Bab 46
Sedari tadi anak mata hazel gadis itu galak perhatikan tindak tanduk Syazryl. Bermula lelaki itu keluar dari bilik sehingga lah dia keluar duduk di atas pangkin sambil menghayati deruan angin pagi ini.
Berkira-kira Hanan ingin menapak mendekati Syazryl yang elok termenung depan jalan tar membelakanginya. Otaknya berperang dengan kehendak hatinya. Otaknya menyuruh dia mendekati Syazryl dan berbincang secara baik, manakala hatinya seakan-akan berat untuk menapak mendekati Syazryl.
Tapi sampai bila dia perlu berkeadaan macam ni? Sampai bila perang dingin ini berterusan? Syazryl abangnya. Selama ni Syazryl lah menjadi pelindung dia sebelum Qairul. Takkan disebabkan isu dia yang kini sudah berkahwin, hubungan dia dengan Syazryl berentakkan begini?
Jujur, dia rindukan saat-saat manis bersama Syazryl. Dia rindukan gurauan lelaki itu. Dia rindukan senyuman lelaki itu dan yang paling dia rindukan, bicara lembut lelaki itu. Kalau dia terus terusan mengelat mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan. Hanan tak nak semua itu berlaku dan dia sudah fikir masak-masak, hari ni dia akan berbincang secara empat mata dengan Syazryl berdua.
Hanan menarik nafas perlahan. Perlahan dia membawa langkahnya ke arah Syazryl. Semakin perlahan pergerakan kakinya ke batang tubuh Syazryl, semakin tinggi debaran di dadanya berombak.
"Abang Ryl..."
Syazryl tersentak tatkala namanya diseru oleh Hanan. Laju dia berpaling ke belakang. Wajah Hanan yang bertudung bawal itu menyapa matanya. Terkedip-kedip matanya memandang wajah itu.
"Boleh kita bercakap di sini?" pinta Hanan sekadar tersenyum manis.
Wajah Hanan direnung lama. Bibirnya yang menyepi tadi kembali bersuara.
"Duduk lah."
Lega hatinya apabila Syazryl dengan senang hati memberikan dia ruang untuk bercakap. Hanan labuh kan duduk di hujung pankin.
"Ikha nak bincang apa dengan abang?" Suara Syazryl memecahkan keheningan di antara mereka. Hanan meramas tangannya sendiri. Cuba mencari kekuatan dalam dirinya.
"Pasal Ikha dengan Shad, abang masih marahkan kami?"
Sepi.
Senyuman di bibir dia cuba utuhkan biarkan kesepian Syazryl telah mengungkapkan segala persoalan di kepalanya.
"Ikha tahu abang masih tak boleh terima, dan Ikha kat sini nak minta maaf sebab tak tunaikan janji untuk menunggu abang di sini." Kepala dijatuhkan merenung kakinya.
Syazryl mengeluh perlahan. "Ikha tahu kan abang nak memperisterikan Ikha kalau abang habis sem di sana? Ikha sendiri sanggup bagi harapan pada abang dan sekarang Ikha sanggup hancurkan hati abang. Apa silap abang dekat Ikha? Salah ke abang cintakan ikha?"
Hanan melepaskan keluh kesal.
Pandangan redup dilemparkan ke arah Syazryl.
"Ikha tahu tapi masa tu Ikha tersepit. Kalau Ikha cakap kat abang, abang tak akan faham. Abang tak ada silap tapi kesilapan tu terjadi sebab Ikha. Ikha sedar semua tu," kepala terus berpaling apabila matanya terasa semakin memanas.
Mata dipejam erat. Sakit di dadanya seakan dicengkam kuat. "Kalau macam tu fahamkan abang."
Perlahan dia mengesot rapat ke arah Hanan yang tunduk merenung tanah sambil menggenggam kedua-dua tangannya kemas.
"Ikha..."
Hanan angkat wajah. Pandangan mereka bersatu. Senyuman yang sekian lama disimpan akhirnya terukir di bibir Syazryl.
