Bab 27

      Aroma kuat ubat-ubatan menyucuk masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan Hanan mengerutkan dahi. Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka, namun dia kembali memejamkan mata tatkala cahaya putih itu menyakitkan matanya.

Kali ni dia cuba lagi untuk buka matanya. Hanan mengelipkan matanya berkali-kali sehingga pandangannya mula jelas kelihatan.

Dia kat mana ni?

Semua dikelilingi dinding berwarna putih. Matanya turun memandang pakaiannya yang bertukar warna hijau dan tangan belah kirinya. Mata laju mengikut punca wayar itu sehingga terhenti di drip air. Hanan yakin dia dimasukkan ke dalam hospital.

Hanan cuba mengingati kembali tentang apa yang berlaku. Tiba-tiba Hanan terasa bulu roma dia menegak. Hanan pantas bangun dan memeluk lututnya. Tubuhnya mula menggigil dengan hebat.

Kejadian itu kembali menghantuinya. Bermula dengan dikacau, dipukul, dikejar dan Hanan pantas menggeleng laju. Dia tak boleh teruskan!

Kedua-dua lengannya digosok. Tubuhnya semakin rapat ke belakang. Kedua-dua tangannya menggenggam selimut rapat ke dadanya.

"Ikha?"

Suara garau seseorang membuatkan Hanan tersentak. Hanan dapat rasakan seseorang lelaki mendekatinya lalu pantas dia menjerit.

"Jangan! Jangan dekat!"

Langkah Ziyad terus mati. Wajah ketakutan Hanan diamati betul-betul. Sah! Hanan masih trauma dengan  kejadian tadi.

Ziyad sudah pun tahu tentang Hanan memandangkan Qairul telah menceritakan perkara sebenar. Ziyad sengaja masuk untuk tengok keadaan Hanan memandangkan Qairul turun untuk membeli makanan sekejap.

"Ikha, ni abang Ash ni. Abang tak akan buat apa-apa dekat Ikha." Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Hanan.

Gadis itu tampak begitu takut sekali. Hanan laju menekup telinganya dan menjerit.

"Pergi! Pergi!"

"Jantan tak guna! Pergi lah!"

Tombol pintu laju dibuka. Qairul terus masuk ke dalam dan berjalan mendekati Ziyad yang terpaku bagaikan patung cendana disitu.

"Abang Ash, kenapa ni?" soal Qairul ingin tahu.

Anak mata Qairul kini beralih menatap ke arah Hanan yang menutup kedua-dua belah telinganya sambil lutut yang dirapatkan ke arah  dadanya.

"Hanan. "

"Pergi! Jangan ganggu aku pergi!"

Qairul terus mendekati Hanan dan duduk disisinya. Baru sahaja Hanan ingin melarikan diri, tubuhnya dipeluk kemas.

"Hanan, ni aku Qairul. Suami kau."

Berkali-kali Hanan menolak tubuh Qairul tapi lelaki itu malah  mengetatkan lagi pelukan.

"Hanan, aku ada. Aku ada dengan kau sekarang. Semua lelaki tu dah pergi, Hanan." Pujuk Qairul.

Dapat Qairul rasakan tubuh badan Hanan menggeletar hebat. Hanan akhirnya berhenti menumbuk dada Qairul digantikan dengan suara esak tangis. Teresak-esak dia menangis di dalam pelukan Qairul.

"Qai... saya mimpi lelaki tu nak apa-apakan saya. Saya takut Qai." Bergetar suaranya menyampaikan rasa takut dalam dirinya.

Qairul mengetatkan lagi pelukan sehingga muka gadis itu tersembam ke dadanya. Qairul dapat rasakan bahagian dada bajunya basah.

"Tak, dia tak sempat buat apa-apa. Aku ada dengan kau. Aku dah belasah semua lelaki itu. Jangan takut." perlahan nada suaranya memujuk.

Perasaan aneh yang hadir segera Qairul tepis. Jantungnya mula berdetak kencang dengan posisi kedudukan mereka. Qairul ingin  melonggarkan pelukan tetapi Hanan segera memeluknya erat bagaikan tidak mahu lepas. Air liur diteguk payah.

