Bab 37
Hanan ralit memerhatikan Qairul. Tidak semena-mena secalit senyuman kecil terukir di bibir mungilnya tatkala melihat Qairul dan Qiyadh bermain dengan sugar glider di tangan. Gembira betul Qairul melayan Qiyadh yang kelihatan teruja sekali.
Bukan main seronok dua orang adik beradik itu sehingga kehadiran dia disini pun tidak diambil peduli. Nak dekat dengan Qairul? Memang tak lah dia nak dekat dengan binatang kecil berbulu tu.
Senyuman yang meniti di bibir Qairul dipandang tidak berkelip. Alangkah indahnya kalau hari-hari Qairul selalu tersenyum begini. Tak perlu dia hadap selalu muka dingin lelaki itu. Senyuman lelaki itu cukup mahal untuk dilihat. Perlahan-lahan senyuman yang tadi tercalit di bibir Hanan, mulai pudar tatkala dia terfikir sesuatu.
Keluhan lemah meniti di bibirnya.
Sekarang Hanan sangat keliru dengan hubungan dia dengan Qairul. Kadang kala ada masa baik, kadang kala kurang baik.
Hanan selalu terfikir, sampai bila hubungan yang suci ni bertahan?Masih ada peluang ke untuk dia curi hati Qairul semula? Betul ke sebelum ni Qairul pernah mencintai dia? Bagaimana jika semua usaha dia hanya tinggal harapan palsu je?
Keyakinan Hanan untuk meneruskan usaha ini semakin goyah.
Tapi sepanjang Qairul berada di sisi Hanan, sejujurnya Qairul banyak membantunya. Hanan rasakan Qairul seperti pelindungnya. Tatkala dia dalam kesusahan, Qairul yang hadir untuk menghulurkan tangan. Diri dia terasa selamat apabila berdekatan dengan Qairul.
Tapi... betul ke lelaki itu buat kerana dia? Atau lelaki itu hanya berlakon untuk mengaburi matanya?
"Hanan..."
Hanan mendongak. Segera Hanan mengalihkan matanya ke arah Qairul yang menggenggam erat tangan Qiyadh.
"Jom balik, mama mesti dah tunggu kita. Lagipun aku tak solat zohor lagi ni," ujar Qairul sebelum tangan kiri dikerling melihat jam tangannya.
Hanan mengangguk sebelum berdiri. Hanan hanya mengekori langkah mereka dari belakang.
Dalam perjalanan pulang hanya mulut Qiyadh sahaja berceloteh itu ini. Hanan hanya menjawab apabila Qiyadh mengajukan beberapa soalan sebelum Qiyadh tertidur dalam kepenatan.
Qairul mengerling ke arah Hanan yang hanya memandang di luar tingkap kirinya. Tingkah Hanan yang lebih selesa diam itu dipandang sekilas.
"Kau ada nak singah mana-mana?" Soal Qairul memulakan perbualan.
"Tak, tak ada," jawab Hanan ringkas.
Wajah Hanan yang sedikit tampak suram itu direnung dalam.
"Betul ni? Kalau tak kita terus balik je."
Hanan berpusing menghadap Qairul. Direnung lama wajah lelaki itu sehingga Qairul terasa terganggu. Pantas Qairul bersuara.
"Erghhh... kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Qairul tidak selesa.
Pemandunya tetap diteruskan dengan tenang walaupun renungan membunuh Hanan mampu membuatkan darah gemuruhnya mencanak naik. Terasa kejap pegangan di stereng kereta.
"Sengaja saya pandang suami saya ni. Kenapa tak boleh ke?" Lembut Hanan menutur sambil mata tidak beralih sedikit pun menatap dari Qairul.
Kalau lah Qairul tahu perasaan yang dia pendamkan selama ni, agak-agak macam mana ye tanggapan lelaki itu?
"Aku tak cakap pun tak boleh cuma aku rasa macam pelik," kata Qairul mendatar sambil pandang Hanan sekilas.
Hanan senyum tipis. Tangannya erat menggenggam sama sendiri.
"Kalau saya tanya awak ni, awak janji tak akan marah saya?" Dengan penuh berhati-hati Hanan bertanya.
Ini pun dia kumpulkan keberanian. Selagi dia tak tahu apa salahnya, selagi itu dia tak akan tenang. Dia perlu mencuba walaupun pandangan Qairul sekarang ni membuatkan tahap keyakinan dia semakin runtuh.
"Tanya lah tapi aku tak janji yang aku tak akan marahkan kau kalau soalan kau tu merepek."
