Bab 55
"You're so beautiful without your hijab. Don't scare okay dear?" Lembut suara itu menembusi gegendang telinganya. Terlalu dekat sehingga terasa hembusan nafas lembut lelaki itu.
Mengigil tubuh Hanan menahan rasa jijik kepada lelaki itu.
"Lepaskan saya!" Pantas dia menolak lengan itu lalu berdeting bunyi pisau jatuh ke lantai mozek. Pantas Hanan memusingkan badan mahu melihat gerangan siapa yang biadap melakukan ini semua terhadapnya.
"Abang Ryl?" Hanan cuba mengecam separuh muka lelaki itu. Jantungnya berdetak laju. Hujung jarinya juga turut sejuk beku.
Lelaki itu tidak membalas, namun dia berjalan menghampiri Hanan. Panik! Hanan berundur ke belakang, takut mendekati tubuh lelaki itu.
Kejadian yang berlaku dulu seakan-akan membayangi lagi sekali. Dia takut kalau apa-apa terjadi kepadanya. Cukup lah dulu dia hampir dirogol takkan sekarang pun dia kena hadap situasi ni lagi?!
"Pandai kan Ikha ni teka? Nampaknya Ikha rindukan abang," balasan lelaki itu membuatkan Hanan tergamam. Bukan setakat itu sahaja, wajah terkejut itu juga tidak mampu dibendung.
Membulat matanya. Kakinya menapak ke belakang.
"A...abang Ryl buat apa ni?! Abang Ryl dah gila?" Jerit Hanan marah. Mukanya sudah bertukar tona.
Dia langsung tak jangka yang Syazryl dalang semua ni. Setelah beberapa bulan Syazryl menghilangkan diri sekarang dengan berani mati lelaki itu berbuat dia begini.
Syazryl tersenyum sinis disebalik kain yang dipakai bagi menutup separuh wajahnya. Kepala Hanan tanpa hijab sungguh cantik sehingga mampu membuatkan dia terpukau seketika.
Ye, dia memang dah gila.
"Abang Ryl cuma nak Ikha, abang dah cuba tapi abang sayangkan Ikha sangat-sangat." Perlahan-lahan Syazryl kembali menapak mendekati Hanan.
Hanan cuak. Sedar-sedar dia sudah dikepung dengan peti sejuk. Mengigil tangannya menahan rasa gementar yang semakin terasa di dada. Jantungnya juga mengepam laju abnormal.
Tangan kanannya terangkat lalu mengusap pipi mulus Hanan dengan lembut. Hanan cuba mengelat dari disentuh. Hatinya menahan pelbagai rasa.
"Abang, Ikha mohon tolong lah lepaskan Ikha. Salah apa yang abang buat ni," luluh Hanan. Tangannya awal-awal dah melekap di bahagian dada agar jaraknya dengan Syazryl masih ada.
Terhenti pergerakan tangan Syazryl yang mengusap pipi Hanan. Mencerlung anak matanya memandang Hanan yang turut pandangnya dengan wajah simpati.
"Takkan semudah tu abang lepaskan Ikha. Ikha milik abang!" Marah Syazryl penuh emosi.
Serentak itu Syazryl terus mencempung tubuh Hanan. Pantas tangan kecil Hanan memukul-mukul dibahagian dada Syazryl sambil meminta dilepaskan. Meronta-ronta dia cuba melepaskan diri tetapi Syazryl langsung tidak melepaskan dia.
Sampai sahaja di bahagian sofa terus tubuh Hanan dicampak ke situ. Turun naik dadanya menahan geram dengan Hanan yang tidak putus-putus memberontak. Penolakan Hanan benar-benar membuatkan dirinya seakan tercabar.
Kesempatan itu Hanan terus bangkit, namun pantas Syazryl menolak semula tubuh kecil gadis itu sehingga Hanan terbaring kasar. Dengan pantas tubuh Hanan ditindih.
"Abang! Ikha mohon jangan!" Tersedu-sedan Hanan menangis minta dilepaskan.
Mereka berdua bergelut sehingga Syazryl sendiri yang mencengkam kedua-dua tangan Hanan dengan erat sehingga terhenti bergelutan tersebut. Rasa takut semakin menguasai dirinya sehingga nafasnya terasa sesak.
Sumpah dia tak boleh bernafas!
"Abang!"
"Kau diam boleh tak?!" Jerkah Syazryl tidak tahan lagi. Kesabaran dia seakan-akan dicabar oleh Hanan.
