Bab 36

     Kaki mengatur langkah ke arah dapur. Bunyi bising yang datang dari arah ruangan dapur itu melajukan lagi langkahnya. Saat anak mata Hanan menyapa kelibat Puan Zainun, segera dia dekati tubuh itu. Sekuntum senyuman lebar diukirkan tatkala Puan Zainun masih tidak sedari dengan kehadirannya di belakang.

"Mama!" Lengan Puan Zainun ditepuk spontan.

"Omak kau makan kaki!"

Terkekeh-kekeh Hanan ketawa sambil menutup mulut. Takut jika suasana bising ini mengganggu orang dalam rumah.

Puan Zainun mencekak pinggang sambil menayangkan muka garang.

"Eh dia ni, ada juga makan senduk ni kejap lagi," kata Puan Zainun dengan suara acah-acah marah. Hanan masih begitu, menahan tawa.

Puan Zainun menggelengkan kepala sebelum mata kembali  beralih ke arah  masakannya yang terbengkalai sebentar tadi.

Hanan menjenguk sedikit wajahnya ke depan. Senyuman nipis dia terukir apabila melihat riak masam Puan Zainun. Dia segera mendakap bahu Puan Zainun lalu  diusap manja bagaikan memujuk anak kecil.

"Mama... Jangan lah merajuk. Ikha saja je nak buat mama terkejut..." Meleret leret Hanan berbicara. Walaupun kedengaran mengada sedikit tapi tak salahkan kalau nak bermanja dengan mak mentua ehek...

"Hmm ye lah, lain kali jangan buat macam tu lagi. Terkejut mama tau." Pesan Puan Zainun dengan mata sengaja dibulatkan. Hanan buat gaya tabik konon patuh arahan yang diberikan.

"Baik!"

Seketika mata Hanan meliar ke arah masakkan Puan Zainun. Anak mata  Hanan mula bersinar. Air liurnya juga kecur sahaja melihat masakkan Puan Zainun yang agak menyelerakan itu.

"Wow! Sedapnya bau," ujar Hanan penuh ceria. Perut diusap tanda lapar. Bau masakan Puan Zainun yang menusuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan perutnya berkocak hebat. Pada mulanya yang tak berapa lapar terus jadi kebuluran.

Puan Zainun mengalihkan muka ke arah Hanan sebelum bibirnya menguntum senyum.

"Mama kan masak, bau dan rasa mesti lah sedap." Puji Puan Zainun dengan bangga sekali. Hanan berdiri di sebelah Puan Zainun. Semakin bertambah sinar mata Hanan saat char keuw teow goreng terlihat di depan matanya. Makanan kegemaran dia!

"Patut lah sedap! Mama ni macam tahu-tahu je ni makanan kegemaran Ikha." Teruja Hanan bersuara dengan muka penuh ceria. Puan Zainun hanya memerhatikan gelagat anak menantunya yang kelihatan sangat bersinar.

"Iya? Ini pun mama rasa nak makan," balas Puan Zainun turut teruja.

"Hmm... Tak sabar Ikha nak rasa." Hanan menayangkan sengihan. Perutnya dipegang.

"Ada-ada je lah kamu ni Ikha." Tergeleng-geleng Puan Zainun melihat lagat comel menantunya.

"Mama..."

Mereka berdua yang ralit berborak sakan terus mengalihkan perhatian ke arah Qairul yang menyelit. Mulut Hanan terus membisu apabila matanya menyapa figura Qairul yang tercegat dibelakangnya. Puan Zainun mengalihkan perhatian sepenuhnya kepada Qairul.

"Ya, kenapa Shad?"

Hanan sedari tadi hanya  tercegat di sebelah Puan Zainun. Tidak bersuara, malah wajahnya kian menunduk memandang lantai.

Sejak waktu subuh lagi suasana kekok membelenggu mereka. Walaupun begitu Hanan langsung tidak melupakan kewajipan dia sebagai seorang isteri. Selepas mandi, dia terus bersiap memakai telekung. Tidak dilupakan juga dua sejadah dihamparkan untuk dia dan Qairul menunaikan solat bersama. Kemudian baru Hanan menggerakkan Qairul dari disapa lena yang panjang.

Sunyi. selepas solat subuh dia terus salam Qairul cepat-cepat dan melarikan diri. Bila dia keluar je dari bilik persalinan, kelibat Qairul terus hilang sampai lah sekarang baru dia nampak muka suaminya.

"Shad nak pergi jumpa Lola ni dengan Ril. Mama ada nak kirim apa-apa?"

