Bab 52
Bunyi pintu rumahnya dibuka itu menandakan Eryn sudah pulang dari membuat penghantaran brownies. Hanan pula masih ralit mengemas barang-barang yang telah dia sepah kan di dapur.
"Hey, panasnya hati aku!"
'Bam!'
Terangkat bahu Hanan menerima hentakan kuat di meja makannya. Dadanya diusap lembut. Mahu gugur jantung dibuatnya.
Hanan berpaling ke arah Eryn. Wajah gadis itu sedikit berbahang dari biasa. Dia juga perasan rentak nafas Eryn sedikit berbeza. Berombak kasar.
"Kau kenapa?" Setelah lama Hanan mendiamkan diri, dia bersuara.
"Aku rasa mood aku spoil gara-gara mamat muka tembok tadi. Kau tahu tadi? Mulut anak costumer tu tak ada insurans langsung! Kalau dia tu anak aku, dah lama aku sagat mulut dia dengan berus dawai. Biar terbuai terus mulut dia tu!" bebel Eryn penuh geram. Tak cukup dengan tu, sekali lagi meja makan itu menjadi tempat tempias kemarahan. Ditampar tanpa pedulikan rasa sakit.
Terkebil-kebil mata Hanan saat ini. Buat pertama kali dia melihat Eryn semarah ini. Bukan main gadis itu mengamuk. Bukan setakat tu sahaja, muka gadis itu kelihatan sangat merah sehingga dia dapat rasakan kedua-dua belah telinga Eryn saat ini berasap.
"Dia buat apa sampai kau marah macam ni?" soal Hanan dengan kerutan di dahi.
Kain lap dapur diletakkan di sebelah sinki. Tubuh Eryn dihampiri.
"Cara pandang dia tu macam nak hina aku kau tahu tak? Dia perlekehkan kerja part time kita ni. Aku pun berang lah. Masa tu aku tak tahu lah apa jadi kalau mak mamat tu tak muncul. Agak-agaknya aku terus humban brownies dekat muka dia. Biar sedar diri tu sikit!" Eryn menjerit geram dihujung ayatnya. Mendengus kasar.
Hanan tersenyum senget. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Eryn yang berwajah berang. Bahu Eryn dipaut lalu digosok lembut tanda memujuk.
"Jangan lah masam, jumpa aku ni kena lah manis sikit. Anyway, kau kena gembira sebab hari ni last day kita buat kerja semua ni kan?" kata Hanan.
"Hm... yelah, esok kau pergi dengan siapa? Qairul ke?" soal Eryn toleh ke arah Hanan.
Pudar senyuman Hanan saat nama Qairul meniti di bibir Eryn. Sedaya upaya dia mengawal riak wajahnya di depan Eryn. Bibirnya menarik sengihan.
"Aku nak pergi dengan kau boleh tak? Aku masih belum sedia nak bagi kejutan dekat orang lain," balas Hanan kekok.
"Ye ke kau ni? Dah bincang dengan Qairul belum?" Eryn menyoal dengan kening terjungkit ke atas. Hanan menggeleng perlahan.
Eryn menghelakan nafas perlahan. Bahu Hanan dipegang kemas. Bersedia meluahkan segala bebelan dia kepada Hanan.
"Kau dah jadi isteri dah pun Hanan. Apa-apa hal kau kena rujuk suami kau dulu. Kau tak boleh buat keputusan sesuka hati macam masa kau bujang dulu. Bincang dengan Qairul elok-elok baru aku kasi kau tumpang dengan aku, kalau dia benarkan boleh lah kau naik dengan aku tapi kalau dia tak bagi, nak atau tidak kau kena juga patuh arahan dia," panjang lebar Eryn memberi nasihat. Namun, bibir Hanan yang tersenyum senget itu membuatkan Eryn sedikit kepelikan.
"Kau kenapa sengih macam tu?" soal Eryn pelik.
Semakin lebar sengihan Hanan. "Sayang juga eh kat aku sampai nasihat bagai."
Muka sengaja ditayangkan meluat. Siap pakej muka macam nak muntah lagi Eryn tayang. Hanan tergelak kecil menerima respon Eryn.
"Kau ni perasan tinggi juga eh? Tak ada lah gurau je, mesti lah aku sayang kau. Semua kawan-kawan aku, aku sayang," tangan Eryn melingkari bahu Hanan lalu dipeluk ketat-ketat.
Naik lemas Hanan apabila dipeluk sebegitu rupa. Lengan Eryn ditepuk kuat. Boleh arwah dia kalau dibiarkan Eryn peluk dia sekuat itu.
"Eryn! Lepaskan aku lah!" jerit Hanan minta dilepaskan, namun Eryn hanya gelak sakan. Mengusik.
