Bab 44
Kepala yang masih tersarung hoodie itu perlahan-lahan ditarik kebelakang. Nafas dihela perlahan melepaskan rasa sesak yang kian menghimpit dadanya.
"Aku cintakan dia Mar... Aku sayangkan dia tapi kenapa dia buat aku macam ni?" ujar Syazryl lirih. Air laut direnung dengan pandangan yang kosong. Kosong tanpa sebarang corak yang terukir di dasar hatinya.
Ammar diam sebentar. Cuba memberi ruang untuk Syazryl. Dia tahu Syazryl tengah mengalami kekusutan. Bahu Syazryl ditepuk perlahan cuba memberi semangat buat kawannya.
"Jodoh bukan kuasa kita Ryl... kau kena tahu benda tu. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kau. Semua yang berlaku ada hikmahnya."
Syazryl segera memalingkan muka ke arah Ammar. Entah kenapa kata-kata Ammar membuatkan rasa marahnya kian membara. Gigi dilagakan sehingga menghasilkan bunyi.
Tangan Ammar yang memegang bahunya serta merta ditepis kasar. Ammar terkedu sesaat. Syazryl lantas bangun dari duduk dengan riak muka ketat.
"Kau nak ajar aku? Eh, kau pun sama je lah dengan aku. Masa Sumayyah tinggalkan kau pun kau tergila-gilakan dia lagi even dia jadi bini orang pun. Kau tak perlu cakap lah kalau kau sendiri pun sama macam aku!"
Beristighfar Ammar apabila Syazryl membangkitkan masa silamnya. Ayat-ayat yang keluar dari bibir Syazryl sungguh menyentak kannya.
Ammar menggeleng kecewa. "Tu dulu Ryl. Sekarang aku dah boleh terima yang Sumayyah bukan untuk aku. Aku dah ada tunang dan tak lama lagi nak berkahwin dengan pilihan aku sendiri," tegasnya.
"Kalau kau datang sini sekadar nak menyakitkan hati aku, baik tak payah. Aku datang sini sebab aku serabut tapi kau tambahkan serabut aku. Sangat membantu Am." Syazryl merengus kasar sambil menapak pergi meninggalkan Ammar yang hanya mampu memandang kelibat dia yang kian menjauh itu.
Ammar meraup wajahnya kasar. Syazryl yang dia kenal dulu sudah berubah. Perwatakan Syazryl sangat ketara, seolah-olah bukan kawan yang dia kenal tika dulu.
Syazryl lah seorang yang ada tika dia sedih, menjadi pendengar dia dan alhamdulillah, dengan adanya Syazryl dia mampu meluputkan segala kenangan kisah silamnya dengan Sumayyah tapi kenapa bila Syazryl duduk di tempatnya, lelaki itu sekeras mungkin menolak ketentuan Allah?
"Apa yang jadi dengan kau Ryl. Kenapa kau berubah sampai macam ni sekali?"
🌸🌸🌸
Riuh-rendah suara orang kampung dan sanak saudara yang semakin rancak berborak. Tak lupa juga makcik-makcik yang riuh sakan bersuara sewaktu melakukan kerja di bahagian dapur.
"Ikha sini sekejap!"
Namanya yang dipanggil oleh Puan Suhaida membuatkan perbualan dia dengan Athirah terhenti. Hanan senyum pendek.
"Ikha minta diri dulu ya?" Sopan Hanan meminta diri.
Athirah mengangguk perlahan. Hanan lantas bangkit dan menyusun langkah ke arah dapur. Makcik-makcik yang sedari tadi tidak henti berbual itu menoleh ke arah Hanan yang kini sudah menghampiri Puan Suhaida.
"Ya, ada apa umi?"
Renungan dari makcik-makcik itu membuatkan Hanan sedikit janggal. Macam dia ni buat salah pulak. Mata Hanan terpandang susuk tubuh seorang gadis yang tidak henti-henti menjeling ke arahnya. Hanan hanya buat tidak endah.
"Tolong hantar air dengan kuih-muih ni dekat bawah kanopi tu. Dari tadi diorang asyik buat kerja je."
Puan Suhaida menghulurkan sedulang air lalu Hanan menyambut dengan berhati-hati, namun baru sahaja dia mahu menapak pergi. Uminya menyeru nama gadis yang sedari tadi merenungnya dengan pandangan menjengkelkan.
"Fira mari sini, umi nak minta tolong bawakan jag air ni. Fira ikut je Kak Hanan ye," ujar Puan Suhaida sambil memanggil gadis bernama Fira atau lagi tepat Hafira.
Mimik muka Hanan sedikit berubah, namun dikawal. Hanan tanpa mempedulikan Hafira dibelakang hanya lajukan langkah. Malas dia mahu melayan gadis mentah itu.
