Bab 47
Khas buat,
Bunga kesayangan ibu.
Assalamualaikum sayang...
Maafkan ibu sebab hanya mampu menulis sepucuk surat ni je untuk Hanan. Mesti sekarang ni anak ibu ni dah besarkan?
Ibu berharap Hanan dapat hidup dengan lebih selesa sekarang. Ibu sangat berhutang budi kepada sesiapa yang sanggup jagakan anak ibu. Mesti dia jaga Hanan dengan baikkan? Ibu harap Allah permudahkan urusan ibu dan Hanan...
Maafkan ibu sebab tak mampu jaga Hanan. Maafkan ibu atas segala khilaf yang ibu lakukan pada anak-anak ibu. Mesti sekarang ni Hanan bencikan ibu kan?
Ibu tulis ni khas untuk Hanan. Ibu tak berniat untuk buat semua ni tapi ketahuilah dari sudut hati ibu, ibu terpaksa melepaskan Hanan pergi jauh. Ibu terpaksa sebab keadaan yang memaksa ibu untuk lakukan semua ni walaupun perakhiran nya ibu akan menyesal. Ibu tahu semua tu.
Ibu selalu terfikir. Macam mana Hanan nanti tanpa ibu? Macam mana kehidupan anak ibu ni dijaga orang lain? Hanan bencikan ibu ke? Hanan akan lupakan ibu ke?
Setiap hari masa berlalu, setiap hari itu ibu takut untuk memikirkan segalanya.
Ibu minta maaf sebab tak mampu jadi ibu yang terbaik untuk Hanan, maafkan ibu sayang sebab tak mampu bagi keluarga yang lengkap untuk anak-anak ibu. Ibu mohon jangan benci ibu sebab ibu sayangkan anak ibu. Sayang sangat.
Andai kata Allah memberi keizinan untuk kita ketemu, ibu nak sangat dakap Hanan. Satu-satunya anak perempuan yang ibu ada.
Ibu takkan pernah putus berdoa untuk anak-anak ibu. Ibu juga ada hadiahkan Hanan seutas rantai. Itu sahaja barang yang mampu ibu bagi untuk Hanan. Ibu tak akan pernah lupa sedetik pun anak-anak ibu.
Maafkan ibu sayang...
-Ibu-
Bergetar-getar bibirnya menahan esakan. Erat genggaman tangannya memegang kertas lusuh itu sehingga menghasilkan renyuk. Mulutnya ditekup kuat menahan tangisan daripada pecah.
Berpuluh-puluh kali pun dia membaca surat ini tetap air matanya akan merembes keluar bagaikan air sungai tiada penghujungnya.
Pedihnya tidak terkata. Terlalu sakit untuk dia menerima ketentuan ilahi. Sakit yang tiada penghujungnya.
"Allah, sakitnya." Dadanya ditepuk bertalu-talu. Tangisannya akhirnya pecah.
"Ibu...kenapa ibu buat Hanan macam ni?"
"Apa salah Hanan pada ibu?" Bagaikan anak kecil, Hanan mengogoi dalam tangisan. Mata yang sedia bengkak semakin bertambah bengkak. Mukanya pula kian memerah menangis tanpa henti sepanjang hari ini.
Dua hari telah berlalu tapi dia masih tidak dapat menerima. Terlalu sukar untuk dia hadam. Saat ini dia betul-betul merasakan yang dirinya lemah.
Perlahan-lahan Hanan baring kan kepala ke bantal apabila kepalanya terasa berdenyut yang menyucuk. Rantai yang digenggam sedari tadi perlahan-lahan dia bawa ke bibir lalu dikucup lembut. Hanan mengetap bibir menahan sebak yang bertandang.
Penat mungkin menangis seharian ini matanya mula memberat. Nafas berat dilepaskan. Sengaja dia pejamkan mata dan akhirnya dia dijemput lena.
🌸🌸🌸
Satu persatu Hanan menuruni anak tangga. Setelah lama dia mengurung diri di dalam bilik akhirnya dia buat keputusan untuk keluar. Hati cuba dikuatkan untuk menerima sepenuh hatinya. Semuanya sudah tertulis untuk dirinya. Tak guna kalau dia terus-menerus meratap. Semuanya tetap tidak berubah.
Dia langsung tak sedar yang kini malam sudahpun melabur tirai. Anak matanya tercari-cari kelibat sang suami, namun sunyi sahaja kediaman yang dia duduki seperti dia sahaja yang berada di sini. Masa ni baru teringatkan keadaan Qairul setelah dua hari dia hiraukan kehadiran Qairul.
