Bab 38
Hanan menghampiri Puan Zainun dan juga Encik Azril yang berdiri di depan pintu rumah. Wajah sembab Qiyadh di dalam dukungan Ziyad Hanan tatap dengan berat hati.
Sempat pula Qiyadh buat drama air mata gara-gara mahu menghalang Qairul dan Hanan dari pergi. Melalak nak ikut punya pasal. Ziyad juga hanya mampu menggeleng dengan kerenah Qiyadh.
"Kakak cantik... Nak ikut..." Qiyadh mencebik bibir. Air mata juga jelas mengalir di pipi anak kecil itu. Ini yang bikin lemah ni.
Hanan senyum tipis lalu tangan kecil Qiyadh di capai sebelum diusap.
"Ril... Jangan macam ni. Tak kesian ke dekat mama dan papa? Insyaallah nanti kakak datang sini balik lepastu kita main sama-sama, okay?" Pujuk Hanan lembut. Qiyadh mengusap air matanya di hujung baju sebelum menatap kembali ke arah Hanan.
"Betul ni?"
Hanan mengangguk yakin. Baru nampak senyuman yang terlakar di bibir anak kecil itu kalau tidak masam je muka tu.
"Okay! Ril tunggu tau!"
Qairul mula menghampiri mereka setelah selesai mengangkut barang dalam bonet kereta. Tangan Puan Zainun dicapai lalu dikucup lembut.
"Hati-hati memandu." Pesan Puan Zainun.
Qairul mengangguk tanda akur dengan pesanan Puan Zainun. Giliran Hanan pulak mengucup tangan Puan Zainun, tidak lama kemudian Puan Zainun menarik Hanan masuk ke dalam pelukan. Hanan sedikit tergamam, namun kemudian senyuman kecil diukirkan, lantas dia membalas balik pelukan itu.
"Kalau Shad buli Ikha bagi je tahu mama ye? Shad ni suka sangat membuli dia. Nanti kalau dia buli Ikha mama kasi pulas telinga dia sampai merah," ujar Puan Zainun dalam bergurau. Hanan ketawa kecil lalu menganggukkan kepala tanda setuju.
"Okay mama, nanti Ikha bagi tahu."
"Mama!" Qairul bersuara. Ingat dia tak dengar ke apa yang mereka borak kan? Hanan menekup mulut menahan tawanya. Puan Zainun hanya tersengih sahaja.
Qairul memang tidak boleh diusik sedikit! Telinga tu tajam je mendengar.
"Mama gurau je lah, kamu ni pun. Tapi kalau betul pun tak apa, kalau mama dapat tahu kamu buli Ikha ni memang kena dengan mama kaw kaw."
Tergelak semua yang berada di situ. Qairul pula hanya buat muka tidak peduli. Tidak terkesan. Tangan Encik Azril pulak Qairul kucup diikuti Hanan. Selesai sesi bersalaman, mereka berdua mula meminta diri.
"Shad pergi dulu ya," kata Qairul. Encik Azril mengangguk.
Qairul masuk ke dalam kereta lalu seatbelt di tarik dan dipakai dengan cermat. Hanan juga mengikut rentak Qairul.
Setelah memastikan kereta betul-betul panas, kereta yang dipandu akhirnya membelah jalan raya. Sempat juga hon dipicit kepada ahli keluarganya sebelum meninggalkan parkarangan rumahnya.
Suasana di dalam kereta sungguh sepi sehingga Qairul mengambil tindakan untuk membuka radio. Kedengaran celoteh DJ sahaja yang bising kan ruang kereta yang dinaiki.
Tidak semena-mena Qairul mengalihkan wajah, dia merenung tangan Hanan sebentar. Qairul menyembunyikan senyum. Teringat pula kejadian malam semalam. Gara-gara dia menyembunyikan cincin gadis itu, Hanan terus tidur atas sofa tanpa mempedulikan dia. Rasa nak tergelak pula tengok rajuk gadis itu. Qairul berdehem sedikit untuk membasahkan tekak sebelum bersuara.
"Pakai pula, ingatkan tak nak pakai dah."
Hanan juling kan mata ke atas. Dah mula dah sesi Qairul cari gaduh dengan dia. Dah tak ada modal agaknya.
