Bab 50
Tangan asyik menongkat dagu memerhatikan tingkah laku sahabatnya dengan mata tajam. Anehnya, Qairul seakan mengelamun jauh. Tangannya yang memegang kain itu langsung tidak bergerak membersih mesin kopi seperti selalu. Dari jauh dia perasan wajah Qairul seakan terbeban kan sesuatu.
Tidak dapat menahan lagi, Eizhan berdiri lalu berjalan menghampiri Qairul yang masih termenung. Tidak sedar langsung kehadiran Eizhan yang kini sudahpun berdiri sebelahnya. Apabila Eizhan menepuk bahunya perlahan baru Qairul sedar.
"Kau ada masalah ke bro?" soalnya kedengaran risau.
Qairul diam. Dia hanya pandang mesin kopi. Lama.
"Tak ada apa lah," balasnya sepatah. Tangan yang mulanya terkaku kembali digerakkan untuk mengelap mesin kopi.
Eizhan memincingkan matanya. "Nak tipu pun agak-agak lah Rul. Macam aku tak kenal kau macam mana. Ni tak lain tak bukan mesti ada masalah."
Sekali lagi dia hanya diam. Tak rasa pun nak membalas kata-kata Eizhan yang tepat kena dengan situasinya. Kerja kembali diteruskan. Dia hiraukan Eizhan yang masih menunggu balasannya.
"Atau kau ada masalah dengan Hanan?" Duga Eizhan. Serta merta pergerakan dia berhenti.
Matanya toleh ke arah Eizhan yang turut tidak lepas memandangnya.
Qairul hela nafas beratnya. "Tak, dia tak ada apa-apa masalah dengan aku. Ni hanya masalah aku sendiri."
Jeda.
Buntu dia dibuat seketika apabila Qairul masih terus menerus mahu sembunyikan masalahnya. Perwatakan lelaki itu seperti mengelat darinya.
Disebabkan itu dia ambil keputusan mendekati Qairul. Pelanggan pun tidak ramai tika ini jadi kesempatan itu dia gunakan untuk menyoal siasat Qairul di sini.
Tapi lain pula respon lelaki itu.
"Eiz tolong ambilkan order dekat meja depan sana," jerit Ibu Linda dari arah kaunter.
Eizhan kerling sekilas ke arah Qairul sebelum menapak pergi meninggalkan lelaki itu bersendirian. Biarkan, tunggu Qairul tenang dulu. Mungkin lelaki itu memerlukan masa dan ruang.
Bunyi kasut yang semakin menjauh menandakan Eizhan telah pun pergi. Qairul masih diam tidak berkutik sehingga dia mengangkat wajah merenung kain di dalam genggaman tangannya.
Dia termangu. Fikiran dia bercelaru dengan bermacam-macam masalah sampai ke hari ini. Ditepis macam mana sekalipun ia seakan bayang-bayang yang menghantui hidupnya. Masih ada lompong-lompong yang membuatkan kepalanya sesak berfikir. Puas dia fikirkan jalan penyelesaian sendiri, namun hasilnya dia yang sakit kepala.
Hari ini dia buat keputusan untuk berjumpa dengan Harith. Lompong-lompong yang ditinggalkan dalam kepalanya dia akan cuba diselesaikan sehingga tiada ruang sedikit pun yang tinggal.
🌸🌸🌸
Sepanjang makan tengah hari, Qairul hanya diam. Harith juga begitu. Tidak bersuara. Fokusnya hanya pada makanan. Ternanti-nanti juga dia bila Qairul ingin keluarkan suara memandangkan lelaki itu yang menghubunginya untuk berjumpa dia di sini.
Tetapi sudah beberapa minit berlalu tetap sahaja Qairul tidak bersuara. Harith tarik nafas dalam. Sesak dada dia kalau berterusan begini.
"Kau ada nak cakap dengan aku apa-apa ke? Aku tak nak buang masa. Lepas ni aku ada kerja pula yang perlu dibuat," Minuman disedut usai berkata. Kering pula rasa tekak ni.
"Apa..." Qairul angkat kepala. Merenung segenap wajah Harith yang tenang menyambut matanya.
"Apa yang kau sembunyikan daripada aku lagi?" Sambung Qairul. Tajam anak matanya menikam Harith tetapi lelaki itu hanya tenang.
