Bab 34

       Hanan pandang cermin meja solek. Lama dia termenung sebelum keluhan berat dilepaskan. Raut wajahnya bertukar keruh.

Satu demi satu masalah datang. Sebentar tadi, dia dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Syazryl.  Lelaki itu kata, dia akan balik ke Malaysia tidak lama lagi.

Lebih mengejutkan Hanan lagi, Syazryl kata dia akan melamar Hanan menjadi isterinya apabila lelaki itu jejakkan kaki ke sini. Tiada sahutan, malah dia terus tutup panggilan itu tanpa berkata sepatah dua kata sebelum tamatkan panggilan.

Rasa bersalah semakin menyerbu dalam dirinya. Hanan tersepit diantara Puan Suhaida dan Syazryl. Dia sayangkan kedua-duanya. Dua-dua manusia itu penting dalam hidup dia. Dia tak sampai hati mahu melukakan sesiapa pun, namun Puan Suhaida dia lebih utamakan.

Mana mungkin dia mahu menyakitkan hati seorang wanita bergelar ibu? Wanita itu yang membesarkan dia. Banyak pengorbanan Puan Suhaida untuk dia yang tak mampu terbalas. Wanita itu tetap ibunya sampai bila-bila. Walaupun dia bukan keluar dari rahim wanita itu.

Lagipun mana mungkin dia berkahwin dengan Syazryl. Dia telah pun bergelar isteri. Isteri kepada Qairul Arshad. Lelaki yang tak pernah duga hadir dalam hidupnya kembali.

Masa kecil jadi kawan. Bila besar jadi suami. Tak pernah dia jangka langsung. Namun, lama kelamaan hidup dengan Qairul. Dia rasakan sesuatu. Hatinya sedikit sebanyak dah berpaut pada Qairul.

Perasaan ini? Mungkin dulu dia tak pasti, namun sekarang dia pasti dengan jelas. Dia sayangkan lelaki itu. Lelaki itu bagaikan pelindung dia. Walaupun layanan lelaki itu masih terselit kasar, namun Qairul tetap melayan dia. Hari-hari dia rasakan bahagia setiap kali Qairul dekat dengan dia walaupun kadang kala usikan lelaki itu membuatkan dia rasa geram teramat.

"Maafkan adik, abang. Adik sayangkan umi, dalam waktu yang sama adik dah mula sayangkan suami adik sendiri. Tak mungkin adik akan terima lamaran Abang Ryl." Bibirnya diketap kuat. Hanan mula dihurungi sebak. Air mata sedari tadi menahan dipelupuk matanya. Tunggu masa je nak turun.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Hanan. Pantas dia menyeka air matanya yang perlahan menurun ke pipi.

"Boleh aku masuk?" Disebalik pintu itu, Qairul meminta izin. Hanan cuba maniskan muka.

"Masuk lah."

Pintu di buka luas. Tidak menunggu lama Qairul mula merapati Hanan yang masih mengurut mukanya di depan cermin.

Padahal nak bersihkan mukanya yang kelihatan sembab, cis...

"Boleh kita bincang kejap? Aku ada sesuatu nak cakap dekat kau."

Hanan memalingkan muka ke arah Qairul. Sedar-sedar lelaki itu dah berdiri di sebelahnya. Hanan mendongak ke atas sekilas.

"Hmm... Cakap lah. Saya dengar." Hanan kembali meneruskan urutan di muka. Qairul mendengus kecil sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Tengok lah sini. Aku paling pantang bila nak bercakap, orang pandang tempat lain. Takkan itu pun aku nak kena cakap?" Perlahan-lahan Hanan menurunkan tangannya dari muka. Mendengar suara Qairul yang berubah tegas itu dia sedikit gerun.

Hanan mengangkat muka. Lembut pandangan diberikan."Awak nak bincang apa?"

Qairul diam seketika. Anak matanya merenung wajah Hanan, lama.

