Bab 48
"Kau buat apa tu?"
Suara Qairul yang menegurnya membuatkan Hanan toleh ke belakang. Bibirnya menguntum senyum tipis kemudian kembali beralih kepada kerjanya semula. Satu persatu bahan untuk membuat kek brownies disediakan.
"Saya tengah susun bahan nak buat brownies. Ada tempahan hari ni. Awak tak kerja hari ni?" Hanan mengerling ke arah Qairul yang kini berdiri di sebelahnya.
Lelaki itu hanya berpakaian santai. Dengan seluar separa bawah lutut. Baju t-shirt putihnya. Memang tiada tanda-tanda nak keluar pun.
"Hari ni aku cuti. Alang-alang tu duduk jelah kat rumah. Eryn tak ada ke? Bukan dia selalu buat brownies dengan kau ke?" soalnya. Tidak terlepas mata melihat bahan-bahan yang disediakan oleh Hanan. Nampak menarik.
Wajah Hanan mulai mendung. Keluhan lemah dilepaskan. "Dia tak dapat datang hari ni sebab dia kena ikut ibu dia balik kampung. Sepupu dia kahwin."
Terdiam seketika Qairul. Wajah Hanan yang tenang bersahaja dari sisi itu Qairul tenung.
"Kiranya kau kena buat seorang diri lah?" Soalnya lagi.
Terangguk-angguk kepala Hanan mengiyakan. Apron yang disangkut Hanan capai. Rambut dia yang diikat tocang kini ditukarkan dengan sanggul gaya bun. Lebih memudahkan dia nak buat kerja.
Setiap gerak geri Hanan tidak lepas diperhatikan satu persatu. Ini kali pertama dia melihat Hanan membuat kek. Sebelum-sebelum ni dia pernah lihat kek brownies yang dah siap hidang je.
"Kalau macam tu aku tolong kau."
Terhenti pergerakan Hanan seketika. Wajah berpaling ke arah Qairul yang turut memandangnya.
Dia tak silap dengar kan?
"Awak nak tolong saya?" Soalnya dengan mata terkebil-kebil.
Terangguk-angguk kepala Qairul. Melihat respon Qairul begitu, Hanan senyum lebar. Hatinya bagaikan girang apabila Qairul dengan ikhlasnya menawarkan diri untuk menolongnya.
Berita hangat ni!
"Boleh, boleh! Lagi saya suka kalau awak bantu saya," ujar Hanan penuh gembira. Melihat Hanan yang tersenyum lebar itu membuatkan bibirnya turut menguntum senyum.
Akibat geram, tangannya pantas naik mencubit pipi gebu isterinya.
Geram punya pasal!
"Dah lah tak payah senyum macam tu, buruk." Sekali lagi pipi Hanan dicubit tapi kali ini agak kuat sehingga terjerit kecil Hanan. Tak semena-mena pipinya bertukar rona.
Mulut sahaja kata buruk padahal senyuman gadis itu mampu menggetarkan jiwanya. Terlalu manis untuk dilihat.
"Hish... apa awak ni? Saya senyum je tu pun boleh awak cakap buruk," rungut Hanan dengan muka cemberut. Tak puas hati! Pipinya yang terasa pedih itu diusap-usap.
Walaupun pipinya terasa sakit, hatinya tetap berbunga-bunga dengan sentuhan Qairul. Dia tahu Qairul hanya sekadar gurau.
Dari hari ke hari, rasa sayang terhadap Qairul terlalu sukar diungkapkan. Kadangkala dia cuma mahukan hari-harinya terisi dengan Qairul. Hanya lelaki itu sahaja yang mampu bangkitkan semangatnya.
Sejak kejadian perit itu, dia telah pun ceritakan kepada Qairul. Lelaki itu tidak putus-putus memberikan dia dorongan, bahkan Qairul juga menyuruhnya untuk berlapang dada agar memaafkan kedua-dua orang tua kandungnya. Mungkin apa yang ditulis terbaik untuk dirinya. Tanpa Qairul mungkin sampai saat ini dia masih belum mampu melepaskan.
"Kita nak mulakan dari apa dulu?" soal Qairul sudah sedia tercegat di sebelah Hanan. Tunggu masa arahan dikeluarkan je.
