Bab 5

      Hanan melangkah masuk ke ruang taman pondok, namun langkahnya mati apabila Hanan dan Syazryl bertentang mata. Badannya segera di pusing dan kakinya terus laju melangkah pergi akan tetapi Syazryl lebih pantas.

Syazryl mencengkam lengan milik adiknya yang berlapik dengan kuat. Dia takkan biarkan Hanan melarikan dirinya lagi.

"Abang, lepaslah!"  Hanan menepis dengan kasar. Berkali-kali ditepis pun Syazryl enggan melepaskan. Hanan merintih sakit apabila cengkaman itu semakin kuat sehingga pedih terasa di pergelangan tangannya.

"Abang, sakitlah!"

"Sakit? Kenapa adik nak lari lagi? Tak puas lagi ke lari dari abang?" Sinis sahaja pertanyaan Syazryl.

Hanan terkedu, air matanya sudah memenuhi di tubir matanya. Entah kenapa sejak dua menjak ini dia sensitif, mungkin sebab horman? Syazryl terkejut segera di lepas cengkaman itu. Hanan membelek lengannya yang terasa pedih.

"Sorry abang tak sengaja, maafkan abang." Hanan memandang wajah abangnya, terserlah kerisauan itu. Air mata Hanan bergenang lalu segera di alih wajahnya menatap abangnya.

"Adik, benci abang!"

'Dup! '

"Hanan please tunggu sekejap, please give me chance for talk of you."

Biarpun dia terkejut tetapi dia takkan biarkan adiknya lari lagi. Syazryl memegang bahu adiknya dengan kuat.

"Abang nak cakap yang abang sayangkan adik walaupun abang dah tahu yang adik mengelat dengan abang sebab apa. Abang nak adik tahu yang abang sentiasa di sisi adik, lindungi adik, dan sayangi adik seperti mana abang sayangkan adik lebih dari seorang adik." Hanan tergamam,tak mungkin abangnya tahu. Di pandang wajah abangnya dengan kerutan.

"What do you meant?"

"Adik dah tahu kan yang abang bukan abang kandung adik? Adik kena tahu biarpun kita tiada pertalian darah tetapi adik tetap adik abang Ryl. Abang sayang Adik macam nyawa abang sendiri. Please, tolong jangan mengelat dari abang."

'dup!'

Bagaikan ada batu besar menghempap dadanya. Sesak nafas itu lah dia terpaksa hadam. Matanya sudah berkaca segera di tutup mukanya dengan tapak tangan, esakan kecil mula terbit.

"Adik."

"Jadi abang dah tahu? Patutlah abang selalu mengelat dari adik tapi tak apa biar adik pulak yang akan mengelat dari abang. Abang tak nak adik dekat dengan abang kan? Okay adik turuti juga." Tersekat-sekat dia berbicara. Syazryl mengeluh, tangan adiknya di tarik dari menutupi mukanya tetapi Hanan mula merentap kasar. Jarinya menunding ke wajah Syazryl.

"Jangan pegang tangan adik! Adik tak suka!" Hanan pada masa ini bagaikan orang lain. Mata Hanan merah, jelas hatinya bertapa sedihnya dan kecewa. Hanan menggeleng, air mata tetap turun.

"Sampai hati abang buat adik macam ni. Tak boleh ke abang bagi tau je? Tak Payah nak mengelat bagai. Kenapa? Jijik sangat ke? Benci sangat ke yang adik bukan adik kandung abang? Ha?! I'm talking you! jawablah!"

Sungguh dia sedih. Tapi bila abangnya Syazryl mengelat dari bertembung dan menjarakkan kedudukan mereka sebagai adik beradik biarpun hanya keluarga angkat itu telah membuatkan hatinya sakit dan terasa dengan sikap abangnya.

"Abang tahu tak? Semua yang abang cuba mengelat dari adik buat adik rasa sakit hati. Macam abang benci adik. Adik tak tahu salah adik di mana. Tapi kalau adik ada buat silap atau salah, adik minta maaf."

Hanan ingin melangkah tetapi Syazryl menyekatnya.

"Abang tak pernah benci adik. Adik kene faham lelaki ni kalau depan mata perempuan cantik lagi-lagi bukan mahram boleh buat abang tak tahan. Abang kene jaga kedudukan batas seorang perempuan, adik pun begitu.

Abang tak pernah benci adik malah abang cintakan adik dari adik tingkatan 2 hingga sekarang. Please, abang tak pernah benci atau mengelat dari adik tapi demi jaga batas itu aja. Abang minta maaf kalau buat adik terasa. Adik lah penawar abang dulu, abang sayang, cinta adik lebih dari seorang adik."

