Bab 43
Qairul yang masih berborak dengan Hanan di pangkin halaman rumah itu, Syazryl tenung dengan pandangan tajam. Menyiksa kan betul mata dia sekarang. Lagi membuatkan dia meluat apabila Qairul dengan selamba mencuit hidung Hanan.
Syazryl merengus kasar. Mood dia hari ni terbang gara-gara mereka berdua. Spoil betul!
"Ehem..."
Syazryl berdehem membuatkan tingkah laku mereka mula terlerai. Qairul memandang Hanan manakala Hanan langsung tidak menunjukkan sebarang riak.
"Umi panggil Ikha... Tadi adik kata nak buat kuih sama-sama dengan umi kan?"
Segera Syazryl menyampaikan pesanan kepada Hanan. Kalau diikutkan hati yang membara, dia nak beredar daripada menonton babak mereka yang agak keterlaluan di matanya, namun itu semua ditolak ke tepi.
Hanan mengangguk tanda balas bagi soalan Syazryl. Muka Qairul direnung sebelum dikalih ke arah Syazryl.
"Okay."
Hanan membalas dingin. Hanan mula berdiri sambil menyarungkan selipar dan laju sahaja kakinya menapak masuk ke dalam rumah. Semasa berselisih dengan Syazryl pulak Hanan langsung tidak memandangnya walaupun sekilas. Hati dia masih panas tentang adegan semalam.
Langkah Hanan, Syazryl pandang dengan pandangan sayu. Nada suara tadi sudah cukup membuktikan Hanan masih memarahinya.
Kini mata dia menoleh ke arah Qairul yang hanya memandang suasana kampung tanpa pedulikan kehadiran dia.
Syazryl menyilangkan tangan. Wajah serius diukirkan lalu dengan senyuman senget di bibirnya.
"Berapa lama korang sorokkan perkahwinan ni?"
Qairul mengalihkan tubuhnya sedikit. Pandangan bosan dilemparkan.
"10 bulan lebih," jawab Qairul acuh tidak acuh.
Syazryl merengus kasar. Kalau diikutkan rasa sakit hatinya. Dah lama dia menumbuk lagi sekali muka Qairul, namun bekas tumbukan di pipi Qairul masih belum pudar. Tambahan pula Hanan pasti akan berang dengannya.
"Kau memang tak pandai cakap elok-elok eh? Ke kau nak aku ajarkan?" Syazryl bersuara menahan geram.
"Aku rasa aku cakap okey je. Tak ada pula aku panggil kau dengan nama binatang ke." Qairul membalas mendatar, manakala Syazryl semakin bengang dengan lagak selamba Qairul itu seolah-olah mencabarnya.
"Kau ni memang kurang ajar ke macam mana ha? Sekarang pandai kau menjawab dengan aku, dulu bukan main bagus."
Kata-kata yang agak menyakitkan hati itu membuatkan Qairul mengacip gigi menahan marah, namun wajah tenang tetap dipamerkan. Selagi had kesabaran dia tetap kuat di dada, selagi itu dia bersabar.
"Aku yang kurang ajar ke kau ni? Tak hormat isteri orang tu namanya bukan kurang ajar jugak ke? Betul tak abang Syazryl?" Qairul mengukirkan senyuman senget.
Apa yang berlaku diantara Syazryl dan Hanan semalam. Tidak akan pernah luput dalam ingatannya walau sedetik pun. Selepas sahaja Hanan bangun, dia turut bangun dan dengan mata kepalanya sendiri dia menyaksikan empat mata itu bertengkar di tengah-tengah dapur.
Tindakan Syazryl yang mahu mendekati Hanan, membuatkan amarahnya kembali mendidih. Hanan sebaik-baik menjaga jarak tapi Syazryl pula seakan cuba merapati Hanan sehingga seperti ingin memeluknya. Kalau Hanan tidak mengambil tindakan menampar muka Syazryl dan lelaki itu memeluk isterinya. Dia akan lumat Syazryl cukup-cukup!
"Ikha isteri aku yang sah sekarang ni. Tolong hormat dia dan tolong hormat aku sebagai suami dia. Selama ni aku hormat kau sebagai kawan Abang Ash. Jangan hilangkan rasa hormat aku terhadap kau." Qairul pandang Syazryl tajam. Penuh amaran.