"Qai... Awak nak pergi mana? Awak nak tinggalkan saya ke? Kalau saya kena macam tadi macam mana? Kalau saya kena rogol dengan lelaki itu macam mana?"

Air matanya mula menitis saat Qairul ingin melepaskan pelukan. Jiwa kacau betul! Qairul lepaskan keluhan lemah. Ziyad yang masih jadi penonton setia dipandang sekejap.

Dia baru sedar yang Ziyad masih ada di dalam bilik ini. Wajah Qairul mula bertukar panas.

"Erghh... Abang Ash keluar dulu lah. Kalau ada apa-apa bagi tahu abang. Abang ada dekat kerusi depan tu."

Ziyad laju meninggalkan Hanan dan Qairul. Kini tinggal mereka berdua. Qairul menepuk belakang Hanan perlahan sekadar memujuk.

"Aku ada lah. Jangan lah risau, aku akan jaga kau," bisik Qairul lembut.

Hanan terdiam, seakan baru tersedar dari mimpi dengan kedudukan mereka berdua terus dia lepaskan pelukan. Wajah Hanan kembali membahang menahan malu.

Qairul tersenyum kelat. Dia menundukkan kepalanya ke bawah. Sekali lagi dia lepaskan keluhan tetapi kali ni terasa begitu berat.

"Maafkan aku sebab lambat ambik kau. Aku tak tahu apa jadi kalau aku lambat selamatkan kau. Aku minta maaf..." kesal Qairul.

Tersentak Hanan apabila Qairul dengan tiba-tiba meminta maaf kepadanya padahal dia yang cari penyakit sendiri. Dia yang menyuruh Qairul ambil dia kat situ. Katanya mudah nak balik.

Hanan pantas menggeleng. "Tak! Salah saya sebab saya degil nak tunggu kat situ. Saya yang buat perangai."

Memang salah dia, selama ni dia tak pernah pun tunggu di situ. Sanggup dia gunakan jalan pintas supaya orang lain tidak nampak hubungannya dengan Qairul.

Selama ni Qairul memang ambil dia dekat kedai 7E tak pun berdekatan tepi jejantas tapi agak lambat lah nak tunggu semua balik.

Kali ni dia betul-betul tak larat. Nak tak nak dia menyuruh Qairul mengambilnya usai habis waktu sekolah. Rela gunakan jalan bus stop sebagai jalan pintas yang orang ramai kurang gunakan.

"Umi dan walid dalam perjalanan ke sini." Qairul kembali bersuara.

Hanan mengangkat kepala dengan muka tidak percaya. Maksudnya umi dan walid dah tahu ke apa yang berlaku kepadanya?

"Tak, umi dan walid tak tahu. Diorang cuma tahu kau dimasukkan ke dalam hospital je." Seakan tahu apa yang berligar dikepala Hanan pantas dia mencelah.

Hanan menghelakan nafas lega. Dadanya ditepuk perlahan sebelum dia sandarkan badannya dikepala katil.

"Tapi mama dah tahu apa yang berlaku dekat kau. Aku bersyukur lelaki tu tak sempat apa-apa kan kau cuma ni..." tepi bibir Hanan yang pecah itu diusap lembut. Matanya dipejam dengan gigi diketap kuat.

"Berani dia sentuh kau. Kalau aku dapat dia memang aku bunuh dia!" kata Qairul dengan penuh amarah yang membuak-buak.

Gadis itu terdiam memerhatikan Qairul yang menahan rasa. Dia hairan kenapa Qairul begitu marah sekali sedangkan lelaki itu bukan cintakan dia.

Tapi tak bermakna lelaki itu tidak risaukan dia, bukan?

Hanan tersenyum nipis. Agak tersentuh dengan kerisauan Qairul terhadapnya.

"Mama cakap apa kat awak?"

Qairul pandang Hanan yang masih menanti jawapan dari bibirnya.

"Mama tak cakap banyak cuma terkejut je. Dia ada juga marahkan aku tapi aku akui memang salah aku dan yeah... tu je lah," kata Qairul seringkas mungkin.

Hanan mencebik bibir. Lelaki itu masih sama. Suka sangat balas malas-malas macam tu.

"Awak..."

"Hurm?"

