Bab 42

     Bekas yang penuh ubat-ubatan di tangannya, Hanan pandang silih ganti. Berkali-kali nafas ditarik dan dihembuskan, dengan kudrat yang masih bersisa Hanan melangkah ke arah Qairul yang duduk di atas tangga halaman depan rumah.

Perasaan serba salah masih menyelebungi dalam dirinya. Andai masa boleh diputarkan dia tak akan buat perjanjian gila itu. Dia betul-betul menyesal. Hanan sudah jangka dari awal bahawa mereka akan bergaduh besar, namun dia tak sangka pula bahawa pergaduhan ini terjebak pada orang yang langsung tiada kaitan dalam hal mereka berdua.

Hanan melabuhkan duduk bersebelahan dengan Qairul. Qairul langsung tidak menoleh ke arah dia, bahkan langsung tidak peduli kehadiran Hanan saat itu.

Hanan tersenyum kelat, sedikit sebanyak terasa dengan layanan sikap  Qairul. Semua ni silap yang dia juga.

Berani buat berani lah tanggung!

Perlahan-lahan ubat diletakkan ke atas cotton bud. Mahu tidak mahu dia perlu bersihkan luka di tepi bibir Qairul dan kesan lebam di bahagian pipinya juga.

"Qai... Pandang saya sekejap boleh?" Soal Hanan dengan nada bergetar. Kata-kata Hanan bagaikan angin yang berlalu. Perlahan-lahan Hanan ingin menarik muka Qairul, namun panahan tajam itu membuatkan pergerakan Hanan terhenti.

Wajah ketat itu sebanyak membuatkan Hanan berasa gerun, namun digagahkan hatinya. Walau macam mana sekalipun hal dia dengan Qairul perlu cepat di selesaikan.

Dia tak nak bergaduh dengan Qairul. Sekali lelaki itu dingin dengan dia, hari-hari berikut pasti akan begitu. Hanan tak nak Qairul bersikap tidak endah dengan dia seperti suatu ketika dahulu Qairul melayannya.

Haip! Takut rindu ke?

Hanan menggeleng. Cukup lah Qairul layan dia macam dulu. Dia dah tak sanggup kalau layanan Qairul terhadap dia seperti dulu.

"Saya minta maaf..." Hanan menundukkan wajah sambil meramas kedua-dua belah tangan dia. Keadaan dia bertambah resah apabila panahan mata Qairul cukup menusuk ke dasar hatinya.

Gerun!

"Saya tak patut buat keputusan macam tu, saya tak patut buat perjanjian semua tu. Kalau boleh saya undurkan balik masa, saya tak akan buat perjanjian gila tu. Maafkan saya, saya masa tu dalam kesempitan Qairul. Abang Ryl lamar saya tapi umi dan walid nak jodoh kan saya dengan awak. Saya betul-betul dalam keadaan bercelaru sampai saya ambil keputusan untuk terima lamaran abang Ryl tapi bila saya fikir balik..." Hanan melepaskan nafasnya dengan berat. Air mata yang mengalir lesu di lekuk pipi itu Hanan tepis perlahan.

"Sanggup ke saya nak lukakan hati umi dan walid? Diorang dah banyak bantu dan jaga saya masa kecil. Jasa dan pengorbanan mereka tidak mampu saya balas, ini sahaja satu-satunya cara untuk saya balas semua kebaikan diorang. Saya tahu masa tu awak marahkan saya tapi saya betul-betul runsing masa tu." Luah Hanan. Riak muka Hanan jelas tertekan dengan situasi ini.

Ternyata apa yang dia fikir jauh sekali, bahkan Hanan lagi tersepit dari dia. Dia tak patut berikan tekanan dan menghukum Hanan hanya disebabkan satu kesilapan yang gadis itu buat.

"Kau tak menyesal?" Soalan yang Qairul ajukan, Hanan balas dengan senyuman di bibir.

"Buat apa saya nak menyesal, semua ni Allah dah aturkan untuk kita. Kalau dah namanya jodoh, maka jodoh lah." Hanan menghelakan nafas perlahan sebelum mata Qairul ditatap dalam. Hanya panahan mata sahaja yang mampu dia luahkan saat ini.

"Mari saya bersihkan luka awak tu."

Jari jemari Hanan mula meliar di muka Qairul. Pipi yang mula menampakkan kebiruan itu diusap perlahan.

"Boleh tahan kuat juga abang Ryl tumbuk ni."

Qairul hanya mencebik bibirnya.