Hanan terserentak air matanya terhenti. Jantungnya mula bermain peranan. Masih menantikan ayat seterusnya biarpun dia berdebar dengan hebat.

"Yes, I love you Hanan Zulaikha. I love you so much. Biarpun kita ni adik beradik angkat abang nak adik tahu abang cinta dan sayangkan adik. Jadi abang nak minta satu permintaan dari adik. Abang harap adik setuju dan abang akan jaga adik seperti mana abang jaga nyawa abang so..."

Syazryl mula berlutut di depan Hanan. Hanan terkejut lantas dia berundur dan bersuara.

"Abang buat apa ni?!"

"Hanan Zulaikha Binti Ilzam Syahid, dengan lafaz bismillah. Saya ingin melamar awak menjadi makmum saya. Sudikah awak menjadi yang halal buat saya?"

"Abang! Abang merepek apa ni?!" Terjerit kecil Hanan. Syazryl menghela nafas dia kuatkan diri untuk menyampaikan hasratnya dari dulu. Ya, dia ingin jadikan Hanan sebagai isterinya yang halal.

"Ikha abang akan jaga Ikha. Abang janji lepas abang habis tamat pengajian ni abang akan jadikan adik isteri abang. Please Ikha, abang nak jaga dan ingin jadi imam buat adik, abang merayu."

Hanan tergamam. Dia tak terfikir yang umi nya mahu jodoh kan dia dengan anak kawan umi nya. Semua tu seperti hilang untuk mengingati. Jelas betapa ikhlasnya di mata Syazryl ingin memperisterikannya.

Hanan menangis buat kali ke berapa tak tahu. Seketika dia berasa terharu. Tanpa berfikir panjang Hanan mengangguk tanda bersetuju. Syazryl tersenyum lalu bangun dari berlutut, kalaulah dia boleh memeluk adiknya sudah lama di peluk.

Syazryl hanya mengusap kepala adiknya yang berlapik.

"Janji dengan abang yang adik akan tunggu abang. Lagi 7 bulan abang akan jadikan Hanan yang halal buat abang. Janji?" Hanan hanya mengangguk.

Tanpa di sedari Hanan telah buat kesilapan yang besar. Hanan tidak terfikir yang uminya akan menjodohkannya. Syazryl tersenyum sinis, dia takkan biarkan adik kawannya menjadi suami buat Hanan. Baginya Hanan hanya miliknya. Tiada siapa boleh memiliki Hanan selainnya.

'You're mine Hanan Zulaikha. Tiada siapa pun boleh memiliki dia selain aku. Aku takkan biarkan Ikha jatuh ke tangan Qairul Arshad, aku takkan biarkan dia jadi milik orang lain. Hanya dia yang akan menjadi haknya.'

Senyuman sinis terbit di bibirnya. Kali ini biar dia yang menang. Hanan akan menjadi miliknya bukan milik Qairul Arshad. Itu janjinya.

🌸🌸🌸

     "Shad, sini kejap umi ada benda nak cakap ni." Dengan langkah yang berhati-hati di labuh kan punggungnya di atas sofa yang berdekatan. Segera pandangan di focus ke arah Puan Zainun.

"Ye ma? Ada apa?"

Puan Zainun menghela nafas, di pandang wajah anak ketiganya. Dengan keberanian dia menyampaikan hasratnya.

"Shad ingat tak lagi Ikha? Anak Mak cik Ida?" Berkerut kening Qairul, anak Mak cik Ida? Yang mana ya?

"Mak cik Ida yang mana ma? Shad tak ingat lah."

"Ala Mak cik Ida, takkan kamu tak ingat? Yang kamu selalu bersaing dengan abangnya, Syazryl Iman? Lepastu dia ada adik sama umur dengan kamu takkan kamu tak ingat?" Bertambah kerutan dahi jadinya. Macam pernah dengar je? Ohhh! Baru dia ingat, anak Makcik Suhaida.

"Anak Mak cik Suhaida ke ma? Yang abang Ryl selalu je bermain dengan kak Ecah?"

Puan Zainun mengangguk, Qairul mula mengingati wajah budak kecil yang sebaya dengan dia. Tak silapnya itu anak angkat makcik Suhaida. Kenapa mamanya bercakap pasal anak-anak makcik Suhaida?

"Ada apa mama cakap pasal Makcik Ida? Ada apa-apa ke?"

"Mama nak kamu kahwin dengan anak dia, Ikha." Terkejut beruk Qairul. Siapa je tak terkejut. Cakap-cakap pasal ni tiba-tiba kahwin. Buang tabiat apa mama ni?