"Cakap kat Abang Ash saya minta maaf tentang tadi. Saya betul-betul tak sedar apa yang saya buat. Saya tak tahu kenapa tapi saya tak boleh dekat dengan dia."

Qairul mengerutkan dahi. Hairan dengan jawapaan Hanan.

"Kenapa dengan aku kau tak takut pula?"

Diam, gadis itu lebih memilih untuk diam seakan berfikir. Wajah gadis itu kembali muram dengan gelengan kepala.

"Saya tak tahu." Itu sahaja kata putus dari Hanan.

Mereka kembali diam. Tidak lama kemudian tiba-tiba pintu bilik dibuka. Mereka berdua sama-sama mengalihkan mata ke arah muka pintu.

"Umi..."

Puan Suhaida laju berjalan mendekati Hanan di katil. Tubuh Hanan laju didakap dengan air mata yang sedari tadi ditahan. Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaannya bila diberitahu Hanan masuk ke dalam hospital.

Terkebil-kebil Hanan di dalam pelukan. Otaknya tidak sempat untuk mencerna apa-apa tatkala tubuhnya dipeluk kemas. Puan Suhaida meleraikan pelukan mereka. Bergetar bibir Puan Suhaida melihat wajah Hanan yang agak berlainan di matanya.

"Kenapa ni adik jadi macam ni? Pipi tu bengkak sangat ni kenapa?!"

Kini mata Puan Suhaida beralih memandang Qairul yang berdiri di sisinya. Wajah menantunya dipandang ingin tahu.

"Ikha dia hampir ke--"

"Assalamualaikum..."

Mati segala krosa kata apabila Puan Zainun melangkah masuk mendekati mereka semua yang berkumpul di katil Hanan. Puan Zainun memberikan senyuman mesra sambil bersalaman dengan Puan Suhaida.

"Baru sampai?"

Encik Ilzam yang hanya berdiri tegak sedari tadi pantas bersuara.

"Ha'ah, kami baru sampai."

Matanya kini beralih menatap Hanan yang membisu. Wajah gadis itu tampak pucat dan tidak bermaya. Muka gadis itu pun penuh dengan lebam dan kesan dari pukul.

"Ida, aku ada benda nak bincang dengan kau. Biarkan mereka berdua. Shad akan jagakan Ikha." Lengan Puan Suhaida ditarik kejap. Puan Suhaida sedikit berkerut dan memandang wajah Encik Ilzam.

Suaminya hanya menganggukkan kepala. Encik Ilzam memandang Hanan tetapi gadis itu pantas menoleh tempat lain.

Dia dapat rasakan kelainan Hanan. Gadis itu tampak takut.

"Walid keluar dulu. Shad jagakan Ikha untuk walid ya?"

Qairul mengangguk laju. Ahli keluarganya mula keluar dari wad bilik Hanan. Lagi sekali hanya tinggal mereka berdua.

"Walid pandang saya lain macam tadi." Hanan pejamkan mata. Sumpah dia rasa serabut.  Serabut memikirkan tanggapan Puan Suhaida dan Encik Ilzam apabila mereka dapat tahu tentang dirinya.

Macam mana kalau Puan Suhaida dan Encik Ilzam menyalahkan Qairul dengan beranggapan lelaki itu tidak mampu menjaganya dengan baik? Bagaimana pula kalau umi dan walidnya menyuruh dia tinggal bersama dengan mereka dan meninggalkan Qairul di sini?

Tak, dia tak nak.

Dia tak dapat bayangkan dia akan berpisah dengan Qairul. Walaupun lelaki itu masih ada aura dingin tapi dia tetap sayangkan suaminya.

Hanan cintakan Qairul? Dia pun tak tahu apa perasaan dia terhadap Qairul. Dia masih keliru. Apa yang dia rasa sekarang dia tak nak berpisah dengan lelaki itu.

"Saya takut lah diorang salah kan awak." Hanan menundukkan kepala sambil bermain-main dengan jarinya.

"Eh kau ni, yang risaukan aku ni dah kenapa? Dah jangan fikir, aku rasa umi dan walid mesti faham."

"Betul ni?"soal Hanan ingin kepastian. Mata Qairul ditatap dalam mencari kejujuran disebalik anak mata hitam pekatnya.