"Tak nak, nanti kau rindukan pelukan aku ni. Lepas ni dah tak ada dah semua ni jadi hari ni aku akan bagi sampai kau naik rimas," Eryn tawa jahat. Bukan main nakal dia mengusik Hanan.
Hanan mencebik bibir. Sempat dia lepaskan dengusan kasar sebelum jari jemari Hanan gian mencubit lengan Eryn. Menjerit Eryn menerima cubitan berbisa Hanan. Terlepas terus pelukannya.
"Apa ni cubit-cubit? Main kasar nampak," jelingan diberikan kepada Hanan sambil menggosok-gosok lengannya yang masih tersisa bekas cubitan Hanan.
"Siapa suruh peluk aku. Ha tu lah makan dia, " balas Hanan sambil menahan tawa melihat riak muka cemberut Eryn.
Sekali lagi Eryn menjeling Hanan. Ingat dia tak sedar agaknya yang Hanan cuba menahan tawa.
"Dah lah, baik aku layan tengok tv dari tengok kau," usai berkata Eryn berjalan masuk ke ruang tamu meninggalkan Hanan.
Terlepas tawa di bibirnya sambil kepala menggeleng perlahan melayan rajuk Eryn. Tak apa, rajuk-rajuk Eryn bukan lama pun. Nanti mesti gadis itu cari dia balik.
Hanan berura-ura mahu membuka langkah mengemas kembali kerja di dapur terus terbantut tatkala satu pesanan bunyi berdenting masuk di notification handphone nya.
Handphone yang terletak di atas meja dicapai. Dia terus membaca isi dalam mesej itu. Lama Hanan merenung skrin di handphone nya sebelum bibirnya melepaskan keluhan berat. Wajahnya mula bertukar muram.
Qairul♡
Aku tak balik petang ni jadi tak payah masak untuk aku. Masak untuk diri kau je. Aku tak pasti aku balik pukul berapa tapi tak payah tunggu aku. - Qairul
Hatinya yang sedia kecewa bertambah kecewa apabila menerima pesanan daripada Qairul. Jarinya membeku seketika. Hanan kuatkan diri untuk membalas pesanan itu. Jari jemarinya mula mengetik di permukaan skrin.
Okay
Hanya satu patah perkataan Hanan mampu balas sebelum kembali menutup handphone nya. Hanan termangu. Fikiran dia banyak terganggu sejak akhir-akhir ini.
Sejujurnya dia amat terasa kehilangan Qairul. Lelaki itu benar-benar berubah. Jarang dia dapat bersemuka dengan Qairul akhir-akhir ini. Hanan boleh kira sehari tu berapa kali Qairul bercakap dengan dia. Hanan benar-benar buntu dengan Qairul.
Terasa masih baru pelukan hangat Qairul di tubuhnya. Hanan tak akan pernah lupa detik itu. Perkataan yang keluar dari bibir Qairul juga tidak akan pernah pudar dari ingatannya. Apabila dia teringat kembali, pasti bibirnya tersenyum tanpa diminta.
Namun, apakan daya. Rasa bahagia itu hanya sekejap sahaja singgah.
Tiada lagi usikan manja Qairul.
Tiada lagi layanan Qairul terhadapnya.
Tiada lagi gaduh manjanya bersama Qairul.
Semua itu hanya tinggal kenangan. Lelaki itu benar-benar sudah berubah dan sampai ke saat ini, Hanan tidak tahu apa penyebab lelaki itu berubah.
🌸🌸🌸
Hanan mengangkat wajah apabila bunyi pintu terkatup rapat. Kelihatan Qairul sudah masuk ke kamar mereka. Mata mereka berdua sempat bertembung buat seketika sebelum Qairul alihkan dan berlalu mencapai bathrobe.
Tindak tanduk Qairul diperhatikan dalam diam sehingga susuk tubuh lelaki itu hilang masuk ke kamar mandi. Hanan masih duduk statik di atas sejadah. Entah kenapa jantungnya merasa berdebar lain macam dengan kehadiran Qairul.
Hanan masih duduk termenung merenung sejadah sehingga Qairul keluar dari kamar mandi dengan hanya bathrobe di tubuh. Di tangan lelaki itu pula ada tuala kecil yang ralit mengesat rambutnya yang basah.
Disebalik telekung itu, Hanan genggam tangannya erat. Debaran di dadanya yang kian terasa itu Hanan cuba mengawal dengan menarik nafas dalam. Wajahnya yang menunduk mula terangkat melihat Qairul yang berura-ura ingin pergi ke kamar pakaian.
"Nanti lepas awak pakai baju, saya tunggu awak. Ada perkara saya perlu bincang dengan awak," suara Hanan mencecahkan suasana sunyi antara mereka.
Langkah Qairul terhenti. Dia berpaling ke arah Hanan yang masih duduk di atas sejadah. Wajah gadis itu tenang merenungnya. Tenang sehingga membuatkan Qairul pula yang tidak senang duduk.