"Abang, ingat Allah. Ingat umi dan walid kita. Abang Ryl yang Ikha kenal bukan macam ni. Ikha mohon sangat-sangat," perlahan, namun kedengaran bergetar disebalik suara itu. Anak mata Syazryl ditatap dengan pandangan lembut.
Pergerakan Syazryl terhenti. Anak mata hazel Hanan dibalas sebelum nafas kasarnya dilepaskan. Tubuhnya terus bangkit dari menindih tubuh kecil adiknya. Hanan laju tukar posisi badannya dan memeluk erat lututnya. Badan disandarkan pada sofa seakan mahu tubuhnya diserap terus ke dalam sofa.
"Kali ini abang lepaskan Ikha tapi bukan kali kedua. Kita akan jumpa lagi, okey sayang?" Syazryl mengangkat tangan mahu mengelus pipi itu, namun tangan kecil Hanan pantas menepis. Disebalik mata hazel itu penuh amarah.
"Kenapa Abang Ryl buat semua ni? Apa salah Ikha dekat abang?" Rintih Hanan sayu. Hatinya cuba menahan sebak.
Syazryl berdecit kasar. Kedua-dua bahu Hanan terus dipegang kemas. Tubuhnya kembali kaku dan mengigil menatap anak mata Syazryl yang penuh dengan perasaan amarah.
"Sebab kau pilih budak mentah tu! Aku sayangkan kau tapi apa kau buat? Aku sanggup tunggu kau tapi kau? Kahwin dengan budak tu lepastu kau espect apa? Aku akan terima dengan semua ni?" Tawa Syazryl pecah. Bibirnya tersenyum senget seperti psycho disebalik kain separuh menutup muka itu. Sesiapa yang melihat pasti akan seram sejuk.
Tawa Syazryl mati. Anak matanya merenung kosong wajah Hanan yang sembab dengan air mata itu.
"No, aku tak akan boleh terima. Sikit pun tak Ikha." Nadanya mula rendah. Tidak setinggi tadi.
Semakin galak air matanya menurun ke pipi sehingga menghasilkan esakan yang kuat. Terpejam mata Syazryl sambil tangan menggenggam kuat membentuk penumbuk.
Tangis gadis itu seperti luka.
Luka yang membentuk di hatinya.
Tidak sanggup lagi mendengar tangisan gadis itu, tanpa berpaling Syazryl terus keluar meninggalkan Hanan yang masih menangis tanpa henti.
Kerana silap yang dia buat. Dua hati kini terluka. Itu yang Hanan rasakan saat ini.
Dia yang menghancurkan segalanya. Dia yang menghancurkan hubungan adik beradik yang telah lama terjalin ini. Dia yang mengkhianati kepercayaan Syazryl.
"Maafkan Ikha abang, semua salah Ikha sendiri." Dadanya yang sesak dia tumbuk. Perlahan-lahan dia jatuhkan badan ke atas sofa.
Lagi, kau memang lemah Hanan.
🌸🌸🌸
"Abang, Ikha mohon tolong lah lepaskan Ikha. Salah apa yang abang buat ni,"
"Takkan semudah tu abang lepaskan Ikha. Ikha milik abang!"
"Abang!"
Hanan laju bangun dari perbaringan. Nafasnya yang terasa laju cuba diaturkan walaupun tersekat-sekat. Dahinya yang berpeluh pantas diusap dengan jarinya. Matanya meliar memerhatikan sekeliling sebelum dia menghelakan nafas lemah.
Dia bermimpi lagi, lagi dan lagi...
Mimpi yang dia alami kerap bermain sejak akhir-akhir ini. Walaupun sudah masuk 2 minggu sudah berlalu tetapi Hanan tak akan pernah lupa apa yang Syazryl buat kepadanya.
Perlahan-lahan Hanan mengesot tubuhnya bersandar ke kepala katil. Lemah. Matanya merenung dinding hadapannya dengan pandangan kosong. Namun, lama-kelamaan pandangannya bertukar kabur sebelum satu titik jernih jatuh menurun ke pipinya.
Dia fikir dia kuat dapat harungi semua ni, namun dia juga manusia biasa yang mempunyai hati. Rasa kecewa dan sedih hanya Allah je yang tahu. Sakit.
Terlalu sakit sehingga membuatkan dia jatuh. Esakan yang kuat dia cuba tahan. Dia benar-benar rasa trauma yang dahsyat.
Dia perlukan seseorang untuk tenangkan dia tapi siapa?
Siapa yang sanggup temankan dia di saat dia rapuh sekarang ni?
Qairul?
Lelaki itu takkan jenguk sekali pun. Lelaki itu takkan tenangkan dia. Kalau terjadi sekalipun Qairul pasti hanya kesian kan dia.
