Bab 51
Kedinginan Qairul terhadapnya semakin menjadi-jadi. Bukan setakat itu sahaja, Qairul juga sudah berani pulang lewat sejak akhir-akhir ini. Acap kali dia bertanya ke mana Qairul pergi, namun lelaki itu tidak menjawab. Apabila didesak, dihamburkan kemarahan kepadanya. Hanan hanya mampu diam walaupun di dalam dasar hatinya terluka dengan Qairul. Dia cuma mahu tahu ke mana selama ini suaminya pergi.
Salah dia ke sebab bertanya?
Tetapi walaupun dia ditegah oleh Qairul, tetap sahaja dia menunggu kehadiran lelaki itu sehingga pulang. Sampai tertidur dia diatas sofa. Kalau tertidur tu, sampai ke esok kedudukan dia masih sama berbaring seperti semalam. Ada kalanya, lelaki itu aku gerak dia tetapi layanan itu penuh dingin. Dingin sangat, dia dapat rasakan.
Hanan termangu merenung sejadah sambil tangan menekan-nekan tasbih digital. Mulutnya juga tidak henti bergerak-gerak mengalunkan zikir.
Rasa kosong kembali himpit ke dadanya. Dia rasa kesunyian. Terasa diabaikan.
Dia bencikan perasaan ini.
Tangan diangkat, menadah tangan untuk berdoa. Merayu-rayu dia memohon kemaafan di dalam doanya kepada sang pencipta. Tidak putus-putus doanya terhadap kedua-dua ibu bapanya dan suami yang dia sanjungi. Dia cuma mampu berdoa semoga hati suaminya berlembut dengan dia. Buat kesekian, dia menangis lagi disetiap doanya.
Usai berdoa dia terus bangun melipat sejadah lalu diletakkan ke hujung katil. Seperti biasa, Hanan sedikit terasa lapang selepas meluahkan segala yang dia pendam di dalam doanya.
Hanan keluar dari bilik bersama telekung ditubuh lalu menuruni tangga menuju ke sofa. Tempat biasa dia menunggu kepulangan Qairul sejak akhir-akhir ini. Dah jadi satu tugas baru untuknya.
Dia duduk di atas sofa. Kedua-dua kakinya diangkat untuk memeluk tubuhnya. Tangannya tidak henti menekan-nekan tasbih digital beserta mulut basahnya kering mengalunkan zikir. Hujan renyai-renyai di luar rumah jelas kedengaran.
Suasana sepi yang membelenggu dirinya membuatkan Hanan sedikit tidak senang duduk. Mahu membuka tv pun dia takut memandangkan kedengaran guruh berdentum dilangit.
Hakikatnya dia sangat takut dengan guruh yang berdentum sehingga menyambar kilat. Dia paling tidak suka, lagi-lagi ditinggalkan seorang diri seperti ini. Namun, dia cuba beranikan diri. Dia tetap akan menunggu Qairul di sini.
Lama dia berzikir cuba menangkan hatinya yang gundah sehingga matanya mula terasa memberat, mengantuk. Kepalanya berkali-kali mahu terlentok ke sofa, namun ditahan.
Rasa kantuk yang bermaharajalela di dalam dirinya membuatkan Hanan tidak tahan lagi. Akhirnya dia terlena merengkok di atas sofa sambil memeluk tubuhnya yang masih bertelekung.
Lena sangat.
Entah berapa lama dia terlena. Tiba-tiba dia merasakan ada satu tangan yang menepuk bahunya lembut. Mulanya dia malas nak melayan tetapi bila terasa kuat cengkaman dibahunya baru dia mencelikkan matanya.
"Awak baru balik?" soal Hanan dalam mamai. Matanya kecil memandang Qairul yang duduk disebelahnya.
Qairul pandang Hanan lama. Hanan pula sudah kuyu matanya memandang Qairul juga. Kepala dijatuhkan kembali ke sofa. Rasa mengantuk masih menguasainya dirinya. Dia hanya fikir nak tidur sahaja sekarang.