Ye, usai dia membaca surat itu buat pertama kali di rumah Puan Suhaida. Perwatakannya berubah sehingga dia balik ke kediaman rumahnya. Dia yang selalu mulut riuh tukar menjadi pendiam. Dia yang dulu suka usik Qairul kini tidak lagi mengusik lelaki itu. Qairul mengajak berborak pun dia buat tidak endah sahaja sehingga lelaki itu bertanyakan kalau-kalau dia ada berbuat silap tapi Hanan tetap diamkan diri.
Hanan pejamkan mata rapat. Dahinya diketuk berkali-kali apabila dia sedar dengan keterlanjuran perilakunya. Dia dah buat silap besar!
'Bodohnya, kenapa aku pergi layan dia macam tu Hanan? Kau dah derhaka pada suami kau.' desis hati kecilnya.
Pantas Hanan mengangkat kepala. Perkataan derhaka yang keluar dari kepalanya membuatkan Hanan cemas.
Tak, tak, tak! Dia tak nak jadi isteri derhaka!
Satu kediaman rumah dia mencari Qairul, namun bayangan lelaki itu langsung tidak muncul. Motor dan kereta lelaki itu elok pula ada dekat luar rumah.
Hanan membuat keputusan untuk pergi ke bilik Qairul. Laju dia berjalan naik ke atas. Beberapa kali bilik Qairul diketuk, namun tiada pun sahutan di dalam. Tanpa membuang masa Hanan terus masuk ke dalam bilik Qairul yang tidak berkunci.
Sunyi dan gelap gelita tetapi selangkah dia masuk terus bulu roma nya naik mencanak kesejukan. Sejuk betul!
Lampu bilik Qairul di buka. Serentak itu bilik Qairul yang gelap gelita bertukar terang benderang. Anak matanya laju pandang ke arah sekujur tubuh yang berselubung dengan selimut.
Sebelum tubuh Qairul didekati. Sempat Hanan menaikkan suhu pendingin hawa. Hanan duduk di hujung katil sambil cuba menurunkan selimut dari menutup wajah lelaki itu.
"Hanan, kenapa buka lampu? Silau lah." Serak basah suara Qairul bertanya. Dahinya juga berkerut-kerut menandakan rasa kurang senang dengan kehadiran cahaya di kamarnya.
"Gelap sangat bilik awak. Saya buka jelah lampu. Awak ni pula kenapa berbungkus macam ni?" Tiba-tiba rasa risau terhadap Qairul bertandang.
Qairul mencelikkan anak matanya sedikit. "Aku rasa tak sedap badan sikit," balasnya lemah.
Tanpa aba-aba Hanan melekapkan tangannya ke dahi Qairul. Merasakan suhu badan lelaki itu tinggi, anak matanya membulat terkejut.
"Awak demam ni! Kenapa awak tak cakap?!" jerit Hanan bergema satu ruang biliknya. Mata Qairul yang separa tercelik itu terus terbuka luas.
"Nak cakap macam mana? Baru petang tadi aku rasa tak sedap badan. Mana lah tahu nak demam ni nak singgah." Selimut kembali ditarik apabila kulit tubuhnya menyapa kesejukan pendingin hawa. Mata kembali dipejam tanpa menghiraukan Hanan yang masih duduk disisinya.
"Dah lah, aku nak tidur. Kalau kau lapar kat bawah aku sempat masak tadi sebelum aku naik bilik. Aku tahu kau tak makan dari tengah hari tadi. Kau pergi lah makan." Halau Qairul secara halus.
Tersentap hati Hanan. Dahinya juga berkerut-kerut tidak percaya. "Awak masak?"
"Hmm..." ringkas saja balasan yang dia beri.
Air mata mula bergenang di pelupuk mata. Saat ini Hanan berasa dirinya tak guna sebagai seorang isteri. Bahkan dia rela biarkan lelaki itu beberapa hari ini. Dia lebih pentingkan perasaan dia berbanding perasaan Qairul. Lelaki itu sakit pun dia tak tahu.
"Saya ni memang teruk kan?"
"Huh?" Qairul mengeluarkan kepalanya dari selimut tebal. Wajah Hanan yang memerah itu dipandang lama.