Cukup membuatkan darah Syazryl menggelegak hingga naik ke atas. Telinganya juga merah menahan kemarahan yang kian melanda dalam dirinya.
"Suami? Layak ke kau jadi suami dengan umur kau macam ni? Dapat ke kau bahagiakan adik aku? Aku tak percaya. Budak mentah macam kau ni aku kenal lah. Mula-mula je beria lepastu bila dah dapat habis madu sepah dibuang."
Terpejam rapat mata Qairul menahan kesabaran yang mula senipis kulit bawang. Wah! Ini memang cabar kesabaran sungguh. Sudah tidak kesah dah dihadapan dia ni lagi tua ke apa tapi mulut tu memang tak bertapis langsung.
Qairul sedar dia ada tanggungjawab yang besar sekarang dan kata-kata Syazryl itu benar-benar membuatkan rasa marahnya mendidih. Dia bukan lelaki seperti itu!
Sepanjang dia dan Hanan duduk bersama, dia tak pernah menyentuh Hanan. Dia tak pernah jalankan tanggungjawabnya yang satu tu sebab dia masih fikirkan tentang Hanan. Hanan masih terlalu muda dan dia tak akan mendesak tapi bila Syazryl seakan memandang rendah tanggungjawabnya terhadap Hanan. Baginya ia terlalu biadap! Lagi-lagi lelaki itu menganggap dia seakan mengambil kesempatan terhadap Hanan.
Ingat dia ni kaki perempuan?
"Layak ke tidak itu semua pilihan Allah. Allah pilih aku sebab aku mampu galas tanggungjawab ni. Dah memang tertulis aku berjodoh awal dengan Ikha jadi siapa kau untuk menidakkan semua takdir Allah dekat dunia ni?" Jawab Qairul dengan suara tertahan. Mukanya ketat.
"Aku percaya, apa yang dia aturkan ada hikmahnya. Aku tak cakap aku ni baik tapi aku tak pernah mainkan mana-mana hati perempuan. Memang umur-umur baya aku ni hanya suka dengan keseronokan di dunia tapi aku bukan macam tu. Kau tak kenal aku siapa dan kau tak layak menidakkan kelayakan aku menjadi suami Ikha." Sambung Qairul lagi.
Qairul berdiri ingin beredar dari situ. Malas kuasa dia melayan kerenah abang ipar angkatnya.
Dia masih hormat dan tidak menggunakan taktik pukul tapi kalau dah dahaga sangat penumbuk dia ni, jangan tanya kenapa sampai seminggu tak baik-baik.
"Eh, aku tak habis lagi dengan kau."
Lengan Qairul ditarik kasar, namun pantas Qairul menepis. Pandangan mereka berlaga seakan-akan mahu membuka gelanggang perlawanan.
"Kau dengar sini, walaupun Ikha tu isteri kau dia tak akan pernah sayang dan cintakan kau. Buktinya dia pernah janji untuk kahwin dengan aku. Dia janji untuk tunggu aku tapi disebabkan kau pilihan umi, dia pilih kau sebab terpaksa je. Dia nak jaga hati umi dan walid sebab tu dia terima untuk berkahwin dengan kau."
Syazryl tersenyum puas apabila kedua-dua tangan Qairul mengepal penumbuk. Suka benar dia melihat Qairul seakan-akannya tercabar dengan bicaranya.
"You know what. You're like a piece of trash that only destroyed our relationship." bisiknya sengaja menambahkan minyak dalam api yang sedia marak.
'Buk!'
Dada Qairul merombak kasar. Matanya juga tajam menikam muka Syazryl yang ditumbuk sebentar tadi.
Kesabaran dia juga ada hadnya.
Syazryl berdecit, tepi bibirnya yang berdarah sedikit diusap. Pantas Syazryl bangun dan ingin membalas serangan tumbukan itu, namun dengan sekelip mata Qairul memegang tangan dia dan memulas kebelakang badannya. Tidak cukup dengan itu, pantas Qairul menyiku belakang lutut Syazryl menggunakan lututnya dan Syazryl jatuh terduduk.
Syazryl semakin agresif, matanya juga memerah memandang Qairul yang berani mati memperlakukan dia sebegini. Kurang asam!