Hanan mula mengerutkan dahi dia. Lola? Siapa tu? Kerutan di dahi jelas terpancar di segenap wajah Hanan.

Kenapa dia tak tahu kehadiran Lola ni?!

"Tak bawa Ikha sekali?" soal Puan Zainun turut kalih pandang Hanan disebelahnya. Gadis itu kelihatan terpinga-pinga sekali seakan-akan tidak tahu menahu apa yang mereka borak kan.

Sudah lah tak bagitau ke mana lelaki itu mahu pergi. Kehadiran Lola pula jadi tanda tanyanya. Rasa terkilan terhadap Qairul semakin bertambah apabila lelaki itu buatkan dirinya seperti tidak wujud.

Marah sangat ke Qairul terhadap dirinya? Apa salah dia?

"Ikha nak ikut ke?" Qairul menyoal sambil pandangan dihalakan ke arah Hanan yang masih berdiri statik di sebelah Puan Zainun.

Hanan terserentak, senyuman paksa diukirkan walhal jantungnya berdetak dengan hebat tatkala pandangan mata itu tepat sehingga pandangan mereka mula bercantum antara satu sama lain.

"I...ikha duduk dengan mama je lah. Boleh tolong mama." Hanan menolak lembut. Lagipun dia tak rasa Qairul ikhlas nak ajak dia. Mesti terpaksa.

Tiba-tiba Puan Zainun menyiku Hanan perlahan sambil melirik ke arah Qairul, terkejut bukan kepalang Hanan dengan tindakan Puan Zainun.

"Alah... Pergi je. Mama okey je duduk rumah, lagipun kak Ecah kamu tu ada. Dah, mama nak sediakan makanan ni," ujar Puan Zainun sambil melangkah pergi meninggalkan Hanan dan Qairul yang masih teguh berdiri di situ.

Hanan melarikan anak matanya. Semua tempat dia melirik selain daripada muka Qairul yang sedingin tahap ais batu itu. Jari jemarinya bermain sama sendiri, kadang kala kuku dikuis sebagai menahan debaran di dadanya.

"Tukar baju, kalau boleh pakai simple je. Aku dan Ril tunggu dekat ruang tamu. Cepat, jangan lambat sangat," arah Qairul lantas pergi meninggalkan Hanan yang termangu di situ. Hanan terkaku.

"Aku tak cakap pun aku nak pergi," rungut Hanan perlahan, namun tidak semena-mena Qairul menjengulkan kepala di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur.

"Cepat Hanan, jangan sampai aku heret kau," ujar Qairul berbau ugutan dan dia kembali melangkah.

Hanan mencebik bibir menyampah. Kaki dihentak geram dengan perangai Qairul yang tidak habis-habis mengugutnya, sambil Hanan berjalan bibir dimuncungkan tanda protes.

Geram yang teramat!

🌸🌸🌸

    Hanan menarik muka masam. Kepala digelengkan berkali-kali tanda tidak mahu. Baju t-shirt hitam Qairul digenggam sambil tubuhnya menyorok di belakang Qairul.

Bergema tawa mereka. Qiyadh pun masih lagi tiada tanda-tanda mahu berhenti. Spesis je dua orang ni.

"Ingat lawak ke?" Soal Hanan dengan kasar. Bibir diketap. Kalau diikutkan hati, sekarang juga dia nak balik! Mama! Nak balik!

"Sorry sorry tapi jangan lah takut sangat. Lola ni dalam mood baik, dia tak makan orang pun," ujar Qairul masih dalam sisa tawa nya. Hanan mencebik menyampah.

"Awak cakap senang lah! Nanti kalau dia patuk saya macam mana?" Dari jauh dia hanya memerhatikan ular itu digosok lembut oleh Qiyadh. Menggeliat kegelian dia yang melihatnya. Nak datang dekat pun dia tak berani.

Tiba-tiba Qairul mendekati Qiyadh.

"Awak nak pergi mana ni?!" soal Hanan separa menjerit. Kuat dia menggenggam baju t-shirt hitam Qairul bagaikan tidak mahu lepas. Qairul menoleh kebelakang.

"Aku nak main dengan Lola lah. Takkan aku nak berdiri kejung kat sini pula," balas Qairul sarkastik. Automatik Hanan terus melepaskan pegangan di t-shirt hitam lelaki itu. Dia biarkan Qairul berjalan mendekati Qiyadh yang seronok membelai kulit ular tu.

Qairul terus mengambil ular tersebut. Diletakkan di bahagian lengan lelaki itu.