"Kenapa kau cakap macam ni?" soal Qairul kedengaran agak tegas. Kata-kata yang keluar dari bibir Hanan menghadirkan rasa tidak senang dalam dirinya.
"Saya abaikan awak beberapa hari ni. Saya langsung tak kesah pasal awak. Saya biarkan awak urus diri sendiri sampai memasak pun awak buat sendiri. Hari ni pula awak sakit saya langsung tak tahu. Isteri jenis apa saya ni?"
"Hey, hey... Apa kau mengarut ni?" Dari perbaringan terus Qairul membangunkan tubuhnya lalu bersandar ke kepala katil. Kepala yang berpusing kejap dia pegang melawan rasa sakit yang menghempap kepalanya.
"S...saya tak mengarut. Saya cakap benda betul..." terketar-ketar suara Hanan membalas. Air mata yang merembes keluar tanpa dapat ditahan membuatkan dadanya terasa sesak. Segera dia menekup mukanya dengan telapak tangan.
Malu menangis dihadapan Qairul. Itu sahaja solusi yang dia ada untuk menutup rasa malu dari ditatap anak mata Qairul.
Qairul menghelakan nafas. Bersungguh Hanan menahan esak tangisnya dari berbunyi sehingga terbit senyum senget di bibirnya. Sekarang dia keliru, dia yang sakit ni pun tak terlebih sensitif macam Hanan.
Dia ke Hanan yang sakit sekarang ni? Dah macam terbalik!
Perlahan Qairul menarik tangan Hanan yang menekup muka itu lalu dijatuhkan. Wajah Hanan yang basah dengan muka memerah seperti badut itu ditatap dalam. Sekarang baru dia perasan yang kedua-dua mata Hanan membengkak seperti sudah lama gadis itu menangis. Ibu jarinya lembut mengusap air mata Hanan yang menitis di pipi.
"Dah, dah tak nak lah menangis macam ni. Kau tak ada silap dengan aku pun."
Qairul ingatkan bila dia cakap macam tu Hanan akan berhenti menangis, namun semakin menjadi-jadi tangisan Hanan sehingga terhincut-hincut bahu gadis itu menahan esakan. Mula lah terbit riak muka kerisauan di serata wajahnya.
"Saya..."
"Aku maafkan kau. Dah, jangan menangis." Tangkas jari jemari Qairul mengusap air mata yang merembes keluar di pipinya. Dah macam anak kecil menangis.
Setelah merasakan keadaan sudah reda. Hanan mula tersedar. Wajah ditundukkan. Saat ini dia merasakan darahnya menyerbu ke muka. Hanan pantas bangun dengan wajah membahang malu. Rasa macam nak menyorok muka ni dekat bawah selimut. Mesti Qairul ingat dia ni mengada kan?
Malu! Malu! Malu!
Perilaku Hanan yang seakan mahu melarikan diri itu pantas ditahan dengan menggengam lengan gadis itu. Hanan pantas menoleh.
"Kau nak pergi mana?"
Hanan mengemam bibirnya. "Saya nak ambil kain dengan bekas air. Badan awak panas sangat. Sekali tu saya bawakan awak ubat ye?" Dengan lembut Hanan merungkaikan pegangan. Laju Hanan menyusun langkah beredar dari kamar Qairul dengan muka tidak tertahan malu.
Ketawa halus keluar dari bibir sambil kepalanya tergeleng-geleng memerhati tingkah aneh Hanan yang berubah tiba-tiba itu. Macam-macam hal!
🌸🌸🌸
Dua butir ubat Panadol beserta air kosong diberikan kepada Qairul. Lelaki itu segera menyambut lalu ditelan ubat Panadol itu senang. Dia bukan jenis yang payah makan ubat pun.
"Kau dah makan?" Hanan yang duduk di hujung katil sambil membasahkan kain di dalam bekas itu dipandang sekilas.
"Hmm...dah tadi."
Tiba-tiba terasa ada benda sejuk menyapa kulit tubuhnya membuatkan Qairul sedikit terperanjat sehingga menipis kain basah itu.
"Eh, awak ni."
"Tak nak lah, sejuk!"
"Tak boleh dibiarkan. Badan awak panas sangat lah," Hanan cuba memujuk. Sekali lagi dia cuba meletakkan kain basah itu di dahi Qairul, namun Qairul tetap mengelak.
Hanan melepaskan keluhan lemah. Boleh tahan keras kepala juga suaminya ni.