"Sembunyikan apa? Kau dah tahu kan aku anak susuan auntie Karmila. Tu jelah yang selama ni aku tak bagitahu kau," balasnya.
Qairul senyum sinis. "Khalisha."
Berubah air muka Harith tatkala nama itu dipetik. Qairul tenung Harith tajam. Penumbuk digenggam kemas.
"Kiranya Khalisha adik beradik susuan kau," suara ditekan kan. Hatinya menggelegak panas.
"Kenapa, kau tak pernah bagitahu aku semua ni?" Tertahan-tahan Qairul bersuara. Emosi yang mula terumbang ambing dia cuba kawal.
Kelu bibir Harith mahu berkata-kata. Wajah Qairul yang memerah seperti menahan marah terhadapnya membuatkan dia tidak mampu membalas.
Qairul tarik nafas dalam. "Kau tahu kan hubungan aku 2 tahun lepas dengan Khalisha?"
Jeda.
"Kau..."
"Aku tahu, aku tahu hubungan kau dengan Lisha. Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau. Silap aku." Pohon Harith. Wajahnya beriak serba salah.
"Kau tahu tapi kau diam?!" Jari telunjuk di naik ke muka Harith. Nada suaranya Terketar-ketar menahan amarah di dadanya.
"Aku tahu silap aku, aku minta maaf," sekali lagi Harith memohon maaf. Terasa bersalah semakin menghimpitnya.
"Kau tahu tak disebabkan kau, aku salah sangka dengan Khalisha?" Suaranya yang menegang kini bertukar rapuh. Mata dipejam menahan nafas yang mula berombak kasar.
"Aku fikir selama ni dia ada lelaki lain belakang aku. Aku fikir selama ni dia ada pasang niat lain selepas dia minta putus dari aku. Selama ni aku salah sangka terhadap dia disebabkan kau!"
Tergamam Harith dibuatnya. Mukanya berubah pucat. Wajah Qairul yang menegang itu ditatap tidak percaya.
"Kejap, jadi selama ni kau dingin dengan aku sebab ...."
"Ye, aku fikir kau ada hubungan dengan Khalisha sebab aku pernah nampak korang keluar berdua. Tapi bukan setakat tu je, aku nampak dengan mata kasar aku kau pegang dia. Aku ulang lagi sekali, kau pegang dia!"
Lidahnya terkelu. Tidak mampu bersuara lagi. Bengis sekali wajah Qairul usai berkata. Dia perasan ada mata-mata yang menjeling ke arah mereka tetapi Qairul buat tidak peduli. Rasa marah di dalam diri lelaki itu lebih menguasai.
"Kau nak terus membisu macam ni ke? Kau fikir sekadar maaf boleh selesaikan semua ni?" Tawa sinis dihamburkan. Perit tapi dia perlu terima.
Harith telan air liur kesat. Bibirnya yang ingin mengatakan sesuatu terbantut apabila nada dering handphone nya mencelah diantara mereka.
Handphone dikeluarkan. Nama yang tentera di skrin Harith pandang kejap. Nafas yang terasa sesak dia cuba aturkan. Jarinya mula menggesek ke permukaan skrin tanda mengangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum mummy..." Harith pandang Qairul. Lelaki itu berpaling menghadap ke arah lain. Mungkin cuba tenangkan diri.
"Apa?!"
Jeritan Harith menarik perhatian orang ramai. Sempat Harith menundukkan wajah tanda sebagai permohonannya.
Qairul berpaling ke arah Harith. Wajah lelaki itu tampak risau dan serius sekali.
"Baik, mummy tunggu situ. Harith gerak sekarang," panggilan segera ditamat. Dengan cepat dia bangun tanpa pedulikan Qairul yang mula pandang dia tidak puas hati.
"Kau nak pergi mana? Urusan kita tak selesai lagi!" Lengan Harith ditarik kasar.
Harith berdecit. Tangan Qairul yang memegang lengannya dilepaskan kasar.
"Aku kena cepat. Lisha masuk hospital." Dia keluarkan duit lalu diletak ke atas meja.
"Khalisha masuk hospital?" Air mukanya berubah mendadak. Tiba-tiba perasaan risau bertandang tatkala mendengar berita Khalisha di masukkan ke dalam hospital.
"Ye, pasal ni nanti kita bincang. Aku nak kena cepat. Aku minta maaf," Harith bergerak tanpa berpaling lagi.