Syazryl memberontak hingga terlepas dan dia menarik Qairul bersama jatuh di atas tanah. Mereka akhirnya bergelut sesama.
Pengelutan mereka tidak diakhiri lagi sehingga kedengaran suara Qairul menyeringai sakit. Apabila Syazryl menarik rambutnya.
"Lepaskan aku lah!"
"Kau mulakan dulu! Siapa suruh?!"
Rambut Qairul ditarik-tarik. Mahu tercabut isi kulit kepala Qairul apabila Syazryl menarik rambutnya dia. Kuat pulak tu!
Qairul dengan rasa sakit yang semakin menyengat akhirnya mengambil keputusan untuk membalas kembali perbuatan Syazryl. Perut Syazryl di siku sekuat tenaganya sehingga Syazryl menjerit kesakitan. Pegangan di rambut Qairul terlepas.
Syazryl mengetap gigi sambil memegang perutnya yang terasa senak kerana hentakan Qairul. Sejurus itu dia kembali menghampiri Qairul. Tumbukan dilayangkan ke pipi Qairul tanpa sempat lelaki itu mengelat. Qairul kembali jatuh terduduk.
Baju t-shirt di bahagian dada Qairul digenggam sekuat hati. Anak matanya membara merenung Qairul yang tidak kurang sama dengannya.
"Lepaskan aku, aku tak nak kurang ajar dengan kau." Bergetar suara Qairul penuh amaran. Amarahnya bila-bila masa bakal meletus.
"Lepaskan kau? Lepas apa yang kau buat dekat aku, aku takkan lepaskan kau macam tu!" kata Syazryl tidak mahu mengalah. Mereka masih bergelut di atas tanah. Baju mereka pun sudah kotor.
Qairul mendengus kasar. Urat di dahi dan juga lehernya mula timbul menandakan amarahnya tidak dapat dibendung lagi. Dengan sekali hentakan di kepala, pegangan di bahagian baju dadanya terus terlepas. Kesempatan itu Qairul menolak lalu dia pula yang mengambil tempat Syazryl yang duduk di atas badannya sebentar tadi. Baju Syazryl digenggam sehingga tangannya menggigil menahan rasa marah yang membuak-buak. Tangannya mula naik ke atas untuk menumbuk wajah kacak Syazryl.
"Ya Allah! Abang Ryl!"
Tergopoh-gopoh Aisyah menghampiri Qairul yang duduk di atas Syazryl. Hampir-hampir sahaja penumbuk itu mahu menyinggah di muka Syazryl, namun jeritan Aisyah mematikan segala pergerakan Qairul.
Apabila pegangan Qairul terasa longgar. Syazryl terus menolak tubuh Qairul. Laju dia naik kembali ke atas tubuh Qairul.
Zafran dan Darwish yang menyaksikan adegan itu juga turut berlari mendapatkan mereka. Tubuh Syazryl dipegang lalu ditarik ke belakang menjauhi daripada Qairul.
"Anna, aku nak pergi panggil Hanan kejap. Kau tunggu sini tau," kata Aisyah laju berlari masuk ke dalam rumah Puan Suhaida.
Mengigil tubuh Anna menyaksikan aksi kekerasan di depan matanya. Ini kali pertama dia melihat dan cukup membuatkan dia ngeri.
"Lepaskan aku lah!" jerit Syazryl cuba melepaskan diri daripada pegangan Zafran dan Darwish.
Tubuh Qairul yang masih berbaring sambil mata terpejam rapat itu langsung tidak menerbitkan rasa serba salah berbuat begitu, malah dia rasa puas.
"Syazryl! Ya Allah Shad!"
Puan Suhaida laju menghampiri mereka. Tidak lupa juga Hanan dan Aisyah dibelakang. Muka Hanan jelas terpancar riak risau. Hanan mendapatkan Qairul berbaring lemah di atas tanah.
"Kamu ni kenapa Ryl?! Tak cukup kamu tumbuk Shad semalam, hari ni buat lagi? Kenapa sanggup buat umi macam ni?!" Teresak-esak Puan Suhaida menahan tangis di depan Syazryl. Kecewa dengan tindakan Syazryl yang mengasari Qairul.
Air mata Hanan mula bergenang melihat tubuh Qairul yang berbaring lemah dengan muka penuh lebam dan darah. Perlahan-lahan Hanan membantu Qairul untuk bangun dari perbaringan.
