Bab 35
Bunyi ketukan dibahagian kabinet dapur, mematikan lamunan Hanan yang masih ralit merenung cawan kosong di tangannya. Hanan lantas toleh ke sisi kanannya. Wajah Puan Zainun yang tersenyum tipis itu menjamah matanya. Puan Zainun mendekati Hanan lalu cawan kosong itu dipandang silih berganti dengan Hanan.
"Dari tadi mama tengok Ikha duk belek-belek cawan tu tapi tak minum pun. Ada sesuatu yang menganggu fikiran Ikha ke?"
Hanan senyum kecil. Kepala digelengkan takut-takut. Kantoi depan mak mentua tengah mengelamun hahahah...
"Tak ada lah ma. Benda kecik je ni," balas Hanan dengan sengihan giginya. Cepat-cepat dia mencuci cawan ditangannya lalu diletak ke tempat asal.
"Ikha naik dulu ya ma? Assalamualaikum..." Hanan berura-ura melangkah mahu pergi, namun panggilan namanya mematikan segala hasratnya.
"Ikha..."
Kepala Hanan laju berpaling memandang Puan Zainun. Dia kembali berpusing menghadap Puan Zainun. Hanan masih menanti ayat yang keluar dari bibir mak mentuanya.
"Mama tengok keadaan Ikha makin pulih. Mama bersyukur Ikha tak trauma lama-lama." Tangan Hanan diusap penuh lembut.
"Mama minta maaf sebab ma..."
"Mama... dalam hal ni tiada siapa salah. Benda dah jadi. Ikha pun dah lupakan. Mama jangan salahkan diri mama. Shad pun tak salah." Hanan menggeleng kecil. Senyum tipis terukir di bibirnya.
"Lagipun Shad jaga Ikha dengan baik sekali. Mama jangan risau, okay?"
Lama Puan Zainun pandang wajah Hanan. Mencari kebenaran di sebalik muka gadis itu dan benar... dia nampak mata gadis itu bersinar dengan senyuman manis turut terlakar di segenap wajah Hanan.
"Macam mana hubungan kamu dengan Shad? Mama tengok kamu berdua makin rapat je." Kini topik mereka berdua pula dibahas. Kedengaran ceria sekali Puan Zainun berkata.
Perkembangan yang dia lihat sebentar tadi cukup banyak membuatkan dia sejuk hati. Melihat kemesraan mereka berdua telah membuktikan mereka boleh menerima antara satu sama lain, tu pun dah kira cukup baginya. Walaupun Qairul masih bercakap kasar dengan Hanan.
Hanan senyum pendek seraya mengangguk, mengiyakan kata-kata Puan Zainun.
"Alhamdulillah mama, Shad dah boleh terima Ikha sebagai isteri dia. Semua ni berkat doa mama juga," balasan Hanan telah melegakan hati Puan Zainun. Dia bersyukur Qairul dapat terima Hanan dengan hati terbuka.
"Ikha sayangkan Shad?" Soalan cepumas itu membuatkan Hanan termangu.
Sayangkan Qairul? Ya, sedikit sebanyak dia sayangkan Qairul. Hanan mengangguk perlahan lalu wajah ditundukkan ke bawah. Malu.
"Alhamdulillah! Bagus lah tu, mama tumpang gembira, apa-apapun lepas ni boleh lah mama minta cucu pulak kan?" pintas Puan Zainun laju. Sengaja Puan Zainun selitkan gurauan tak terjangka tu.
Air muka Hanan terus berubah. Bibir dipaksa senyum. Sebanyaknya kata-kata Puan Zainun membuatkan Hanan terkedu seketika.
Dia masih belum sedia untuk menjadi seorang ibu mahupun digelar sebegitu. Bagi Hanan, umur dia terlalu muda untuk mendapatkan anak secepat ini. Mungkin lepas habis belajar baru dia pertimbangkan?