"Aku dah cakap kan, tak payah tunggu aku. Kenapa kau ni susah sangat nak faham?" tegur Qairul berbau tegas. Wajah lelaki itu turut tegang.
Dia bukan apa, sudah berpesan tetapi Hanan tidak langsung ambil peduli. Dia rasa bersalah teramat setiap kali dia pulang, tubuh Hanan pasti berbaring di sini. Tidak pun gadis itu akan menyambut dia ke muka pintu.
Dia sangat tidak suka.
"Saya kan dah cakap, saya akan tetap tunggu awak. Awak kan suami saya," balas Hanan dengan senyum tipis.
Qairul mendengus kasar. Jelingan diberikan.
"Lantak kau lah."
Qairul berdiri tegak lalu meninggalkan Hanan yang masih berbaring terkebil-kebil di sofa. Mungkin terkejut dengan tindakan Qairul yang tiba-tiba meninggalkan dia. Marah mungkin.
Hanan senyum tawar. Macam mana sekalipun dia cuba tutup rasa luka ini, namun wajahnya tidak mampu menipu. Wajahnya keruh saat Qairul menapak meninggalkan dia keseorangan di sini. Bahkan saat ini dia rasakan dadanya terlalu sakit.
"Sampai bila awak nak layan saya macam ni, Qairul? Memang tiada ruang langsung ke saya dalam hati awak?" soalnya lirih. Hanya Hanan sendiri sahaja mendengar suaranya.
Hanan mengetatkan pelukan ditubuh. Mata dipejam semula. Dia tidak bermaya untuk bangun dari perbaringan. Biarlah dia tidur di sini. Sekurang-kurangnya dia boleh pujuk hatinya yang telah tergores dengan sikap Qairul itu.
Hampir dia disapa lena, namun tiba-tiba dia dapat rasakan ada sesuatu yang menyelit ke belakang tubuh dan pelipat bawah lututnya sebelum tubuhnya terasa terawang-awang. Hanan membuka luas matanya. Tubuhnya yang mahu bergerak serta merta terkaku tatkala Qairul bersuara memberi amaran.
"Duduk diam-diam."
Akur dengan arahan, Hanan hanya membiarkan. Matanya terpejam semula dan dunianya terus terasa gelap gelita.
🌸🌸🌸
"Awak nak pergi mana?" Lekas Hanan menuruni tangga menghampiri Qairul yang berura-ura mahu keluar.
Tangan yang ralit membetulkan jam terhenti. Qairul pantas angkat muka pandang Hanan yang kini berdiri dihadapannya dengan bibir terukir senyum.
Dari jauh Hanan nampak Qairul mengenakan jaket kalis air berwarna hitam. Lelaki itu juga mengenakan seluar jeans hitam. Boleh dikatakan ini pakaian yang sering Qairul guna kalau lelaki itu mahu keluar.
"Aku nak keluar, ada hal," Qairul berjalan ke arah rak kasut.
Kasut miliknya dikeluarkan lalu dipakai. Dihiraukan Hanan yang masih tercegat dibelakangnya.
"Cuti-cuti macam ni pun awak ada hal?" Hanan menyoal perlahan. Ralit matanya memerhatikan gerak geri Qairul yang tampak tergesa-gesa itu.
Soalan Hanan dibiarkan sepi. Dia perasan tubuh Qairul seakan kaku seketika sebelum kembali menyambung tugasnya mengikat tali kasut. Bibirnya dipaksa untuk terus tersenyum. Hanan beralih memandang ke arah meja dapur yang sempat dia sediakan beberapa lauk sebelum naik ke atas sebentar tadi.
"Saya sempat masak makanan tengah hari ni. Awak makan lah dulu sebelum keluar. Nanti perut awak masuk angin kalau makan lambat," lembut Hanan cuba memujuk.
"Tak sempat kut. Aku nak kena cepat," balas Qairul acuh tidak acuh. Dia hanya fokus mengikat tali kasut sahaja tanpa pedulikan Hanan yang terkelu.
Senyuman di bibir Hanan mula pudar. Bibirnya melepaskan keluhan berat. Dadanya yang tiba-tiba terasa sempit. Sebak cuba ditahan.
