Bab 4
Dengan tergesa-gesa, Hanan melangkah turun ke bawah. Baru sahaja dia hendak menuju ke dapur, dia kembali berpatah balik hendak ke ruang tamu apabila wajah abangnya menyapa matanya.
Perasan akan kelibat si adik, cepat-cepat Syazryl cuba mengejar langkah Hanan.
"Wait, Adik!"
Hanan mengetap bibir. Ahh! Dia tak nak jumpa dengan lelaki ini. Hatinya masih sakit bila terkenangkan perbuatan abangnya. Hanan buat tak peduli, langkah diteruskan tanpa mempedulikan Syazryl di belakang.
"Adik!"
"Ikha!"
"Hanan Zulaikha!"
Segera Syazryl mencapai tangan Hanan, namun Hanan dengan kasar merentap tangan Syazryl sehingga pegangan itu terlerai. Syazryl tergamam.
"Jangan sentuh boleh tak?!" Marah Hanan. Hampir sahaja suaranya mahu naik se oktaf. Nadanya cuba dikawal.
Hanan berpaling dari menatap wajah Syazryl. Langsung tidak sudi.
Kalau boleh, dia tak nak langsung bertembung dengan Syazryl. Dia masih belum ada kekuatan mahu memandang wajah lelaki itu.
Hanan takut, takut kalau dia tewas mengawal emosinya sendiri apabila berhadapan dengan Syazryl.
"Kenapa ni Ikha? Abang ada buat salah ke?" Hanan berdecit. Benci betul lah dengan soalan macam ni, sudah lah dia lambat nak ke kelas tuisyen ni. Hanan memandang wajah abangnya dngan tajam.
"Sepatutnya adik yang tanya kenapa abang berubah? Kenapa abang macam nak mengelat dengan adik? Adik ada buat silap? Oo adik lupa abang dah jijik kan tengok muka adik yang dah lama bertahun pandang ni, sebab tu selalu je tak balik kat sini." Sinis sahaja Hanan menjawab.
Syazryl pulak terkejut dengan suara sinis itu membuatkan marahnya menggelegak.
"Adik!"
Muka Syazryl kelihatan sungguh tegang. Mukanya merah menandakan amarah akan meletus. Tak! Dia tak suka Hanan bercakap sebegitu. Dengan kekuatan yang ada dan juga keberanian Hanan membalas pandangan Syazryl.
"Eh, betul lah abang kan selalu tak balik sini. Adik tahu lah adik ni tak penting bagi abang. Sudah lah Ikha nak cepat." Segera kakinya berjalan laju, nasib dia sempat larikan diri kalau tak memang Syazryl sudah dapat tahan dia dari lari.
Hanan mengeluh, sungguh dia tak kuat. Sebaknya segera di tahan bila berhadapan dengan abangnya.
Syazryl hanya memandang kelibat adiknya yang berjauhan, wajahnya diraut menghilang amarahnya. Entah kenapa perkataan yang keluar dari mulut adiknya membuatkan dia betul-betul terbakar.
🌸🌸🌸
Puan Suhaida termenung mengingati pertemuan dia bersama Puan Zainun dan Encik Azril. Jelas mereka berdua tidak berpuas hati.
"Ida! Awak tahu tak Ikha tu masih muda, kenapa nak kahwinkan dia dalam usia betik jagung seperti ini? " Jelas riak wajahnya kecewa dengan apa yang Puan Suhaida inginkan. Suhaida terus menggengam tangan Puan Zainun.
"Tolong Zai, aku mohon kau tolong aku. Aku buat ni semua untuk Ikha. Aku nak Ikha dijaga dari suaminya. Aku tahu dia masih budak sekolah tapi ni demi kebaikan dia Zai." Puan Zainun mengeluh di pandang wajah suaminya.
Encik Azril yang tadi mendiamkan diri terus bersuara.
"Sebenarnya kau buat semua ni untuk apa Ida? Mereka masih muda Ida." Puan Suhaida memandang Encik Azril, satu keluhan keluar dengan kasar.