"Kuat lah, aku langsung tak sempat nak mengelat." balas Qairul dengan mimik muka masam.  Hanan tersengih sambil tangan dia perlahan mengusap pipi Qairul.

"Saya minta maaf bagi pihak abang Ryl dan jangan lah marah..." Pujuk Hanan. Tadi dia yang marah dengan Qairul, sekarang terbalik pula.

Tangan kecil Hanan perlahan mengusap dengan cotton bud di luka Qairul. Qairul hanya mampu mendesis sakit, kadang kala di tolak tangan Hanan.

"Tahan lah sikit sakit tu. Awal-awal  awak dah tolak tangan saya. Dah nak siap ni, awak tahan eh?" Pujuk Hanan dengan nada yang lembut. Kali ini Qairul tidak menolak, mukanya berkerut menahan sakit di bibirnya.

Kalau dilihat muka Qairul sekarang dengan bengkak di pipi, bibir yang berdarah dan bibirnya pulak seperti koyak sedikit.

Dah macam orang kena belasah pun ada.

"Sakit lah..." Qairul mendesis sakit. Sekali sekala tangan Hanan yang masih membersihkan di tepi bibirnya itu ditolak lembut.

Hanan menggeleng perlahan.

"Awak ni, mengada je lebih. Tahan lah sikit." Rungut Hanan lebih kepada geram manakala Qairul mengetap bibir.

Dia pulak yang kena marah.

"Tentang abang Ryl kau tu macam mana?" Qairul mula membuka cerita tentang Syazryl. Setelah mereka bergaduh tadi sampai sekarang Syazryl tidak memunculkan diri. Kecewa sangat mungkin?

Hanan menjongketkan bahu, tidak menahu. Qairul mengecilkan mata.

"Kau jangan nak buat tak tahu eh. Hal ni perlu diselesaikan cepat. Apa-apa pun tentang abang Ryl tu kita kena bincang juga."

Hanan menjulingkan mata ke atas tanda menyampah. Qairul dah mula dah bicarakan hal ni.

"Semua tu awak jangan risau lah. Saya akan selesaikan juga dengan dia tapi sekarang ni saya nak ajak awak pergi gerai Tomyam Mak Jah. Nak tak?" Hanan menyoal sambil mata dikelip-kelipkan beberapa kali meminta belas simpati. Membulat mata Qairul sambil tangan dia perlahan menunjuk ke arah dirinya.

Dengan muka lebam macam ni dia suruh ikut? No way!

"Aku pergi gerai tu? Dengan muka macam ni? Tak nak lah!" Bantah Qairul dengan suara yang keras. Muka dia juga jelas cemberut.

Gila apa? Kau nak kena gelak dengan muka macam ni? Hanan ni pun fikir lah dengan keadaan dia ni.

Hanan mencebik kan bibir lalu lengan Qairul di goyang berkali-kali. Lakonan dia bermula dari sekarang.

"Teman saya sekejap je. Awak tunggu dalam kereta pun tak apa. Please... Saya teringin sangat nak makan tomyam sana," ujar Hanan dengan nada suara seakan buat kanak-kanak meminta coklat. Kaca mata yang masih tersarung di muka dengan mata yang membulat itu membuatkan Qairul tewas.

Qairul mendengus kecil sebelum muka Hanan yang masih ukirkan riak sedih itu direnung dengan pandangan geram. Bibir diketap lalu tangan kasar dia segera mencubit kedua-dua belah pipi Hanan.

"Kalau diikutkan rasa marah aku lepas kena gigit dengan kau hari tu aku malas tau tapi sebab tadi kau tolong aku, aku bagi muka. Dah lah cepat!"

Lepas sahaja cubitan itu Hanan mengusap sambil mendesis sakit. Bibirnya mencebik.

"Eleh, awak tu pula berani-berani je sentuh saya boleh pula." Hanan menjuihkan bibir.

Teringat tindakan Qairul yang berani mati memeluknya sambil memberikan ciuman di pipi sebentar tadi membuatkan wajahnya sedikit memanas. Ah, lupakan!

"Eh, pembetulan. Kau yang mulakan dulu. Aku lagi lah berani kalau orang tu dah berani," kata Qairul separa mengusik. Hanan berdecit kasar.

"Apa-apa jelah. Sekarang ni awak ikut saya kan?" soal Hanan terus mengalih topik.

Qairul menjeling tajam. "Aku dah bagi dah kan. Jangan sampai aku tarik balik." Amaran Qairul, namun tidak lama senyuman mekar terukir di bibir mungil Hanan.