Dia perlu segera. Pasti Datin Karmila keseorangan memandangkan Dato Ridhuan juga dalam perjalanan ke hospital.
"Naik dengan aku."
Harith berhenti melangkah. Dia berpaling belakang memandang Qairul yang kini berjalan menghampirinya laju.
"Aku tahu kau datang sini jalan kaki je memandangkan tempat kau kerja dekat je kat sini. Kalau tak nak buang masa, naik kereta aku. kita gerak sekali," putus Qairul serius.
Harith jatuhkan kepala. Setuju.
🌸🌸🌸
Laju mereka aturkan langkah ke wad ICU. Sampai sahaja, terlihat Datin Karmila yang duduk dibangku sambil menangis.
Harith berjalan mendekati Datin Karmila lalu dipeluk tubuh itu kemas. Semakin menjadi-jadi tangisan Datin Karmila. Belakang tubuh Datin Karmila digosok lembut sebagai memujuk.
"Mummy, please... jangan menangis."
"Mummy takut, Lisha pengsan tadi tak sedarkan diri. Kalau jadi apa-apa dekat Lisha macam mana?" Tersedu sedan Datin Karmila meluahkan rasa risau yang bertandang sedari tadi.
Harith senyum tipis. Pipi Datin Karmila yang basah dengan air mata itu diusap perlahan.
"Kita banyak berdoa untuk Lisha, mummy. Insyaallah, Lisha tak apa-apa," pujuknya lagi. Tangan kanan Datin Karmila yang bergetar itu digenggam kemas.
Tiba-tiba seorang doktor keluar dari wad ICU. Datin Karmila laju berdiri menghampiri Doktor lelaki yang cuba membuka mask dari mukanya.
"Macam mana keadaan anak saya? Dia tak apa-apa kan?" soalnya laju.
Doktor itu tersenyum tawar. "Keadaan anak puan dah stabil. Anak puan pun dah sedar tadi. Kami akan pindahkan anak puan ke wad biasa. Buat masa ni kalau nak melawat hanya dua orang sahaja yang dibenarkan masuk. "
"Puan boleh ikut saya ke bilik. Saya ada sesuatu nak berbincang dengan Puan mengenai keadaan anak Puan," pinta Doktor tersebut.
Datin Karmila terus angguk kepala lemah. Matanya tertangkap tubuh Qairul yang turut pandang ke arahnya. Mulanya dia dah sedar kewujudan Qairul tetapi apabila Harith datang mendekati, dia hanya hiraukan. sebak yang bertandang di dadanya seakan-akan meminta dilepaskan dahulu.
"Mummy pergi dulu ye. Shad dan Harith pergi lah melawat Lisha," ujar Datin Karmila sebelum membawa langkah mengikut ke bilik doktor lelaki itu.
Harith menghelakan nafas lemah. Rambutnya disebak kebelakang. Sempat anak matanya mengerling sekilas ke arah Qairul yang diam termenung di dalam dunianya sendiri.
Tubuh Qairul dihampiri lalu bahu lelaki itu ditepuk dua kali. Qairul segera angkat muka apabila disapa oleh Harith.
"Aku nak pergi uruskan pindahan wad Khalisha dulu. Kalau kau nak balik, balik jelah nanti aku bal..."
"Aku tunggu sini, aku nak pergi solat." Dingin Qairul bersuara mencantas kata-kata Harith.
Qairul berdiri. Dia terus beredar meninggalkan Harith yang terkaku memerhatikan tingkahnya.
🌸🌸🌸
"Dah berapa lama Khalisha sakit?"
Kepalanya mendongak memandang Qairul yang berdiri dihadapannya. Mulutnya terkatup rapat. Dadanya terasa sesak ingin membalas pertanyaan Qairul. Muka lelaki itu beku sekali.
Qairul masih bersabar menanti.
"Yang tu kau kena tanya dia sendiri. Jawapan tu ada dekat Lisha," balasnya tenang. Seboleh mungkin dia larikan anak matanya ke tempat lain.
Qairul ketawa sinis. Terasa lucu dengan jawapan yang Harith berikan. Tawanya mati digantikan dengan muka bengis teramat. Tangan terus mencengkam kolar baju Harith. Lantas ditarik agar lelaki itu berdiri sama.
Kesabarannya semakin menipis.