"Kau tahu kan aku Az? Aku ada anak sorang lelaki? Ikha tu pula hanya anak angkat aku bukan anak kandung atau anak susuan. Ryl, anak aku tu makin lama makin membesar begitu juga Ikha. Ryl tu pulak dah tahu yang Ikha tu hanya anak angkat dan bukan adik kandungnya. Dengan keputusan dia sendiri dia sambung belajar di France.
Hampir 5 tahun kau tahu tak dia tak balik, alasan dia? Ryl buzy, sebuk. Aku dengan Ikha ni tunggu lah dia balik kadang-kadang cuti sem dia balik ke rumah kawan dia Az, kau tahu tak aku sebagai ibu kecewa, sedih sebab merindui dia. Bayangkan lah raya tahun lepas pun dia tak balik. Aku sedih sebab berpisah dengan anak kandung sendiri. Ikha pulak asyik tanya kenapa abang Ryl tak balik, aku jawab je lah dia buzy. Tapi bulan lepas dia balik sini sebab cuti sem terlahir sebelum sambung practical aku punya gembira tau dengan Ikha.
Aku tanya dia kenapa tak balik kat sini. Dia kata dia tahu Ikha bukan adik dia, dia tak selesa nak duduk sebumbung dengan Ikha jadi aku harap sangat Az, Zai. Tolong aku ini je . Lagipun bila aku fikirkan balik baiknya pun ada sebab kenapa nenda nak kita jodoh kan Ikha dengan Shad." Panjang lebar Puan Suhaida berbicara.
Puan Zainun terdiam begitu Encik Azril mereka berpandangan sesama sendiri. Kalau diikutkan mereka pun tak nak seperti situasi Puan Suhaida tapi bila difikirkan baik juga mereka jodoh kan mereka.
"Tapi tak boleh ke lepas SPM?"
"Boleh tu boleh tapi kalau boleh aku nak sangat hujung bulan ni bertunang dan dua bulan dari tu menikah. Aku tak nak tangguh-tangguh lagipun dengan semua ni tiada alasan lagi untuk Syazryl tu tak balik." Puan Zainun mengangguk. Puan Zainun segera mengusap tangan Puan Suhaida mengelus lembut.
"Kalau begitu aku setuju. Tapi anak aku, aku kena tanya sendiri. Kalau dia tak nak aku tak paksa tapi kalau diaorang nak, bolehlah kita jadi besan." Tersenyum kecil Puan Zainun sambil membalas. Puan Suhaida mengucap syukur terhadap ilahi. Dipandang wajah Encik Azril begitu juga dia memberikan senyuman seraya mengangguk membuatkan Puan Suhaida tenang cuma lagi sorang sahaja, Hanan. Adakah gadis itu akan menerima?
"Assalamualaikum..." Dijawab salam secara perlahan.
"Aik? Umi buat apa kat sini termenung jauh nampak?"
Puan Suhaida hanya menggeleng. Dia memandang Syazryl, Syazryl juga membalas pandangan umi nya.
"Ryl... Ryl takde pilihan hati ke? Atau nak umi carikan?" Menggelegak tawa Syazryl. Cari jodoh? Eleh girlfriend pun takde inikan pulak mahu kahwin.
"Umi nak jadi mrs pencari jodoh orang ke? Apalah umi ni. Ryl ni pun ta ada girlfriend inikan pulak nak kahwin heh..."
"Apa umi cakap betul apa, kalau boleh umi nak jodoh kan Ryl dengan anak Mak cik Zainun tu tau. Zailatul Aisyah tu, cantik pun cantik makin lawa tau dia tu." Berkerut dahinya Mak cik Zainun? Adakah Ecah?