Melihat wajah Hanan mulai berubah, lantas Puan Zainun menghamburkan tawanya. Geli hati dia melihat wajah kelat Hanan apabila isu 'cucu' meniti dibibirnya.
"Mama gurau je tau. Mama faham menantu mama ni. Ikha masih muda dan perlu capai impian Ikha, jadi mama tak halang pun, cuma kena lah minta keizinan Qairul. Dia kan suami Ikha," kata Puan Zainun sambil menepuk dua kali tangan Hanan. Hanan tertunduk, ada sesuatu yang ingin dia bertanya tetapi takut pulak dia rasa. Puan Zainun yang perasan riak resah yang terpancar di muka gadis itu mulai bertanya.
"Kenapa Ikha? Sakit ke? Resah semacam je ni? Atau Ikha tak suka mama cakap soal anak?"
Hanan menggeleng laju. Tak! Bukan sebab itu tapi dia mahu bertanya sesuatu dari mak mentuanya, tapi malu melebihi hadnya. Wajah hairan Puan Zainun membuatkan Hanan tersengih kerang busuk. Kepala yang dibaluti tudung bawal digaru. Air liurnya terasa kesat sekali.
"Hmm... mama, Ikha tak tahu apa yang Shad suka. Ikha ingat nak hurmm..." Tersekat-sekat Hanan berbicara dengan pipi kemerahan menahan malu. Mestilah malu, mak mentua kut!
Puan Zainun ketawa kecil, terhibur melihat Hanan yang malu-malu itu. Wajah Hanan yang sedikit kemerahan itu, Puan Zainun tahu maksud disebaliknya.
"Kalau Ikha nak cuba pikat hati Shad, mama akan bantu. Lagipun anak mama tu hati dia lembut je. Ha! Mama ada satu cadangan." Puan Zainun sengaja menjongketkan kening sambil tersenyum penuh makna. Berkerut dahi Hanan sambil merenung wajah Puan Zainun dengan penuh tanda soal.
"Cadangan apa ma?"
🌸🌸🌸
Tersungging senyuman mekar di wajahnya. Lauk pauk yang sudah siap, Hanan hidangkan di atas meja makan. Tak lupa juga Puan Zainun membantu dia untuk menyediakan makanan, begitu juga kakak iparnya, Zailatul Aisyah.
Masih ingat lagi pelbagai cadangan dan cara Puan Zainun berikan untuk dia pikat hati Qairul. Geli hati usah dicakap lah.
Puan Zainun kata, banyakkan luang masak bersama dengan Qairul. Tidak pun, masak makanan kegemaran Qairul. Itu pun salah satu juga membuatkan Qairul mudah terpikat dengan dia. Kata Puan Zainun, tentang perasaan tu boleh dipupuk. Lagipun Puan Zainun yakin, hati Qairul akan cintakan Hanan suatu masa nanti. Dia percaya.
Hanan hanya mampu berdoa. Semoga usaha yang Puan Zainun cadangkan mendatangkan hasil yang lumayan, namun cadangan yang satu ni agak membuatkan dia malu sampai muka dah tak tahu nak bagi reaksi apa dah.
Goda?
Dia bukan lah kaki penggoda! malahan dia tak tahu menahu macam mana nak goda lelaki itu. Lagipun Hanan tak rasa dengan tindakan dia yang tu akan memberikan layanan positif, kerana hati Qairul tidak seratus peratus terukir namanya dan dia tak nak rosakkan hubungan yang masih baru hanya disebabkan salah yang dia buat.
"Humm! Syedapnya bau! Mama masak apa ni?" soal Qiyadh dengan mata bercahaya melihat lauk pauk yang banyak dihidangkan atas meja makan. Tumis air bayam, ayam masak kicap dan makanan kegemaran Qairul iaitu ikan masak singgang.