"Kau ada sorokkan apa-apa ke belakang aku?" Soalan yang Qairul lontarkan membuatkan pergerakan Hanan kaku. Terasa kelu lidahnya hendak menjawab. Air liurnya ditelan payah.

"T...tak ada lah, saya sorokkan sesuatu? Apa awak mengarut ni." Ketawa sengaja dibuat-buat bagi menutup rasa sangsi lelaki itu. Pasti Qairul merasakan ada yang tidak kena dengannya.

Mana tak rasa pelik kalau sejak mereka balik ke rumah, dia memang sengaja mengelat dari bertembung dengan Qairul. Kalau boleh dia tak nak membuka cerita tentang apa yang dilihat petang tadi.

Tajam anak mata Qairul menikam wajah si isteri. Lama Qairul menatap Hanan sehingga kedengaran keluhan lemah dibibirnya. Qairul mengalah.

Dia tiada hak untuk memaksa Hanan walaupun jiwanya meronta-ronta ingin tahu masalah gadis itu tapi dia perlu hormat keputusan Hanan.

"Esok mama ajak makan malam dekat rumah. Alang-alang tu mama suruh kita tidur sana dua tiga hari. Kau okay je kan kalau kita tidur rumah mama?"  Qairul terus berdalih. Baginya Hanan perlukan masa. Tidak perlu dia mendesak gadis itu.

Hanan senyum tipis. Kepala dia mula mengangguk berkali-kali tanda setuju. "Saya okay je, dah lama saya tak jumpa Ril. Rindu pula saya kat dia."

Hanan mula terbayang-bayang seraut wajah tembam milik Qiyadh. Dengan senyuman manis menampakkan gigi lagi, menambahkan kemanisan di wajah anak kecil itu. Rindu!

Qairul turut senyum. Dia pun rindukan suara adik bongsunya. Adik yang paling manja dengannya. Mana mungkin dia tidak merindukan budak mulut riuh tu kan?

'Kriuk...!'

Tapak tangannya laju melekap ke permukaan perutnya. Wajah Hanan  mula terasa meruap-ruap. Bibir diketap kuat. Berbagai macam sumpah seranah Hanan mengutuk dirinya dalam hati. Bikin malu je!

Qairul yang terdengar bunyi rengekan perut Hanan yang minta diisi itu hanya senyum tersungging.

"Jom turun makan. Lama-lama duduk kat sini nanti perut tu mengaum pula." usik Qairul dengan senyuman di bibir. Wajah Hanan yang berbahang merah itu lagi menambahkan rasa lucunya di hati.

Hanan diam. Dalam hati menggerutu juga rasa geram terhadap Qairul. Muka cemberut Hanan tayang. Tunjuk protes lah katakan.

"Tak nak." Hanan berkeras dengan muka masam mencuka. Siapa suruh usik dia? Sudah lah dia tengah lapar sekarang ni. Pantang larang betul tengah-tengah lapar ni boleh pula lelaki itu mengusiknya.

Kalau ajak dia makan je tak apa juga, ni Qairul sengaja usiknya bagi dia malu. Bukan setakat malu je sekarang, tapi mood dia jatuh merundum terus!

Muka masam Hanan dipandang sekilas. "Kau tu tengah lapar. Tak payah mengada. Ikut aku." Laju tangan Qairul menggapai tangan Hanan untuk mengikut rentak kakinya.

Membulat mata Hanan tatkala tangannya digapai. Laju dia ingin menarik keluar dari genggaman Qairul, namun lelaki itu malah mengeratkan lagi genggaman.

"Kau bantah lagi sekali, aku tak teragak-agak nak dukung kau. Kau nak?" ugut Qairul berserta amaran tegas tatkala Hanan masih berkeras menepis tangannya.

Pergerakan Hanan terus terbantut apabila diugut. Hanan mendengus kasar. Wajah dipaling kan ke tepi. Sakit hati terhadap Qairul membuak-buak terasa. Tidak mahu berkeras kepala akhirnya, dia mengalah. Tangannya masih utuh di dalam genggaman Qairul. Diam menjadi pilihan dia dan membuntuti langkah lelaki itu dari belakang.