Hanan gigit bawah bibirnya. Sesekali dia mengerling Qiyadh dibelakang yang tenang beradu. Ini peluang keemasan untuk dia dan Qairul berbincang secara tertutup.
"A...awak masih rasa hubungan kita ni satu kesilapan besar ke?"
Qairul laju menoleh ke arah Hanan yang menunduk sambil bermain dengan jarinya. Sesungguhnya dia langsung tak duga Hanan akan bertanya soalan begitu lagi sekali.
Gadis itu langsung tidak berani untuk menentang tatapan Qairul. Dia takut andai apa yang dia fikirkan itu benar, hatinya akan berkecai sekali lagi walaupun hakikatnya dia kena terpaksa telan juga.
"Kenapa kau tanya macam tu?" soal Qairil kehairanan.
Hanan gigit bawah bibirnya kuat. Menahan rasa gundah yang semakin bertandang. Jangan lah Qairul marahkan dia. Lagipun dia baru je berbaik dengan lelaki itu.
Tiba-tiba rasa menyesal tanya soalan macam tu. Takut kalau-kalau lelaki itu mengamuk seperti di awal-awal mereka berkahwin dahulu tapi perlu atau tidak, dia kena juga tanya Qairul dengan jujur. Selagi dia tak dapat jawapan, selagi itu dia sentiasa berfikir di mana silapnya.
"Saya sampai sekarang tertanya-tanya apa salah saya semalam. Saya nampak awak macam marah sangat. Saya nampak yang awak macam menyesal sangat bila sentuh saya. Silap saya ke biarkan awak sentuh saya sampai awak mengelat macam ni dari saya?" Matanya tepat merenung Qairul di sisi kanannya walaupun mukanya terasa tebal sekali, lagi-lagi bila perkataan 'sentuh' itu Hanan sebut dengan jelas.
Dup!
Serentak dengan itu Qairul terasa terpukul dengan kata-kata Hanan. Dia fikirkan Hanan telah lupa kejadian itu tapi rupanya tidak. Mungkin gadis itu cuba mencuri masa yang sesuai untuk bercakap.
"A...aku cuma tak biasa Hanan."
"Tapi kenapa muka awak macam marah?"
Terdiam Qairul apabila diasak sebegitu. Giginya diketap kuat sehingga menghasilkan bunyi. Dengusan kecil dilepaskan.
Dia bukan marahkan gadis itu tapi dia marahkan diri dia sendiri.
"Just forget the past." Tiada nada Qairul membalas.
"T...tapi saya rasa serba--"
"Kau rasa hubungan ni satu kesilapan juga?" Qairul pantas memintas bicara Hanan dengan membalas soalan yang dilemparkan Hanan sebentar tadi.
Terkaku Hanan dengan soalan Qairul. Perlahan dia menggelengkan kepala.
Hanan langsung tak terfikir yang hubungan dia dengan Qairul satu kesilapan. Dia tahu pasti ada hikmah disebalik takdir yang Allah SWT aturkan untuk dia.
"Then, we're same," balas Qairul dengan tenang, namun Hanan langsung tidak faham dengan kata-katanya. Wajah blur ditayangkan.
"M...maksud awak?" Ya Allah! Kenapa dia rasa berdebar lain macam ni?
Qairul mengalihkan pandangan ke arah Hanan. Gadis itu masih menanti kata-katanya.
"Aku tak rasa hubungan ni satu kesilapan. Sama macam kau, kau pun tak rasa hubungan ni satu kesilapan so we're same."
Hanan mengemam bibirnya. Hatinya sedikit terusik, namun dia masih ingat kata-kata yang pernah lelaki itu taburkan kepadanya. Masih jelas dan terngiang-ngiang di kepalanya. Dia tak pernah lupa, malah ayat lelaki itu sering menghantuinya.
"T...tapi awak pernah cakap yang awak rasa menyesal dengan semua ni, malah awak bencikan saya. Awak tak akan pernah terima semua ni." Sejurus itu Hanan terus menutup mulut. Sekali lagi dia terlepas cakap!
Qairul terdiam dengan ayat yang Hanan lontarkan kepadanya. Ingatannya masih segar dengan ayat keramat yang dia sendiri keluarkan. Dia rasa menyesal sangat.
"Tu dulu tapi sekarang semuanya berubah. Buat apa aku nak menidakkan sedangkan Allah SWT dah buat takdir aku macam ni. Aku jujur, mulanya aku tak nak terima tapi aku mula sedar, nak atau tidak aku perlu juga terima dan sekarang kau dah pun sah jadi isteri aku." luah Qairul dengan penuh mendatar.