"At least jamah lah sikit. Jangan bagi perut awak kosong. Tidak pun saya tolong buat bekalkan untuk awak," tidak putus-putus Hanan cuba menarik perhatian Qairul.
Selesai sahaja Qairul mengikat tali kasut, dia berpusing kembali menghadap Hanan. Wajah gadis itu ditatap tajam. Dia perasan senyuman dibibir gadis itu kelihatan ketara.
Qairul mendengus kasar. Berang.
"Aku cakap tak nak tu, tak nak lah! Boleh tak jangan paksa aku?" Qairul menaikkan suaranya. Keras.
Tubuh Hanan kaku mengeras. Riak wajah gadis itu berubah mendadak tatkala Qairul membentak. Badannya mengigil menahan air mata yang sedari tadi mahu mengalir. Hanan menundukkan wajah. Hatinya seakan dihiris dengan belati yang tajam. Sakit!
Melihat Hanan terkelu seribu bahasa membuatkan Qairul tersedar akan batasnya. Keruh sahaja air muka Hanan. Gadis itu hanya tunduk merenung lantai marmar.
Qairul helakan nafas panjang.
"Aku balik lambat macam biasa. Jangan tunggu aku," balas Qairul. Dia terus berjalan keluar tanpa menoleh ke belakang. Ditinggalkan Hanan begitu sahaja tanpa pamitan.
Bergenang air matanya sambil memerhatikan Qairul yang masuk ke dalam kereta. Hilang sahaja kelibat kereta yang dipandu oleh Qairul, Hanan pejamkan mata. Serentak itu setitik demi setitik air mata turun membasahi pipi mulusnya. Esakan yang ditahan akhirnya pecah.
Nafasnya terasa sesak menahan tangisan yang mahu keluar dari bibirnya. Dia mencengkam erat baju dibahagian dadanya. Kali ini dia tak dapat lagi bendung rasa sedih yang semakin memuncak ini.
Setelah beberapa bulan dia dapat kecapi kebahagiaan dan kemanisan di alam perkahwinannya, kini dia merasakan lagi sekali kesakitan itu. Qairul kembali berkasar dengan dia. Bicara lelaki itu juga tiada usikan lagi seperti biasa. Yang tinggal hanya kedinginan dan hambar layanan lelaki itu terhadap dia.
Hanan merindui Qairul. Dia sangat rindukan gurauan lelaki itu dan dia sangat merindui layanan Qairul sebagai suaminya.
🌸🌸🌸
Beberapa kali Khalisha menjeling Qairul yang kini berdiri di sebelah mummy nya. Rancak sekali Datin Karmila dan Qairul berborak. Adakalanya gelak tawa mereka bergema memeriahkan suasana yang suram.
Khalisha hanya mendengar tanpa mengeluarkan sebutir suara. Perhatiannya hanya pada jendela sebelah kirinya. Dia tiada rasa mahu berbual sejak kehadiran Qairul beberapa hari ni.
Muncul sahaja Qairul, pasti dia akan jadi manusia yang paling bisu. Dibiarkan Qairul sebegitu rupa. Datin Karmila yang perasan tindak tanduk Khalisha pula sering menegur dengan sikap tidak endah nya terhadap Qairul, namun anak gadisnya tetap begitu. Tidak berubah.
"Lisha..." Bahu Khalisha dipegang.
Khalisha yang termenung jauh sedikit tersentak apabila Datin Karmila mengelus lembut bahunya. Segera dia menoleh ke kanan. Tatapan Datin Karmila penuh berkerut kerisauan memandangnya.
"Lisha okey? Mummy risau lah Lisha senyap macam ni," tutur Datin Karmila tidak senang hati.
Kelip-kelip matanya memandang Datin Karmila. Wajah Datin Karmila dan Qairul dipandang silih berganti. Kedua-dua memandangnya dengan pandangan risau.
Jauh sangat ni Khalisha termenung.
"T...tak ada apa mummy. Lisha okey je," balas Khalisha. Bibirnya yang pucat tersenyum tipis. Cuba menyakinkan mummy nya.