Wajah teruja Qiyadh membuatkan Puan Zainun tersenyum penuh makna lalu pandangan dihalakan ke arah Hanan. Hanan yang dapat menangkap, lantas tersengih malu.
Kebanyakan lauk pauk itu, Hanan yang masak. Puan Zainun hanya membantu dia di dapur, begitu juga Zailatul, kakak iparnya. Kata Puan Zainun, dia ingin merasakan air tangan Hanan. Hanan langsung tidak membantah, malah dia lagi suka kalau ada orang ingin merasai air tangannya.
"Ni bukan mama yang masak tau," kata Puan Zainun dengan senyuman penuh makna.
Berkerut dahi Qiyadh. Matanya terkebil-kebil seketika sebelum tangannya mengusap ke dagu lagat berfikir, tidak lama kemudian senyuman lebar terukir dibibir anak kecil itu.
"Kak Ecah kan?" Dengan penuh yakin Qiyadh berkata. Puan Zainun pulak tidak menggeleng, tidak mengangguk.
"Kak Ecah hanya masak satu je. Yang selebihnya Ril rasa siapa?" Puan Zainun masih berteka-teki membuatkan Qiyadh semakin berkerut berfikir. Tidak tahu kenapa mata Qiyadh terarah pada Hanan lantas dia memetik jari dengan senyuman yang lebar.
"Ha! Ril tahu siapa masak, kakak cantik kan?" Kata-kata Qiyadh sebanyak membuatkan Hanan malu.
Panggilan 'kakak cantik' itu masih meniti di bibir Qiyadh. Tidak pernah luntur panggilan Qiyadh dari mula dia berkahwin dengan Qairul sampai sekarang. Masih tidak dapat mengubah dan itu membuatkan muka Hanan panas sedikit. Merona tak usah dicakap lah. Malu pulak bila Qiyadh gelarkan dia macam tu depan Puan Zainun erkh...
"Kakak cantik? Kenapa panggil macam tu Ril?" Tegur Puan Zainun sedikit kurang senang dengan gelaran itu. Wajah Hanan dikerling tetapi pantas Hanan mengalihkan muka. Wajah gadis itu tampak merah sekali, malu barangkali. Puan Zainun menggeleng perlahan manakala Qiyadh Sudah berubah masam tatkala ditegur.
"Alah, Ril suka panggil kakak cantik sebab kakak ni memang cantik ma... Tengok benda bulat tu ha. Lagi lah nampak comel. Lagipun kakak cantik tak marah pun Ril panggil macam tu." Qiyadh memuncungkan bibirnya sambil berkata. Tergelak Puan Zainun dibuatnya dengan kerenah Qiyadh.
"Tapi kan tak elok panggil macam tu. Apa kata Ril panggil kakak cantik Ikha? Kan senang." Kali ini Zailatul pulak bersuara. Bukan apa, kalau dibiarkan nanti naik lemak pulak si Qiyadh ni. Qiyadh sudah menarik muka tidak suka. Kakinya mula melangkah ke arah Hanan lalu dipeluk.
"Kakak cantik tak marahkan?" soal Qiyadh sambil mengelip-ngelipkan mata. Hanan tersenyum nipis lalu digelengkan kepala.
"Tak ada lah, buat apa nak marahkan?" Dengan ceria Hanan membalas. Qiyadh sudah menarik senyum lebarp lalu tangannya di depa minta didukung.
"Ikha jangan layankan sangat Ril ni. Mengada je ni," kata Zailatul dan itu membuatkan Qiyadh mencebik bibir tanda tidak puas hati. Hanan ketawa suka, alahai manjanya lah. Rasa macam ada adik pulak walhal dia tak pernah merasai ada adik jadi why not nak bermanja kan?
Tubuh Qiyadh didukung. Muka yang masam tadi bertukar manis. Bukan main seronok bila Hanan mengikuti kehendaknya.