"Aku ada masak spaghetti untuk kau. Aku harap kau suka lah. Ni je yang mampu aku masak." Sesampai sahaja di ruangan dapur, Qairul terus membuka tudung saji. Terhidang satu mangkuk sederhana dipenuhi Spaghetti Carbonara.

Terkaku Hanan melihat hidangan yang disediakan di depan matanya.  Anak matanya kini beralih memandang Qairul.

Qairul  menjongketkan sebelah keningnya ke atas tatkala mata bulat Hanan masih melekap merenung segenap mukanya tanpa berkelip.

"Asal? Pelik ke lelaki macam aku ni memasak? Kira bagus lah aku masak makan malam hari ni. Kalau nak tunggu kau masak, alamatnya berjanggut sampai ke esok," balas Qairul mengejek.

Hanan auto membisu. Dia tahu kata-kata lelaki itu lebih tuju ke  dirinya. Selama Hanan hidup bersama Qairul, dia lah yang menyediakan makan malam. Kadang kalau dia masak lauk ala kadar pun tetap tidak dapat dihabiskan. Selebihnya dia akan simpan untuk makan pagi esok.

Dah memang rutin hariannya.

Hanan menunduk, sedikit malu dengan Qairul tatkala lelaki itu memerli nya. "Saya penat sikit hari ni. Maafkan saya kalau saya tak masak hari ni. Lepas ni saya tak buat lagi." Lirih Hanan berkata. Sedih bila diperkatakan begitu.

Wajah Hanan yang menekur ke lantai itu dipandang serba salah. Tanpa amaran dagu gadis itu dipagut lembut menarik ke atas agar merenung sepasang mata sang suami. Tingkah Qairul yang tak dijangka dek akal membuatkan Hanan bungkam.

Qairul melorek kan senyum tipis dibibir. Wajah Hanan yang kosong tanpa sebarang kaca mata lagi menambahkan kejelitaan sebenar gadis itu. Lagi-lagi keunikan warna anak mata gadis itu.

"Aku gurau je. Jangan ambil hati. Kau kata kau penat kan? Hari ni biar kau pula rasa masakan aku. Kalau tak bila lagi kan?" katanya seakan memujuk.

Qairul menarik kerusi meja lalu dia menolak tubuh Hanan dengan lembut untuk duduk. Tanpa bantah, Hanan labuh kan juga duduk dengan mulut bagaikan tergam rapat. Pinggan yang terisi spaghetti itu diletakkan didepan Hanan. Tidak lupa juga sudu dan garpu di sisi pinggan itu. Hanan hanya membiarkan dan perhatikan tingkah laku Qairul yang menyediakan makanan untuknya. Dah macam terbalik pula. Ni Hanan ke Qairul isteri ni?

Perutnya mula berkompang kuat tatkala bauan semerbak spaghetti Carbonara itu menusuk ke hidungnya. Dengan bacaan bismillah, dia mula makan. Saat mee spaghetti itu mencecah ke lidahnya, macam-macam rasa mula bergabung.

"How taste? Sedap?" Kerusi di tepi Hanan ditarik lalu dia labuh kan duduk.

Bersinar-sinar anak mata Hanan dengan anggukan laju. Sedap!

Sesuap demi sesuap dimasukkan ke dalam mulutnya dengan penuh selera.

Merekah senyuman di bibir Hanan sambil mengangkat tumps up. "Sedap! Pandai juga eh awak masak." Hanan kembali menyuap masuk spaghetti ke dalam mulutnya. Tercetus tawa Qairul apabila gelagat Hanan mencuit hatinya. Nampak riang betul si Hanan dengan makanannya.

Segenap wajah Hanan direnung tanpa henti. Tengah ralit dia merenung Hanan, anak matanya terhenti di hujung bibir Hanan yang kelihatan agak comot. Tergeleng-geleng kepala Qairul melihat. Tangannya naik mengusap hujung bibir Hanan bagi  menghilangkan sisa kotoran itu.