Hanan terkedu mendengar bicara lelaki itu. Terharu bercampur gembira yang Qairul sudah menganggap dia sebagai isteri lelaki tu.
Dalam diam Qairul cuba menerima kehadiran Hanan. Mulanya Hanan buta untuk nampak semua tu dan terus menganggap yang Qairul tak akan pernah cuba menerima kehadiran dirinya tapi sekarang dia nampak dengan kepalanya sendiri.
Dalam tak sedar Qairul sudah mula berlembut dengan dia. Baru dia nampak betapa gigihnya lelaki itu cuba berbaik dengan dia tapi satu je tak berubah. Mulut berbisa lelaki itu tetap tidak berubah, namun hatinya sedikit senang dengan perubahan layanan Qairil. Sekurang-kurangnya dia tak perlu lagi bertegang urat dengan Qairul.
Sempat Hanan menangkap keluhan lemah yang meniti di bibir lelaki itu. Wajah Qairul tampak begitu sugul. Mukanya seakan terganggu sesuatu.
Kenapa?
Lidahnya rasa ringan nak bertanya tapi dia tahu Qairul tengah sarat dengan masalah. Hanan buat keputusan untuk diam.
🌸🌸🌸
Bintang-bintang yang bercahaya di dada langit malam itu Hanan tenung. Mata galak melihat ke langit tapi otak fikir ke lain. Erat Hanan memegang penghadang balkoni. Rambutnya yang mencecah ke pinggang itu juga beralun mengikut angin.
Selepas mereka sekeluarga menunaikan solat berjemaah di ruang tamu, Hanan segera turun untuk menyiapkan makan malam mereka sekeluarga. Bila sudah selesai, Hanan terus bergerak masuk ke bilik manakala mama dan papa masih duduk di ruang tamu untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya.
Mulanya Puan Zainun turut mengajak dia untuk turut serta tapi Hanan beralasan yang dia perlu kemaskan barang awal-awal untuk pulang pada hari esok. Lusa nanti dia dan Qairul akan balik ke kampung pula. Rindunya dengan Puan Suhaida dan Encik Ilzam semakin mengebu.
"Aku ingat pontianak mana bertenggek dekat luar ni."
Dadanya diurut perlahan meredakan rasa terkejutnya yang menggila sebentar tadi. Hanan menoleh ke arah Qairul yang menyandarkan badannya di sliding door tetapi tidak lama kemudian Hanan pantas pandang ke depan semula.
Tersekat nafas Hanan tatkala matanya sempat menganalisis tubuh Qairul dari atas hingga ke bawah. Sumpah dia tak sengaja!
Qairul sembunyikan senyum. Kaki dia mula melangkah menghampiri Hanan yang memegang palang balkoni. Rambut Hanan yang mencecah ke pinggang itu direnung dengan pandangan yang sukar dia gambarkan.
Qairul meletakkan kain tuala di atas kepala Hanan yang sempat dicapainya tadi. Cukup untuk menutupi mahkota gadis itu.
Hanan merasakan sesuatu di atas kepalanya. Tangan kanannya pantas meraba atas kepalanya. Terasa satu kain fabrik yang terletak elok diatas kepalanya.
Hanan pantas menoleh ke arah figura Qairul yang sudah berdiri sebelahnya.
Damn!
Wajah segera kalih ke tepi dari menatap tubuh Qairul. Lelaki itu hanya mengenakan bathrobe di tubuh. Rambut Qairul yang terjuntai basah itu membangkitkan lagi aura lelaki itu. Wajah dia kian terasa panas.
Kenapa dia rasa malu sangat ni? Lagi satu, tak pernah-pernah lelaki itu mandi masa waktu-waktu macam ni. Kena sampuk ke apa?
"K...kenapa letak benda ni atas kepala saya?" soal Hanan menahan debaran di dada. Tenang Hanan, jangan tunjuk sangat gelabah biawak kau tu.
Wajah Hanan yang disimbahi cahaya bulan itu direnung. Walaupun waktu malam menjelma, namun wajah Hanan jelas kelihatan bercahaya malam ini.
Qairul senyum senget melihat Hanan yang mula tidak keruan saat sepasang matanya tidak lepas memerhatikan tindak tanduk gadis itu.
Tangan milik Qairul mula lekap ke atas kepala Hanan yang membaluti kain fabrik lalu diusap lembut. Tunak anak matanya merenung sepasang mata hazel itu.
"Aku nak hindarkan kau dari dapat dosa sebab tayang aurat. Aku tak nak nanti aku masuk neraka sebab dosa kau yang satu ni. Lagi satu, aurat kau ni hanya aku je selayak-layaknya tengok."