"Abang maafkan Ikha. Abang tak sanggup tengok Ikha sedih macam ni. Abang minta maaf sebab abang tak cakap tentang kita dekat umi dengan walid lebih awal. Mungkin kalau abang bertindak lebih cepat, Ikha akan jadi milik abang." Syazryl tertawa sinis. Terasa dirinya bodoh kerana melepaskan peluang yang ada tika dahulu.
"K...kenapa abang cakap macam tu?" soal Hanan dengan riak muka tidak senang.
Syazryl kalih wajah menatap Hanan. Tangan Hanan yang terletak di riba dicapai tanpa pedulikan tangkapan Hanan.
"Kita mulakan semula? Abang janji akan jaga Ikha sampai hujung nyawa abang."
Lidahnya kelu. Terkebil-kebil matanya menatap Syazryl sebelum dia kembali sedar. Dia merentap kasar tangannya seraya itu berdiri tegak.
"K...kenapa Ikha?"
"Tak, tak boleh. Cukup lah Ikha dah pernah kecewakan abang."
"Tapi abang sayang dan cintakan Ikha!" Tegas Syazryl dengan suara yang meninggi.
Ikha menapak ke belakang dengan kepala menggeleng lemah. Wajahnya terbias kecewa.
"Berdosa abang cintakan Ikha sedangkan Ikha ni isteri orang. Ikha cuma nak kita berbaik tapi kalau abang nak kita mulakan semula, tidak. Ikha tak akan setuju."
"Ikha pilih budak mentah tu daripada abang?" Matanya membulat tidak mempercayai kata-kata yang keluar dari bibir Hanan.
"Dia bukan budak mentah. Dia Qairul Arshad. Suami Ikha." Hanan menekankan suaranya.
"Tak! Abang tak faham. Kenapa Ikha nak bela sangat dia sedangkan Ikha langsung tak sayangkan dia kan? Kenapa Ikha sanggup dera perasaan sendiri kalau--"
"Ikha sayangkan suami Ikha. Walau macam mana pun dia tetap suami Ikha. Baik buruk dia dia tetap syurga Ikha." Hanan bersuara tegas. Anak matanya berani membalas tatapan tajam abang angkatnya.
Dadanya yang berombak kencang itu dikawal. Seboleh mungkin dia tanamkan rasa marah yang membuak-buak ingin keluar. Syazryl menghelakan nafas panjangnya. Tatapan redup dilemparkan ke arah Hanan.
"Tiada ruang langsung ke hati Ikha untuk abang? Ikha tak sayangkan abang ke?" Syazryl menyoal lirih. Kedengaran amat rapuh.
"Ikha sayangkan abang, " Hanan jeda seketika. Anak mata Syazryl dibalas sayu.
"Tapi, sekadar abang dan adik. Ikha minta maaf. Abang tetap abang Ikha," jawapan Hanan menambahkan lagi luka yang sedia ada. Syazryl hembuskan nafas kasar. Tak semena-mena matanya mengeluarkan cecair hangat.
Buat pertama kali Syazryl menangis kerana Hanan. Hatinya terlalu pedih mendengar ungkapan Hanan.
"Tak guna pun kan kalau abang cakap yang abang sayangkan Ikha kan? Ikha bukan peduli pun. Abang je terlalu bodoh terlebih berharap." Syazryl ketawa kecil. Menutup luka hatinya yang berdarah.
"Terima kasih Ikha sebab buat abang macam ni. Lepas ni Ikha hiraukan je abang, anggap abang bukan sesiapa dalam hidup Ikha lagi. Abang penat, abang masuk dulu."
Sejurus itu kepala Hanan terangkat. Dia jelas terkedu dan dadanya berdegup kencang saat mendengar ayat yang ditutur oleh Syazryl sebentar tadi. Tingkah Syazryl yang kini berdiri dengan menyarungkan selipar ke kakinya itu membuatkan Hanan cemas. Gadis itu turut berdiri dan menghalang tubuh Syazryl dari melangkah pergi. Wajah sedih ditayangkan.