"Awak ni, biarlah suhu badan awak tu turun sikit. Selesa sikit kalau awak tidur." Hanan terus terusan memujuk. Muka Qairul yang cemberut itu dibuat endah sahaja.
"Tapi sejuk sangat lah. Tak ada benda lain ke selain dari air?"
"Tak ada! Nanti lama-lama awak biasa lah. Kalu awak mengelat lagi sekali siap awak." Sengaja Hanan menjengkelkan anak matanya. Qairul hanya menjuling mata ke atas.
Beberapa kali Hanan merenjis kan tangannya sebelum mengusap lembut rambut keperangan Qairul dengan air. Pada mulanya Qairul mengeraskan tubuh badannya sehingga menghasilkan gigilan kecil tetapi lama kelamaan tubuhnya kembali reda menerima air yang membasahi seluruh kepalanya.
"Saya masa demam umi selalu buat macam ni. Umi kata nanti lagi rasa segar and selesa nak tidur," cerita Hanan dengan bibir tersenyum mekar. Setiap detik dia tak pernah lupa dengan sikap manjanya ketika sakit. Puan Suhaida tetap melayan kerenahnya.
Tuala yang sedia basah dia basahkan di serata wajah, lengan dan tengkuk lelaki itu. Langsung tidak hiraukan renungan tajam Qairul walaupun jantungnya saat ini bagaikan mahu terkeluar.
Badan kembali ditegakkan. Anak mata Qairul langsung tidak berkalih dari wajahnya sehingga Hanan dengan berani mengangkat muka. Tatapan mata mereka bersambung. Hanan terus menerus menatap anak mata hitam Qairul dengan penuh minat tanpa mengalih sedikit pun matanya.
Kenapa dengan dirinya mudah sangat lemah bila berhadapan dengan Qairul? Kenapa dia perlu ada rasa macam ni?
Saat ini satu perasaan lain pula hadir apabila dia mengingati surat dari ibunya. Matanya kembali bergenang dengan air mata. Satu perasaan yang dia tidak mampu ungkapkan. Perkara yang paling dia takut-takutkan jika kembali terulang dalam hidupnya
Kehilangan lelaki yang dia sayangi. Suaminya Qairul Arshad.
Terkedu Qairul apabila air mata Hanan kembali menitis. Serentak itu Hanan sedaya upaya melarikan anak mata sambil mengusap pipinya yang basah. Hanan cuba melakarkan senyuman walaupun payah. Dia menggigit bibir menahan esakan di dada.
"B...boleh saya minta izin dengan awak?" Lirih Hanan bertanya. Mata hitam Qairul ditatap penuh berharap.
"Apa dia?"
Berdebar-debar hatinya menanti bicara gadis itu membalas. Sayu mata Hanan memandangnya.
"Saya nak peluk awak boleh?"
Terdiam Qairul menerima ungkapan yang keluar dari bibir Hanan. Dia langsung tidak jangka. Tubuhnya keras kejung seakan-akan terkedu dengan permintaan gadis itu. Mulutnya terkatup rapat.
Melihat kebisuan Qairul yang terdiam seribu bahasa itu dia sudah faham. Hanan senyum tawar menutup rasa luka di hati.
"Tak apa lah kalau awak tak selesa. Maaf kalau perangai saya ni mengada-ngada. Saya..."
Serentak itu tubuh Hanan ditarik masuk ke dalam pelukannya. Terkedu Hanan menerima kehangatan tubuh si suami yang telah lama dia idamkan. Tubuhnya dipeluk kejap.
"Lepaskan kalau itu yang buat kau puas. If you need a hug, I will give you. Don't ever hide you feeling if you want to cry. You have me Hanan."
Kepala Hanan ditarik rapat lagi ke dada lalu diusap lembut. Melihat keadaan Hanan yang cukup terluka membuatkan dia turut terasa sedih. Qairul tak tahu apa yang terjadi sehingga menyebabkan gadis itu bersedih begini. Sikap periang dan ceria Hanan berubah sekelip mata. Saat ini dia rindukan usikan gadis itu.
Terhincut-hincut bahu Hanan menghamburkan tangis. Tubuh sasa Qairul dipeluk kemas bagaikan tidak mahu lepas. Baju Qairul juga turut basah dengan air matanya. Dia sangat selesa apabila berada dalam dakapan Qairul. Bagaikan dilindungi oleh lelaki itu.
🌸🌸🌸
Hmm... Rasa mcm nk nngis juga lah')
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top