tenung sebelum kedua-dua biji matanya membulat terkejut. Puan Suhaida yang turut menyaksikan gambaran itu menekup mulutnya.

Terketar-ketar jari jemarinya mencapai sekeping gambar yang membuatkan hatinya begitu luluh.

Ketika dia tidur di atas katil dengan seorang lelaki yang dia langsung tidak kenali. Bila melihat dalam gambaran lelaki itu juga turut kelihatan lena berbaring sambil memeluknya. Kedua-duanya dalam keadaan yang sangat mengaibkan.

"Tu kau kan? Takkan orang lain kut?" Encik Ilzam cuba bersabar. Bahasa tuturnya juga sudah berubah sekelip mata.

Melihat Hanan yang masih tergamam itu lagi menambahkan rasa syak wasangkanya.

Hanan menggelengkan kepalanya laju.
"Ikha tak buat semua ni. Ikha betul-betul tak sedar. Ikha tak tahu walid. Sumpah Ikha tak tahu dan Ikha tak kenal lelaki ni pun siapa."

Gigih Hanan cuba mempertahankan dirinya. Matanya masih memandang tidak percaya beberapa gambar yang masih berterabur di atas lantai.

Gambar semasa dia menumpang kereta lelaki yang membantunya itu pun turut ada. Semakin hairan Hanan apabila gambar-gambar semua ini ditangkap candid. Nampak sangat yang Hanan tak sedar selama ni ada orang perhatikan gerak gerinya.

"Walid dapat mana g...gambar ni?"

Hanan cuba menahan gigilan suaranya. Sumpah dia takut.

Andai kata Syazryl yang bagi kepada Encik Ilzam semua gambar ni, apa motif? Mahu melihat dirinya hancur?

"Ada orang hantar dekat aku. Mula-mula aku tak percaya tapi bila Syazryl kata dia selalu nampak kau keluar dengan lelaki lain, aku kecewa. Aku bertambah kecewa bila Syazryl kata kau tipu dia yang kau keluar dengan diorang sekadar kawan. Kawan apa sampai macam ni?"

Hanan menggeleng lemah. Tiba-tiba tangan Encik Ilzam memaut kasar lengan Hanan agar berdiri. Terlepas pelukan Puan Suhaida yang memeluk Hanan sebentar tadi.

"Walid, sakit!" Desis Hanan. Lengannya yang dicengkam oleh Encik Ilzam dipegang.

Langsung tidak menghiraukan rasa sakit Hanan. Encik Ilzam membawa Hanan ke muka pintu rumah sebelum dengan kasar dia menolak.

Terkejut dengan perilaku sang suami Puan Suhaida segera mendapati Hanan, namun Encik Ilzam pantas menghalang.

"Abang! Apa abang buat ni? Ikha ni anak kita!" Marah Puan Suhaida. Tidak suka dengan cara si suami.

"Kalau awak tak nak derhaka dengan saya, baik awak diam Ida!" Jerkah Encik Ilzam dengan penuh emosi. Dadanya turun naik menahan marah.

Terdiam Puan Suhaida di situ. Mahu sahaja dia membuka mulut, namun dia tidak mampu melawan kata-kata si suaminya. Berkaca-kaca mata Puan Suhaida merenung anak gadisnya yang masih menangis pilu di bawah.

Encik Ilzam kembali memandang ke arah Hanan yang menunduk sambil menangis. Terhinjut bahu Hanan cuba menahan esakan kecilnya.

"Aku tak sangka selama atas didikan aku, kau buang macam tu je? Menyesal aku ambil kau sebagai anak angkat!"

Pantas Hanan mengangkat kepalanya. Pandangan tajam Encik Ilham dibalas dengan pandangan sayu. Bibirnya terketar dengan hebat. Dadanya terasa sesak mahu terima semua ini.

Dia bakal dibuang lagi sekali?

"Walid! Ni hanya salah faham! Ikha dianiayai. Ikha tak akan pernah sesekali buat semua ni. Ikha bersumpah!" Sekali lagi dia mencuba nasib. Berharap hati si ayah lembut kembali.

Tak akan dia perlu kehilangan keluarga tersayangnya pula?

"Salah faham?! Kalau salah faham kenapa kau masih ada kat situ? Kenapa perlu tipu abang kau sendiri?"

"Abang Ryl yang sebenarnya buat fitnah! Umi percaya lah, apa yang abang cakap semua tak betul! Ikha betul-betul tak buat semua tu dan tak akan pernah buat!"

Mata redup uminya dipandang. Hanya Puan Suhaida yang dia harapkan untuk percayakan dia. Luluh hati Puan Suhaida melihat anak gadisnya merayu. Tubuh Hanan cuba dia dekati tetapi Encik Ilzam pantas memegang lengannya.

"Kau keluar dari rumah ni. Kau bukan anak aku lagi dan bukan anak angkat aku. Keluar."

Membulat anak mata hazel gadis itu mendengar arahan dari si ayah. Tubuhnya kaku menerima tamparan hebat. Hatinya saat ini bagaikan disiat-siat dan ditikam berkali-kali.

Dia tak kuat.

Dia lemah.

Pantas Encik Ilzam menarik Puan Suhaida masuk ke dalam rumah. Tidak cukup dengan itu segera dia mengunci pintu rumahnya. Semakin bergema tangisan Hanan. Anak kakinya segera menaiki tangga dan berlari ke arah muka pintu rumah. Diketuk berkali-kali pintu rumah umi dan walidnya bagaikan mahu  roboh.

"Umi! Walid! Percaya lah cakap Ikha."

"Ikha tak salah."

"Umi!"

Perlahan-lahan tubuhnya jatuh melorot. Kali ini ketukan di pintu tidak sekuat tadi. Cukup perlahan. Dia sudah tidak berdaya lagi merayu dan merintih sebegini.

"Allah, sakitnya."

Semua sudah menghalaunya.

Semua sudah membencinya.

Semua tidak mempercayai.

Hatinya sakit mahu menerima takdirnya sebegini. Hatinya betul-betul tertanya kenapa dia perlu hadap semua ni. Kenapa dia perlu dibenci dan dituduh sedangkan dia tak pernah buat apa yang mereka semua katakan.

Dia cuba menjadi insan yang mampu,
Dia cuba untuk tersenyum biarpun dirinya rapuh,
Namun, segala semangatnya dipatahkan dengan rasa benci orang sekelilingnya,

Terasa hidupnya hancur.

Cukup hancur.

🌸🌸🌸

Ni last and lepas ni Hanan dah tk sedih. Sy tak mampu nak puaskan hati awk semua jadi kalau ada yang sudi baca silakan kalau tak nak boleh baca story lain.

Sy tahu dalam story ni masih ada banyak kekurangan. Jangan terlalu letak harapan yang tinggi ye. Sy pun manusia biasa yang tahu erti penat lelah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top