"Ular ni tak patuk lah. Tengok ni, elok je dia bermanja-manja dengan aku. Maknanya mood dia dalam keadaan baik. Kan Lola kan?" Atas kepala ular berwarna putih itu dicium. Makin naik bulu roma Hanan yang melihat kelakuan Qairul sebegitu.

Qiyadh mula menghampiri Hanan lalu tangan Hanan di goyangkan.

"Kakak cantik jangan takut. Lola tak patuk pun. Dia baik je."

"Betul, Lola tak patuk pun, nak telan apatah lagi. Lola ni manja. Tak nakal pun." Qairul mengangkat ular sebesar tapak tangannya itu lalu ditunjukkan kepada Hanan. Qairul mula menghampiri Hanan yang masih berdiri kaku dihujung.

"Comel apa Lola ni, cuba kau pegang."

Melihat tubuh Qairul yang mula mendekatinya pantas Hanan mengundur ke belakang dengan kedua-dua tangannya melibas ke depan, tidak mahu.

"No! Jangan bawa binatang tu dekat dengan saya!" Lantang Hanan bersuara dengan tangan yang menggigil. Trauma dia terhadap binatang ini semakin menjadi-jadi.

Mati terus langkah Qairul. Tepat anak matanya merenung Hanan yang jelas ketakutan dari jauh. Air muka gadis itu pucat tak berdarah. Tangan kecil Qiyadh turut digenggam erat.

Perlahan Qairul menapak ke belakang. Dia tak rasa Hanan hanya takut-takut biasa. Sebelum sampai ke sini muka gadis itu masih ada serinya, namun bila Hanan nampak Lola di depan mata terus air muka gadis itu berubah.

"Ril, acik letak Lola dalam sangkar dia eh? Nanti kalau nak main, Ril minta je dekat Uncle Arun suruh buat keluar."  Qairul mula berjalan ke sangkar ular tersebut. Sempat dia mencium kudus kepala ular itu sebelum kembali meletakkannya ke dalam dan menutup rapat.

"Ril nak tengok kawan-kawan Lola lah pula. Uncle Arun kat mana Acik?" Mata Qiyadh mula meliar di sekitar.

Qairul kini sudah menghampiri mereka bertiga. Sempat dia mengerling sekilas Hanan sebelum perhatian sepenuhnya kepada Qiyadh.

"Uncle Arun kat dalam. Tengah bagi makan bearded dragon dia lah tu."

"Kalau macam tu Ril pergi dulu lah. Bye kakak cantik!" Qiyadh terus melepaskan pegangan Hanan lalu anak berlari naik ke tingkat atas meninggalkan mereka berdua.

Qairul berjalan mendekati Hanan. Gadis itu diam membisu tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Hanan, kau okey tak?" Bahu Hanan dipaut lembut. Sempat pula gadis itu termenung jauh!

Hanan sedikit tersentak apabila bahu nya dipegang. Kepala ditoleh ke tepi. Dia nampak muka Qairul berkerut-kerut. Hanan tak tahu lelaki itu hanya berpura-pura merisaukan dia atau tidak tapi air muka lelaki itu memang serius. Bukan dibuat-buat.

"S...saya tak okey, saya rasa macam tak sedap badan sikit." Baik dia jujur daripada berpura-pura okey. Tak pasal-pasal dia yang susah.

Qairul melepaskan pegangan di bahu Hanan kemudian beralih ke lengan gadis itu. Perlahan Qairul menarik Hanan untuk duduk di sofa. Hanan langsung tidak menolak, malah dituruti.

"Aku ambilkan air untuk kau ye. Tunggu sini, jangan pergi mana-mana." pesan Qairul terus melepaskan pegangan di lengan Hanan.

Qairul terus beredar tanpa sempat Hanan membuka suara. Hanan memerhatikan sekeliling rumah mewah ini. Boleh tahan agak besar. Dia pun tak tahu rumah siapa tapi bila tengok keakraban Uncle Arun yang melayan Qairul dan Qiyadh itu menunjukkan yang mereka mempunyai satu hubungan yang sangat rapat.

Tengok lah Qiyadh, selamba badak naik ke atas. Qairul pun tak melarang. Lelaki itu pun selamba pergi ke dapur macam rumah ni rumah dia sendiri.

"Meow!"

Hanan pantas tunduk ke bawah. Anak matanya bertembung dengan anak mata bulat berwarna biru itu. Terkedip-kedip mata bulat kucing itu merenung Hanan. Kepala kucing itu mula menggesel di kakinya.

"Meow!"

