Bab 25

     Usapan lembut di bahagian rambutnya menyedarkan Hanan dari mimpi. Hanan mencelikkan kelopak matanya lemah. Matanya menangkap susuk tubuh mak tok nya yang duduk disisinya sambil muka berpaling ke arah pintu. Suara mak tok pun kedengaran seperti berborak dengan seseorang.

"Mak tok dok sangka pulok jadi gini. Kalu mak tok cepat takdi mesti Ikha tak pengsan macam ni."

Dahi Hanan berkerut seribu. Dia cuba menghadam kata-kata mak tok sebentar tadi sebelum ingatan Hanan kembali menerjah kejadian yang berlaku sebentar tadi.

"Silap Shad jugak sebab biar dia balik rumah dulu. Shad minta maaf mak tok."

"Dari kecik lagi mak su dok sukakan Ikha. Mak tok tak tahu kenapa dia jadi gitu, apa yang Ikha buat sampai dia jadi gitu pun mak tok dok tahu. Mak tok dok tahu lah kalau jadi ape-ape kat Ikha, kalau dok mungkin mak tok rasa menyesal sangat."

Tiba-tiba dia diterpa rasa sayu. Dia tak ubah macam orang luar yang hanya menyusahkan dalam keluarga ni.

Air matanya perlahan-lahan mengalir turun. Bawah bibirnya digigit lembut menahan esakan dari berbunyi. Tangan wanita separuh abad itu digapai lembut. Mak tok cepat-cepat berpaling ke arah Hanan apabila menyedari sentuhan dari gadis itu.

"Ikha dah bangun?"

Hanan bangun dari berbaring, tanpa banyak bunyi tubuh mak tok didakap erat lalu dihamburkan segala tangisan disitu.

"Mak tok tak boleh salahkan diri. Ni semua berpunca dari Ikha. Ikha minta maaf sebab banyak menyusahkan mak tok," kata Hanan dalam nada bergetar.

"Allah... Ikha jangan cakap macam tu. Mak tok tak pernah rasa macam tu." Belakang tubuh Hanan digosok lembut cuba meredakan tangisan gadis itu.

"Ikha sayang mak tok. Umi,walid dan mak tok je sayang Ikha. Ikha tak ada siapa-siapa lagi." Air matanya kembali mengalir, rasa takut kehilangan ketiga-tiga insan ni. Tanpa mereka mungkin dia tak akan merasa hidup dalam keluarga.

Mak tok tersenyum tawar. Rambut Hanan diusap kasih. "Mak tok pun sayang Ikha jugok. Ikha tetap cucu mak tok sampai bila-bila. Ingat tu."

Hanan mengangguk dalam dakapan. Kehadiran Qairul yang hanya menonton babak tak berbayar mereka berdua itu dia buat tak peduli. Mak tok perlahan-lahan merungkaikan pelukan lalu kedua-dua sisi pipinya dipegang.

Mak tok senyum lebar. "Siapa kabo mak tok, umi dan walid je sayang Ikha? Shad pun sayang Ikha tau, kalau dok sayang takdenya risau macam tu sekali." Mak tok melirik sebelah kiri melalui ekoran mata. Qairul menggosok-gosok belakang tengkuknya dengan senyuman kekok.

Anak mata Hanan turut beralih ke arah Qairul. Tidak lama kemudian Hanan seakan terkedu apabila dia baru teringatkan sesuatu, tangannya laju menyentuh bahagian kepalanya.

Arghhh! Baru perasan dia tanpa berhijab. Dalam diam Hanan mengeluh lemah.

"Ikha nok balik rumah umi dan walid jugok ke esok dengan keadaan macam ni? Pipi tu doh bengkok ngat tengok macam keno pukol pun ade." Soal mak tok dalam nada risau.

Hanan pantas mengangguk.

"Balik, Ikha dah janji dengan umi dah nak balik. Tak apa nanti pandai-pandai lah Ikha bagi alasan."

Kedengaran keluhan halus dilepaskan begitu sahaja oleh mak tok. "Nanti mak tok nok bagi tahu umi kenapa jadi macam ni. Jangan nok menipu Ikha, dok baik buat gitu."

Hanan hela nafas berat.

"Ikha bukan apa mak tok...Ikha tak nak umi dan mak su gaduh. Cukup-cukuplah mak su benci Ikha sebab ni, jangan disebabkan perkara kecik ni mak su bertambah benci dengan Ikha. Jangan bagi tahu umi mak tok," kata Hanan separa rayu sambil menggenggam erat tangan mak tok.

"Mak tok dok boleh nok cakap mende. Kalu Shad izinkan Ikha berahsia semua ni boleh lah tapi kalu dia dok bagi kabo je lah kat umi. Nanti mak tok cuba pujuk dia. Mak tok keluor dulu. Ikha bincang-bincang lah dengan Shad." Mak tok bangun dari duduk lalu berjalan keluar dari bilik meninggalkan mereka berdua. Usai merasakan mak tok sudah menjauh dari kamarnya, Qairul memeluk tubuh sambil menatap Hanan tajam.