"Sekarang ni kau nak rahsiakan lagi? Tak cukup kau tipu aku dengan status hubungan kau dengan keluarga Khalisha, sekarang nak rahsiakan pula pasal sakit Khalisha? Hurm?"
Harith tahan diri. Seboleh mungkin dia mahu mengelat. Dia dapat rasakan bahang di tubuh Qairul. Kali ni lelaki itu benar-benar marah. Dia cuba lepaskan tangan Qairul dari cengkaman bajunya.
"Qairul! Kita tak hospital sekarang ni. Tolong lah hormat," Harith bersuara keras memberi amaran. Serentak itu Qairul melepaskan cengkaman baju Harith.
Dadanya berombak kasar. Kemudian dia pejamkan mata beristighfar panjang. Apabila dia rasakan dirinya lebih tenang dia membuka mata, merenung Harith dengan pandangan membeku.
Harith hembuskan nafas kasar kemudian berpaling ke arah lain. Bajunya yang sedikit berkedut itu dibetulkan.
"Pergi lah melawat Khalisha. Bincang elok-elok. Ingat, Lisha tu baru sedar jadi jangan terlalu mendesak dia. Aku bagi kau ruang dengan dia. Kalau daddy dengan mummy dah datang nanti aku bagitahu," Harith menapak menjauh sedikit dari Qairul. Punggung kembali dilabuhkan ke kerusi yang telah disediakan diluar wad.
Qairul pandang pintu wad peribadi itu. Lama dia memikirkan sehingga akhirnya dia membuat keputusan untuk masuk. Tangannya menolak pintu wad itu.
Menapak sahaja ke dalam, dia melihat Khalisha berbaring menghadap jendela. Nafas ditarik lega apabila gadis itu mengenakan tudung sarung di kepalanya.
Dengan kudrat yang bersisa dia menapak mendekati katil gadis itu. Terasa langkahnya memberat semakin menghampiri. Sampai sahaja di hujung katil gadis itu dia berdiri kaku. Lama matanya melekat ke sekujur tubuh yang berbaring lesu. Dia nampak perubahan ketara di tubuh gadis itu.
Tubuh gadis itu semakin menyusut.
"Mummy?"
Perlahan-lahan Khalisha memusingkan tubuhnya apabila merasakan seseorang berada di wadnya. Matanya yang kuyu terus membulat terkejut apabila anak matanya bersambung dengan anak mata hitam membeku itu. Tubuhnya terkaku. Bibirnya terketar-ketar ingin bersuara.
"S...shad?"
Bibir Qairul terkatup rapat. Kakinya masih statik berdiri memandang Khalisha yang jelas terkedu dengan kewujudan dia disini. Riak bekunya masih dipamerkan.
"A...awak buat apa kat sini? M...macam mana?" Sekali lagi Khalisha menyoal. Terkejut.
Qairul pandang wajah Khalisha. Lama.
"Seronok lah buat saya macam ni?"
Bungkam. Khalisha terdiam tambah terkejut mendengar kata ganti nama lelaki itu, berubah. Tidak sekasar dahulu.
Sumpah, dia rindukan Qairul yang memanggilnya begini.
Tidak semena-mena air matanya mula bertangkung di tubir mata. Qairul masih begitu. Menayang riak bekunya.
"Saya minta maaf," suaranya sebak. Dia nak bangun tetapi tubuhnya terasa lemah. Dia hanya mampu berbaring sambil menatap sayu ke arah Qairul.
"Saya minta maaf Shad. Saya tak ada niat nak buat macam ni kat awak. Maaf. M...maafkan saya." Bercucuran air matanya mengalir ke pipi. Dia mula teresak-esak menangis menahan rasa.
Qairul pejamkan mata erat. Mendengar tangisan sayu Khalisha membuatkan hatinya turut terasa hiba. Matanya dibuka. Matanya turut berkaca memikirkan keadaan Khalisha sekarang ni.
Wajah itu cengkung. Tiada sinar. Kulit gadis itu juga putih pucat tidak berdarah, begitu juga bibir gadis itu kering.
Air matanya turut mengalir.
Tangan ingin diangkat menyapu air mata gadis itu yang mengalir ke pipi tetapi buat seketika dia terkaku. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangannya semula.
Perasaan yang berkecamuk, dia cuba tenangkan.