Mata Hanan kini beralih dekat bawah meja makan yang tidak jauh dari kedudukannya. Satu meja tu penuh  dengan kucing parsi. Macam-macam warna ada. Dia tak perasan pula ada haiwan bulus di situ. Terlalu asyik melayan perasaan katakan.

Mungkin sebab rasa takut melebihi segalanya, dia lebihkan rasa takut sehingga dia langsung tak perasan dengan kehadiran anak bulus ni.

"Ey, comelnya awak. Awak sesat dari mana ni?" Senyum kecil terlakar di bibir manis Hanan.

Tangannya mula membelai bulu bulus kucing itu. Terlalu leka sehingga tidak dapat menahan lagi, dia terus membawa kucing putih itu masuk ke dalam dakapannya. Digomol kucing sehabis-habisnya.

"Ni airnya..."

Hanan mendongak. Gelas yang dihulurkan oleh Qairul di pandang bersilih ganti. Teragak-agak Hanan ingin mengambil, namun tangannya tetap mencapai gelas itu.

"Thanks..." Senyum tipis dihulurkan ke arah Qairul. Dengan bacaan bismillah dia terus minum air tersebut.

Qairul melabuhkan duduk disebelah Hanan. Kucing putih di dalam pelukan Hanan sempat di belai lembut.

"Kucing kau suka. Ular kau tak suka pula." Qairul bersuara dengan kening terjongket ke atas.

Hanan menjeling tajam. Perasaan marah dia yang sebentar tadi seakan  terpadam kini kembali menyala. Rasa sakit hati terhadap Qairul yang suka  mentertawakan kelemahan dirinya.

"Saya memang dari dulu sukakan kucing. Ular tu dah lah lembik! Dah lah menggelikan. Lepas tu nanti kalau jadi apa-apa dekat saya macam mana? Awak tak tengok dalam berita yang ada ular kecik macam tu tiba-tiba boleh jadi agresif? Tak pasal-pasal dia gigit tuan dia sendiri tau, apatah lagi saya ni!" bebel Hanan panjang lebar.  Tangannya mula menenyeh hidungnya yang terasa gatal tiba-tiba. Haaa sudah!

"Semua haiwan macam tu. Macam kucing, kucing pun ada masanya kalau mood dia tak okey. Dia pun akan gigit, tidak pun cakar. Macam tu juga ular. Semua haiwan kena berhati-hati tapi kalau kau nak tahu tu ular jenis Leucistic Ball Phyton. Warna dia rare sikit daripada ular dalam Malaysia. Ular ni tak ada bisa tapi kalau ular ni dalam mood attack dia akan gigit." Qairul kembali menyambung membelai kepala kucing di atas riba Hanan. Amboi, kemain manja sampai tak beralih langsung dari duduk atas riba Hanan.

"Hachum!"

Laju Qairul berpaling menatap Hanan yang bersin jauh darinya. Bukan setakat tu je, Hanan siap menenyeh hidungnya berkali-kali. Sesekali tangan halus gadis itu memicit-micit hidungnya yang memang sedia memerah.

"Hachum!"

Hanan segera menurunkan kucing dari ribanya. Sapu tangan yang sedia ada dalam begnya diambil lalu ditekap ke hidungnya. Arghhh, silap dia sebab terlalu leka bermain dengan anak bulus ni sampai tak sedar yang dia ni memang sedia ada dengan alahan bulu kucing.

"Mari sini aku nak tengok." Tidak sempat dia mengelat, Qairul pantas menarik mukanya menghadapnya.

Membulat mata Qairul melihat wajah Hanan yang memerah macam udang terbakar. Kali terakhir dia melihat keadaan Hanan macam ni sewaktu gadis itu diserang alergi di rumah mamanya. Sebijik macam kejadian itu dengan mata gadis itu merah. Berkali-kali Hanan sedut hidungnya yang mahu mengeluarkan cecair. Serentak dengan itu dia rasakan mahu bersin lagi. Tangan Qairul ditolak ke tepi. Dia kembali menenyeh hidungnya dengan sapu tangan.

Qairul mengecilkan matanya menatap Hanan. "Kau, ada alergi dengan bulu kucing kan?"

Hanan sengih tak bersalah. Alamak, dah terkantoi. Mesti Qairul masih ingat tentang kejadian tu kalau tidak manakan lelaki itu sekali cakap je dah  dapat tangkap?

"M...mana ada. Saya cuma rasa gatal hidung je. Mengarut je awak ni." Hanan masih menafikan walhal terang lagi bersuluh yang dia cukup alah teruk dengan bulu kucing.

"Aku tak bodoh Hanan. Ni alergi tau. Kau fikir aku ni bengap sangat tak tahu simptom ni?" Suara Qairul menahan marah.