"Thank you Mr. Ashben. Tentang gigit tu sorry lah ye. Lepastu pasal tadi saya dah tak kesah asalkan awak ikut keluar dengan saya..." ujar Hanan lalu segera dia mengaturkan langkah menyiapkan diri.

Qairul menggeleng perlahan dengan kerenah Hanan itu manakala Hanan masih tersengih kecil. Gembira tak terkata!

🌸🌸🌸

     Ke hulur ke hilir dia di dalam kamar. Resah, itu yang dia rasakan. Akhirnya dia ambil keputusan untuk duduk di hujung katil. Tangan dia mula menyambar telefon pintar yang tidak jauh dari dia. Nombor seseorang dicari lalu mula mendail nombor itu.

Keadaan dia bertambah resah apabila panggilan tidak dijawab. Bibir diketap tanda geram lalu dicampak telefon dia di atas katil.

"Bodoh! Baik tak payah ada telefon kalau macam tu!"

Syazryl melangkah ke arah jendela untuk menenangkan jiwa namun figura dua manusia itu semakin mendidihkan amarah yang sedia ada. Tangan Syazryl menggengam kayu jendela itu dengan kuat.

Lagi membuatkan amarah dia membara apabila Hanan dengan lagak manja melentokkan kepala dia di lengan Qairul. Adegan mereka sungguh menguji kesabaran dia saat ini.

Tingkap jendela di tutup sehingga menghasilkan dentuman yang kuat. Dada Syazryl merombak dengan kasar. Urat di lehernya mula kelihatan dan mata dia menyimpan seribu kekecewaan dan kemarahan bercampur baur.

Pilu hatinya melihat kemesraan yang terjalin di antara mereka berdua. Hatinya membengkak dan lagi membuatkan dia bertambah kecewa Hanan langsung tidak pedulikan perasaan dia saat ini.

"Sepatutnya dia ada dengan aku saat ini bukan kau!"

"Kenapa lah umi pilih budak mentah macam kau jadi suami Ikha, kau tak layak!"

"Bodoh!"

Kerusi di meja belajar itu Syazryl tendang melepaskan geram. Api kemarahan dia memuncak menjelang. Kalau diikutkan rasa,saat itu juga dia tumbuk muka Qairul sehingga lumat namun tindakan Hanan yang menghalang membuatkan dia terbantut untuk teruskan pergaduhan itu.

Semakin bertambah kecewa apabila Hanan memarahi dia kerana mencederakan Qairul walhal dia sepatutnya dapat semua itu!

Syazryl mengukirkan senyuman sinis. "Kau tengok lah, kau tak akan ke mana budak. Adik aku tak akan bahagia hidup dengan kau."

🌸🌸🌸

     Perut yang mula merengek itu diusap. Hanan memusingkan tubuh menghadap Qairul yang dibuai mimpi itu. Hanan tersenyum kecil saat menatap wajah Qairul. Tangan kecil dia mula mengusap pipi yang masih kebiruan itu.

"Maafkan saya, kerana saya awak sakit macam ni." Hanan mengeluh kesal. Kesal dengan tindakan dia. Dia tak patut dimaafkan. Dia ni hanya menyusahkan orang lain.

Pergerakan kecil Qairul membuatkan Hanan terserentak sedikit, namun tidak lama kemudian Qairul menyambung semula tidurnya.

Dalam tidur-tidur pun Qairul kacak macam ni heheheheh...

Malas mahu menganggu tidur Qairul segera Hanan bangkit lalu telefon pintar di meja cermin dicapai.

'2:00 pagi.'

2 pagi bangun tidur sebab lapar? Biar betul tapi bagi Hanan itu perkara biasa. Kalau dia datang bulan memang selera makan tu menjadi-jadi.

Tapi dia tetap bersyukur makan banyak sekali pun badan dia masih maintain ha... Kau ada?

Rambut yang panjang mengurai diikat ekor kuda lalu segera dia mencapai tudung di penyidai tuala.

Hanan melangkah ke arah dapur lalu peti sejuk dibuka. Kepala dia menjenguk ke dalam mencari sesuatu untuk mengisi perut.

"Apa aku nak makan eh?" Hanan mengembungkan pipi nya. Kalau rumah Qairul ni memang banyak snek je. Kalau dia lapar ke apa dia makan snek tapi kalau takde dia makan makanan semalam.

Tapi ni rumah umi.

Memang sah lah takde! Kena masak lah jawabnya!

"Hish! Kalau aku tahu tadi aku bungkus tomyam sekali. Aduh laparnya." Hanan membebel sambil tangan sebelah lagi mengusap perutnya.