"Tak apa lah akak, lagipun Ikha tak pernah rasa ada adik. Bila rasa macam disayangi pulak," seloroh Hanan sambil menggosok kepala Qiyadh. Qiyadh yang di dalam dukungan hanya tersenyum lebar. Suka sangat dia.
"Wah, banyaknya awak masak Zai..." Suara garau Encik Azril menyapa mereka berempat yang berborak sakan di ruang meja makan, diikuti Ziyad dan juga Qairul.
"Hmm sedap nya ma. Bau pun dah menyelerakan. Mama sengaja kan masak lauk kegemaran Shad. Nak buat Shad gemuk lah tu." Kedengaran suara sumbang tidak puas hati di situ. Mata Qairul masih utuh memandang lauk pauk yang disediakan di depan mata.
Tidak semena-mena senyuman terlakar dibibir mungil Hanan. Hatinya saat ini berbunga-bunga apabila mendapat pujian dari si suami.
"Mesti lah sedap! Ala kamu gemuk pun tak apa kan Ikha?" Sengaja Puan Zainun memancing nama Hanan untuk ikut serta bersuara. Hanan pandang Puan Zainun sebelum matanya beralih ke suaminya.
"H...ha ya. Ikha tak kesah pun," ujar Hanan dengan senyuman kekok. Tiba-tiba tanpa arahan Ziyad lantas mengambil sudu lalu dicicip sedikit ke dalam mulutnya. Tingkah spontan abang iparnya mendapat pukulan daripada Zailatul Aisyah.
"Tak reti sabar ke ha? Tak nampak ke tengah sediakan makanan ni?" ujar Zailatul dengan suara agak tinggi bercampur geram. Tersengih Ziyad dibuatnya.
"Hmm sedap! Kau ke yang masak Ecah?" Mata Ziyad berpaling ke arah Zailatul. Zailatul hanya menggeleng. Mata Ziyad lantas memandang Puan Zainun.
"Mesti mama kan!"
"Eh Tak lah! Kakak cantik lah yang masak. Apa lah abang Ash ni." Tak ada angin tak ada ribut Qiyadh mencelah membuatkan Hanan menggigit bawah bibir. Lantas mereka semua mengalihkan mata ke arah Hanan, begitu juga Qairul, suaminya.
Hanan sembunyikan wajahnya yang kemerahan, tanpa dia sedar bibir Qairul tersenyum nipis. Semua yang Hanan masak, semua makanan kegemaran dia. Qairul terharu.
🌸🌸🌸
Pintu diketuk perlahan, segera Hanan menjenguk kepala ke dalam bilik apabila tiada sebarang sahutan. Mata Hanan meliar memandang sekeliling bilik Qairul. Tubuh Qairul dicari-cari tetapi dia langsung tidak nampak bayang lelaki itu. Hanan masuk ke dalam bilik, laju sahaja laci diselongkar. Sekali sekala dikerling bilik Qairul, takut-takut jika Qairul dapat tahu apa yang dia sembunyikan.
Wajah resah Hanan mulai terpancar. Hanan cuba tenangkan diri. Perasaan kini gundah gulana yang teramat. Risau dengan apa yang akan berlaku jika Qairul dapat hidu masalah yang dihadapi sekarang.
Apabila laci cermin masih tidak dapat jumpa, laci katil pulak diselongkar. Dia tak akan tenang jika tidak menjumpai barang kepunyaan dia yang satu itu!
Mimik wajah Hanan usah dicakap lah. Macam nak menangis pun ada apabila barang yang hendak dicari tidak jumpa. Cincin nikah kut!
Lepas Hanan mandi tengah hari tadi dia hanya tinggalkan cincin di atas meja solek tapi bila masuk waktu petang, dia masuk ke dalam bilik Qairul semula untuk mengambil semula cincinnya, namun di atas meja solek itu kosong!
Kalau Qairul tahu dia buat hilang, apa yang lelaki itu fikirkan pulak? Dia pun satu bengap, selama ni memang tu port letak cincin kalau dia nak mula ke sekolah ataupun pergi mandi.
