Bab 29

Mata bulatnya terkebil-kebil melihat siling rumah. Sarat kepalanya memikirkan apa yang terjadi di bawah. Jangan Qairul dan Ziyad bergaduh sudah lah, naya dia nanti.

Badannya mengiring ke kanan. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh badannya. Sekali lagi dia cuba memejamkan matanya tetapi tetap tak boleh!

Telinganya yang cepat-cepat menangkap bunyi tombol pintu dipulas itu, Hanan segera menutup matanya. Takut dia nak hadap wajah Qairul yang bakal menyinga tu.

Dia dapat rasakan Qairul kena marah dengan Ziyad dan dia yakin, pasti dia yang akan kena dengan lelaki itu.

Hanan dapat rasakan sebelah katilnya tenggelam sedikit. Jantungnya mula berdetak laju. Menanti tindakan seterusnya yang bakal Qairul lakukan kepadanya.

Hanan mencelikkan matanya sedikit. Kelihatan Qairul duduk membelakangi dia sambil mencabut jam di pergelangan tangan lalu diletakkan di atas night stand. Lelaki itu mula berura-ura pergi ke bilik air, tidak lupa kain tuala yang tersidai bersebelahan dengan kamar mandi itu dicapai.

Bunyi pancuran air memenuhi kamar mandi. Tahu lah dia bahawa lelaki itu tengah membersihkan badan. Tidak lama kemudian bunyi pintu kamar kembali dibuka. Segera Hanan memejamkan matanya kembali. Tidak mahu lelaki itu berfikir yang dia masih belum tidur.

Dalam beberapa minit, lampu bilik kini bertukar lebih malap. Bilik ini hanya ditemani dengan lampu tidur. Sekali lagi sebelah tilamnya terasa ditenggelami. Hanan masih dengan lakonannya yang berpura-pura tidur.

"Aku minta maaf."

Sepi, tiada balasan. Hanan masih begitu. Telinga ditadah mendengar luahan yang bakal lelaki itu katakan.

"Aku tahu, aku tak patut buat kau macam tu. Aku minta maaf." Lagi sekali ayat itu diulangi.

Tiba-tiba rambutnya yang terjuntai ke depan diselitkan ke belakang telinganya. Sentuhan tiba-tiba itu buatkan jantung Hanan kembali berdegup kencang. Nafasnya terasa tersekat.

"Aku tahu kau tak tidur lagi Hanan."

Automatik matanya terus terbuka luas. Kelihatan wajah Qairul amat dekat dengannya membuatkan Hanan terperanjat lalu terus berundur tanpa menyedari tubuhnya betul-betul dihujung katil.

Qairul lebih laju dapat menangkap. Tangannya laju merangkul ke pinggang Hanan dan ditarik rapat ke arahnya. Tubuh Hanan mengeras.

"Maaf."

Qairul melepaskan pelukan di pinggangnya. Hanan menarik nafas lega. Sekarang baru dia boleh bernafas dengan kadar yang normal. Kalau tidak, sesak dadanya.

Tiba-tiba ada satu tangan memagut dagunya perlahan kemudian naik ke atas. Membulat mata Qairul melihat hidung Hanan yang kemerahan dengan muka membengkak.

"Kenapa muka kau bengkak-bengkak gatal ni?" soal Qairul tepat ke mukanya. Mata lelaki itu laju menilik ke serata wajahnya.

Terasa mukanya membahang sehingga menampakkan tona kulit mukanya yang bertukar warna. Tangan Qairul ditepis perlahan. Tak selesa. Dengan kedudukan mereka yang boleh agak tahan rapat.

"Saya baik-baik je, jangan risau," balas Hanan dengan tolakan lembut.

Hidung kembali ditenyeh tatkala hidungnya mula berair. Qairul mengecilkan anak matanya. Tajam dia merenung wajah sirih bujur itu.

"Kau jangan nak tipu eh, ni simptom alergi. Kau cakap kat aku, kau alergi apa ni sampai macam ni sekali muka kau bengkak," desak Qairul tidak puas hati, selagi dia tidak dapat jawapan jujur dari Hanan.

Kepala yang tidak gatal digaru. Kalau dia bagi tahu Qairul pasti lelaki itu tidak akan membenarkan dia main dengan kucing lagi. Sah kan uminya, walid dan abangnya. Ini kan pula Qairul, manakala Ziyad mungkin dia boleh berunding lagi.

"Alah, nanti awak larang saya kalau saya bagi tahu awak." Perlahan bicaranya dengan muka yang keruh. Qairul helakan nafasnya perlahan. Sabar Qairul.

Kuncinya sabar!

"Demi keselamatan kau juga sebab tu aku larang. Bukan saja-saja. Alergi ni kalau makin teruk boleh membuatkan kau mati tau."