Dah nampak macam kebuluran pun ada.

"Ikha lapar ke? Kalau lapar abang boleh belikan."

Suara yang datang dari arah belakang membuatkan Hanan keras kejung. Hanan meneguk air liur kesat. Dalam hati dia berdoa banyak-banyak, takut jika sesuatu di luar jangkaan berlaku.

Perlahan tubuh dipusingkan ke arah gerangan itu. Hanan mengukirkan senyuman kelat. Wajah abang Ryl yang hanya beberapa meter dari dia itu dipandang.

"Tak apa lah abang Ryl. Ikha cuma lapar sikit je." Hanan menolak pelawaan. Bukan apa, tak manis pulak dia minta tolong Syazryl, walhal dia dah bersuami. Kalau masa dia bujang boleh je nak order satu gerai pun tak apa.

"Ikha tak selesa dengan abang ke atau Ikha takut suami Ikha tu tahu?" Soal Syazryl dan itu Hanan mengerut dahi hairan.

Apa pasal pulak mention nama suami ni?

"Abang ni dah kenapa? Ikha cuma tak nak susahkan abang tu je," ujar Hanan dengan riak resah memancar. Entah kenapa dia rasa tak selesa dengan Syazryl.

Syazryl ketawa kecil. Gelagat Hanan sungguh mencuit hatinya. Perlahan-lahan dia menghampiri Hanan, namun Hanan menahan.

"Ikha ni adik abang Ryl. Please hormat adik sebagai isteri orang. Tak manis kalau abang buat macam ni." Rayu Hanan dengan nada bergetar. Keadaan ini membuatkan Hanan tambah takut lagi-lagi tiada siapa-siapa.

Kau gila pukul 2 pagi ni ada orang? Semua dah tidur lah!

Syazryl mengetap bibirnya. Ayat 'isteri' yang meniti di bibir Hanan sungguh membuatkan dia panas saran. Wajah dia yang mengukirkan senyuman tadi mula mati digantikan muka ketat.

"Kalau Ikha isteri orang kenapa?"

Hanan mengetap bibir perlahan sebelum dia mengalihkan anak mata dari bertembung. Perangai Syazryl versi ini sungguh menyeramkan.

Di manakah abang dia yang memberikan pandangan lembut itu?

"Susah sangat ke nak pandang abang? Hah?!" Terhinjut bahu Hanan saat suara Syazryl berubah kasar. Hanan mengigil kecil saat muka Syazryl  kelihatan tegang itu.

"Kenapa Ikha..." Syazryl mendekati ke arah Hanan. Hanan semakin berundur ke belakang saat Syazryl mula merapati tubuh badan dia.

Dada dia terasa sesak dengan keadaan macam ni. Dia benar-benar tak suka!

"Abang Ry..."

"Kenapa Ikha buat abang macam ni? Kenapa Ikha tak kahwin dengan abang? Kenapa Ikha lupakan janji kita? Kenapa Ikha? Kenapa?!" Syazryl menumbuk dinding sehingga berbunyi. Betul-betul tepi kepala Hanan dan itu membuatkan tubuh badan Hanan semakin mengigil ketakutan.

Ketakutan dia semakin bertambah apabila tubuh dia saat ini begitu hampir dengan Syazryl. Dengan kekuatan yang masih bersisa lantas Hanan menolak badan Syazryl dan dihadiahkan sebuah penampar sulung.

Syazryl terkedu, pipinya terasa kebas akibat di tampar Hanan itu benar-benar membuatkan Syazryl  terserentak hebat.

Pertama kali Hanan menampar dia!

"Abang Ryl dah melampau!" Hanan mendengus kasar lalu kaki dia menapak jauh memasuki kamar semula. Perut yang sebentar tadi merengek terus hilang. Kecewa, itu yang dia rasakan. Hanan rasakan seolah-olah itu bukan Syazryl Iman yang dia kenal.

Tak akan dia berubah sekelip mata kerana Hanan? Mana Syazryl yang lembut berkata-kata dengan dia selama ni? Mana Syazryl yang suka usik dia dengan bahan jenaka dia?

Semua itu seakan lenyap.

Manakala Syazryl yang masih terkedu dengan tamparan Hanan mula mengusap wajahnya. Kerana amarah tadi dia mula berkasar dengan Hanan. Tiada niat untuk dia mengasari Hanan dan Syazryl benar-benar kesal dengan tindakan tidak bermoral dia.

Keluhan berat dilepaskan.

"Adik maafkan abang..."

🌸🌸🌸

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top