"Abang adik minta maaf, jangan macam ni. Abang tetap abang Ikha. Takkan disebabkan Ikha dah berstatus macam ni abang nak putuskan ikatan adik beradik kita?" rayu Hanan penuh terdesak. Bibirnya terketar-ketar menahan diri daripada menangis.
Syazryl pejamkan mata erat sebelum kembali terbuka. Dengan berani dia membalas tatapan mata Hanan yang kini sudah mula bergenang.
"Abang Ryl terpaksa. Abang Ryl cuma manusia biasa yang punya perasaan. Abang Ryl sayangkan Ikha lebih dari seorang adik dan adik cuma adik angkat abang, bukan adik kandung abang. Melainkan Ikha sanggup cerai dengan Qairul dan kahwin dengan Abang Ryl. Abang sanggup tunggu Ikha kalau Ikha nak kahwin dengan abang. Masa tu Abang akan maafkan adik."
"Abang Ryl!" jerit Hanan marah. Dia tak duga sampai setahap ini Syazryl berharap dengan dia. Hanan menggelengkan kepala berkali-kali. Dia harap yang Syazryl mampu mengubah fikiran.
Syazryl abangnya, dia tak sanggup putuskan ikatan adik beradik ini sedangkan dia dah anggap Syazryl abangnya. Abangnya yang membesar sama-sama dan menjaganya sejak dari kecil!
"Kalau Ikha nak minta hubungan kita ni setakat adik beradik. Abang minta maaf, abang tak boleh. Abang juga nak minta maaf sebab terlampau ikut emosi hari tu. Abang buat Ikha takut. Abang melampaui batas. Silap abang sebab terlalu ikutkan perasaan. Masa tu abang terlalu kecewa sebab dapat tahu pasal Ikha." Syazryl menghelakan nafas berat. Kenapa susah sangat kau nak lupakan dia? Dia dah jadi milik orang Syazryl.
Sedar Syazryl, dia bukan milik kau!
"A...abang, please jangan takutkan Ikha. Abang Ryl cuma satu-satunya abang yang Ikha ada. Kita membesar sama-sama dari kecil. Abang yang selalu jaga Ikha. Abang lupa?" Sebak Hanan menutur. Memori dia bersama Syazryl mula terbayang-bayang di ruangan kepala.
Saat mereka sekeluarga menyambut hari kelahirannya.
Saat Syazryl memberikan dia hadiah.
Saat Syazryl memanjakan dia dengan membeli coklat.
Saat Syazryl risau tentang kesihatannya tatkala sakit.
Saat Syazryl bertukar menjadi overprotective.
Semuanya tak akan luput dari ingatannya.
Tapi sekarang semuanya berubah. Apa yang dia takutkan akhirnya terjadi. Hubungan adik beradiknya berentakkan dan akhirnya Syazryl mahu melupakannya dengan menganggap Hanan bukan lagi adiknya.
"Kenapa? Abang dah benci adik ke?"
Bahu Hanan ditolak ketepi. Syazryl mula membawa langkah masuk ke dalam rumah tanpa menjawab soalan Hanan. Dibiarkan soalan Hanan bagaikan angin lalu. Hanan menunduk memandang tanah. Sedari tadi air mata yang ditahan akhirnya menuruni ke pipi mulusnya sehingga keluar esakan di bibir. Terlalu perih untuk dia menerima yang kini Syazryl tidak lagi menganggap dia adiknya.
Dia bukan lagi adik kesayangan Syazryl Iman.
🌸🌸🌸
"Adik boleh tolong umi?"
Peha Hanan ditepuk lembut. Hanan yang ralit dengan dunia sendiri tiba-tiba tersentak. segera dia berpaling ke sisinya. Terkebil-kebil anak matanya menatap Puan Suhaida yang duduk di sebelahnya.
Entah sejak bila pun dia tak perasan kehadiran uminya.
"Ha?"