"Awak dah basuh tangan?" Tanya Hanan.
"Dah..." Qairul angguk kepala.
Dua biji telur yang siap dibasuh diberikan kepada Qairul. Dengan wajah terpinga-pinga Qairul tetap menyambut. Muka Qairul penuh kebingungan. Maklum lah dia tak pernah buat kek sebelum-sebelum ni. Selama ni dia hanya makan sahaja hahaha...
"Buat apa dengan telur?" soal Qairul dengan wajah berkerut. Hanan menahan bibir dari lepaskan tawa.
Alahai bang. Jangan nampak weird sangat benda tu.
"Kan nak buat brownies, kena pakai telur. Memang macam tu. Awak tak pernah tahu ke apa?" soal Hanan dengan senyuman menahan lucu.
Qairul nampak comel betul!
"Memang pun, aku mana lah pernah buat. Mama pun jarang-jarang buat kek. Banyak beli dari buat kat dapur," balas Qairul bersahaja. Kosong sahaja wajahnya seakan-akan tidak tahu menahu langsung.
Mahu sahaja Hanan tepuk dahi saat ini. Dia ingatkan sekurang-kurangnya Qairul tahu tapi rupa-rupanya tidak.
"Tak apa lah, benda boleh belajar kan? Tak susah-susah pun," balas Hanan tenang. Bukan satu masalah pun nak mengajar ni. Kalau mudah patuh arahan, easy.
Hanan bergerak mengambil pemukul telur di bahagian rak simpan. Setelah dia lap, Hanan letakkan ke dalam mangkuk yang tersedia.
"Telur ni awak masukkan lepastu awak isi gula perang yang saya sediakan dalam mangkuk ni." Gula perang yang telah disukat sebentar tadi dia letakkan di atas meja depan Qairul.
Mangkuk lut sinar yang telah disediakan dia ambil lalu dia sukat esen vanilla dan juga garam. Nak suruh Qairul yang sukat tak pasal-pasal jadi lain.
"Saya dah sukat ni. Awak kacau je sampai sebati. Saya nak panaskan mentega dengan dark chocolate dulu. Kalau ada apa-apa awak panggil je tau saya," arah Hanan ringkas. Qairul senyum senget.
"Baik madam."
🌸🌸🌸
Berlari-lari anak Qiyadh mendekati Hanan yang duduk di atas sofa. Dipeluk tubuh Hanan dari sisi. Hanan turut mendakap tubuh kecil adik iparnya dengan senyuman mekar di bibir.
"Ril rindu Kakak Cantik!"
Hanan mengelus lembut rambut Qiyadh. Bibirnya menguntum senyum.
"Akak pun rindu Ril. Ril sihat?" soalnya sambil menyenget kan kepala melihat wajah Qiyadh.
Qiyadh mendongakkan lalu berkali-kali mengangguk kepala.
"Mesti lah Ril sihat. Ril kan kuat!" balas Qiyadh dengan riang. Siap tunjuk biceps keding dia lagi. Bukan main senyum sampai ke telinga.
Terletus tawa Hanan dengan sikap Qiyadh yang agak manja itu. Mulut Qiyadh yang berceloteh itu ini, Hanan tetap melayan. Qairul pula tajam perhatikan lagat adik dan isterinya itu sedari tadi. Bukan main!
Dia yang duduk disini langsung tidak dihiraukan. Dengan Hanan bukan main becok bercerita entah apa-apa. Haih la.
Tangan disilang ke dada. Sengaja dia berdehem untuk menarik perhatian Hanan dan Qiyadh yang tak habis-habis jejak kasih itu.
"Rindu Kakak Cantik je ke? Kiranya tak rindu acik lah ni? Lepas ni tak payah dah lah minta acik beli aiskrim untuk Ril," ujar Qairul konon-konon buat merajuk dengan Qiyadh. Terasa hati den.
Hanan dan Qiyadh berpandangan seketika. Senyuman di bibir Qiyadh terus mati bila diugut begitu. Bibir dicebik.
Oh no!
"Ril rindu acik juga lah. Sorry, acik ni jangan lah marah," Qiyadh kini beralih ke arah Qairul yang duduk tidak kurang jauh dari Hanan. Selamba dia memanjat tubuh Qairul lalu dipeluk kemas.