"Kahwin dengan orang kaya, berlagak kan kau? Sombong betul kau sekarang."
Suara yang kedengaran sinis itu membuatkan langkah Hanan perlahan. Nafas ditarik perlahan sebelum dia menghadap Hafira dengan muka meluat.
"Kenapa? Tak puas hati dengan aku apa pulak ni? Aku sombong ke tak, ada kena mengena dengan kau ke Fira? Oh ya aku lupa! Orang yang tak puas hati mana pernah tenang kan?" Sekali lafaz Hanan lepaskan rasa geram. Senyuman senget terukir di bibir Hanan saat air muka Hafira berubah serta merta.
"Kau ni memang keturunan mulut puaka eh? Oh lupa, dah jadi kaya terus tak ingat diri."
"Oh ya? Kau pulak memang keturunan tak ada adab eh? Kurang ajar pun ada. Kau ni muda lagi tau, tapi kesian. Kat sekolah tak belajar beradab eh, ke kau nak aku list senarai cara untuk beradab?" Tajam sekali kata-kata yang Hanan lemparkan. Eh ni Hanan lah, kau nak cari gaduh memang silap besar.
Hafira ni sejak zaman sekolah lagi dengki dengannya. Dia tak kesah kalau gadis itu mahu menggedik dan menarik perhatian orang ramai tapi gadis ini tidak habis-habis mahu cari gaduh dengan dia. Dikatakan sebagai perempuan perampas dan inginkan perhatian padahal dia tak pernah ramah mesra macam gadis itu buat.
Tapi dah orang tak puas hati tak akan nak salahkan pulak kan?
Masam mencuka Hafira sambil mengaturkan langkah di bawah kanopi. Hanan mengikut jejak Hafira sambil menggelengkan kepala.
Biarkan sahaja lah Hafira tu.
Air dihempas kan ke atas meja dengan geram. Selesai sahaja tugasnya, Hafira terus masuk ke dalam rumah dengan kaki dihentak-hentak. Hanan hanya menghantarkan pemergian Hafira dengan pandangan mata sehingga kelibat gadis itu menghilang.
Dia yang cari gaduh, dia pulak yang mengamuk tak tentu pasal.
Encik Ilzam memalingkan wajah menatap Hanan. "Kenapa tu Ikha? Fira ada cari gaduh dengan kamu lagi ke?"
Hanan tidak mengangguk dan tidak menggeleng, hanya mampu memberikan senyuman tipis sahaja.
"Tak ada lah walid. Biasa lah angin monsun datang menjelma" balas Hanan sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik. Dulang diletakkan dengan berhati-hati. Mata Hanan mula meliar mencari sang suami.
"Walid... mana Shad?"soalnya.
Encik Ilzam mencicip air sedikit sebelum menjawab. "Ada je, dia tengah tolong pak su angkat tong gas tu."
Hanan mengangguk perlahan. Seketika dia teringatkan abang angkatnya. Sejak pagi tadi sampai sekarang susuk tubuhnya tidak kelihatan.
"Ermmm... Abang Ryl?"
Encik Ilzam mengeluh perlahan. Wajah anak gadisnya dipandang sebentar sebelum menggeleng.
"Walid pun tak tahu kenapa dengan abang kamu tu. Tak habis-habis dengan marah dia tu. Walid dah tak tahu macam mana nak redakan marah dia tu. Ikha faham-faham je lah kan abang Ryl tu macam mana," ujar Encik Ilzam kedengaran lemah. Kecewa dengan Syazryl pun ada. Siapa je tak marah bila anak buat keputusan sendiri kan?
Hanan hanya mampu berdiam. Dia tahu, jauh di sudut hati Encik Ilzam dan Puan Suhaida sedih dan kecewa dengan kelakuan Syazryl yang berubah secara drastik ini. Semua ini disebabkan dia.
Muka cuba dimaniskan. "Kalau macam tu tak apa lah. Ikha minta diri dulu, kalau ada apa-apa walid panggil je Ikha."
Encik Ilzam hanya menghantar pemergian Hanan dengan ekoran mata. Riak muka yang dipamerkan itu cukup membuatkan dia tahu apa yang Hanan fikirkan. Tak lain pasti Hanan fikirkan bahawa semua benda ini terjadi kerana dia. Hanan dengan overthinking tak boleh dipisahkan.
Setelah masuk ke dalam kamarnya, Hanan terus mengunci. Hanan menarik nafas dalam. Cukup berat untuk dia menghadap situasi ini. Kaca mata bulatnya diletakkan ke atas meja cermin. Hanan mengusap air matanya yang mula menitis perlahan-lahan hingga ke lekuk pipinya, seketika senyuman tipis diukirkan.
"Ikha minta maaf abang Ryl. Ikha tak patut bagi abang Ryl harapan yang besar. Ikha tak patut buat macam tu."