"Umi nak minta tolong adik hantar barang-barang ni masuk dalam bilik umi. Adik fikirkan apa sampai umi yang duduk sini pun macam tak perasan." Puan Suhaida menggelengkan kepala. Muka Hanan yang tampak mendung itu dipandang lama.
"Adik ada masalah dengan Shad? Dari pagi umi nampak adik banyak diam termenung macam ni. Masa makan pun sama," soal Puan Suhaida dengan nada suara yang risau.
"Tak ada lah umi. Adik okey je." Bibirnya senyum tipis. Dia tak nak Puan Suhaida dapat menghidu masalahnya antara Syazryl. Kalau Puan Suhaida tahu mesti wanita itu akan sedih.
Dia tak sanggup riak wajah sedih dan mendung uminya.
Hanan cuba melarikan topik dari asalnya. Tidak semena-mena matanya beralih ke arah beg kertas yang dipegang oleh Puan Suhaida.
"Benda apa tu umi? Baju ke?" pantas Hanan menukar topik. Matanya tajam merenung isi dalam beg kertas itu.
Puan Suhaida mengangguk. Beg kertas kini dihulurkan ke arah Hanan. Gadis itu terus menyambut.
"Bukan, ni langsir yang umi tempah dengan Cik Mastura. adik letak je atas katil umi. Umi nak pergi tandas kejap." Puan Suhaida segera bangun membawa langkah ke tandas. Hanan pula tanpa membuang masa segera bangun pergi ke kamar uminya.
Pintu diketuk beserta dengan salam. Hanan jenggukkan kepalanya separuh ke dalam. Setelah merasakan tiada siapa-siapa di dalam kamar uminya segera dia membuka pintu luas. Beg kertas itu diletakkan betul-betul di atas katil seperti apa yang Puan Suhaida suruh.
Setelah merasakan tiada apa yang perlu dibuat lagi Hanan ambil keputusan untuk beredar. Langkahnya yang mahu ke pintu bilik uminya terhenti tatkala anak matanya berpusat ke arah meja solekan Puan Suhaida. Berkerut-kerut dahinya saat butir perkataan yang tentera di atas sampul berwarna coklat manakala sampul berwarna putih itu pula kosong tanpa sebarang tulisan cuma agak lusuh sahaja.
Langkahnya kini di bawa ke meja solek lalu sampul surat yang berwarna coklat itu diambil kemudian dibelek-belek.
"Kenapa sampul ni ada nama aku?" soal Hanan perlahan. Berbagai-bagai persoalan bermain di kotak fikirannya. Entah kenapa jantungnya mula terasa debaran. Ada apa-apa ke disebalik sampul ni?
Bukan nama itu yang membuatkan jantungnya berdetak hebat tetapi bawah namanya tentera satu tulisan berangkai yang membuatkan jiwanya bergetar hebat.
'𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓴𝓮𝓼𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 𝓲𝓫𝓾'
"Adik kenapa berdiri kat sini?"
Suara Puan Suhaida yang menegurnya dari belakang membuatkan Hanan terkejut. Segera sampul yang berada di dalam genggam diletakkan kembali. Tubuhnya berpusing menghadap Puan Suhaida dengan senyuman palsu. Dahinya yang sedikit berpeluh dia kesat dengan hujung baju lengan panjang nya.
"Tak ada apa, adik cuma tengok barang-barang atas ni. Adik keluar dulu ye." Hanan cepat-cepat ingin larikan diri. Kakinya yang berura-ura ingin melangkah ditahan oleh Puan Suhaida.
"Kenapa umi?" Keresahan yang terpancar di muka Puan Suhaida membuatkan Hanan tertanya-tanya. Pegangan di tangannya terasa kejap.
"Kita borak-borak kejap boleh?" Soalan yang keluar dari bibir Puan Suhaida membuatkan Hanan termangu. Lama dia diam sebelum kepala dijatuhkan.
"Boleh umi," balas Hanan dengan senyuman di bibir.