Hanan terkedu. Terkebil-kebil Hanan mencerna kata-kata Qairul sebentar tadi. Terkelu lidahnya nak bersuara. Hanan pandang Qairul dengan pandangan yang cukup penuh makna.
'kenapa awak seolah-olah mendera perasaan saya?'
Kalau boleh dia rasa nak terjun juga sekarang ni. Mana dia nak sorok muka ni?
"Berapa lama kau nak tenung aku ni?Tubuh aku ni mengancam sangat ke sampai tak lepas tenung aku. Hurm?"
Tersentak Hanan dengan suara Qairul yang kedengaran gemersik. Hanan mendongak memandang Qairul yang elok memeluk tubuh sambil senyum sinis. Sinis-sinis pun ketampanan lelaki itu tetap tidak berkurang, malah semakin menyerlah.
"B...bila masa saya tenung awak? Saya cuma tengok awak je. Perasan betul!" Mata Qairul ditentang berani. Eleh... Qairul sengaja mengujinya!
"Ye ke?"
Semakin galak Qairul mengusiknya bila pipi gadis itu bertukar rona. Suka betul dia melihat muka kemerah-merahan Hanan. Nampak comel!
Hanan pusingkan tubuh menghadap Qairul. Jujur katakan dia sedikit terganggu dengan tubuh Qairul yang hanya tersarung bathrobe ni. Entah mimpi apa lelaki itu berani memakai macam ni dengan dia.
"Awak ni tak sejuk ke mandi malam-malam macam ni? Tak pernah-pernah pula tu awak pakai macam ni. Awak fikir awak tu hot sangat ke?" dalih Hanan sengaja mengutuk Qairul.
Ingat dia akan berdiam diri kali ni? Kali ini tidak! Dia tak akan biarkan Qairul menang.
Qairul menjongketkan sebelah kening. Tubuhnya dipandang sekejap lalu tersungging senyuman misterinya di bibir.
Ha sudah! Hanan dah rasa seram sejuk tengok senyum Qairul yang berubah pelik tu.
"Aku tak terfikir pun yang aku ni hot. Ke kau rasa aku ni macam tu? Tergoda ke?" Senyuman bak pembuluh diberikan kepada Hanan, namun gadis itu membalas dengan riak jengkel.
"Lantak awak lah Qairul."
Malas Hanan nak melayan dia pusing semula ke dada langit. Bibirnya di cebik tatkala tawa Qairul masih kedengaran di cuping telinganya. Suka eh kau gelakkan orang?
Takpe, takpe. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas balik!
"Cakap je tak nak layan padahal diam-diam tengok juga badan hot aku kan? Jujur je lah Hanan sebenarnya kau suka kan?"
"Ey merepek! Daripada awak kacau saya, baik awak pergi tidur ke, pakai baju ke. Tak hingin lah saya nak hadap awak ni!" Bengang Hanan sambil menghalau Qairul. Makin menjadi-jadi pula lelaki itu sakat dia.
Qairul terus menghamburkan tawanya. Terhibur dengan muka ketat gadis itu. Bukan nampak garang tapi nampak comel pula. Lagi-lagi bila mata hazel gadis itu membulat memandangnya tajam.
Qairul tersengih jahat. Tidak menunggu lama sebentuk cincin belah rotan permata satu itu dikeluarkan. Jenuh dia sembunyikan cincin gadis itu di belakang tubuhnya.
"Ni...."
Cincin Hanan dibelek-belek sambil tersenyum kemenangan.
Membulat mata Hanan saat cincin kahwin yang dicari sejak semalam ada di dalam genggaman Qairul.
"Kau punya kan?"
Muka Hanan muka bertukar singa.
"Qairul! Macam mana cincin tu ada kat awak? Awak ambil eh?!" soal Hanan dengan marah. Wajah ditarik cemberut apabila diusik.
Kedua-dua belah bahunya diangkat selamba."Entah, tak tahu lah."
Semakin mendidih darah Hanan melihat tingkah Qairul yang tiada langsung sekelumit rasa bersalah.
"Awak tahu tak cincin ni saya cari macam orang hilang anak. Boleh awak buat main-main macam ni? Dah, bagi saya balik!" Hanan ingin menggapai tangan Qairul, namun pantas Qairul menyorokkan di belakang badannya semula.
Hanan tarik muka.
"Qai... Saya serius ni. Bagi balik cincin tu," ujar Hanan dengan suara keras penuh amaran.