"Ecah ke umi? Alahai dia tu sama lagi tua umur dengan Ryl tau lagipun kitaorang dah kawan rapat lah dari kecil. Nak ada perasaan tu memang mustahil tau." Syazryl tersengih. Mengingati zaman kanak-kanak dahulu memang mereka bertiga seperti belangkas. Dengan perwatakan Zailatul Aisyah yng perempuan itu kasar bukan kemain seperti budak lelaki. Sering juga dia dan Zailatul atau dikenali Ecah itu gaduh kerana Syazryl selalu mengejeknya brutal semasa mereka di usia 12 ke bawah dan juga mengusiknya, mahu tidak nak angin si budak Zailatul itu.
"jodoh tak kira umur tau Ryl. Tengok lah Ikha dan Shad tu sama je umur mana tahu diorang jodoh kalau berjodoh tu Alhamdulillah umi tumpang gembira. Lagipun si budak Shad tu kan baik orangnya. Umi memang nak sangat diorang berjodoh dan dan diorang tu kawan dari kecil."
Terserentak. Dadanya berdegup kencang. Kenapa perkataan yng keluar dari mulut umi nya membuatkan dia mahu marah.
"Umi nak jodoh kan ikha dengan budak Shad tu?" Pertanyaan yang nadanya serius membuatkan Puan Suhaida memandang anak teruna nya. Paun Suhaida mengangguk yakin.
"Memang tu harapan um..."
'Pak!'
"Ryl tak terima!" Hentakan di meja membuatkan Puan Suhaida terkejut. Diusap dadanya yang berdegup kencang. Kenapa anaknya mengamuk dengan secara drastik ini?
Muka Syazryl sudah merah dan tegang. Senyumannya mati diganti dengan wajah dingin dan bengang.
"Tapi Ryl, ni untuk adik kamu, untuk kebaikan kamu juga." Sayu sahaja suara Puan Suhaida, Syazryl mengetap gigi. Geram, marah, bengang semuanya bercampur baur.
Syazryl berdiri, di kawal wajah yang tampak begitu tegang.
"Ikha masih belajar umi! Kenapa umi nak jodoh kan dia dalam usia dia muda umi? Ryl tak akan terima! Dia adik Ryl walaupun bukan adik kandung tapi dia tetap adik Ryl! Dia tanggungjawab Ryl, Ryl takkan biarkan dia jadi milik orang ." Tengking Syazryl membuatkan Puan Suhaida kecewa. Ya Allah! Dugaan apakah ini?
Puan Suhaida mengucap. Amarahnya juga menggelegak apabila dicabar oleh anaknya.
"Ryl! Kamu sedar tak kamu cakap dengan siapa?!"
Sungguh hati seorang ibu kecewa apabila anaknya meninggikan suara kepadanya. Siapa sahaja suka seorang anak menderhaka ibunya dengan menaik suara?
Syazryl berdiri, lebih baik dia pergi sebelum amarahnya tidak dapat dibendung. Urat di tangan dan juga leher sudah timbul kerna menahan amarahnya.
"Ye umi Ryl sedar, tapi untuk lepaskan adik dari tanggungjawab kita Ryl tak akan sesekali lepaskan dia!" Syazryl terus berlari naik ke bilik. Panggilan dari Puan Suhaida di buat tak peduli. Dia harus tenang dan menyejukkan hatinya sekarang.
"Syazril Iman!"
Puan Suhaida memicit kepalanya. Kalau jadi sebegini berterusan mahunya di pengsan. Puan Suhaida mengeluh buat ke berapa, tangan mula melentokkan kepala.
"Ya Allah, apa yang harus aku buat?"
Dia bingung, fikirannya bercelaru. Sudah lah hampir seminggu Hanan ber dingin dengan dia sekeluarga.
Sebab apa? Dia tak tahu. Sungguh perubahan Hanan yang lima hari lepas membuatkan Hanan berubah drastik. Tidak banyak bercakap dan berwajah sugul seperti mempunyai masalah besar.
Dia cuba bercakap dengan Hanan begitu juga Encik Ilzam dan Syazryl tetapi sering kali Hanan menjawab sepatah. Hanan juga seperti mengelak bertembung dengan dia. Apa salahnya pun dia tidak tahu. Akhirnya dia tertidur memikirkan semua ini.
🌸🌸🌸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top