Hanan mencebik menyampah. Tengok lah tu, belum bagi tahu lagi dah larang macam-macam. Belum lagi dia bagi tahu kalau dia alahan dengan kucing. Habis lah lepas ni, tak dapat dia nak pegang bulu mulus gebu tu.

"Alah awak ni. Tak payah lah cakap macam tu. Doakan lah saya sentiasa diberi kesihatan yang baik. Lagipun ini bukan kali pertama." Dengan muka tidak bersalah ditayangkan. Qairul menggeleng kepalanya perlahan.

"Degil!" balas Qairul perlahan tapi dia sempat menangkap.

"Biar lah degil, saya tahu lah awak risaukan saya. Cakap je lah awak sayangkan saya." Cepat-cepat Hanan menekup mulutnya. Arghhh... rasa nak tampar mulut ni!

Boleh dia tersasul pulak dah. Perlahan-lahan dia memandang wajah lelaki itu yang tidak beriak apa-apa. Pandai lelaki itu kawal.

"Sayang? Huh, perasaannya,"

Hanan mengemam bibirnya geram. Ceh, kalau dah risau tu cakap jelah. Sanjung sangat ego tinggi melangit tu! Nak je dia membalas macam tu tapi dia kena sabar.

Nak marah tapi kena sabar!

"Awak nak pergi mana?" soal Hanan apabila melihat Qairul berura-ura ingin bangun dari katil.

"Nak pergi dapur kejap." Qairul terus keluar dari bilik.

Tidak sampai beberapa minit Qairul kembali masuk dengan sepaket ubat dan mug air. Langkah diaturkan ke arah Hanan yang menyandar di kepala katil.

Tangan Qairul laju memicit sebiji ubat lalu dihulurkan kepada Hanan. Gadis itu dengan muka berkerut tetap mengambil ubat tu.

"Ubat apa ni?" soal Hanan sambil belek-belek ubat ditangannya.

Qairul membuat muka bosan. "Alergi, mama pun ada alergik macam kau. Alergik seafood."

Ubat itu Hanan masih belek-belek sebelum masuk ke dalam mulutnya. Air juga diteguk sekilas. Mug diberikan kepada Qairul semula.

Qairul tersenyum puas. "Ha, kan senang makan ubat. Tak payah aku paksa-paksa suruh makan ubat."

Hanan menjulingkan mata ke atas.

Suasana kembali awkward. Sorang pandang siling, sorang lagi cuba pejamkan mata. Mereka berdua lebih selesa diam macam ni sehingga suara Qairul memecahkan keheningan malam mereka.

"A...aku nak minta maaf pasal tadi. Aku tak sepatutnya marah kau."

Kelopak matanya dicelik. Wajah Qairul kini ditatap dalam. Hanan mengeluh lemah.

"Bukan salah awak, itu memang hak awak. Saya yang desak awak, saya yang cari penyakit dengan awak," balasnya. Perit untuk ditelan. Dia harus sedar di mana posisinya berada.

"Kalau kau nak tahu Khalisha memang ex-girlfriend aku tapi dah dua tahun berlalu," jawapan dari Qairul membuatkan pergerakan Hanan terhenti.

Terkebil-kebil dia memandang Qairul yang wajah bersahaja tu. Tak marah ke lelaki itu? Hanan berura-ura ingin bersuara.

"Saya..."

"Tidur Hanan, kau kena rehat. Lusa baru kau boleh pergi sekolah. Esok kita kemas-kemas barang, lepastu balik rumah kita," pintas Qairul laju berserta arahan.

Tidak jadi dia mahu bersuara. Hanan hanya mengikut arahan Qairul tanpa membantah.

🌸🌸🌸

Selesai Hanan membeli makanan kakinya melangkah ke arah Dee yang duduk di pondok berdekatan padang.

"Kau nak makan?" Pelawa Hanan sambil menghulurkan sebungkus roti tetapi Dee hanya menggeleng perlahan.

"Tak apa lah, aku dah makan tadi. Sekarang ni aku bertugas kat sini." Hanan mengangguk kecil. Ya tak ya juga lagipun Dee pengawas. Apa lah kau ni Hanan.

Dee melabuhkan duduknya disebelah Hanan. Wajah Hanan yang tengah mengunyah roti direnung. Hanan yang sedikit tidak selesa tatkala direnung oleh Dee. Dee pula langsung tidak mengalihkan mata. Hanan segera bersuara.

"Kau kenapa? Ada apa-apa ke?"

Dee menggeleng laju. Selepas itu, satu keluhan lemah dilepaskan. Hanan mula sangsi dengan lagak pelik Dee.