Qairul membongkokkan tubuhnya menghadap Hanan. Sengaja Qairul mendekatkan mukanya dengan Hanan. Semakin berkompang kuat dadanya dengan tingkah Qairul yang berani mati.
Qairul mendekatkan bibirnya dengan telinga Hanan. Naik meremang bulu romanya saat hembusan nafas Qairul terasa dekat di bahagian telinganya.
"Never mind..."
Serentak dengan itu Qairul menjauhinya. Lelaki itu meraup rambutnya ke belakang. Hanan ketap bibir. Kalau bunuh tu tak berdosa. Dia akan bunuh Qairul!
"Awak sengaja cabar saya kan? Nak sangat kan, okay! Tengok lah nasib awak!" Hanan segera menghampiri Qairul ingin mengambil balik cincinnya.
Berpusing-pusing Hanan ingin mencapai tangan Qairul tapi pantas Qairul mengangkat tangan dia ke udara. Hanan mengetap bibir. Geram betul dia dengan Qairul apabila lelaki itu menggunakan titik kelemahannya. Erghhh! Macam mana dia nak ambil kalau tinggi dia separa dada lelaki itu je.
Dada Qairul yang sedikit terdedah itu lantas Hanan tumbuk sehingga Qairul terbatuk kecil.
"Jahat lah awak ni!" Berang Hanan sambil mengacip giginya. Sakit hati tahu tak?!
Qairul tahan ketawa dari meletus. Muka Hanan yang garang macam singa tu tunggu masa je nak terkam orang tapi Qairul langsung tak takut bahkan dia lagi mencabar gadis itu.
"Nak ni? Ambil lah." Tangan kanan di angkat ke atas. Senyuman mengejek terhias di bibirnya, manakala Hanan pula dah berasap tengok lagak Qairul yang macam merendah-rendahkan tingginya. Rasa tercabar.
Laju Hanan meluru ke arah Qairul lalu melompat-lompat gadis itu ingin mencapai lengan Qairul sehingga tuala yang menutupi kepala dia sudah jatuh ke lantai.
"Woi sabar lah Hanan!" Terjerit Qairul apabila dengan selamba gadis itu memanjat tubuhnya. Malaweh! Terkejut bukan kepalang dia!
Hanan langsung tidak endahkan amaran itu. Tengah leka dia mahu memanjat tubuh Qairul, entah di mana silap kakinya salah landing tiba-tiba dia rasa nak jatuh. Pegangannya terus terlepas dan Hanan terus menjerit kecil sambil menutup matanya. Lepas ni gerenti badannya bakal sakit-sakit akibat hentakan di lantai.
"Got you!"
Tubuh Hanan terus dirapat ke dadanya. Spontan tangan Hanan melekap ke dada Qairul agar menahan dirinya daripada melekap terus ke tubuh Qairul. Turun naik nafas lelaki itu melepaskan lelah akibat bergelut dengan Hanan. Tangan kanannya lekap ke belakang kepala Hanan, manakala sebelah tangan kirinya pula merangkul tubuh Hanan dari terjatuh.
Glup!
Ragu-ragu Hanan mahu mengangkat muka. Terkesima Hanan saat anak matanya menentang anak mata Qairul yang jelas terkedu. Perasaan aneh kembali mengalir dalam tubuhnya. Apa ni?
Semakin membahang wajah Hanan dan Hanan dapat dengar dengan jelas rentak kan jantung Qairul yang menggila sama sepertinya apabila tangannya turun lekap ke dada Qairul.
Lidahnya terkelu seribu. Susah untuk dia ungkapkan kata-kata. Hanan juga tidak mampu untuk menolak.
Mata hazel Hanan direnung dengan perasaan bercampur baur. Sedar tak sedar pinggang Hanan dicengkam sedikit kuat. Qairul pejamkan mata erat menahan rasa gelodak jiwanya yang semakin menggila. Nafas dihela kasar.
Qairul terus melepaskan pegangan di tubuh Hanan lalu menjarakkan kedudukan mereka. Tanpa berkata apa-apa Qairul meninggalkan Hanan yang terpinga-pinga di luar.
Pipinya yang terasa bahang Hanan pegang. Mana dia nak sorok muka dia sekarang ni?! Hanan tunduk menekur lantai. Rasa malu kian menebal lagi-lagi semuanya berpunca darinya.
Hanan mengetuk kepalanya beberapa kali. "Bengap lah kau ni Hanan! Ya Allah malunya!"
🌸🌸🌸
Qairul, kali ni awak terlalu sexy untuk sy muehehehe. Bukan selalu kan saya menggila macam ni? *Smirk*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top