Mungkin kata maaf yang terzahir di bibirnya tidak mampu untuk melembutkan hati Syazryl yang seumpama batu itu tapi dia betul-betul menyesal dengan tindakan dia. Manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan begitu juga Hanan. Hanan tidak salahkan sesiapa pun jika Syazryl tidak dapat menerima dengan hati yang terbuka. Semua ini berat untuk dihadam dan ia memerlukan ruang untuk menerima semua kenyataan ini.
Kenyataan bahawa dia bukan tercipta untuk Syazryl Iman malahan takdir dia hanya tercipta untuk suaminya. Baik buruk suaminya itu lah syurga yang patut dia taat, jaga dan sayangi hingga dunia dan akhirat kelak.
Tangannya laju menepis air mata yang melencuni ke pipinya. Setelah merasakan dirinya sedikit tenang, dia mula mengambil kain tuala dan beberapa baju untuk mandi dan menunaikan solat zohor.
🌸🌸🌸
"Terima kasih..."
Selesai sahaja majlis kesyukuran dan doa selamat dijalankan. Semuanya keluar untuk menjamu selera di bawah kanopi.
Sedari tadi bibir kecilnya tidak lekang dengan senyuman. Naik lenguh pun ada pipinya. Matanya pun dah mula terasa memberat, namun ditahan memandang dia perlu layan tetamu-tetamu yang masih ada di rumah uminya.
Matanya meliar memerhatikan sekeliling. Hanya ada beberapa orang sahaja yang menjamah makanan. Alhamdulillah majlis semuanya berjalan dengan lancar selepas solat isyak tadi.
Puan Suhaida dan Encik Ilzam masih berbual mesra dengan Puan Zainun dan Encik Azril di bawah kanopi. Tidak lupa juga Puan Nurizai disebelah Puan Zainun. Ada juga beberapa orang-orang kampung yang duduk berbual sekali dengan umi dan walidnya, manakala Syazryl pula melayan beberapa kawannya yang Hanan langsung tidak kenali.
Hanan perasan sejak majlis bermula hingga lah selesai, Syazryl langsung tidak bertegur sapa dengan Ammar, Ziyad dan Zailatul. Wajahnya terbias tidak selesa dengan kehadiran Ziyad dan Zailatul padahal mereka dula sangat akrab, begitu juga Ammar.
Zailatul ada juga tegur Syazryl, namun abangnya melayan sangat dingin. Dia perasan air muka Zailatul terbias kecewa tatkala dilayan begitu, malah abangnya siap memarahi Zailatul apabila gadis itu tidak habis-habis mahu menarik minat Syazryl untuk berbual
"Berdiri je? Tak nak duduk?"
Segera Hanan memalingkan muka ke arah suara yang menegurnya. Bibirnya menguntum senyum tipis.
"Ikha tengok semua sebuk jadi Ikha berdiri je lah kat sini. Lagipun bukan ada sesiapa pun nak ajak Ikha berbual," rajuk Hanan dalam gurauan. Sengaja.
"Kalau macam tu Abang Am nak ajak Ikha berbual. Nak tak?"
Hanan mengetuk dagunya beberapa kali. Berfikir sama ada mahu setuju ataupun tidak. Tidak mengambil masa yang lama dia mengangguk kepala beberapa kali.
"Hmm... boleh juga, jom." Setujunya.
Tak salah rasanya dia berbual dengan Ammar. Lagipun Qairul masih sebuk dibelakang mencuci pinggan mangkuk dengan beberapa lelaki di belakang. Niatnya nak membantu tapi bila melihat beberapa orang lelaki sudah membantu suaminya terus dibatalkan niat murninya.
"Ikha sekarang dengan Shad buat apa je lepas habis SPM?" Ammar menarik kerusi lalu dia labuh kan duduk di hadapan Hanan.
"Hmm... Shad kerja dekat Cafe. Ikha pula buka bisnes sendiri je buat masa ni."
"Iye? Bisnes apa?" soal Ammar ingin tahu. Matanya tidak lepas menatap Hanan.
Hanan tersengih. "Ikha buat hommade brownies. Buat sementara waktu je ni. Shad pun izinkan Ikha buat kerja part time ni."
"Okey lah tu, sekurang-kurangnya Ikha ada juga pengalaman nak bekerja lepas SPM kan?"
Hanan mengiyakan kata-kata Ammar dengan anggukan kepala. Seketika suasana kembali sepi diantara mereka. Hanan berdehem kecil mematikan suasana janggal yang membelenggu mereka berdua.
"Kalau Ikha nak tanya Abang Am ni, agak-agak marah tak?" Tepat anak matanya memandang Ammar dihadapannya.
Wajah Hanan dipandang seraya itu dia mengangguk kecil.
"Selagi soalan tu tak pelik Abang Am tak akan melenting. Apa-apa pun tanya lah."