Jadi, bermimpi lah kau Hanan.
🌸🌸🌸
Jag kaca yang siap dibancuh dia bawa ke meja makan. Hari ni dia hanya buat hidangan biasa. Roti dengan telur. Ini pun dia tak pasti yang Qairul akan jamah sarapan pagi atau tidak.
Bunyi pintu yang terkatup. Laju kepala Hanan pandang ke arah tangga. Kelihatan Qairul sedang turun tangga sambil tangan membetulkan lipatan baju kemeja yang bercorak kotak-kotak itu. Lama Hanan pandang Qairul sehingga jejak langkah lelaki itu bertukar ke arah pintu rumah. Mahu keluar.
Air liur diteguk payah. Hatinya berperang mahu menegur Qairul ataupun tidak.
Tapi dia rasa nak tegur.
Aci redah je lah!
"Saya ada buatkan sarapan untuk awak, awak ja..."
"Tak perlu, aku nak cepat ni." Laju Qairul memotong kata-kata Hanan.
Terdiam Hanan buat seketika. Dia lepaskan nafas lemah.
"Penting sangat ke sampai awak tak nak jamah sarapan sikit pun?" Dengan berani Hanan lontarkan suara tetapi langsung Qairul tidak menyahut malah lelaki itu hanya bertingkah bersahaja.
"Qairul, saya tengah cakap dengan awak ni." Naik geram juga Hanan apabila Qairul hanya acuh tidak acuh sahaja mendengar.
"Kau nak aku cakap apa lagi? Aku nak cepat, takkan kau pekak kut!" Marah Qairul tiba-tiba sampai boleh bingit telinga Hanan.
Qairul mendengus. Baru selangkah dia menapak mahu meninggalkan Hanan, tiba-tiba terasa belakang tubuhnya dipeluk kemas. Kejung Qairul menerima sentuhan itu.
Terkejut!
Hanan mengetatkan lagi pelukan. Dia sudah tak kesah kalau Qairul marahkan dia sekalipun.
Dia dah tak pedulikan semua tu.
"S...saya nak peluk awak sekejap. Sekejap je." Luah hasrat hatinya. Sebelah mukanya melekap di belakang tubuh lelaki itu sehingga bau perfume yang dipakai Qairul menusuk ke hidungnya membuatkan Hanan lebih nyaman.
Qairul terkaku. Badannya seolah-olah tidak mampu bergerak walau seinci pun. Qairul cuba berlagak tenang walaupun jantungnya saat ini bagaikan marathon tanpa henti.
Entah berapa lama mereka begini sehinggalah Hanan akhirnya yang meleraikan. Mengigil tangan Hanan menggenggam lembut lengan Qairul sebelum dipusing menghadapnya.
Tidak semena-mena tangan Qairul digapai lalu dengan penuh hormat dia mengucup belakang tapak tangan itu. Terkedu Qairul dengan tindak balas Hanan yang tiba-tiba begini.
"Awak pergi lah, dah lewat ni. Maaf kacau awak," ujar Hanan dengan senyuman tipis di bibirnya.
Dengan perlahan Hanan melepaskan pegangan mereka lalu berjalan meninggalkan Qairul yang masih terkebil-kebil memandangnya. Mungkin masih cuba hadam apa yang tengah jadi.
🌸🌸🌸
Dum!
Meja overbed ditepuk kuat. Terhinjut bahu Qairul akibat rasa terkejut. Debaran yang terasa di dadanya diusap perlahan.
Kenapa lah hari ni hidup dia saja dah dipenuhi kejutan?
"Awak fikirkan apa sampai saya panggil pun tak dengar?" soal Khalisha sambil kepala menjenguk ke depan sedikit mahu melihat riak muka lelaki itu.
Pelik juga dia dengan perubahan Qairul yang banyak diamkan diri dan termenung je. Jembalang mana ni yang rasuk?
Sepanjang Qairul menjaga dia di hospital ini ada sahaja lelaki itu membebel. Lagi-lagi kalau dia degil tak nak makan makanan hospital. Qairul pun bukan main melayan je perangai dia yang boleh tahan mengusik.
Ini diam je mesti ada benda ni.
"Lisha! Awak ni buat saya terkejut je lah." Qairul mendengus perlahan. Sumpah dia rasa nak tercabut jantung dengan sergahan Khalisha itu. Nasib tak arwah je.
Khalisha sengih kerang busuk. Suka betul dia tengok muka cemberut lelaki itu. Makin Qairul marah, lagi dia suka!