"Jangan menangis Lisha," Qairul cuba memujuk dengan senyuman. Tangannya mula mengambil hujung tudung Khalisha lalu dilap air mata yang berbekas di pipi gadis itu.
Khalisha senyum tipis dalam tangis. Beransur-ansur esak tangisnya mula reda. Riak wajah Qairul juga mulai kendur. Tidak sebeku tadi.
"Saya minta maaf, maafkan saya." Tidak putus-putus mohon maaf di bibir tipis nya. Qairul menghelakan nafas lemah.
"Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal Lisha?" Lirih Qairul bertanya.
"Saya..."
"Awak sakit apa sebenarnya? Sebab sakit ke, awak ambil keputusan untuk putus hubungan kita?" duga Qairul.
Tepat sekali tekaan Qairul membuatkan bibirnya terketar-ketar menahan debaran di dadanya.
"S...saya minta maaf. Saya tahu salah saya rahsiakan semua ni. Saya tak nak awak terseksa hidup dengan saya. Awak berhak dapat wanita yang lagi elok dan sempurna dari saya, yang mampu jaga awak," suaranya kedengaran lirih.
"Awak tahu tak, awak buat saya macam ni lagi terseksa. Kenapa Lisha?" soalnya keras. Benar-benar tidak suka dengan keputusan gadis itu.
"Saya..."
"Kalau itu yang membuatkan awak ambil keputusan macam ni, awak silap. Kalau saya tahu sekalipun awak sakit, saya tak akan tinggal awak. Saya akan cuba sentiasa ada dengan awak, melawan sakit ni. Kita sama-sama cuba lawan penyakit awak. Kenapa awak fikir sampai macam tu?"
"Saya tak mampu untuk hidup bersama awak lebih lama. Saya buat semua ni bersebab." Air mata yang mengalir dia usap perlahan.
"Bagi saya peluang Lisha," Wajah Khalisha ditatap sayu.
"Bagi saya peluang jaga awak," pujuknya. Matanya tulus merenung Khalisha yang tergamam.
"Awak..."
"Kita akan sama-sama lawan sakit awak ni. Saya nak jaga awak. Saya nak selalu ada dengan awak. Saya takkan tinggalkan awak lagi," ucapnya lagi.
Khalisha menggeleng kepalanya laju. Air matanya kembali mengalir laju.
"Saya tak boleh..." balasnya dengan suara serak.
"Lisha..."
"Saya sakit Shad! Saya sakit, nyawa saya tak panjang! Saya ada Kanser Darah. Awak tak faham ke?! Saya tak nak!" Jerit Khalisha sambil menggenggam selimut ditubuh nya kuat.
Dunia seakan berhenti berputar. Jantungnya berdetak laju menerima berita yang keluar dari bibir Khalisha. Terasa bagaikan ditampar.
"K...kanser Darah?" Mukanya jelas tidak percaya.
Khalisha ketap bibir. Dengan kasar dia tepis air matanya yang bercucuran turun membasahi pipinya.
"Cukup lah Shad. Saya penat. Saya tak nak awak hidup dengan wanita macam saya ni. Saya tak nak buat hidup awak bertambah merana sebab saya, saya takkan ada dengan awak selamanya! Saya sakit Shad! Bila-bila masa sahaja saya boleh mati!" Penuh sayu dia berkata. Pasrah sahaja berbunyi menandakan dia benar-benar lelah dengan jalan hidupnya.
"Sekarang hidup saya terlalu tipis. Biar lah keadaan kita macam ni je. Saya tak nak jadi bebanan awak pula."
Khalisha menatap dalam ke dalam mata Qairul. Senyuman dibibirnya diukir payah.
"Awak pergi lah. Saya penat. Saya nak rehat," halaunya. Sejurus itu Khalisha terus berpaling kembali menghadap tingkap jendela.
Dia dah tak sanggup pandang Qairul. Dia tak akan sesekali memberikan ruang Qairul untuk mendekatinya lagi. Ini untuk kebaikan Qairul dan dia.
Tiada sesiapa yang akan terluka lagi. Biarlah dia sendiri. Dia lebih rela Qairul ada pengganti lain selain daripadanya.
Dia cuma wanita lemah dan bila-bila masa bakal dijemput ilahi. Dia takkan biarkan Qairul merana disebabkan dia.
Takkan, cukup lah sekali dia buat lelaki itu kecewa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top