"Macam mana boleh sampai macam ni." Terketar-ketar tangannya mengusap darah yang keluar dari celah bibir Qairul.
Hanan segera memalingkan muka ke arah Syazryl yang sedari tadi merenungnya.
"Abang Ryl ni dah kenapa? Tak boleh ke bincang elok-elok?" Bergetar-getar suara Hanan.
Wajahnya juga turut kalih ke arah Qairul lalu nafas dilepaskan lemah. "Awak kan kata nak bincang dengan abang Ryl. Kenapa sampai bergaduh macam ni?"
Berhati-hati Hanan bersuara. Dia takut andai Qairul sangka dia mahu persalahkan Qairul walhal dia cuma bertanya.
Qairul mendengus kasar. Tangan Hanan yang mengusap lengan dia sebanyak menenangkan dia sedikit.
"Aku mengaku yang aku mulakan dulu tapi dia yang cabar aku dulu. Aku takkan mulakan dulu tanpa sebab."
"Kau nak salahkan aku pula?" Tajam Syazryl merenung Qairul yang turut memandangnya tajam.
"Cukup! Umi kecewa dengan apa yang berlaku! Umi nak Ryl masuk ke dalam kalau tidak umi akan report kat walid apa yang terjadi hari ni!" Tengking Puan Suhaida dengan penuh arahan.
Syazryl merengus lalu segera masuk ke dalam rumah. Hanan di situ menghelakan nafas berat manakala Puan Suhaida dengan riak kecewa dengan tindakan Syazryl membuatkan dia sedikit malu dengan kawan-kawan Hanan.
Nasib baik Encik Ilzam tiada di rumah memandangkan dia pergi ke pekan membeli barang. Kalau suaminya saksikan pergaduhan keanak-anakan ini pasti Encik Ilzam kecewa.
"Maafkan umi bagi pihak abang Ryl ya Shad? Maafkan umi ya semua..."
Qairul yang masih terduduk dj atas tanah hanya menggeleng perlahan. Rasa kesian terhadap Puan Suhaida padahal itu semua bukan salah wanita itu.
"Shad tak ambil hati pun. Umi tak salah, apa-apa pun. Ni semua salah kami berdua jadi umi jangan salahkan diri." Pujuk Qairul dengan nada yang lembut. Sesekali dia mengaduh sakit apabila dia bersuara. Puan Suhaida tersenyum kecil. Senang hati dengan sikap terbuka Qairul.
" Aisyah, Anna, Darwish, Zafran, umi minta maaf ye bagi pihak Abang Ryl."
"Eh tak apa umi, kitaorang tak kesah pun." Cepat-cepat Aisyah memintas dengan senyuman di bibir.
"Terima kasih ye anak-anak umi tolong leraikan Abang Ryl dan menantu umi tadi. Umi tak tahu lah kalau korang semua tiada tadi."
Anna dan Aisyah bergerak menghampiri Puan Suhaida lalu dipeluk. Belakang tubuh Puan Suhaida digosok dengan lembut.
Puan Suhaida dengan sifat penyayang seorang ibu memang pandai menarik hati mereka memandangkan wanita itu menggelar dirinya sebagai umi dan sampai sekarang panggilan nama itu melekat di bibir mereka.
"Umi jangan cakap macam tu. Sekarang semua dah baik kan?" Lembut Aisyah memujuk.
"Betul umi, takpa umi. Selagi kitaorang ada, kitaorang akan tolong semampu yang boleh." Semangat Anna dengan ceria. Puan Suhaida yang mendengar itu terus mencuit pipi Anna lembut.
"Umi, Kitaorng datang sekejap je ni ingat nak tengok-tengokkan Hanan tapi tak apa lah. Aisyah tengok sekarang bukan waktu yang sesuai jadi esok ada lagi masa. Kitaorang balik dulu ye." Berjaga-jaga Aisyah meminta diri. Mereka bertiga juga mengangguk setuju.
"Tak nak masuk dulu?" soal Puan Suhaida, namun mereka hanya menggeleng.
"Esok umi, kitaorang janji datang balik." Janji Zafran sambil mengangkat tangan kanan tanda berikrar.
Puan Suhaida ketawa kecil.