Dee menoleh ke kiri dan ke kanan. Setelah tiada sebarang makhluk di sini terus dia merenung Hanan. Mulutnya ragu-ragu untuk bersuara. Hanan pula terpinga-pinga melihat Dee yang macam panas punggung tu.

"Erkh.. Kau ada apa-apa hubungan dengan Qairul?"

Soalan Dee itu membuatkan Hanan tersentak. Tergamam sebentar dia. Jantungnya mula berdebar semacam.

Dee tahu kah tentang hubungannya dengan Qairul?

"Erkh aku... aku..."

"Semalam aku nampak kau membonceng motor dengan Qairul. Kau dengan Qairul ada apa-apa hubungan?"

Hanan terkelu. Tak tahu pulak Dee memerhatikan mereka. Semalam dia dah tegah Qairul jangan mengambilnya kerana budak sekolah masih belum balik sepenuhnya tetapi Qairul enggan juga. Katanya risau jika perkara yang sama berlaku lagi.

Hanan memejamkan matanya. Rasanya tak salah dia bagi tahu Dee tentang dia dengan Qairul kan? Tetapi Hanan takut jika rahsianya dengan Qairul tersebar. Ahhh kacau jiwa betul!

"Hanan?"

Bibirnya diketap perlahan. Keluhan akhirnya dilepas dengan berat. Tak gunanya dia nak menipu lagi. Lagipun Dee juga kawannya, apa salahnya kan?

"Kau janji tak akan bagi tahu orang lain?" Wajah Dee di renung. Dee laju mengangguk. Jari kelingkingnya di buat sebagai perjanjian mereka. Hanan menyambut.

"Ya, aku janji," katanya.

Hanan masih ragu-ragu. Susah dia ingin memberitahu Dee tentang hubungannya dengan Qairul.

"Sebenarnya... Qairul suami aku."

"Qairul suami kau?!" soal Dee dengan muka sangat terkejut.

Hanan mengangguk perlahan. Dee memegang kedua-dua bahu Hanan lalu di tarik rapat dengannya. Pandangan Dee menikam wajah Hanan.

"Serius lah?" Riak wajah Dee sukar untuk percaya. I can't believe it!

"Ya, dia suami aku. Hal ni kami rahsia kan, cuma pengetua sekolah je tahu tentang hal kami," balas Hanan.

"Kenapa kau tak bagi tahu aku? Kau tak anggap aku kawan ke?" Jelas sekali Dee kecewa dengan Hanan kerana merahsia tentang hal mereka. Rasa macam Hanan tidak menganggap mereka kawan pulak.

"Tak, bukan Dee. Aku masih baru berkawan dengan kau lagipun aku takut hal ni tersebar. Maafkan aku."

Hanan tak nak Dee menjadi seperti Anna, kecewa dengannya kerana merahsiakan tentang hal ni. Cukup lah dulu dia hampir kehilangan Anna. Dia tak nak Dee juga tinggalkan dia.

Keluhan halus Dee lepaskan.

"Hmm.. aku faham. Sorry lah teremosi tapi lain kali bagi tahu aku tau. Sedih bila kau rahsiakan tentang hal ni."

Hanan tersenyum kecil begitu juga Dee lalu mereka berpelukan. Bersyukur kerana Dee tidak marahkan dia terlalu lama.

"Kau jangan bagi tahu sape-sape tau. Termasuklah Mairah,Lisa dan Ayuni." Berkerut wajah Dee apabila Hanan melarang begitu.

"Tapi kenapa?" soal Dee dengan riak muka ingin tahu.

"Ini permintaan Qairul. Kalau boleh kami pun sama-sama tak nak sesiapa tahu. Bukan apa, kalau benda ni tersebar pasti isu kami jadi hangat di sekolah. Sebenarnya kalau kau nak tahu Eryn dah dapat tahu, itu pun terkantoi dan kami suruh dia rahsiakan." Membuntang mata Dee saat Eryn juga tahu tentang Hanan dan Qairul.

"Ha? Eryn dah tahu?! Macam mana boleh tahu?" Suara Dee jelas terkejut. Hanan melepaskan nafasnya dengan perlahan.

"Hari tu Eryn ajak teman dia pergi ke bilik pengawas. Katanya dia ada hal kejap lepastu dia suruh aku duduk sekejap. Tak lama tu dia minta tolong aku ambil kotak dekat atas almari. Kau pun tahu tinggi aku macam mana kan? Eryn suruh aku minta tolong Qairul tapi masa tu kami ada masalah sikit." Hanan tersengih. Bila teringat balik dia rasa nak gelak pula.

"Lepas dia suruh aku minta tolong Qairul, aku tak sempat nak kata apa-apa dia dah bla. Aku pula dengan keras kepala tak nak minta tolong dia. Aku buat sendiri je. Entah macam mana lah kan kotak tu boleh tergelincir dari tangan terus jatuh tapi aku bernasib baik Qairul sempat bertindak kalau tidak mungkin aku cedera.