Qairul tersenyum nipis seraya mengangguk.

"I'm pretty sure."

🌸🌸🌸

     Bayangan tadi kembali menjelma. Saat tubuhnya dipeluk dari arah belakang. Kemudian ditolak ke tanah lalu lelaki itu menindih. Pipinya ditampar dan dengan rakus lehernya menjadi mangsa. Dadanya terasa sempit dengan nafas kasarnya.

"Hanan?"

Meronta-ronta Hanan minta dilepaskan. Tiba-tiba tangannya dipegang kemas. Hanan semakin bertindak agresif.

"Hanan!"

Serta merta mata Hanan terbuka. Wajah pertama yang dia lihat Qairul. Lelaki itu tampak begitu risau sambil memegang pergelangan tangan dia.

Hanan pandang sekeliling. Dia masih di hospital dan tadi dia cuma bermimpi ngeri.

"Kau okay?"

Dada yang berombak kencang tadi berubah tenang. Qairul melepaskan pegangan tangannya. Hanan segera bangun dari perbaringan. Peluh renik dibahagian dahinya dikesat laju.

"Qai saya mimpi l...lelaki tadi. Diorang nak buat sesuatu." Tersekat-sekat Hanan menutur. Tubir matanya yang dipenuhi dengan air bila-bila masa sahaja akan tumpah.

Qairul melabuhkan duduk dihujung katil. Mata Hanan yang berkaca-kaca itu ditatap dalam. Lengan gadis itu ditarik lembut.

"Come here," arahnya.

Tanpa amaran tubuh Hanan ditarik masuk ke dalam pelukannya. Belakang kepala Hanan diusap lembut. Tubuhnya terus mengeras  dengan tindakan Qairul yang mendakapnya. Berkali-kali bahu Hanan ditepuk perlahan seakan ingin menenangkan hatinya.

"Qai."

"Nothing is going to happen to you. Aku ada dengan kau," katanya laju seakan tahu apa yang bermain di kepalanya.

Hanan jeda sekejap. Pelukan Qairul sebanyak membuatkan dia terasa tenang. Bau perfume lelaki itu menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan Hanan turut terbuai.

Buat pertama kalinya dia dekat dengan Qairul seperti ini dan dia sangat selesa.

Pelukan dirungkaikan. Hanan mendongak memandang wajah Qairul di atas.

"Awak temankan saya kan? Awak tak pergi mana-mana kan?" Anak mata Qairul ditatap dengan penuh berharap. Genggaman di lengan lelaki itu juga dipereratkan.

Nafas ditarik lega apabila Qairul menjatuhkan kepala menandakan lelaki itu setuju untuk temankan dia buat masa ni.

"Awak..." panggil Hanan perlahan.

"Yep?"

"Terima kasih," kata Hanan penuh ikhlas.

Tangan Hanan mula melingkari ke pinggang Qairul. Kepalanya yang betul-betul melekat ke dada Qairul dapat dirasakan perasaan gemuruh lelaki itu tapi sekarang dia tak peduli, yang dia rasakan cuma penat.

Matanya mula memberat. Dan Hanan terus lena tanpa ada rasa gundah. Bunyi dengkuran halus buatkan Qairul menunduk memandang wajah Hanan yang dah dibuai mimpi.

"Tidur dah dia ni? Kejap betul."

Perlahan-lahan tubuh Hanan dibaringkan. Selimut ditarik sehingga ke paras dada gadis itu. Rambut Hanan diusap perlahan.

Dia dah dengar semuanya. Puan Zainun cakap mungkin Hanan mengalami trauma. Dia nampak kerisauan yang terpancar di muka Puan Suhaida. Encik Ilzam juga turut risau, namun kedua-dua mentuanya langsung tidak menyalahkan dia, malah diberikan kata-kata semangat untuk dia dan pesanan menjaga Hanan sebaiknya.

Kejadian tadi pun Qairul turut ceritakan. Kesemua mereka terkejut dan panjat syukur. Sekurang-kurangnya Qairul sempat menyelamatkan Hanan.

Kalau tidak, dia tidak tahu nasib Hanan bagaimana.

"Aku akan jaga kau Hanan. Aku akan selalu ada dengan kau." Dahi Hanan dikucup sekilas.