"Awak tu jauh betul tengok pintu. Sampai nak tebus tau saya tengok," balas Khalisha. Tubuhnya kembali bersandar di kepala katil.
"Kenapa awak pukul meja? Panggil elok-elok kan boleh?" soal Qairul tidak puas hati. Kecik besar kecik besar je dia tengok Khalisha yang masih tersengih.
Eleh, ingat comel lah tu!
"Awak tu saya panggil tak dengar-dengar. Saya pun tepuk je lah meja. Awak fikirkan apa sebenarnya? Awak ada problem?" soal Khalisha bertubi-tubi.
Qairul diam. Tak tahu nak cakap apa. Suasana tiba-tiba bertukar bisu membuatkan Khalisha tidak senang duduk.
"Shad? Awak okeh tak ni?" Risau pula Khalisha dengan Qairul ni. Dah kenapa tiba-tiba diam ni. Rasa macam janggal pun ada.
"Tak ada apa, saya penat sikit je hari ni," balas Qairul perlahan. Bibirnya cuba mengukir sebuah senyuman. Nak senyum pun rasa tak ada mood.
"Lah, kalau penat kenapa datang? Mummy dan Harith kan ada boleh jagakan saya. Lagipun tak elok juga awak selalu jaga saya kan?"
Qairul mengetap bibir.
"Kan saya dah cakap saya nak jaga awak, Lisha? Saya tak kira," Qairul menekankan suaranya. Tetap dengan pendiriannya.
Bibir pucat gadis itu perlahan-lahan mengukir senyuman semanis gula. Terharu dengan kata-kata Qairul yang tetap ingin menjaganya walaupun sakit.
Baginya Qairul terlalu baik untuknya.
"Terima kasih sebab sudi jagakan saya. Tapi saya rasa tak perlu lah sampai macam ni. Awak bukan suami saya yang perlu jaga saya." Khalisha memperkemaskan cadarnya yang sedikit berkedut. Sengaja dia melarikan anak mata awal-awal.
Manakala Qairul sudah terbang dibawa angin entah ke mana.
Suami.
Title suami yang disebut membuatkan Qairul teringatkan Hanan di rumah. Perbuatan gadis itu terhadapnya pagi tadi masih terasa panas. Biarpun dia pernah memeluk gadis itu tetapi terasa lain pula bila Hanan yang berani memeluknya dahulu. Tubuhnya terasa kejang serta merta.
Yang ada cuma degupan jantungnya bagaikan nak tercabut dari tangkal. Sejujurnya dia berasa selesa bila berdekatan dengan Hanan tapi kenapa hatinya payah untuk menerima gadis itu sampai ke saat ini?
Kenapa dia perlu keliru dengan perasaannya sendiri?
"Awak! Awak okey tak ni?" soal Khalisha separa jerit. Tangannya sudah melayang-layang dihadapan wajah Qairul. Nak tarik perhatian lelaki itu punya pasal. Wajahnya sudah beriak risau dengan Qairul yang terleka dengan dunia sendiri.
Qairul melepaskan helaian nafas berat. Wajah Khalisha dipandang dengan pandangan redup.
"Shad rasa macam tak sihat lah. Shad balik dulu boleh?" pinta Qairul. Wajah pucat Khalisha dipandang.
Khalisha angguk kepala.
"Boleh je, kalau Shad nak balik, balik lah. Lagipun Harith dah cakap yang nanti dia dengan mummy datang sini," balas Khalisha laju. Ceria pula tu.
"Terima kasih Lisha. Shad pergi dulu ye? Kalau ada apa-apa telefon je." Qairul bangun dari kerusi. Khalisha elok mendongak memandang Qairul.
"Insyaallah, awak tu hati-hati bawa motor besar kedabak awak tu. Jangan bawa laju-laju pula." Pesan Khalisha sambil memincingkan mata tajam. Qairul hanya tersengih.
"Ye, jangan lah risau sangat. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam... Bye awak!" Dengan riang Khalisha melambai tangannya ke arah Qairul. Lelaki itu ketawa halus kemudian membalas lambaian Khalisha sebelum tubuhnya menghilang disebalik pintu wadnya.
Hilang sahaja kelibat Qairul, Senyuman di bibirnya mulai pudar. Tangannya erat menggenggam cadar bagaikan menahan satu rasa yang dia tidak mampu ungkapkan.
Dia tahu.
Dia dah lama tahu.
"Sampai bila agaknya awak dan Hanan nak rahsiakan semua ni ye?"
🌸🌸🌸
Next bab konflik bakal bermula muehehehehhe *smirk*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top