Bagaikan renjatan elektrik. Hanan membeku. Jantungnya berdegup laju tatkala haba dari tangan Qairul  menyentuh hujung bibirnya. Garpu yang digenggam terus terlepas dari tangannya. Irama jantungnya mula berdetak abnormal.

"A...apa awak ni." Hanan menoleh ke tepi. Bahang di pipinya mula menyerbu ke mulanya apabila dia menerima sentuhan tak dijangka oleh Qairul.

Qairul mengalihkan tangan dari menyentuhnya. Mata dipejam sekilas. Entah macam mana dia tak dapat kawal dirinya sebentar tadi. Ekspresi  kosong sengaja dipamerkan seakan tidak terusik.

Qairul memeluk tubuh. "Kau ni harap je dah besar tapi makan sampai comot. Elok lagi budak-budak tadika makan daripada kau." Tersungging senyuman sinis di bibirnya.

Pantas tangan Hanan naik ke tepi bibirnya. Memang benar, rasa creamy di tepi bibirnya tatkala dia usap. Sekali lagi dia terasa malu.

Suasana hening menyelubungi mereka. Hanan menguis-nguis makanan. Seleranya untuk kembali makan mula hilang digantikan rasa segan teramat. Melihat tingkah Hanan seakan tidak selesa itu, Qairul bangun dari duduk.

"Kau makan lah. Aku naik dulu. Jangan lupa tutup lampu kalau dah siap cuci pinggan." Pesan Qairul mendatar. Kakinya berura-ura ingin beredar, namun lengannya tiba-tiba dipaut. Langkahnya tergendala.

Hanan senyum janggal. Kulit kepalanya yang tidak gatal digaru. Matanya meliar memerhati sekeliling ruang tamu dan dapur yang kelihatan suram.

"Awak teman saya sampai habis makan boleh? Saya takut lah." Hanan tersengih tidak bersalah. Seram sejuk terasa ditubuh nya membayangkan Qairul meninggalkan dia bersendirian di sini.

Rumahnya dah lah besar. Selama dia hidup, Hanan tidak pernah jejakkan kaki ke dapur waktu tengah malam. Kalau haus pun, dia akan bekalkan air sebelum tidur.

Memang keperluan wajib sejak dia duduk bersama Qairul. Kalau rumah uminya, aci redah je ke dapur tapi kalau rumah lelaki itu, no! Dia tak boleh!

Mana pernah malam-malam buta dia turun ke dapur! Pernah sekali dia cuba beranikan diri, namun sesampai kaki mencecah ke anak tangga terakhir, dia kembali naik.

Gelap gelita semuanya! Langsung tiada lampu.

Qairul menggeleng kepalanya perlahan. "Penakut juga eh kau ni. Dah besar gajah pun takut lagi."

Hanan menjeling tajam. Mukanya berubah cemberut. "Suka hati saya lah, dah memang saya takut. Nak buat macam mana."

"Ha, melawan! Orang cakap dia melawan balik. Ada juga aku tinggal kau sorang-sorang kat sini. Biar hantu tarik kaki kau bawa keluar dari celah bawah pintu tu." ugut Qairul sengaja mengusik gadis itu dengan  menakut-nakutkan Hanan.

"Awak! Hesy...  Ye lah, saya tak melawan dah." jawab Hanan dengan riak muka tidak puas hati. Sedepa muncungnya ditarik. Rasa macam nak sagat-sagat mulut Qairul yang tak habis-habis menyakitkan hati dia.

Laju dia mengunyah. Takut ditanggalkan oleh Qairul punya pasal. Setelah pinggannya kosong, lantas dia berdiri dan berlari anak mendekati sinki.

Tengah ralit Hanan mencuci pinggan tanpa sedar Qairul sudah berdiri menyandar di dinding bersebelahan suis lampu. Bagaikan ada dua tanduk dikepala. Qairul tersengih jahat.