Sewaktu dia bangun subuh, sedar-sedar je cincin nikahnya dah tersarung ke jari manisnya. Mungkin Qairul yang menyarungkan. Bila dia pandang lelaki itu, hanya riak selamba sahaja ditayangkan.
Lepastu sekarang ni acah-acah tanya pulak dah!
"Dah cincin saya. Suka hati saya lah nak pakai ke tidak. Dah lah awak sembunyikan cincin saya. Mati-mati saya ingat yang saya buat hilang." Hanan tarik muka. Sebal.
Qairul acah-acah mengerutkan dahi.
"Aik aku pula. Kau tu yang letak merata. Aku tolong kutip je. Cuba kalau aku biarkan, entah-entah hilang betul. Masa tu baru kau tahu erti penyesalan kan?" Bidas Qairul tajam. Aduh lah, tak pasal-pasal gaduh semula.
Hanan mencebik menyampah. Kepala terus berpusing menghadap Qairul.
"Saya biasa letak dekat atas meja cermin awak tu je lah. Tak adanya saya letak merata. Situ memang port saya. Awak tu yang memandai ambil," balas Hanan penuh geram. Rasa macam nak cekik-cekik si Qairul ni. Dah tahu buat silap lagi nak salahkan orang lain.
Qairul menjongketkan sebelah keningnya. "Aku bukan jumpa cincin kau dekat atas cermin solek tu. Aku jumpa dekat atas night stand."
Terdiam terus Hanan. Hanan cuba untuk mengingati balik kejadian sebelum dia mandi. Dia yakin dia ada tanggalkan cincin tapi selepas tu dia terus tak ingat.
"Iye ke? Ke awak saja je nak bendung kesalahan awak ni?" Hanan mengecilkan mata. Ragu-ragu dia nak percaya.
Qairul senyum sinis. Mata difokuskan ke arah depan. Dalam kepalanya dah terfikir cara nak mengenakan gadis itu.
"Dah tahu salah tak nak mengaku. Still nak kata aku ni ambil cincin kau ke kau sengaja nak gaduh dengan aku. Rindu eh?" Hanan dikerling sekilas.
Membahang wajah gadis itu. Kepala digeleng beberapa kali.
"Apa awak ni? Saya nak rindu awak buat apa?" Berani Hanan membalas. Kaca mata bulatnya ditolak ke atas dengan muka mendongak yakin.
Padahal dia rasa malu gila!
Kereta mereka berhenti tatkala lampu isyarat bertukar hijau. Laju Qairul menarik handbrek ke atas lalu dia terus maju ke arah Hanan. Hanan yang terkejut dengan tindakan Qairul terus berundur sehingga menyandar ke kerusi kereta itu. Qairul memegang kedua-dua sisi kerusi Hanan sambil mata tunak merenung gadis itu.
Glup!
Hanan terkelu lidah. Hilang terus kosa katanya ingin membidas. Tercengang dengan tindakan Qairul yang tiba-tiba memerangkap tubuhnya. Setiap kali deruan nafas hangat lelaki itu tepat mengena ke wajahnya, setiap detik itu juga jantungnya berdegil menderhaka tuan badan sendiri. Huh...
"D...dah kenapa awak ni?" Tergagap-gagap Hanan mengeluarkan suara.
Seperti penyu, dia turunkan kepalanya. Tangan dia mula berpeluh. Hanan dah mula meramas sesama sendiri. Dia punya gugup tak boleh bawa bincang! Kalau dia ada kuasa teleport dah lama dia menghilang sekarang ni.
Qairul cuba menahan senyum. Dalam hatinya galak mentertawakan Hanan yang tidak tentu arah ini. Kedua-dua pipi gadis itu pun mula bertukar rona.
"Tak salah kan nak tengok isteri sendiri?" Paku buah keras diberikan semula kepada Hanan. Semakin galak dia apabila tubuh gadis itu sedikit mengeras.
Hanan mengetap bibir. Dalam hatinya dah berbakul-bakul sumpah seranah dengan perangai Qairul.
Astaghfirullah! Ingat... Qairul tu suami kau. Hanan tarik nafas panjang.