"Kenapa?" soal Qairul dengan kening terjungkit ke atas.
Hanan hanya balas dengan senyum tipis.
"Awak pakai lah baju dulu. Nanti kita cakap," balas Hanan. Sejurus itu Hanan bangun lalu melipat sejadahnya.
Qairul juga turut berlalu pergi ke bilik pakaiannya yang sudah disedia khas di dalam kamarnya. Ambil masa dalam 5 minit, baru lah Qairul keluar dengan baju t-shirt hitam berlengan pendek dan berseluar shortpants.
Qairul berjalan merapati Hanan yang masih bertelekung duduk di hujung katil. Wajah gadis itu yang sedia tertunduk terus terangkat tatkala dia berdiri di hadapan gadis itu.
"Kau nak cakap apa?" soal Qairul kedengaran amat dingin. Air muka lelaki itu juga turut serius memandangnya.
Wajah Hanan masih kekal dengan senyuman biarpun hatinya sedikit terasa dengan Qairul. Ditepis dulu perasaan itu. Tilam disebelahnya ditepuk.
"Awak duduk lah dulu sini," pelawa Hanan lembut. Kepala masih utuh mendongak ke arah Qairul yang masih berdiri dihadapannya.
Qairul diam. Lama lelaki itu tenung di tempat sebelah Hanan sehingga jari jemari Hanan dengan penuh lembut mencapai dan menarik dia untuk duduk di sebelahnya. Qairul akur.
Tangan kasar Qairul digenggam kuat. Sudah lama Hanan tidak merasakan sentuhan hangat ini. Dengan penuh lembut Hanan mengusap tangan Qairul.
Rindu tapi perlu dipendam rasa ini.
"Dah lama kan kita tak solat sama-sama? Saya teringin nak solat sekali lagi dengan awak," kata Hanan sambil bibir tersenyum tawar.
Betapa rindunya dia ingin menjadi makmum suaminya sekali lagi.
Betapa rindunya dia ingin mengucup penuh hormat di belakang tangan kasar ini.
Betapa rindunya dia ingin bergurau senda dengan Qairul tatkala lelaki itu memarahi dia kerana sengaja ingin membatalkan wuduk mereka.
Rindu, dia sangat rindukan semua ini tetapi semuanya seakan sudah terkubur. Hilang.
Hanan angkat wajah. Anak mata Qairul ditatap dalam. Penuh kelembutan. Penuh rasa sayang dan cinta yang selama ini dipendam.
Sepi.
Terasa suasana sangat sepi dengan kebisuan antara mereka. Kelihatan lelaki itu seakan tergamam dengan bicaranya. Nafas dihela perlahan.
"Saya nak minta izin esok saya nak pergi ambil results dengan Eryn. Saya harap awak benarkan."
"Kau nak pergi dengan Eryn?" soal Qairul tepat memandang Hanan yang turut memandangnya.
Hanan angguk laju.
"Kalau macam tu aku benarkan kau pergi dengan Eryn," jawab Qairul mendatar. Jari jemari Hanan yang mengusap tangannya dirungkai.
Qairul terus berangkat ingin pergi, namun lengannya dipegang oleh tangan Hanan membuatkan langkahnya mati. Agak terkejut menerima sentuhan tiba-tiba itu.
"S...saya nak tanya awak sesuatu boleh?" soal Hanan berhati-hati. Rasa gugup yang muncul Hanan cuba kawal.
"Kau nak tanya apa?" Wajah Hanan direnung tajam.
Air liur diteguk payah. Dengan separuh keberanian yang ada ditentang anak mata Qairul yang sedang merenungnya tajam.
"B...boleh saya tahu selama ni awak pergi ke mana? Saya cuma tertanya-tanya sebab saya nampak awak lain sangat. Kalau saya ada buat salah lagi pada awak, awak bagitahu lah saya. Saya akan cuba betulkan silap saya," sekali lafaz Hanan berkata. Penuh lembut. Pegangan di lengan Qairul dikemaskan. Rasa takut yang hadir cuba Hanan buang sejauh-jauhnya.
Tiba-tiba tangan Hanan yang memegang lengan Qairul dilerai agak kasar. Hanan terpanar seketika. Kepalanya terus terangkat pandang Qairul yang turut merenungnya dengan penuh amarah.
"Tak perlu tahu aku pergi mana selama ni. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Aku tak suka kau masuk campur dalam hal aku," balas Qairul keras. Wajahnya juga sedikit menegang.
Hanan meramas tangannya disebalik telekung yang dipakai. Raut wajahnya tidak mampu menahan lagi rasa kecewanya. Wajah Qairul yang sedikit memerah itu tahu lah dia bahawa Qairul memang sedang marahkan dia.