Qairul mesti fikirkan dia ni seorang yang cuai. Hmm... memang pun!
"Kau cari apa tu?"
Hanan berdiri statik. Terkaku pergerakan tangan Hanan. Tangan dia yang laju menyelongkar terhenti apabila suara itu menyapa halwa telinganya. Hanan memejamkan mata, detak jantung dia mula bermain peranan.
'Tidak Hanan! Bukan masanya sekarang! Jangan gelabah Hanan buat biasa macam tiada apa-apa yang jadi.' bebel hati kecil Hanan.
Laju Hanan memusingkan tubuhnya. Wajah hairan Qairul, Hanan balas dengan senyuman kecil. Cuba menutup segala resah yang bertandang.
"Tak ada lah, saya tertinggal barang kat sini tapi tak jumpa,"kata Hanan sambil sengihan tak bersalah.
Qairul menjongketkan kening, pelik dengan tingkah laku Hanan yang sedikit kelang kabut tadi. Hanan sedikit gugup bila Qairul merenung dia tajam. Mata Hanan teralih pada katil. Akal dia tiba-tiba datang untuk lari dari topik ini.
"Saya rasa penat lah. Saya tidur dulu ya?" Hanan berjalan ke arah katil lalu bantal kecil diambil. Dia bangun semula lalu melangkah ke arah sofa, Qairul hanya memerhati lagat Hanan.
Hanan menepuk bantal seketika. Baru sahaja kepala mahu mencecah ke atas bantal, satu suara menyentak segala tindak tanduk nya.
"Kau tidur atas katil," arah Qairul tiba-tiba. Hanan lantas mengangkat wajah lalu dipandang Qairul dengan muka terkebil-kebil. Mimpi ke apa ni? Qairul suruh dia tidur atas katil?
"Ha?" Wajah kebil ditayangkan manakala Qairul buat muka bosan. Qairul menyilangkan tangan lalu bibirnya dimuncungkan ke arah katil.
"Pergi tidur sana, sekarang!" Nada tegas mula keluar dari bibir Qairul. Hanan mencebik bibir menyampah lalu dia terus mengambil bantal. Kaki Hanan mula melangkah ke arah katil, semasa berselisih dengan Qairul sempat Hanan melanggar bahu Qairul sedikit.
"Eh, kau ni."
Qairul menggeleng kepala melihat wajah protes Hanan. Hanan yang telah berbaring di atas katil itu terus Qairul menapak ke arahnya. Baru sahaja Qairul mahu ikut serta baring, lantas Hanan bangun tegakkan tubuhnya sembilan puluh darjah.
"Eh, awak ni dah kenapa?" Hanan menyoal dengan muka berkerut.
Terkejut bukan kepalang dia apabila kelihatan Qairul hendak berbaring bersebelahan dengan dia di atas katil. Qairul pandang Hanan pelik.
"Nak tidur lah apa lagi?"
Qairul menepuk bantal tidur sebelum tubuh terus dibaringkan ke atas tilam yang empuk itu. Hanan terkaku sebentar, sungguh, suasana sekarang terasa amat awkward dan dia yakin...
Dia tak akan dapat tidur dengan tenang malam ini!
Kegelisahan mula terpancar di muka gadis itu. Hanan masih dengan kedudukan duduk di atas katil. Apa yang gadis itu tak selesa pun dia tak tahu.
Lengan Hanan dicapai lantas dia menarik tubuh itu sehingga baring bersebelahan dengannya, tidak terkecuali kaca mata bulat Hanan. Qairul segera menarik dari muka gadis itu lalu dia letakkan di atas nigh stand bersebelahan katil. Hanan tergamam, wajahnya kian terasa panas. Tindakan drastik Qairul membuatkan Hanan terkelu lidah.
Perasan mata Hanan masih merenung nya, Qairul bersuara.