🌸🌸🌸

     Usai Zip ditarik ke atas dia kembali turun dari katil. Tudungnya yang terasa senget kembali diperbetulkan. Bunyi tombol pintu dipulas pantas Hanan menoleh.

"Semua dah siap?" Qairul menapak mendekatinya. Senyuman dilakarkan buat Qairul sambil mengangguk kepala.

"Dah," balas Hanan mendatar.

Muka Hanan yang bertudung manis itu ditatap. Walaupun wajah gadis itu masih tampak pucat tapi masih ada serinya. Beg baju disisi Hanan pantas diambil.

"Jom keluar. Mama dan papa dah tunggu kat bawah dah tu," ajak Qairul.

"Okay..."

Qairul mendahulukan Hanan berjalan di depan. Kemudian baru dia mengekori langkah Hanan dari belakang. Semasa langkah mereka hampir ke tempat kaunter, pantas Qairul menarik lembut bahu Hanan. Langkah mereka terus berhenti.

"Kau duduk lah kat kerusi ni dulu. Aku nak bayar bil kejap. Nanti aku datang sini, kau okay kan?"

Senyuman ditarik ke bibir. Lagi sekali Hanan menjatuhkan kepala.

"Okay, saya tunggu sini," usai Hanan berjaga Qairul meletakkan beg pakaian Hanan disebelahnya lalu dia terus berjalan ke arah kaunter dan kini dia ditinggalkan keseorangan.

Dalam beberapa minit menunggu kedatangan Qairul tetap tiada bayang lelaki itu. Hanan menutup mulut apabila mulutnya mula menguap. Terasa bosan pun ada.

"Hanan?"

Matanya terus segar tatkala namanya disebut. Hanan mengangkat wajah untuk melihat siapa gerangan yang menegurnya. Senyumannya terus mekar membalas senyuman gadis di depannya.

"Eh, Khalisha!" Teruja Hanan menyapa Khalisha. Semakin melebar senyum di bibir Khalisha.

"Tak sangka kita jumpa kat sini. Awak masuk hospital ke?" Mata Khalisha sempat menjeling beg pakaian di sisi Hanan.

"Owh... Ha'ah. Hari ni baru dapat keluar. Awak pula buat apa kat sini?" Wajah Khalisha dipandang ingin tahu.

Senyuman di bibir Khalisha mula pudar, namun gadis itu sempat mengawal riak mukanya. Senyum nipis ditarik ke bibir.

"Saya ada oppointment dengan doktor. Sekarang ni awak balik dengan siapa? Ada tak orang nak hantarkan awak ni?" tanya Khalisha prihatin.

Hanan mengangguk perlahan sebagai jawapan. Tangan Khalisha di tarik untuk duduk disebelahnya. Gadis itu hanya akur duduk disebelah Hanan.

"Dah lama kita tak berjumpa kan. Yang last pun hari tu je kita jumpa tapi tak silap saya lah kan, saya pernah bagi awak number saya kan?" Khalisha mula membuka topik itu.

Berkerut-kerut dahi Hanan cuba mengingati. Tiba-tiba dia kembali teringat punca pergaduhan dia dengan Qairul hanya disebabkan number gadis itu. Air liurnya ditelan kesat.

"Ya, saya ada cuma saya tak chat lagi," bohong Hanan. Air muka sebaik mungkin dia kawal supaya Khalisha tidak perasan dengan perubahan riak wajahnya.

"Nanti awak chat lah saya. Atau awak tak sudi berkawan dengan saya?" Khalisha bersuara lirih

"Eh mana ada lah. Saya cuma lupa lah." Hanan buat-buat ketawa. Khalisha yang berwajah muram sebentar tadi terus tersenyum sikit. Kedua-dua tangan Hanan digenggam erat.

"Terima kasih, jangan lupa tau." Kedua-dua tangan Hanan digoncang tanda teruja. Wajah gadis itu tampak ceria sekali.

Hanan buntu, rasa kesian dengan Khalisha tapi dalam pada waktu yang sama dia risau kalau-kalau Qairul muncul sekarang. Sudah lah kalau dia sebut nama Khalisha di depan Qairul bukan main anti ini kalau jumpa mesti mereka bergaduh lagi.