Tidak menunggu lama tubuh Qiyadh didakap erat. Tenggelam terus tubuh kecil Qiyadh di dalam dakapannya.
Dia juga rindukan Qiyadh. Kebiasaannya Qairul lah tempat Qiyadh mahu bermanja walaupun jarak umurnya dengan Qiyadh terlalu jauh.
"Ye ke ni rindu acik? Ke sengaja nak bodek ni?" Qairul mengecilkan mata. Saja nak usik.
"Ye lah Ril rindu acik. Acik dah lama tak bawa Ril jalan-jalan. Selalu busy." Kelam wajah Qiyadh saat menutur. Muram sahaja.
Qairul senyum tipis. Tangan diletakkan ke kepala Qiyadh lalu digosok lembut. Dia juga turut rindu mahu meluang masa dengan Qiyadh. Dia sedar akan kekangan masanya dengan Qiyadh. Hidupnya pun terlalu banyak berubah dari sebelum ni.
"Ril nak ikut jalan-jalan?" soalnya sambil tangan perlahan menepuk bahu Qiyadh.
Qiyadh mengangkat kepala."Boleh ke?"
Tubuh Qiyadh yang duduk di atas pehanya dibetulkan agar lebih selesa. Sebelah tangannya memegang lengan kiri Qiyadh.
"Boleh, tapi Ril kena jadi budak baik. Kalau tak Ril tak boleh ikut acik." Ugutnya sambil mencubit pipi pau adiknya.
Bersinar-sinar mata anak kecil itu. Gembira tak terkata apabila Qairul mahu mengajaknya berjalan-jalan.
"Boleh, boleh! Janji acik bawa Ril jalan-jalan." Teruja Qiyadh dengan bibir senyum lebar.
Hanan turut tersenyum melihat dua beradik itu berborak. Dia sedia maklum dengan hubungan dua beradik ini, malah Qiyadh lebih rapat dengan Qairul berbanding Ziyad dan Zailatul.
Agaknya macam ni juga ke kalau dia ada adik?
"Hanan."
Lamunan dia terhenti apabila namanya diseru. Wajahnya diangkat menoleh ke arah Qairul dan Qiyadh yang turut memandangnya.
"Kenapa? Awak ada nak cakap apa-apa ke?" Tanya Hanan dengan wajah penuh tertanya-tanya.
"Pasal brownies tu, biar aku lah hantar brownies tu dekat customer. Alang-alang tu nak bawa Ril sekali. Kau duduk lah sini teman mama. Mama pun mesti rindu nak berborak dengan kau lama-lama," ujar Qairul sambil menurunkan Qiyadh di atas ribanya.
"Serius awak nak hantar? Tak takut sesat ke?" Hanan tayang muka acah-acah terkejut. Geli hatinya melihat riak muka Qairul seakan-akan menyampah dengan usikan tak seberapa nak menjadinya.
Qairul menjeling Hanan tajam.
"Apa? Kau ingat aku tak pandai tengok location ke apa?"
Hanan menayangkan sengihan. Niat cuma nak bergurau tapi bila tengok Qairul bukan main tayang muka serius. Jadi macam sedih pula.
Nak gurau sikit pun tak boleh!
"Saya main-main sikit pun tak boleh awak ni." Wajah dimasamkan. Rasa macam nak merajuk pun ada dengan Qairul ni tapi macam lah lelaki itu kesah. Buang masa je kalau dia nak merajuk dengan Qairul.
Last last dia yang rugi. Lepastu dia yang kena pujuk diri sendiri heh.
"Habis tu awak nak hantar sekarang ke dengan bawa Ril?" Tanya Hanan lagi. Qairul angguk kepala.
"Ha'ah aku nak hantar. Kau send location je kat mana. Ril pergi siap-siap nanti turun kita pergi jalan okey?" Arah Qairul sambil menepuk belakang tubuh Qiyadh perlahan.
Dengan penuh rasa tidak sabar pantas Qiyadh berlari ke biliknya.
Semangat betul nak jalan-jalan tu.