"Aku tutup ni!"

'Tap!'

"Qairul!"

🌸🌸🌸

     "Hanan, sini temankan aku!"

Saat namanya diseru, pantas Hanan menoleh ke figura itu. Bibir diketap kuat apabila bibir lelaki itu senyum lebar ke arahnya.

Qairul seakan lupa kesalahan yang dia buat semalam sedangkan sampai ke hari ni darah Hananz naik menggelegak mengingati kejadian malam semalam.  Dia bencikan Qairul!

Seharian dia mogok tidak bercakap dengan Qairul. Banyak kali juga Qairul ingin menarik perhatian dia tapi dia butakan mata. Biar lelaki itu rasa terabai!

Ini tak ada angin, ribut tiba-tiba pula mengacau saat dia bersama Qiyadh.

"Tak boleh! Akak cantik ni Ril punya!" Larang Qiyadh sambil menarik-menarik tangan Hanan. Qiyadh menarik muka masamnya.

Mana tak bengang. Tengah ralit mereka main sembunyi-sembunyi, Qairul mengacaunya. Mana tak naik angin budak tu.

"Eh, ni acik punya eh. Tak boleh, tak boleh. Akak cantik ni kena ikut cakap acik juga." Makin menjadi-jadi Qairul menyakat anak kecil itu sehingga tercebik-cebik bibir Qiyadh.

"Mama! Tengok acik ni!" Adu Qiyadh lantang sambil memeluk lengan Hanan erat. Hanan yang hanya memerhatikan lagat dua adik beradik pun mula naik pusing.

Tengok! Yang jadi orang tengahnya dia juga.

"Apa yang bising-bising ni? Dari dalam rumah mama dengar suara Ril ni terjerit-jerit panggil mama. Kamu sakat dia lagi ke?" Tiba-tiba Puan Zainun mencelah dengan membawa pinggan yang dipenuhi pisang goreng ke meja luar.

"Alah ma, dah lama tak sakat budak ni. Lagipun Shad dah lama tak balik. Bukan selalu." Qairul menayangkan sengihan tak bersalah.

"Kamu tu dah besar tapi perangai macam budak-budak. Beralah lah sikit. Nanti tak pasal-pasal adik kamu tu menangis." Lincah tengah Puan Zainun menuang air teh panas ke dalam cawan kaca sambil membebel kecil.

Hanan menahan bibirnya dari tersenyum tatkala Qairul dibebel. Tengok lah tu, bukan main masam mukanya apabila ditegur oleh Puan Zainun. Tiba-tiba anak mata Qairul beralih ke arahnya. Mata mereka bertembung untuk seketika sebelum cepat-cepat Hanan kalihkan ke tempat lain.

"Ikha duduk lah. Mesti penat kan dari tadi tolong mama lepastu Ril pula ajak main." Sampuk Puan Zainun sambil menepuk-nepuk kerusi kosong disebelahnya.

"Eh, tak apa mama. Bukan penat sangat pun. Kalau Ikha duduk diam je bosan juga." Senyum kecil diberikan. Paling sopan dah tu dia tutur.

"Mama dari tadi nampak kamu ke hulur ke hilir berjalan. Mama pula yang rasa penatnya tengok."

Hanan melepaskan tawa kecil. Rasa terhibur pula apabila kedengaran suara Puan Zainun seakan merisaukannya sedangkan dia selalu je buat macam ni. Dari kecil dia telah diajar jadi itu bukan satu kerja yang terlampau memenatkan.

"Ikha okay je lah ma. Tak penat pun. Mama ni jangan risau sangat. Menantu mama ni kan kuat." Jawab Hanan dengan selitkan gurauan.

Tergeleng-geleng kepala Puan Zainun dengan kedegilan Hanan. Sama je macam anak lelakinya. Keras kepala!