"Memang tak salah pun tapi macam yang awak cakap. Tak biasa." Selamba Hanan menutur. Muka dikawal sebaik mungkin.
Qairul tersenyum senget. Kagum juga dia dengan Hanan ni. Nak cakap berani tak ada lah berani sangat. Nak cakap penakut tak ada lah penakut sangat tapi dia suka bila mulut gadis itu suka membidas walaupun ada kalanya Hanan acah-acah berani huh...
"Tak biasa kan? So sekarang aku nak biasakan lah ni. Kita sama-sama biasakan. Lepas ni kau tak ada lah susah nak tatap muka kacak aku ni hari-hari Kan?" Kening sengaja diangkat-angkat beberapa kali.
Semakin membahang mukanya. Hanan mengetap gigi. Pantas dia menoleh ke sisi tingkap.
"Kacak apanya? Perasan betullah awak ni!" Marah Hanan. Mukanya bertambah cemberut apabila ketawa Qairul mula bergema dalam kereta.
Huh... Nampak sangat Qairul ejek dia!
Qairul terus menjarakkan tubuhnya dengan Hanan tatkala lampu isyarat sudah bertukar warna. Terlepas nafas lega di bibir Hanan. Baru sekarang dia rasakan boleh bernafas dengan baik kalau tak sesak dadanya.
"Aku perasan apanya, aku cakap memang betulkan aku kacak? Kalau tak, tak adanya muka kau tu merah menyala." Usikan demi usikan Qairul lontarkan. Mata sesekali mengerling ke arah Hanan yang setia membisu.
Hanan mengetap bibir. Mukanya berpaling ke arah tingkap sebelah kirinya. Malas dia nak layan dengan lelaki itu nanti makin menjadi-jadi pula Qairul mengusiknya.
🌸🌸🌸
Bahu Qairul dicuit-cuit. Qairul yang merasakan sentuhan seseorang di bahunya segera berpaling.
Mata lelaki itu jatuh di kedua-dua belah tangan Hanan yang memegang plastik berisikan lemon dan beberapa biji tomato. Hanan tiba-tiba menghulurkan ke arahnya manakala Qairul pula tayang muka blur.
"Apa ni?" tanya Qairul sambil tangan bergerak mengambil juga plastik itu.
"Tolong timbang. Panjang sangat lah nak beratur kat sana. Banyak lagi barang saya nak ambil ni," ujar Hanan. Beberapa plastik tadi sudah diletakkan ke dalam troller, tunggu nak timbang je.
"Timbang kat mana?"
Hanan menunjukkan tempat timbang dengan jari telunjuknya. Mata Qairul turut mengikut arah jari Hanan yang ditunjuk itu. Benar kata Hanan, panjang dia sampai ke belakang kena beratur.
Qairul mengangguk beberapa kali. Tanpa membuang masa dia segera beratur. Lama dia menunggu sehingga tiba gilirannya. Setelah semuanya sudah ditimbang harga, kelibat Hanan pula dicari.
Meliar matanya mencari Hanan sehingga matanya tiba-tiba berhenti ke arah dua susuk yang amat dikenali. Langkahnya terhenti. Tajam anak matanya merenung mereka berdua yang kelihatan agak mesra di matanya.
"Awak, jom bayar. Saya rasa dah tak ada nak beli dah ni. Ni pun dah banyak." Sambil bersuara Hanan meletakkan barang terakhir ke dalam troller.
Hanan mengangkat muka apabila tiada sebarang sahutan daripada Qairul. Berkerut dahi Hanan melihat riak wajah tegang yang terpamer di muka lelaki itu. Tajam anak mata lelaki itu bagaikan nak baham seseorang. Hanan juga turut menoleh pada tempat yang sama. Serta merta air mukanya berubah. Seketika tubuhnya juga mengeras.
Kedengaran Qairul mengacip-ngacipkan gigi menahan geram. Anak panah mata itu sangat tajam membunuh. Sudah lama dia tidak melibat air muka Qairul seperti ini.
"Awak..."
Takut-takut Hanan bersuara. Tangan Qairul yang memegang erat di troller itu dipegang lalu diusap lembut. Dia tahu apa yang lelaki itu rasakan sekarang. Melibat air muka Qairul tatkala melihat kelibat Khalisha dan Harith itu cukup membuktikan yang Qairul masih terkesan.