"Awak tunggu sini, saya pergi ambil brownies dekat dalam peti ais." Hanan berdiri lalu bergerak ke dapur untuk mengambil brownies yang disejukkan ke dalam peti.
Langkah Hanan hanya diperhatikan oleh Qairul. Tak sampai beberapa saat kemudian Hanan keluar dari dapur berjalan mendekati Qairul sambil tangan membawa sekotak besar yang berisikan brownies.
"Nah, awak ambil ni." Sekotak brownies dihulurkan ke arah Qairul. Qairul hanya menyambut tanpa banyak berbunyi.
"Nanti hantar tu bawa elok-elok. Jangan sampai terbalik pula kotak tu. Rosak brownies saya. Lepastu alamat tu tengok betul-betul. Tak pasal-pasal silap hantar rumah orang pula. Saya pula yang kena marah dengan customer nanti. Ingat, jangan buat-buat tak ingat pula." Berpusu-pusu Hanan memberi pesanan. Dah macam machine gun.
Almaklum lah, semasa Eryn menjadi penghantar brownies pun bibirnya tak lekang memberi pesanan supaya berhati-hati. Eryn? Jangan cakap lah siap mencebik lagi. Dah nak buat macam mana. Memang tu tabiat Hanan.
Qairul mencebik bibir. "Dah macam mak nenek bebel," kutuk nya selamba.
"Apa awak cakap?" Cenderung matanya merenung segenap wajah Qairul. Dia dengar dengan jelas butir bicara lelaki itu.
Sesedap cukup rasa je kutuk dia. Ingat orang ni tak dengar agaknya.
Qairul jongket sebelah kening. "Apa? Betullah aku cakap. Bebel macam mak nenek. Sampai esok belum tentu habis," Langsung tiada riak serba salah saat dia berkata begitu. Selamba.
Hanan tahan rasa. Ditetapkan kesabaran yang tinggi biarpun hati ni membara mendidih. Bibirnya mengoyak senyum selebar-lebarnya.
"Dah habis kan? Okey, saya pergi dulu bye." Badannya terus berpusing dan mengatur langkah masuk ke dalam ruangan dapur. Lebih baik dia duduk dengan Puan Zainun dari bersembang dengan Qairul yang bikin hati dia panas membara je.
Bibirnya ditahan dari melepaskan tawa. Qairul menggeleng kecil. Terasa seronok pula melihat wajah Hanan yang memerah menahan marah dalam diam itu. Bukan nampak garang.
Nampak comel!
🌸🌸🌸
Air liur yang terasa kesat dia telan. Rumah agam itu berkali-kali Qairul tengok dengan alamat rumah di dalam handphone nya, takut kalau-kalau silap rumah ke seperti apa yang Hanan cakapkan.
Ke memang dia yang silap?
"Acik dah sampai dah ke?" Suara Qiyadh yang menyapa menyentak kan dia ke alam realiti semula. Muka dipaling ke arah Qiyadh yang duduk bersila di atas seat car.
"Dah," jawabnya sepatah.
Sekali lagi rumah yang berada di hadapannya dipandang lama. Tak sangka setelah 2 tahun berlalu kini dia kembali jejak kaki ke sini semula. Masih kekal sama, malah pokok-pokok tanaman di luar rumah pun bertambah mekar.
Tidak pernah berubah.
Qairul lepaskan keluhan berat. Terkebil-kebil mata bulat Qiyadh melihat riak resah yang terpancar di muka Qairul. Walaupun dia masih kecil tetapi dia perasan wajah Qairul kini bertukar lebih serius berbanding tadi.
"Acik okey?"
Mata dialihkan ke arah Qiyadh. Nafas ditarik panjang sebelum bibirnya mengukir senyuman tipis. Jantung yang berkompang kuat di dada tidak dihiraukan. Perasaan cuba dikawal sebaik mungkin.
"Acik okey, jom turun." Tubuh Qiyadh ditarik menghampirinya lalu diangkat. Dia dan Qiyadh sama-sama keluar dari kereta.
Tubuh Qiyadh diturunkan kemudian Qairul bergerak pula ke seat belakang untuk mengambil kotak brownies.