"Mama dah ajak kau duduk, duduk je lah. Apa masalahnya?" Hanan laju pandang Qairul yang memeluk tubuh sambil merenung tajam ke arahnya. Bibir Hanan terkatup rapat.

Berkerut-kerut dahi Puan Zainun tidak suka ayat yang meniti di bibir anak lelakinya.

"Saya tak rasa penat lagi. Saya duduk lah kejap lagi. Mama pun tak cakap apa-apa kan. Kan mama kan?" Hanan beralih memandang Puan Zainun yang tiba-tiba diam diantara mereka.

Satu senyuman terukir di bibir wanita itu. "Ye lah, mama tak kesah pun. Menantu mama ni kan degil orangnya."

Tersengih-sengih Hanan apabila dipanggil macam tu walhal terasa malu juga. Nampak sangat ke dia ni degil ? Hahahah...

"Akak... Ril rasa nak pergi tandas lah. Temankan Ril." Tangan Hanan ditarik-tarik. Hanan menunduk ke bawah melihat Qiyadh yang berkerut dahi seakan menahan dirinya daripada terkencing.

Kalut Hanan dibuatnya. "Ye ke? Jom lah akak temankan. Mama, Ikha pergi masuk rumah dulu ye, nak temankan Ril."

"Pergi lah.  Nanti kalau ada apa-apa, panggil je mama."

Hanan mengangguk. Pantas Hanan membawa Qiyadh masuk ke dalam rumah. Suasananya bertukar sepi tatkala suara Hanan dan Qiyadh semakin menghilang di pendengaran mereka. Lama mak dan anak diamkan diri sebelum tiba-tiba Puan Zainun bersuara.

"Shad, mama ada nak cakap. Ni serius."

Terangkat kening sebelah Qairul. Macam pelik je suara mamanya. "Apa ma?"

"Dari tadi mama dengar Shad  panggil Ikha kau-aku. Tadi mama tahan je. Mama tak suka lah Shad panggil Ikha macam tu." Tegur Puan Zainun dengan suara sedikit tegas.

Qairul terdiam seribu bahasa. Air liurnya bagaikan tersekat di kerongkong. Dia mula tak senang  tatkala topik ni dibahaskan. Keluhan lemah dilepaskan.

"Shad dah biasa lah ma."

"Ni mesti sebelum-sebelum ni pun panggil macam tu kan? Ubah Shad. Bagi mama tu panggilan paling kasar. Kalau mama kat tempat Ikha tu, mama terasa tahu tak?"

Qairul mendengus kecil. Agak tidak puas hati sebenarnya. Kedengaran nafas ditarik berat. "Nanti-nantilah Shad practice. Bukan senang nak tukar." balasnya mendatar.

"Dari sekarang lah kena practice. Tak akan Shad nak panggil Ikha dengan gelaran kasar macam tu? Mama tak kira, mama nak Shad panggil Ikha selain daripada kau-aku. Kalau mama dengar lagi sekali, mama tak teragak-agak nak cakap dekat papa." Puan Zainun mengugut serius. Mati terus hasratnya hendak bersuara. Keberaniannya terus pupus. Qairul mengeluh panjang.

Puan Zainun tarik senyum tipis. Faham akan masalah yang membelenggu anak lelakinya, Qairul. Pasti sukar bagi lelaki itu.

"Mama harap Shad dapat tukar lah. Ikha tu isteri Shad, bukan kawan Shad yang boleh panggil sesuka hati." Lembut Puan Zainun menasihati Qairul agar hatinya sedikit tersentuh dan mendengar kata-katanya.

Qairul ketap bibir. Muka mamanya dipandang lama. Qairul menghela nafas panjang. "Ye lah ma. Nanti Shad cuba."

🌸🌸🌸

Sorry lambat update. Mood nak menulis tiba-tiba tak ada. Bulan lepas betul-betul busy. Sekarang baru ada masa itu pun rasa macam fifty fifty je.

Sorry kalau bab ni tak memuaskan hati korang. Sy dh cuba sebaik mungkin :)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top