Kemesraan didepan mata mereka bukan di buat-buat. Lagi-lagi apabila tangan kecil Khalisha memegang erat lengan Harith yang berlapik dengan hoodie. Semakin menegang muka Qairul.
Dalam diam hati Hanan turut terasa. Bukan terasa kerana Harith dan Khalisha, namun cara pandangan Qairul itu nampak sangat yang lelaki itu masih ambil peduli. Riak cemburu jelas terpancar di segenap wajah ketat itu.
Qairul mengalihkan muka ke arah Hanan. Air mukanya cuba dikawal sebaik mungkin. Hanan memberikan Qairul senyuman tipis. Kejap pegangan Hanan di tangannya dirasai.
"Jom bayar?"
Qairul mengangguk tanpa membantah.
🌸🌸🌸
Tangan melekap di kedua-dua belah sisi kepalanya. Mukanya menekur memandang meja table top berwarna hitam.
Kejadian yang berlaku sebentar tadi dia tak akan lupa. Riak cemburu lelaki itu masih bermain-main dikepala nya. Cara Qairul menahan amarah daripada tercetus lagi menambahkan pelbagai rasa dalam hatinya.
Hanan melepaskan nafas lemah.
Tiba-tiba Hanan merasakan kerusi di sebelahnya ditarik. Hanan segera menoleh ke tepi. Terkejut Hanan apabila tubuh Qairul dah siap duduk di sebelahnya. Bibir bawah diketap.
"Awak nak makan ke?" Lain yang nak tanya lain yang keluar.
Qairul menggeleng perlahan. Suasana kembali sunyi. Hanan yang tidak betah berlama tatkala suasana semakin bertambah kekok akhirnya dia berdiri. Keningnya digaru perlahan.
"Kalau macam tu saya naik dulu lah. Esok nak balik rumah umi dan walid jadi saya nak pack barang. Kalau awak nak makan saya ade letak kat atas dapur lauk-pauk semua. Awak ambil je kat situ," kata Hanan berura-ura ingin melangkah pergi, namun sempat Qairul menahan.
"Duduk, aku ada nak cakap sesuatu dengan kau ni," arah Qairul mendatar.
Hanan terdiam. Dia kembali duduk di kerusinya semula. Matanya meliar memandang sekeliling tatkala panahan mata Qairul tepat ke wajahnya. Hanan agak tidak selesa lalu dia palingkan muka dari menghadap Qairul.
"Kau... tak ada nak tanya aku apa-apa ke?"
Dahi Hanan berkerut hairan. Muka blur di tayangkan. Sumpah dia tak faham! Air liur diteguk perlahan tatkala Hanan turut membalas renungan anak mata hitam lelaki itu.
"Maksud awak?" Berhati-hati Hanan bertanya.
Qairul menghelakan nafas lemah.
"Khalisha dengan Harith. Kau tak nak tanya ke? Kau kan kadang-kadang banyak tanya. Kali ni tiba-tiba kau pula diam. Biasa kalau kau nak tanya redah je tak kesah dah aku marah kau ke apa," balas Qairul sarkastik.
Hanan termangu seketika. Cuba menghadam bait-bait ayat yang dituturkan oleh Qairul. Lama dia sebegitu sehingga lah tubuhnya terasa mengeras tiba-tiba.
Baru dia faham apa yang lelaki itu ingin sampaikan. Bibirnya diketap. Perlahan-lahan kepala merenung tangannya sendiri.
"Bagi saya, saya tak ada hak nak masuk campur. Saya..saya tak nak kalau saya tanya awak, awak akan marahkan saya. Awak akan kata saya ni menyibuk perasaan awak. Cukup-cukuplah kita gaduh dulu sebab saya desak awak gara-gara butuhkan jawapan daripada awak. Saya tak nak benda yang dah berlaku berulang lagi." Perlahan Hanan bersuara.
Qairul terbungkam. Lidahnya terasa kelu ingin bersuara. Wajah takut-takut Hanan itu ditatap lembut.
Dia pula yang rasa bersalah!