Tangan Khalisha yang terletak di peha ditarik lembut. Datin Karmila mengusap lembut tangannya. Khalisha yang menerima usapan itu pantas menunduk sekilas sebelum kembali menatap wajah Datin Karmila yang merenungnya dalam.
Tiba-tiba dia terasa gugup.
"Lisha boleh cakap yang Lisha okey tapi Lisha tak boleh nak tipu mummy."
Air muka Khalisha berubah serta merta. Matanya perlahan-lahan menunduk merenung tangannya yang digenggam erat oleh Datin Karmila.
Datin Karmila senyum hambar. Hatinya terasa pilu sahaja. Lambat-lambat dia mengangkat tangan lalu jari jemarinya lembut mengusap pipi anak gadisnya.
Air mata yang mahu menitis dia cuba tahan, namun apakan daya. Air ini tetap berdegil. Pantas dia menyapu air mata yang turun membasahi pipinya.
"Shad tolong jagakan Lisha kejap, auntie nak pergi ke tandas," Datin Karmila menjatuhkan tangannya kemudian perlahan-lahan bangkit. Cepat-cepat mahu keluar dari sini.
Datin Karmila risau, dia tidak dapat bendung rasa sedih ini. Pada saat-saat ini, Khalisha perlukan sokongan darinya. Dia perlu kuat demi anak gadisnya, namun dia juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan yang kadang kala tewas sendiri.
Katakan, ibu mana yang sanggup melihat anak kandungnya menderita?
"Mummy keluar dulu ye, mummy nak pergi tandas. Ada apa-apa, Lisha minta tolong je Shad," kata Datin Karmila laju-laju keluar dari bilik wad Khalisha.
Sepi, suasana kembali bertukar sepi yang teramat.
Khalisha mengetap bibirnya. Selimut yang menutupi separuh badannya digenggam kuat. Matanya berkaca-kaca. Pandangannya mula bertukar kabur. Dia mendongak memandang silih putih menahan diri daripada menghamburkan sebarang tangisan di sini.
Cukup, dia sudah lelah menangis begini.
Kerana terlalu melayan perasaannya, sedar-sedar Qairul sudah duduk di kerusi berhampiran katilnya. Khalisha langsung tidak sedar, dia hanya melayan perasaan yang mula berkecamuk. Bila-bila masa sahaja tangisannya bakal pecah.
"Lisha nak tahu sesuatu tak?" soal Qairul memecah suasana dingin diantara mereka.
Khalisha tidak membalas. Bahkan dia terus menoleh ke arah jendela. Tidak sudi membalas pandangan lelaki itu.
Qairul senyum tawar.
"Menangis bukan bererti kita seorang yang lemah tetapi menangis menunjukkan diri kita sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan. Lepaskan perasaan tu kalau Lisha rasa perlu. Jangan tahan kalau Lisha rasa perlu menangis kerana tangisan itu menunjukkan yang Lisha pun berhak rasa semua tu."
Serentak ucapan itu, tangisan Khalisha berlagu-lagu kedengaran. Qairul pejamkan mata menahan dadanya yang terasa sesak. Pilu sekali suara Khalisha saat menghamburkan tangis, kedengaran sungguh lelah.
Mahu sahaja dia memeluk dan memujuk Khalisha, namun dia tiada hak. Dia hanya mampu memandang Khalisha yang menangis teresak-esak sambil menekup mukanya. Sangat sayu.
"K...kenapa..." Bibir Khalisha terketar-ketar mahu mengeluarkan kata-kata.
Mukanya diangkat, toleh ke arah Qairul yang turut memandangnya. Air matanya dibiarkan sepi tanpa menepis.
"K...kenapa saya perlu rasa semua ni? Saya buat semua orang sedih dengan diri saya. Mummy sedih, daddy sedih, Harith sedih. Semuanya kerana saya. S...saya menyusahkan orang ramai. K...kenapa perlu saya yang rasa semua ni?" Berkali-kali dadanya ditumbuk. Menunjukkan betapa peritnya.