Hanan menggenggam kedua-dua tangannya. Senyuman tipis diberikan.
"Abang Am ada masalah dengan Abang Ryl ke?"
Sepi. Hanan ketap bibir. Dia ada silap cakap ke?
"Kalau Abang Am tak nak cer..."
"Tak ada lah, bends kecik je. Bukan masalah besar pun lagipun lama-lama nanti okey lah tu." balas Ammar mendatar. Cuba menenangkan hati kecil Hanan yang mulai gundah itu.
"Ye ke? Ke semuanya berpunca dari Ikha?" duga Hanan langsung tidak mengalihkan anak mata menentang mata Ammar. Dia perlukan kejujuran.
Ammar mengambil tindakan melarikan anak mata. Tidak mampu menipu sambil menatap anak mata bundar itu. Tidak sanggup untuk terus-menerus menipu Hanan walhal semua itu benar sekali.
Kebisuan Ammar membuatkan Hanan senyum tawar setawarnya. Dia pasti tekaannya tepat dan tidak salah sama sekali.
"Ikha minta maaf, sebab Ikha hubungan Abang Am dengan Abang Ryl retak. Betul cakap Abang Am, Ikha tak patut rahsiakan semua ni dari awal. Ikha patut berterus terang dari mula abang cakap lagi kan?" Hanan menunduk merenung kedua-dua tangannya yang saling genggam.
Ammar helakan nafas lelah. Wajah sayu Hanan membuatkan dia jatuh kesian. Sekarang dia faham kenapa Hanan mengambil keputusan untuk berdiam tanpa ingin berterus terang lebih awal, rupa-rupanya fikiran Syazryl luar dari otaknya.
"Semua ni dah tertulis. Tiada apa yang perlu dikesalkan yang penting Ikha dah berterus terang pada dia. Sekarang semuanya keputusan di tangan Ryl untuk terima semua ni dengan hati terbuka ataupun tidak." Tegur Ammar lembut. Tidak suka barangkali Hanan menyalahkan dirinya sedangkan semua ni memang takdir untuk gadis itu.
"Am..."
Kedua-duanya menoleh kepada si empunya suara yang memanggil nama Ammar. Puan Nurizai tersenyum manis kepada Hanan, gadis itu turut membalas. Kemudian Puan Nurizai menoleh ke arah Ammar disebelahnya yang masih duduk.
"Jom balik? Dah lewat sangat ni." ajak Puan Nurizai sambil menepuk-nepuk bahu anaknya. Ammar tersengih.
"Tak sedar pula dah lewat. Okey jom lah mak. Esok Am ada meeting pagi-pagi. Kalau lewat sangat nanti tak sedar pula." Ammar segera bangun dari duduk. Begitu juga Hanan. Tangan Puan Nurizai disalami dengan penuh hormat.
"Mak ngah minta maaf sebab tak dapat bermalam kat sini. Puas mak ngah pujuk dia bermalam kat sini tapi Am ni tak nak sebab ada meeting punya pasal tapi alih-alih tengok dia pula yang macam tak nak balik." Jeling Puan Nurizai. Ammar tersengih sambil menggosok belakang lehernya. Malu apabila mamanya menegur sebegitu.
"Mak ni..." rungut Ammar dengan muka cemberut.
"Apa? Mak cakap benda betul kan?" kata Puan Nurizai tak nak kalah.
"Tak apa, bila-bila masa mak ngah nak datang sini mesti umi akan sambut. Lagipun umi memang suka sebab dapat lah dia buat geng sekali," balas Hanan ceria. Puan Nurizai ketawa lepas. Pipi Hanan dicubit lembut.
"Terima kasih, lain kali mak ngah dengan Am datang sini lagi. Oh, mak ngah lupa pula nak tanya. Shad mana? Dari tadi mak ngah tak nampak dia." Kelibat Qairul mula dicari-cari. Sedari tadi dia langsung tidak nampak muka anak saudaranya.
"Shad dia tengah buat kerja sikit. Ikha pun nak tengok-tengokkan dia juga lepas ni. Nak Ikha panggilkan dia?"
Puan Nurizai menggeleng. " Tak apa lah kalau dia sebuk, cuma cakap kat dia yang mak ngah nak dah balik. Jangan lupa sampaikan salam mak ngah kat dia. Nanti lewat-lewat bahaya juga. Mak ngah minta diri dulu, Assalamualaikum..."
"Waalaikummussalam, mak ngah." Tangan melambai-lambai ke arah mereka berdua. Puan Nurizai turut melambai sebelum kembali berjalan berganding dengan Ammar disebelah.
Setelah merasakan kelibat dua orang itu menghilang. Hanan mula berjalan mencari-cari susuk tubuh suaminya yang sejak dari tadi bekerja tanpa berhenti.
🌸🌸🌸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top