"Hanan aku dah--"

Ayatnya tidak sempat dihabiskan. Air muka Qairul terus berubah apabila kedua-dua mata gadis itu mengalihkan pandangan ke arahnya. Paling ketara sekali riak wajah Khalisha. Gadis itu jelas tergamam melihat Qairul di sini.

Pandangan gadis itu beralih ke arah Hanan dan Qairul bersilih-ganti. Manakala Hanan hanya membisu sambil bermain-main dengan jarinya.

"S...shad?" bergetar-getar bibir Khalisha menyebut nama Qairul.

Hanan mengangkat wajah. Dia agak terpana tatkala Khalisha menyebut nama panggilan Qairul itu. Selama ni hanya ahli keluarganya terdekat sahaja memanggil nama Qairul sebegitu.

Tapi kenapa Khalisha? Apa hubungan mereka berdua? Pelbagai soalan bermain di benak fikirannya. Nafasnya terasa sesak.

"Kau buat apa kat sini?" soal Qairul dingin. Wajahnya langsung tiada senyuman macam tadi.

Khalisha seboleh mungkin mengukirkan senyuman. Gadis itu mula berdiri menghadap Qairul.

"Saya ada oppointment dengan doktor hari ni. Saya tak jangka pula jumpa dengan Hanan. Korang ada apa-apa ke?"

Diam.

Wajah Hanan usah cakap lah. Mukanya tampak risau sekali dengan tanggapan Khalisha. Qairul hanya diam tanpa membalas. Mungkin mencari jawapan untuk menjawab soalan cepumas itu.

"Nothing, aku cuma tolong dia bayar bil ni je," jawab Qairul tanpa perasaan.

Hanan terkedu, matanya kembali beralih menatap Qairul. Lelaki itu ralit menatap Khalisha tanpa menyedari dia di sini. Hanan menjatuhkan kepala. Beg pakaiannya digenggam kemas sehingga naik merah tangannya.

Kau harap apa Hanan? Qairul akan mengaku kau isteri dia? Hanan pejamkan mata sekejap. Seboleh mungkin dia menepis rasa kecewa yang kian bertandang.

Rasa sakit itu perlahan-lahan menyelinap masuk sehingga dia buat keputusan untuk beredar. Dia tak sanggup tonton babak dua pasangan ini.

"Saya pergi dulu nanti kita jumpa lagi Khalisha." Sempat dia berikan senyuman kepada Khalisha. Tanpa dengar balasan Qairul, Hanan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

Dari air muka diorang Hanan dapat mengagak mereka pasti ada hubungan sebelum-sebelum ni. Entah kenapa hatinya mula terasa sakit bila teringatkan kejadian tadi.

Hanan menarik nafas panjang. Cuba meredakan rasa sakit yang semakin menjadi-jadi. Dia pun tak tahu kenapa dia ada rasa macam ni terhadap Qairul.

Dia jeles ke?

Hanan menggeleng laju. Tak, dia tak cemburu tapi lebih kepada kecewa bila mata Qairul langsung tak terlepas menatap Khalisha. Dia yang menyaksikan tadi pun terasa seperti tidak wujud.

Hanan fikir selepas dia berlalu pergi Qairul akan mengejarnya, namun hampa. Lelaki itu hanya diam berdiri kaku di situ membiarkan dia berjalan seorang diri.

Hanan tarik senyum hambar. Kau expect apa Hanan? Kau fikir dia akan kejar kau dan explain perkara sebenar?

Matanya yang terasa panas dia pantas menepis laju. Dia tak suka ada perasan macam ni! Setiap kali dia teringatkan peristiwa tadi setiap kali itu lah hatinya bagai dihiris-hiris. Sakit tak berdarah yang dia rasakan.

Jangan berangan Hanan. Sampai bila-bila kau tak akan ada dalam hati Qairul.

Itu yang lelaki itu pernah cakap kepadanya dan sampai sekarang ayat keramat itu masih menghantuinya.

🌸🌸🌸

Sorry for late update. Lately ni busy sikit dengan ujian. Sekali lagi thank you kpda readers yang masih stay dan support sy sejk dulu.

Happy reading my love<3

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top