Aku mungkin tak tercedera tapi Qairul ya. Aku rasa bersalah sangat dan aku tolong rawat luka dia. Masa tengah bantu dia tu tup-tup Eryn sampai dan masa tu kitaorang tak boleh nak sembunyikan apa dah. Kitaorang jujur je lah." Terang Hanan panjang lebar. Dee mengangguk perlahan, macam tu rupanya.

"Patut lah Eryn macam mengelat kalau aku tanya pasal kau dengan Qairul," kata Dee dengan anggukan kepala perlahan.

"Qairul tak nak hubungan kami disebarkan. Lagipun ramai peminat Qairul kalau dia serang aku macam mana?" Dee tersengih.

Dia tahu hal itu. Boleh dikatakan kebanyakan junior sekolah ni memang meminati Qairul. Qairul pun ada rupa dan sentiasa kelihatan kemas. Lagi-lagi kalau lengan itu dilipat sehingga ke siku, lagi menambahkan mata-mata gatal tengok ada lah.

Walaupun sikapnya tegas dan kelihatan dingin tetapi hampir setiap hari meja Qairul akan dipenuhi dengan sampul surat dan bauan minyak wangi.

Pernah juga Dee nampak Qairul marahkan sorang budak kerana menghantar coklat bunga di bawah mejanya. Siap mengugut lagi. Terus tak jadi budak tu nak mengorat.

Pernah juga satu masa Qairul berjalan dengan Eryn sewaktu pergi ke pejabat Pengawas. Lagipun mereka mempunyai jawatan. Eryn Penolong Ketua Pengawas manakala Qairul Ketua Pengawas. Qairul masa tu bincang dengan Eryn sampai tak sedar mereka diperhatikan.

Ramai yang tidak puas hati dengan Eryn dan Qairul seperti pasangan yang mesra padahal mereka mempunyai kerja sebagai pemimpin. Tiada langsung hubungan antara mereka.

Selesai sahaja perbincangan, Eryn dan Dee pergi ke tandas. Tak semena-mena dia dan Eryn di baling air dalam baldi. Habis basah pakaiannya. Eryn pula masa itu sudah berasap. Dengan geram Eryn terus menulis nama mereka masuk ke dalam tindakan disiplin.

Puas hatinya. Eryn juga memberitahu tentang hal itu kepada Qairul. Qairul apa lagi, berasap lah dia. Itu yang membuatkan Eryn terpaksa menjauhi Qairul. Kalau berbincang pun dalam Bilik Pengawas, kalau di luar mereka buat seperti biasa. Serik dah dia. Cemburu dia sampai naik trauma orangnya!

"Ya tak ya jugak. Dah lah peminat Qairul tu psycho. Takut pulak aku kalau jadi kau," balas Dee sambil membuat muka takut-takut.

"Tahu takpe."

Hanan dan Dee mula terdiam sesama sendiri. Hanan memandang Dee lama.

"Kau jangan bagi tahu sesiapa ya?" Hanan bersuara separa merayu. Dee senyum nipis.

"Aku janji aku akan jaga rahsia ni," balas Dee. Hanan dapat menarik nafas lega.

"Terima kasih Dee." Hanan bersyukur kerana Dee faham keadaannya. Dee mengangguk tidak lama kemudian kedengaran satu suara nyaring yang memanggil mereka.

"Hanan! Dee! Jom masuk kelas. Amboi korang ni nak ponteng ke apa? " Mairah mencekak pinggang ala ala nenek membebel. Hanan dan Dee tersengih. Bercerita bukan main rancak sampai tak sedar waktu rehat telah tamat.

"Ish! Kau ni Mairah. Cuba lah sopan sikit. Tengok ramai yang tengok kau." Kata Ayuni dengan perlahan. Malu pulak dia apabila Mairah selamba memanggil kawannya.

"Diorang rancak borak aku apa lagi panggil lah. Kalau tak panggil diorang kena panggil siapa susah? Kita juga tau."

"Kau tak susah lah. Dia lah yang kena tanggung aduhai.." Lisa menepuk dahinya perlahan. Apa lah ada kawan macam ni.

"Aku tak sanggup nak tengok kawan aku kena rotan dengan guru disiplin sebab ponteng kelas so aku selamatkan kawan aku dari kena tindakan disiplin." Dee, Lisa dan Ayuni menjeling. Syahdu sangat ayatnya. Dee dan Hanan ketawa perlahan. Macam-macam lah mereka ni.

"Dah-dah jom masuk. Kang kena tangkap naya pulak," Dee pantas bersuara mematikan segala pertelingkahan mereka. Mereka berjalan menuju ke kelas bersama.

🌸🌸🌸

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top