Bab 31
Keluar sahaja Hanan dari dewan pemeriksaan. Eryn, Ayuni, Mairah, Dee, dan Lisa mula mengorak langkah ke arahnya. Bukan main melebar senyum sambil berpelukan.
"Yeay! Lepas ni tak ada dah berperang dengan buku!" Lisa bersorak riang. Terasa lapang dadanya setelah beberapa bulan berjuang untuk peperiksaan terpenting ni.
Mereka berborak sambil berjalan. Kadang kala Dee sengaja buat lawak jenaka dia tu. Hanan hanya mampu menggeleng dengan kerenah rakan-rakannya.
"Hai korang."
Suara seseorang yang menyapa mereka membuatkan semua berhentikan langkah dan menoleh ke arah figura tersebut.
Harith tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Mata Harith beralih ke arah Hanan lalu diberikan senyuman yang manis.
Hanan yang perasan, membalas kembali senyuman. Matanya beralih ke arah sebelah Harith. Air muka Hanan serta merta berubah tatkala anak matanya beralih ke Qairul yang berdiri di sebelah Harith.
"Congrats korang! Tamat dah SPM kitakan? Apa-apa pun tahniah juga Hanan, " kata-kata Harith membuatkan mereka semua mulai terdiam.
Hanan tersengih cuba menghilangkan rasa tidak selesanya.
"Thank you, tahniah juga buat kau," balas Hanan, tanpa disedari dia diperhati. Dee dan Eryn hanya diam tidak berkutik sahaja, sesekali mereka melihat wajah Qairul yang tampak sedikit berubah.
"Korang lepas ni buat apa?" soal Harith ingin tahu. Cepat-cepat Dee memintas.
"Kau sebuk apahal? Kitaorang nak berpeluk pun terbantut sebab ada kau," kata Dee dengan nada menjengkelkan. Harith tersenyum sinis. Wajah Dee dipandang.
"Ada aku tanya kau?"
Dee memutarkan bebola mata hitamnya ke atas tanda menyampah dengan Harith. Harith memandang ke arah Hanan yang diam terkutik tanpa bersuara.
"Kau lepas ni pergi mana Hanan? Terus balik or lepak dulu?" Harith mengajukan pertanyaan membuatkan lidah Hanan terkelu sebentar.
Hanan mengkalih ke arah Eryn dan Dee, cuba meminta bantuan dari mereka bertiga dengan tatapan simpati, namun mereka hanya menjongketkan bahu. Seketika dikerling ke arah Qairul, wajah lelaki itu langsung tidak beriak. Air liurnya terasa kesat.
"A...aku..."
"Kitaorang lepas ni nak pergi McDonald. Korang nak join ke? Kalau nak join, jom lah pergi sama-sama." Ayuni mula menyampuk. Mata Harith mula bersinar tatkala Ayuni mempelawanya.
"Boleh juga kan Rul? Eiz?" Harith mula bertanya dan mengalihkan wajah memandang Qairul dan Eizhan di sebelah.
"Aku okay je," balas Eizhan mendatar manakala Qairul diam seketika.
Anak matanya tepat merenung Hanan di depannya sehingga gadis itu menunduk. Qairul tarik nafas perlahan. Dia tak tahu kenapa dirinya begini tapi dia tak suka Harith. Bukan dia tak suka Harith sebagai kawannya tapi cara Harith pandang Hanan membuatkan dia terasa tercabar. Lagi-lagi bila gadis itu membalas senyuman Harith sebentar tadi.
"Aku join sekali."
🌸🌸🌸
Kunci motor di sangkut. Tali leher dirungkaikan lalu kakinya terus masuk tanpa pedulikan Hanan dibelakang. Hanan menutup pintu, matanya hanya perhatikan langkah Qairul yang mula naik ke kamarnya.
Wajahnya tampak begitu dingin.
Keluhan halus meniti dibibirnya. Kakinya melangkah ke arah sofa lalu direbahkan dirinya. Sebelum naik ke kamar miliknya, Hanan mahu merehatkan badannya seketika setelah penat seharian berjalan hari ini sehingga lewat petang. Solat Zohor sudah ditunaikan di masjid berdekatan.
Terfikir Hanan sewaktu mereka makan di McDonald, wajah lelaki itu sangat beku. Qairul hanya pandang sahaja dia dengan Harith sehinggakan perasaan tidak senang hadir dalam diri Hanan.
Dia tahu Qairul memang tidak gemar dia rapat dengan Harith. Dia tak tahu kenapa Qairul tak suka dia rapat dengan Harith. Apa salah lelaki itu pun dia tak tahu tapi tindakan Harith sebentar tadi benar-benar membuatkan dia hilang kata-kata. Tergamam dan semuanya lah.