"Dah, jom tidur. Aku tak buat apa pun, trust me," kata Qairul dengan lagat selamba.
Hanan mengiring membelakangi Qairul. Matanya dipaksa untuk memejam rapat. Semoga dia dapat tidur malam ni.
"Tak elok tau tidur membelakangi suami."
Tersentap Hanan dibuatnya. Hanan pantas mencelik mata. Dengan separuh hati yang berat, dia berpaling semula menghadap Qairul.
Membulat mata Hanan apabila hidung mereka berdua berlaga tatkala dia kembali mengiring menghadap Qairul. Rapat sangat sehingga dia dapat rasakan hembusan nafas kasar Qairul ke mukanya. Hanan ketap bibirnya. Jantung Hanan tika itu laju mengepam darah disetiap pelosok tubuh, malah deruan nafasnya juga tidak teratur.
"Aku tahu tadi kau masak untuk aku, kan? Kalau tidak kau tak tahu lauk tu semua favorite aku. Mesti mama bagi tahu kau."
Kepala yang tidak gatal digaru. Perlahan-lahan dia anggukan kepala. Mengiyakan kata-kata Qairul.
"Ye, mama bagi tahu saya dia nak masak lauk kesukaan awak lepastu dia suruh saya masak lauk tu. Lagipun mama nak rasa air tangan saya," balas Hanan dengan sengihan di bibir.
Qairul senyum melebar. Tanpa sedar, perlahan tangannya mengusap pipi Hanan. Laju Hanan mendongak merenung Qairul yang tersenyum bak gula tu.
"Thank you..."
Hanan hanya mampu terkaku. Anak mata hazelnya bertembung dengan anak mata hitam Qairul. Semakin lama mereka semakin tenggelam ke dalam dunia ciptaannya. Lama mereka merenung sesama sendiri sehingga tanpa sedar tangan kasar Qairul mula meliar di serata wajahnya.
Bermula dari rambut hitam pekatnya diusap kemudian turun ke dahinya. Dari dahi ke keningnya yang terukir cantik itu. Kemudian alis mata hazelnya. Hanan pejamkan mata merasai sentuhan hangat Qairul. Tatkala ini dadanya berkocak hebat. Nak menepis, namun tangannya terasa berat.
Jari Qairul terhenti pada hujung bibir Hanan, saat itu dia bagaikan baru tersedar ke alam nyata. Jarinya membeku hebat.
Qairul terus menjauhi jari jemarinya dari menyentuh Hanan. Air liur diteguk perit.
Qairul pejam mata erat. Sesekali dimaki dirinya yang bertindak diluar kawalannya. Macam mana dia boleh tak sedar ni?
Hanan terus membuka matanya tatkala usapan Qairul terhenti di segenap wajahnya. Dia nampak lelaki itu mengetap rahangnya. Sesekali tangan lelaki itu mengusap ke serata wajahnya seakan menyesal dengan tindakannya.
Qairul marah ke?
"Qai..." Halus Hanan memanggil nama Qairul sambil memegang lengan lelaki itu. Usapan di wajah lelaki itu turut terhenti. Namun, dia nampak keresahan yang bermain di muka lelaki itu.
"Tidur Hanan. Dah lewat. Aku tak nak dengar apa-apa lagi," arah Qairul dengan muka menegang. Qairul segera menepis tangan Hanan yang menegang lengannya.
Terdiam Hanan dibuatnya. Dia tak tahu apa salah yang dia buat sampai sebegitu Qairul melayannya. Kini suaminya pula membelakangnya. Belakang badan Qairul ditatap sayu.
Adakah Qairul benci dengan tindakan dia yang seakan merelakan sentuhan lelaki itu? Hanan terasa hiba.
🌸🌸🌸
Hi... Dah lama author menghilang. Sorry sebab baru ada masa nak update. Apa-apa pun happy reading ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top