Puan Suhaida menghelakan nafas. Langkah di aturkan ke arah meja soleknya. Dua sampul yang berlainan warna itu di ambil. Kemudian dia kembali melangkah ke arah katil lalu Puan Suhaida duduk di atas lantai sambil tangan mencapai sesuatu di bawah katilnya. Hanan hanya perhatikan tanpa sebarang bunyi.
Usai kotak itu ditarik keluar, Puan Suhaida beralih pandang Hanan yang masih berdiri tercegat.
"Mari duduk sebelah umi ni." Sebelah tempat duduknya ditepuk agar Hanan duduk di sebelahnya.
"Dalam ni ada apa umi?" Berkerut dahi Hanan melihat kotak yang agak berhabuk itu. Kini dia sudah duduk disebelah Puan Suhaida. Pantas tangannya menenyeh hidung tatkala hidung mula mengeluarkan tanda-tanda untuk bersin.
Puan Suhaida yang siap sedia tahu dengan kelemahan anaknya segera mengelap kotak yang berhabuk itu dengan kain basah beserta air sabun sedikit. Kain ni pun memang dah siap sedia dalam biliknya gara-gara dia bersihkan habuk-habuk yang ada dalam biliknya sebentar tadi.
"Dalam ni ada rahsia," balasnya dengan senyuman kelat. Melihat mata Hanan yang seakan-akan bersinar ingin tahu itu lagi menambahkan rasa hiba di dada Puan Suhaida.
"Rahsia? Adik nak tahu boleh?" soal Hanan ingin tahu dengan nada yang agak teruja. Entah kenapa dia dapat rasakan disebalik kotak itu ada album kenangan dia bersama Syazryl masa kecil. Mana tahu kan?
"Memang umi nak tunjukkan dekat adik pun." Kotak itu dibuka. Satu demi satu barang ketika Hanan kecil dikeluarkan dengan pelbagai perasaan.
Satu persatu barang itu diteliti oleh Hanan. Bermula dengan kain bendung berwarna kelabu, kemudian berbagai-bagai mainan juga dikeluarkan. Satu kotak kayu bersaiz agak kecil itu juga turut dikeluarkan.
"Ni bukan semua main masa adik kecil ke?" Terkebil-kebil dia melihat mainan itu. Ingatannya masih kuat tentang segala permainannya masa kecil.
"Ha'ah ni semua mainan adik dan semuanya ni barang adik masa kecil." Barang-barang itu ditolak ke arah Hanan. Terdiam Hanan melihat dua sampul surat yang kini diletakkan kedepan lututnya.
"S...surat ni apa umi?" Tergagap-gagap Hanan menyoal. Air muka gadis itu mulai berubah pucat.
Tika ini hanya Allah je yang tahu betapa lajunya detak jantungnya. Hanan dapat rasakan sesuatu yang kurang menyenangkan.
"Untuk adik juga." Walaupun payah Puan Suhaida tetap paksi kan senyuman manis.
"Maksud umi?"
Kedua-dua tangan Hanan digenggam lalu dielus lembut. Nafas ditarik panjang. Anak mata Hanan direnung penuh sayu.
"Ini kepunyaan adik. Adik layak tahu dan umi dapat rasakan ini lah masanya untuk adik tahu siapa keluarga kandung adik."
Ruangan bilik kini bertukar sepi. Wajah Hanan jelas terkejut dengan apa yang dia dengari. Puan Suhaida segera bangun dari duduk. Dia tahu Hanan perlukan masa bersendirian.
"Umi minta diri dulu. Apa-apa panggil umi je ye kat luar," pesan Puan Suhaida sebelum beredar meninggalkan Hanan bersendirian yang masih terkedu.
Terketar-ketar tangan Hanan mengambil sampul surat berwarna coklat itu yang tentera namanya dan juga tulisan bawahnya yang bertulis '𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓴𝓮𝓼𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 𝓲𝓫𝓾' Air liur yang terasa payau ditelan payah. Hatinya saat ini berdebar-debar mahu membaca isi dalam surat itu. Perasaan kini bercampur baur.
Mampu ke dia menerima hakikat selepas ketahui segalanya kesah hidup peritnya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top