Masih segar dalam ingatannya kejadian di mana Qairul hampir naik angin.
"Hanan ni untuk kau." Harith menghulurkan secawan coffee untuknya. Hanan ragu-ragu untuk mengambil, matanya ada juga mengerling ke arah Qairul yng hanya memerhatikan mereka berdua.
"Kau belanja aku?" Anggukan Harith membuatkan Hanan serba salah. Mahu menolak takut Harith terasa hati akhirnya di sambut juga secawan coffee. Jelas sekali riak gembira terpancar di wajah Harith saat dia menyambut, manakala Qairul di situ sudah memandang cenderung kepada Hanan.
"Oh ya! Lagi satu."
Sejambak bunga dihulurkan ke arah Hanan. Hanan tergamam, riak tidak percaya ditayangkan. Harith menguntumkan senyuman kecil.
Hanan terpaku. Dia betul-betul terkejut tatkala Harith berani mati memberikan bunga kepadanya.
Dah lah depan kawan-kawannya!
"Ni untuk kau. Aku nak cakap sejak kali pertama aku tengok kau, aku sukakan kau. Aku tahu mungkin ni terlalu awal tapi aku tak mampu tipu perasaan aku," kata-kata Harith membuatkan mereka semua terkedu termasuk Qairul yang menyaksikan Harith dan Hanan. Manakala Hanan keras kejung. Wajah Hanan terus berubah pucat lesi.
"Aku tahu semua ni kedengaran mengarut tapi aku tak boleh nafikan perasaan aku. Aku sayangkan kau Hanan," luah Harith dengan bibir mengorak senyum. Jelas terpancar lesung pipit manisnya.
Wajah Qairul amat tegang tika ini. Mata merah Qairul tajam merenung wajah Hanan. Hanan terdiam, perasaan bersalah mula menyerbu dalam dirinya.
"Aku minta diri dulu. Aku terpaksa balik awal." Tanpa pedulikan mereka, terus Qairul keluar dari McDonald. Eizhan juga meminta diri untuk keluar dan berlari mendapatkan lelaki itu.
Dee dan Eryn dipandang. Hanan melepaskan keluhan berat. Wajah Harith dipandang dengan pandangan lembut.
"Aku minta maaf Aku cuma anggap kita ni berkawan. Aku tak pernah anggap kau lebih dari tu. Maaf sekali lagi."
'pap!'
"Kau buat apa kat sini lagi?"
Lamunan Hanan terus mati tentang kejadian tadi apabila suara seseorang menyapa. Hanan terus bangkit tubuhnya dari sofa yang empuk itu.
"Saya tu...tunggu awak." Suara Hanan perlahan.
Qairul diam seketika sebelum dia berura-ura ingin melangkah pergi, namun Hanan pantas menarik lengan Qairul dengan lembut agar lelaki itu berhenti.
Tetapi lain pula jadinya apabila Qairul bertindak menepis tangan Hanan dari memegangnya. Hanan terpanar.
"Aku tak suka kau sentuh aku! Sekarang kau pergi naik bilik. Buat menyemak je." Tanpa disangka kata-kata Qairul telah mencarik hati milik Hanan. Hanan cuba ukirkan senyuman biarpun perit dirasakan sekarang.
Lelaki itu kembali berkasar dengan dia.
"Qai... Saya minta maaf sa..."
"Aku tak nak dengar, baik kau masuk sekarang," tegas sekali amaran diberikan. Kali ini, Qairul terus meninggalkan Hanan yang sudah terluka dengan bicaranya.
Hanan menarik nafas panjang, cuba untuk menenangkan hati yang di terpa perasaan sedih.
Kakinya mula menapak ke arah tangga lalu masuk ke dalam kamarnya. Setelah pintu ditutup, Hanan menekup mukanya menahan tangisan.
Hanan menyandar tubuhnya dibelakang pintu, dirapatkan kedua-dua lututnya ke dada. Pilu hatinya apabila Qairul melayannya dengan dingin.
Mana Qairul yang melayan dia baik selama ni? Dia rindukan gurauan lelaki itu. Dia rindu disakat dengan lelaki itu walaupun kadang kala rasa menyampah dengan Qairul.
Tapi sikap lelaki itu yang berubah serta merta layanan Qairul juga turut berubah.
Petah bicara lelaki itu pun bukan main menyengat ke pangkal hatinya. Pedih!
"Maafkan saya. Silap saya layan Harith. Kalau saya tahu mesti semua ni tak berlaku, kan?"
Air matanya yang mengalir ke pipi dikesat. Dia segera bangkit berdiri dan berjalan ke dalam bilik air untuk membersihkan tubuhnya yang terasa melekit.