"Apa mama merepek ni?" Qairul ketawa kecil cuba nak menyedapkan hatinya walhal jantungnya sudah mengepam laju.

"Mama tak merepek tetapi ini keputusan mama. Mama nak kamu kahwin dengan Ikha." Jelas betapa seriusnya Puan Zainun sehingga Qairul pulak yang kecut perut menengoknya.

"Tapi mama, Shad masih muda. Kenapa nak kahwinkan Shad dalam umur sebegini?" Qairul mula tidak berpuas hati. Kenapa mamanya tiba-tiba berubah? Buang tabiat apa nak kahwinkan dia dalam umur 17 tahun? Kau bayangkan lah aku masih budak sekolah lagi siot!

"Shad please, ini je permintaan mama. Shad anak yang baikkan?" Dengan penuh sayu dia merayu. Qairul mula serba salah ini lah yang paling dia lemah. Dia tak sanggup untuk melukakan hati seorang ibu yang telah mengandungkan dia selama 9 bulan.

Di kalih wajahnya, Ah! Dia buntu bertambah dengan serba salah.

"Shad, kamu takkan kecewakan mama dan papa kan? Hanya satu ni je mama minta Shad." Wajah sayu itu membuatkan dia kesian dan serba salah. Qairul mengeluh seketika.

"Ma Shad tak pernah bantah arahan mama tapi benda ni tentang my life ma. Bukan untuk main-main."

Dia masih budak bawah 18 tapi kenapa mamanya hendak kahwinkan dia dalam umur sebegini? Sudahlah tahun ni dia hendak mengambil sijil SPM. Tak bolehkah selepas tamat persekolahan?

"Mama yakin Shad boleh jadi suami yang baik. Ikha juga boleh menjadi isteri yang baik dan Shad sebagai bakal suami, mama yakin Shad boleh bimbing dia ke arah syurga dan menjadi imam Shad. Mama nak yang terbaik untuk Shad."

Qairul mula buntu. Hendak menerima? Ah! Dia haru berfikir dulu.

"Please give me time untuk fikirkan ni dulu." Qairul mula bangun, kakinya segera naik ke biliknya. Sesampai sahaja di bilik dia terus mengunci pintu dan badannya di rebah ke tilam. Tangannya segera naik ke dahi.

      Tahun lepas tidak silap dia pernah melihat gadis itu pada hari raya sewaktu rumah mengadakan jamuan makan. Tidak dinafikan Hanan semakin cantik sekarang. Kulit yang putih mulus dengan memakai selendang biru laut dan kaca mata bulat itu telah membuatkan dia tertarik. Gadis itu jelas betapa  matang, dulu semasa mereka di umur 12 tahun gadis itu pun makin jarang berborak dengannya. Dia pun buat tak peduli lah. Dia masih ingat di masa umurnya kira-kira 7 tahun, rapatnya bukan main macam siput dengan cengkerang. Biasalah budak-budak perangai macam-macam kerenah ada.

Seketika Qairul mengingati kata-kata yang pernah dia ungkapkan kepada Hanan.

"Ikha." Hanan yang bermain bersama anak patung itu berhenti. Di pandang wajah Qairul.

"Ikha, janji dengan Shad kita takkan berpisah. Jangan tinggalkan Shad?" Hanan berdiri dan berjalan ke arah Qairul. Di keluarkan jari kelingkingnya berserta senyuman manis.

"Ikha janji kita takkan berpisah. Ikha takkan tinggalkan Shad. Shad kan keluarga Ikha." Qairul tersenyum menampakkan giginya. Jari itu terus bertaut tanda janjinya.

Qairul memejam mata, menghilangkan bayangan kanak-kanak itu. Dulu, dia menyayangi wanita itu, namun sekarang setelah lama tidak bertembung membuatkan semuanya terhapus. Qairul mengaku dulu dia sayangkan Hanan lebih dari seorang adik tapi sekarang bila dah jarang berjumpa terasa janggal dan kekok untuk mereka rapat seperti dulu.

"Hanan Zulaikha..." Nama itu telah menjadi zaman kanak-kanak, kini mamanya hendak menjodohkannya bersama gadis ini. Entah kenapa bila difikirkan itu serta merta dia berasa sakit hati dan ingin menyalah gadis itu. Baginya gadis itu telah membuatkan keluarganya kucar-kacir. Tangannya segera memicit dahinya mengurangkan pening. Ah! Banyak masalah yang perlu dia hadap sekarang!

Sedikit demi sedikit matanya mula kuyu. Di pejam mata dan akhirnya dia di bawa ke alam mimpinya.

🌸🌸🌸

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top