"Saya tak nak gaduh dengan awak Qai. Dulu kita gaduh sebab Khalisha dan Harith. Sekarang, saya tak nak. Jadi lebih baik saya ambil keputusan untuk diam tanpa bertanya awak apa-apa even sebelum ni saya dah pernah nampak diorang berdua ber..." Hanan jeda. Terkaku dia seketika apabila dia tanpa sedar terlepas cakap. Bibir bawah digigit kuat.
Air muka Qairul terus berubah. Bahu Hanan ditarik rapat lalu dipegang kuat. Tajam anak matanya merenung Hanan yang takut-takut dengan kelakuannya.
"Kau...pernah jumpa diorang berdua sebelum ni? Asal tak cakap dengan aku?" Qairul bersuara dengan nada yang keras. Hanan meneguk air liurnya kesat.
"K...kalau saya cakap kat awak. Mesti awak akan marahkan saya." Bergetar-getar Hanan menjawab. Tubuh badannya sedikit menggigil tatkala cengkaman di bahunya sedikit terasa kasar.
Qairul terdiam. Nafas ditarik panjang. Qairul segera melepaskan bahu Hanan dari cengkamannya apabila muka gadis itu berkerut-kerut seperti menahan sakit.
"Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak buat kau macam ni," kata Qairul kesal.
Hanan hanya senyum tawar. Tidak sampai hati dia mahu melihat muka muram lelaki itu. Dengan secebis keberanian tangan Qairul yang terletak di atas table top itu dicapai lalu diusap lembut. Qairul sedikit tersentak tatkala menerima sentuhan daripada Hanan.
"Tak apa, saya tak kesah sangat dan saya faham. Kalau awak dah sedia nak cerita kat saya. Saya dengar. Saya tak nak paksa awak. Tu kesah silam awak. Saya okey."
"Kau betul tak kesah?"soal Qairul sedikit terkejut.
Tanpa teragak-agak Hanan mengangguk dengan muka dibuat-buat ceria. Cuba menyakinkan lelaki itu walaupun jauh disudut hatinya terasa sakit.
Segaris senyum meniti di bibir Qairul. Hatinya sedikit terusik dengan bicara gadis itu. Dia benar-benar terasa lega dengan ayat tutur gadis itu.
Tangannya melekap ke belakang kepala Hanan lalu diusap lembut.
"Thank you sebab sudi faham aku. Sekali lagi aku minta maaf sebab buat bahu kau sakit." Kini tangannya jatuh di kedua-dua bahu Hanan lalu diusap lembut. Anak mata hazel itu dipandang redup.
Hanan tersengih. Tangan Qairul ditolak lembut lalu dia pegang kejap.
"Saya ni tak ada lah jahat mana. Saya maafkan awak. Dah lah, saya naik atas nak pack barang." Tangan Qairul pegangan dirungkaikan.
Dia takut kalau lama-lama di sini dengan Qairul. Dia akan kalah dengan perasaannya. Dia takut dia tak dapat menahan sebak lagi. Hanan tak nak Qairul risau dengan keadaan dia dan dia tak nak Qairul dapat tangkap perasaan dia terhadap lelaki itu.
Buat masa ni biarlah dia rahsiakan. Tingkah Qairul membuktikan segala-galanya yang lelaki itu masih tidak dapat lupakan sepenuhnya gadis itu. Hanan tahu dari dasar dalam hati Qairul, masih terpalit nama Khalisha.
Qairul menopang dagu. "Kalau macam tu tolong pack barang aku sekali, boleh?" minta Qairul.
Hanan mengangguk.
"Boleh!" Sengihan lebar diberikan. Tanpa menunggu lama dia mula berdiri dan menapak pergi meninggalkan Qairul sendirian di dapur.
Apabila dia merasakan langkahnya sedikit jauh dari Qairul. Dadanya dicengkam kuat. Rasa sakit semakin menjadi-jadi tatkala mengetahui kebenaran sebenar punca dia begini. Perlahan-lahan tangannya diangkat untuk menyapu air matanya yang menitis sebentar tadi.
🌸🌸🌸
Cinta itu memeritkan bukan? You love him but he doesn't know what you feel about him. You're willing to do anything for him even you know you will get hurt.
Done update today.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top