"S...saya memang menyusahkan orang ramai. Mummy nampak sedih. Saya lah penyebab mummy sedih. Kenapa saya tak mati je?" soalnya lirih.
"Lisha..."
Kedua-dua bahu Khalisha ditarik. Akur dengan tindakan Qairul, dia pandang Qairul. Dibiarkan wajahnya yang basah lencun ditatap oleh Qairul. Lelaki itu merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsir.
"Please... just please don't say like this. Bukan salah awak semua ni. Semua tak pernah rasa awak ni satu bebanan untuk mereka. Awak sakit sebab Allah nak uji awak. Lisha kuat, saya tahu awak boleh kuat hadap semua kesakitan ni," balas Qairul turut terasa sebak. Matanya sudah berkaca-kaca merenung segenap wajah Khalisha yang berderai dengan air mata.
"Saya tak kuat yang awak sangkakan. Saya always cuba untuk kuat tapi sekarang saya dah penat, muak dengan semua ni," balasnya lagi kedengaran perih.
Lengan Khalisha yang berlapik dipegang lalu ditarik menghadapnya.
"Look at me..."
Perlahan-lahan Khalisha mengangkat muka. Matanya bertemu dengan nak mata hitam Qairul. Tidak semena-mena lelaki itu mengukirkan senyuman tipis di bibirnya.
Khalisha tergamam. Sudah lama dia tidak menatap senyuman lelaki itu. Dia sangat rindu dengan senyuman Qairul. Sangat manis.
"Lisha kena kuat, ramai yang sayangkan awak. Ramai yang masih tunggu awak untuk sembuh semula. Kami semua sentiasa ada di belakang awak jadi saya mohon... mohon sangat-sangat," nafas ditarik panjang. Wajah Khalisha ditatap penuh lembut.
"Tolong kuatkan semangat awak. Sekurang-kurangnya kita cuba usaha untuk sembuh. Kalau diberi keizinan Allah, saya pasti awak akan sembuh juga. Kita cuma perlu ikhtiar je, okey?"
Khalisha pula masih terdiam menerima kata-kata Qairul. Kedua-dua lengan Khalisha yang dia pegang, dilepaskan.
Qairul mencapai tisu yang disediakan di sebelah katil Khalisha. Dengan penuh lembut dia mengesat pipi Khalisha yang masih tersisa air mata.
"Dah tak nak menangis dah. Little daisy saya ni tak boleh menangis nanti layu lah dia," gelaran nama itu kembali di sebut.
Mata Khalisha terkebil-kebil melihat Qairul yang masih ralit mengesat air matanya menggunakan tisu.
Little daisy. Nama panggilan dia sewaktu mereka masih bersama.
Dia takkan pernah lupa.
"A...awak tak marahkan saya?" soal Khalisha takut-takut.
"Huh? Marah kenapa?" soal Qairul dengan muka berkerut hairan. Tidak faham. Tangannya sudah kembali jatuh ke sisi.
Khalisha sedikit menundukkan wajah. Mata dilarikan pandang ke arah lain.
"Selama ni kan awak selalu temankan saya tapi saya buat tak tahu je dengan kewujudan awak. Mana tahu awak terasa hati tak pun marahkan saya ke sebab buat awak macam tunggul ke?" katanya perlahan. Gugup.
"Terasa tu memang terasa."
Khalisha angkat wajah. Wajahnya bertukar muram. Namun, kata-kata Qairul yang kembali sambung membuatkan dia terkedu.
"Tapi buat apa saya nak terasa, asalkan saya ada dengan awak. Tak kira lah awak tolak kehadiran saya macam mana sekalipun. Saya dah cakap saya akan jaga awak. Itu janji saya," balas Qairul tenang. Bibirnya senyum senget.
Melihat respon Qairul sebegitu, dia juga turut melakarkan senyuman nipis. Terharu dengan bicara lelaki itu.
Setelah sekian lama Qairul nantikan akhirnya dia dapat melihat senyuman keikhlasan di bibir gadis itu. Saat-saat yang dia nantikan selama ini.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top