Dengan langkah berat dia berjalan menghampiri pintu pagar besi berwarna silver. Button loceng yang lekat di dinding tepi pagar itu Qairul tekan sebanyak dua kali. Tidak sampai beberapa minit, penghuni rumah itu pun keluar melangkah menghampiri mereka.
Debaran di dadanya menggila saat wajah Datin Karmila menyapa matanya. Terasa langkah Datin Karmila perlahan-lahan menghampirinya. Sebelah tangannya erat menggenggam tangan kecil Qiyadh.
"Saya minta maaf sebab lambat keluar. Tadi saya kat dapur. Anak saya panggil ada orang kat luar baru saya perasan." Datin Karmila terus bersuara apabila jaraknya dengan Qairul sudah dekat. Mangga di pintu segera dibuka lalu ditolak pintu itu agar sedikit luas. Lebih memudahkan kerja.
Saat anak matanya tuanya berlaga dengan anak mata Qairul, tubuhnya terus terkaku. Lidahnya terkelu. Wajah Qairul yang tersenyum manis itu diamati betul-betul.
"Shad?" duga nya.
Qairul senyum ramah. "Ye aunty. Ni Shad."
Datin Karmila menekup mulutnya. Terkejut tak terkata dia melihat wajah Qairul yang tiba-tiba muncul di depan matanya.
"Ya Allah, dah lama aunty tak nampak Shad. Shad apa khabar sekarang?" Ceria wajah Datin Karmila bertanya. Sempat Datin Karmila hadiahkan senyuman kepada Qiyadh yang memerhatikan dia dan Qairul.
Qairul angguk kepala. Bibirnya tidak lepas tersenyum. "Shad sihat je aunty. Ni pun datang nak hantar brownies ni." Sebelah tangannya yang memegang kotak brownies dihulurkan kepada Datin Karmila. Datin Karmila terus menyambut.
"Shad kerja dengan owner ni ke?" Soal Datin Karmila dengan wajah penuh kehairanan.
"Tak ada lah, Shad tolong hantarkan sebab tak ada siapa yang nak hantarkan," balas Qairul tenang. Datin Karmila mengangguk faham.
"Eh, masuk lah Shad. Aunty pun dah lama tak terima tetamu. Bawa adik tu sekali masuk." Pelawa Datin Karmila.
Tengkuk yang terasa tidak selesa itu diusap. Serba salah dia nak menolak pelawaan Datin Karmila tetapi dia rasa dia perlu juga menolak. Bibirnya yang berura-ura ingin bersuara terbantut apabila Qiyadh keluarkan suara.
"Acik, Ril nak air. Haus lah."
Kepala terus toleh ke tepi melihat Qiyadh yang tersengih memandangnya. Saat ini Qairul rasa nak tepuk dahi dengan Qiyadh pun ada.
Kenapa lah waktu macam ni juga nak haus?
"Ha tengok tu, adik pun dah haus. Jom masuk. Aunty buatkan air sedap-sedap." Datin Karmila menghulurkan tangan ke arah Qiyadh. Bukan main ceria Qiyadh menyambut tangan itu lalu mereka berdua sama-sama berjalan masuk ke dalam rumah.
Tercengang tak terkata Qairul tengok Qiyadh yang selamba badak dengan Datin Karmila. Datin Karmila pula bukan main melayan kerenah Qiyadh itu.
Qairul melepaskan nafas lemah. Makin lama terasa sesak dadanya berlama-lama di sini. Kalau boleh tadi dia nak mengelat dari masuk ke dalam rumah agam tersebut. Takut kalau-kalau dia terserempak dengan seseorang yang dia tidak mahu berjumpa.
Dengan langkah lemah Qairul membuntuti langkah Qiyadh dan Datin Karmila. Bibir diketap perlahan. Sabar diletakkan ke dalam hatinya. Walaupun rasa marah terhadap Qiyadh berbuku-buku tetapi dia sedar, Qiyadh tidak tahu menahu apa-apa pun. Nak tak nak Qairul perlu menahan rasa.
Sabar aja lah dia mampu.
🌸🌸🌸
Ingat nak pub semalam tapi tertidur awal pula shshsh. Disbbkan dah lama tak update saya kasi panjang kali ni, okey? Sebagai tanda maaf hshshs. Okey lh happy reading 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top