🌸🌸🌸
Jam dikerling. Hanan berkerut risau. Angka jam mula menunjukkan pukul 11:00 malam tetapi Qairul masih tidak balik ke rumah membuatkan Hanan di terpa keresahan yang melanda.
Tiga hari berlalu kejadian dimana mereka bergaduh. Kedinginan Qairul masih ada dalam dirinya. Mereka mula buat hal masing-masing seperti diawal perkahwinan mereka, dia bencikan perasaan sekarang. Hanan dapat merasakan kesepian.
Bunyi pintu dan salam membuatkan Hanan menghelakan nafas lega sedikit. Sebanyak hatinya tenang apabila wajah Qairul sudah ada dihadapannya kini.
"Awak pergi mana? Sa--"
"Aku nak tidur, penat. Jangan ganggu aku, faham?"
"Tapi sa--"
"Eh boleh tak kau diam? Sekarang dah pukul berapa? Lain kali tak payah tunggu aku balik, aku masih tahu jalan nak balik ke rumah," kata Qairul kasar sekali. Dijeling wajah Hanan sebelum dia kembali menyambung langkah naik ke biliknya.
"Apa masalah awak sebenarnya?Sampai bila awak nak layan saya macam ni. Besar sangat ke salah saya kat awak." Hanan mula bersuara. Langkah kaki Qairul terus terhenti menapak anak tangganya.
"Kau tu apa masalahnya? Selama ni kau okay je aku keluar lewat macam ni, tak pernah kesah aku pergi mana sekalipun ni, hari ni tiba-tiba asal?" balas Qairul dengan muka memerah. Mukanya kelihatan bengis sekali.
"Saya tanya elok-elok. Awak nak marah saya kenapa? Saya isteri awak, jadi saya ada hak untuk bertanya. Salah ke?" Ha kau, sekali hukum hakam dikeluarkan.
Qairul terdiam. Muka gadis itu mula merah. Bukan malu tapi sebab marah. Dia sangat marahkan lelaki itu.
"Awak tak suka kan saya rapat dengan Harith? Betul tak?" soal Hanan tepat memandang Qairul. Lelaki itu masih begitu. Diam tanpa ingin bersuara.
Nafasnya ditarik panjang. Cuba meredakan rasa marah yang melanda dirinya sebentar tadi.
"Saya minta maaf, kalau awak nak tahu saya tak pernah berniat pun minta Harith ada perasaan dekat saya. Bukan salah saya. Awak tak boleh hukum saya macam ni," kata Hanan dengan suara yang mula mengendur. Ekspresi mukanya mengendur. Muram je.
Qairul masih beriak begitu. Tampak beku dan tiada langsung secalit senyuman. Dingin mengalahkan ais kutub. Terdetik juga rasa kesian dalam hatinya, namun dia keraskan.
"Aku. penat. Tolong lah faham, aku penat Hanan. Jangan tambahkan lagi masalah. Pasal Harith tu aku tak pernah kesah. Kau nak ada hubungan dengan dia ikut kau, atas kau dan aku tak nak ambil peduli," usai berkata Qairul terus kembali menapak tanpa menoleh kembali ke belakang.
Terkatup rapat bibir Hanan. Sejujurnya dia agak terasa dengan kata-kata lelaki itu.
Sekarang baru Hanan yakin. Lelaki itu langsung tiada sekelumit perasaan terhadap dia.
Tengok lah, lelaki itu sendiri jujur dan kau expect apa Hanan? Hanan senyum kelat. Gadis itu hanya memerhati Qairul sehingga kelibatnya hilang dari pandangan mata.
Hanan terus melangkah ke arah meja dapur yang dipenuhi lauk pauk yang tidak terusik. Kata-kata Qairul yang agak menyakitkan kembali menyengat membuatkan perutnya yang terasa lapar mula hilang serta merta.
Nak masukkan makanan ke dalam perutnya pun dah tak lalu.
Hanan memujuk hatinya perlahan supaya tidak terlalu mengambil hati sangat dengan bicara yang keluar dari mulut Qairul sebentar tadi.
Seharian dia menunggu Qairul untuk makan tetapi Qairul melayannya seperti ni membuatkan seleranya terkubur terus. Hanan memasukkan lauk pauk ke dalam peti sejuk.
Kakinya terus naik ke atas dengan penuh perasaan kecewa. Air matanya yang bergenang di pelupuk mata cepat-cepat dia hapuskan.
🌸🌸🌸
Kali ni pendek sikit ye. Kalau sempat esok tak pun hari isnin ni sy update. Stay stunned my all sweety🦋
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top