Air liurnya ditelan kasar. Bila dah suara Qairul berubah sebegini tahu lah dia yang lelaki itu betul-betul marahkan dia.

"S...saya minta maaf. Bukan niat saya nak menipu awak tapi bagi saya ni dah perkara biasa. Saya dah biasa main dengan kucing jadi saya tak nak awak larang saya main dengan kucing sebab tu saya menipu awak dulu." Akhirnya Hanan buat pengakuan. Rahsia yang selama ni dia tutup rapi  akhirnya terbongkar sebab kebodohan diri sendiri.

Huwarghh... Lepas ni mesti dia dah tak dapat main dengan kucing. Bodoh kau Hanan! Dah tahu tak berhati-hati. Bila dah terkantoi nak menyesal pun dah tak guna.

Elok lah tu, Semalam Qairul marahkan dia lepastu baru je hari ni dia nampak Qairul nak berbaik dengan dia tiba-tiba sekarang  berubah disebabkan diri dia sendiri. Tengok lah muka Qairul, tegang je  macam semalam. Hari ni lelaki itu kembali menayangkan wajah itu kepadanya. Mak aii hati, rasa macam nak menangis. Drama lah kau ni Hanan.

Melihat air muka Hanan yang berubah sedih itu dia cuba tenangkan diri. Qairul mengendurkan wajahnya. Nafas dihela panjang lalu bahu Hanan dipusing menghadapnya. Gadis itu hanya diam tak terkutik, namun kepala gadis itu masih menunduk. Tidak mahu menatap wajah Qairul lah kut.

"Aku tak marahkan kau sangat pun tapi aku tak suka kau menipu. A...aku cuma risau kalau alergi kau teruk lepastu kau kena tahan ward. Alergi  ni bukan boleh dibuat main. Kadang-kadang bila dah teruk boleh jadi sesak nafas tau. Kalau sampai masuk emergency department macam mana? Tak ke lagi susah?" Qairul cuba memujuk. Suara pun tidak naik seperti tadi.

Hanan perlahan mengangkat wajah. Anak matanya berlaga dengan anak mata hitam Qairul. Rasa sedih berlipat kali ganda dengan bersalah.

"Maaf lah, saya cuma takut awak larang saya je main kucing. Saya janji lepas ni saya main gitu-gitu je asalkan awak tak larang saya. Boleh?" Hanan menggenggam tangannya sesama sendiri. Sayu dia menatap Qairul meminta simpati.

Kalau Qairul tak bagi dia main memang dia meraung kat sini. Hidungnya yang terasa berair itu ditenyeh. Dia dah rasa tak gatal. Maksudnya keadaan dirinya terasa lebih baik dari tadi.

"Okey..."

"Ha?" Hanan pantas mendongak memandang Qairul yang bersahaja itu. Terkebil-kebil dia.

"Ye lah, aku bagi kau main tapi jangan lebih-lebih. Ingat tu. Kalau kau ingkar aku tak bagi kau main terus. Jangan kata aku tak bagi kau amaran." Tegas Qairul melontarkan suaranya, namun kedengaran masih lembut.

Bersinar mata Hanan. Terlalu gembira sehingga tangan  Qairul dicapai lalu dikucup bertalu-talu.

"Thank you awak! Saya janji saya tak ingkar arahan awak!"

Dia punya teruja tu sampai tak sedar sehingga tiba-tiba dia rasakan badannya mengeras. Begitu juga Qairul. Lelaki itu jelas terkedu dengan tindakan tak terjangka dek akal nya.

Hanan pantas melepaskan tangan. Bibir diketap kuat. Senyum kekok terhias di bibirnya. Dia rasa nak lesap sekarang! Arghhh, dah berapa kali dia buat kerja memalukan diri dia sendiri.

"Erghhh... saya rasa nak pergi tandas lah. Dah tak tahan sangat ni. Bye!" Laju Hanan berdiri dan berjalan laju meninggalkan Qairul seorang diri.

Qairul senyum kecil apabila melihat lagak gadis itu yang tergopoh-gapah melarikan diri. Nampak comel, namun tidak lama kemudian senyumannya terus hilang menghiasi bibirnya.

🌸🌸🌸

Arghhh... Idea makin berkurang. Doakan saya semoga dilimpahi idea yang mencurah-curah lepas ni. Sorry kalau rasa macam mengarut cerita ni. Story ni masih banyak kekurangan.

For all my readers, apa-apa pun yang setia menunggu terima kasih. Terharu tak terkata ❤️🦋

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top