"Kalau macam tu tak apa lah. Umi masuk dulu ye."
"Baik umi, kitaorang minta diri dulu. Assalamualaikum..."
"Waalaikummussalam, balik tu hati-hati." Pesan Puan Suhaida dengan senyuman di bibir. Mereka berempat mengangguk kemudian mula beredar.
Puan Suhaida mula menghampiri Qairul dan Hanan yang masih duduk di atas tanah.
"Mari umi dan Ikha tolong." Lengan Qairul dipegang begitu juga Hanan, namun Qairul cuba menolak.
"Tak apa umi. Shad boleh bangun sendiri."
Puan Suhaida mengeluh lemah. Kepala digeleng beberapa kali. "Jangan nak degil eh. Kamu tu dah sakit, duduk diam-diam je."
Akur dengan arahan Puan Suhaida, Qairul membiarkan Puan Suhaida dengan isterinya membantunya untuk bangun.
"Tak apa umi. Shad boleh jalan sendiri." Kali ini Qairul menolak. Tidak mahu memaksa, Puan Suhaida menoleh ke arah Hanan.
"Adik bawa Shad dalam bilik ye? Bagi dia rehat. Nanti adik ambil bekas ubat dalam almari ruang tamu. Umi letak kat situ." Kata Puan Suhaida lalu dibawa langkah masuk ke dalam rumah.
Setelah memastikan kelibat Puan Suhaida sudah tiada segera Hanan menoleh ke arah Qairul. Air matanya kembali bergenang. Segera dia rungkaikan cermin mata bulatnya dari wajahnya. Air matanya yang mengalir segera ditepis dengan jarinya. Bibir diketap menahan esakan di bibir.
"Awak ni, saya baru tinggal kejap dah gaduh sampai macam ni." Hanan bersuara melepaskan segala yang terbuku di hati. Teresak-esak dia menangis sambil menunduk.
Ye lah, baru je dia mahu bantu Puan Suhaida untuk membuat kuih tiba-tiba Aisyah menerjah mereka dan memberitahu bahawa Syazryl dan suaminya bergaduh di luar. Mana tidak risau.
Qairul senyum tipis. Dia membawa tangannya kedua-dua sisi kepala gadis itu lalu diangkat untuk menatap wajahnya yang darah dan lebam.
"Dah lah sikit je ni. Jangan lah nangis. Cengeng betul lah kau ni." Pujuk Qairul lembut. Kedua-dua mata hazel Hanan yang basah itu diusap lembut.
"Tapi, tengok lah awak ni. Lagi teruk dari semalam. Macam mana saya tak risau."
Qairul mengeluh perlahan. Mata hazel Hanan ditatap dalam.
"Aku ni tak mati lagi Hanan. Jangan lah layan aku macam ni. Aku okey je. Tak ada yang serius sangat pun. Sekadar sakit, lebam macam ni, aku dah biasa." Panjang lebar Qairul menjelaskan keadaan dirinya.
Hanan ketap bibir. "Jangan lah cakap pasal mati!"
Qairul ketawa kecil sebelum dia mematikan ketawanya lalu mendesis sakit. Hanan pantas menghampiri Qairul lalu pinggang Qairul dipeluk dengan tangan kanannya diletakkan ke atas bahu Hanan. Qairul yang mulanya tidak menjangka tindakan Hanan itu hanya terdiam. Badannya juga mengeras tatkala tubuh mereka sedekat ini.
"Saya cuma nak tolong awak. Tak salahkan?" Kepala di dongak ke atas memandang wajah Qairul yang kusyuk merenungnya sedari tadi.
Dengan langkah berhati-hati Hanan berjalan membawa Qairul masuk ke dalam rumah. Sesekali wajah Qairul dipandang sekilas.
"Saya minta maaf, kalau..."
"It's okay Hanan. Benda dah jadi, lagipun ni semua bukan salah kau." Pintas Qairul laju. Hanan kemam bibir. Sayu matanya menatap Qairul.
Walaupun bibir Qairul mengatakan ini bukan salahnya tapi Hanan tetap menganggap apa yang terjadi ni salahnya. Kalau bukan sebab dia, Syazryl tak akan bergaduh dengan Qairul sampai setahap ni dan Syazryl pasti tidak akan menaruh harapan yang tinggi untuk memperisterikan dia.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top