"T...tapi saya cuma nak tahu. Salah ke saya tanya awak?" Bibirnya terketar-ketar menyoal Qairul. Entah kali keberapa dia terguris dengan kata-kata kasar Qairul.
Perit!
"Aku tak suka! Kau tak faham ke?! Berapa kali kau nak aku ulang? Jangan. masuk. dalam. hal. aku!" Qairul membentak, berang. Terkacip-kacip gigi Qairul menahan geram terhadap Hanan.
Terkelu habis lidah Hanan. Nak membuka suara pun dia rasakan tidak mampu. Rasa terluka dihatinya cuba ditutup dengan senyuman hambar di bibir, namun penglihatannya sudah berbalam-balam. Tunggu masa je air jatuh bakal menyembah ke bumi.
Qairul mendengus kasar. Kakinya berura-ura ingin keluar dari kamar yang sama dengan Hanan. Hatinya tiba-tiba terasa panas dengan Hanan. Baik dia beredar dari menghamburkan rasa amarahnya yang kian menebal dalam dirinya.
"Saya kadang tertanya-tanya. Saya ni isteri awak ke?"
Langkah kakinya terhenti di muka pintu. Tidak sangka dengan bakal ayat yang keluar dari bibir Hanan. Kedengaran sangat lirih seakan menahan getaran di sebalik suara itu.
"Saya cuba tekankan diri saya yang saya ni seorang isteri. Saya selalu ingatkan yang saya ialah isteri awak yang sah tapi kenapa saya rasa macam saya ni bukan sesiapa dalam hidup awak? Saya ni siapa pada awak sebenarnya?"
Bibirnya seakan-akan digam rapat. Tidak mampu bersuara. Hatinya sedikit luluh mendengar nada suara sedih gadis itu.
Air liur diteguk payah.
Kebisuan Qairul menyesakkan dadanya. Rasa pedih dihatinya semakin menikam-menikam di dasar hatinya. Raut wajahnya kelihatan sangat ketara. Dia menunduk menekur lantai.
Hakikatnya Qairul mesti menganggapnya bukan sesiapa, bukan?
Tidak sanggup mendengar balasan Qairul, Hanan bersuara mematikan segala perbualannya dengan Qairul malam ini.
Cukup lah malam ini dia diberi luka dengan Qairul lagi. Dia dah reda. Dia dah terlalu banyak makan hati dengan Qairul.
"Tak apa lah, awak berehat lah. Izinkan saya guna bilik sebelah ni. Maaf ganggu awak malam-malam macam ni."
Hanan bangun dari duduk lalu melintasi Qairul keluar dari bilik tanpa menoleh kembali kebelakang. Lelaki itu masih statik berdiri. Soalan yang keluar dari bibir mungil gadis itu sungguh membuatkan dia tergamam sampai ke saat ini.
Seakan tersedar dengan kesilapannya selama ini. Qairul ketap bibir. Jari jemarinya naik meramas rambutnya, serabut. Qairul semakin berkecamuk.
Sedar akan dirinya yang membuat Hanan berasa sedih. Qairul dihurungi rasa bersalah terhadap Hanan. Melihat air muka Hanan yang mendung itu semakin membuatkan perasaannya tidak tenang.
Tangannya menggenggam kuat membentuk penumbuk. Terkacip-kacip gigi Qairul menahan rasa geram terhadap tingkah lakunya terhadap Hanan.
Qairul sedar, perubahan diri Hanan disebabkan dia juga. Dibiarkan Hanan bersendirian sehingga lewat malam gara-gara keinginan menjaga Khalisha di hospital. Perasaan Hanan diabaikan begitu sahaja. Hubungan Qairul dengan Hanan pun terasa begitu suram sejak itu.
Qairul seakan tertampar sesuatu saat Hanan menyoalnya begitu. Hanan isterinya. Isterinya yang sah sampai ke saat ini. Nafi macam mana sekalipun nama itu yang disebut saat dia akad nikah.
Hanan tidak salah, dia yang banyak salah kepada Hanan sehingga sanggup melukakan hati gadis itu. Gadis itu punya hak untuk menyoal ke mana dia pergi selama ini tetapi Qairul yang menidakkan hak Hanan sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang kasar.
Nafasnya terhela lemah. Dia meraup wajah, serabut. Sejujurnya hati dia turut terasa sakit apabila melihat mata Hanan yang berkaca-kaca. Semuanya disebabkan dia.
Ingin sekali Qairul mahu meluahkan kata maaf, namun mulutnya terasa berat sekali. Tidak mampu terluah kata-kata itu.
Dia tidak tahu kenapa perasaan sedih ini muncul, namun melihat wajah Hanan yang terus terusan terluka membuatkan hatinya hiba. Perasaannya kini bercampur baur.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top