"Kau kata apa? Nak berahsia? Jangan harap aku nak bagi Hanan," kata Qairul tegas. Riak muka Hanan mula bertukar suram.

"Awak, tolong lah. Ni untuk kebaikan umi dan walid. Kali ni je saya minta awak setuju dengan saya ye?" Hanan berkata sambil kedua-dua tangannya dicantumkan antara satu sama lain. Wajahnya mula bermain peranan menagih simpati.

"Jangan nak mengada Hanan. Apa kau fikir dengan luka macam tu orang lain expect kau jatuh?"

Hanan mengeluh berat. Nampaknya misi dia untuk meracun fikiran lelaki itu hanya angan-angan sahaja. Terang-terang Qairul tidak setuju dengan cadangannya.

"Lepastu kau kata apa dengan mak tok? Perkara kecik? Kalau perkara kecik takdenye kau pengsan sampai macam tu sekali dengan tepi dahi tampal macam tu. Tu bibir tu dah naik biru aku tengok, tadi takde lah macam ni." Bebel Qairul panjang lebar dengan muka penuh tidak puas hati.

Muka toya ditayangkan. "Banyak juga ye awak bebel kat saya. Tadi masa maktok ada, tak ada pulak awak nak bebel macam ni. Menyampah betul."

"Apa yang menyampah? Tu lah aku ajak teman aku jalan-jalan tadi tak nak! Tengok lah jadi apa. Sakit dapat menyesal pun dapat. Lepas ni nak dapat apa lagi? Tunggu sampai semua  badan kau tu patah riuk pulak?" Ayat berbau perli itu dihamburkan kepada Hanan.

Dahi pelipis dipicit lembut dengan gelengan kepala.

"Dari awak bebel macam ni dekat saya kan baik awak tanya saya ni, okay ke tidak. Tak pun ada sakit mana-mana ke. Awak tak kesian dekat saya ke?"

Qairul menjeling sekilas ke arah Hanan yang mengelipkan mata beberapa kali.

"Yelah-yelah. Ha kau sakit mana. Nak aku picitkan ke?" Soal Qairul setelah melihat tingkah laku Hanan yang beberapa kali picit ditempat yang sama.

Hanan mengangguk laju sambil tersengih. Ha kan senang, tak perlu dia dengar hujah panjang lelaki itu. Habiskan masa dia macam tu je.

"Nak! Cepat lah duduk sini." Hanan menepuk di sisi katilnya. Qairul tanpa banyak bunyi terus berjalan mendekati Hanan lalu melabuhkan duduk.

Bantal di atas kepala dicapai lalu diletakkan ke atas katil dengan selesa. Tidak sempat Hanan ingin merebahkan kepala disitu Qairul cepat menegah.

"Tak payah baring macam tu lah. Susah aku nak picit kepala kau. Ni baring atas riba aku."

Hanan memandang riba Qairul dan katil bersilih-ganti, lantas Hanan  menggelengkan kepala. Tak nak dia baring atas lelaki itu. Tak tahu ke yang dia ni segan?

"Alah, sama je kan. Lagipun saya tak selesa lah." Dalih Hanan dengan alasan yang cukup baik diberikan. Qairul berdecit perlahan.

"Kalau kau baring macam tu lenguh lah aku nak picit kau dengan keadaan membongkok. Kau ni pun satu, lupa ke yang suami kau ni tinggi. Ni mesti makan semut banyak."

Hanan menarik muka. Sakit betul hatinya apabila dikutuk sebegitu sekali. Boleh kata dia ni makan semut. Ni dah melebih ni.

"Yelah-yelah! Saya baring atas riba awak, puas?!" Bantal di atas tilam dicapai agak kasar lalu kepala juga direbah dengan penuh perasaan geram di atas riba Qairul. Berkerut dahi Qairul menahan sakit tatkala diperlakukan sebegitu.

"Kau ni kan tak pasal-pasal kena dengan aku kang. Elok lah tu buat muka monyet macam tu. Kalau lawa tak apa juga."

"Awak ni kalau tak ikhlas baik tak payah picit. Dah lah malas saya melayan awak!" Hanan ingin mengangkat kepalanya dari riba Qairul, namun tangkas tangan lelaki itu memegang sisi kepala Hanan.

"Ye sorry sorry. Aku tak cakap dah macam tu. Baring lah nanti aku picitkan kepala kau, okay?" ujar Qairul lembut dalam nada memujuk. Jari jemarinya perlahan-lahan menari di sisi kepala Hanan.

Mata turut dipejam merasai kesedapan urutan di bahagian kepalanya. Rasa sakit yang menyinggah sebentar tadi seakan beransur hilang sedikit.

"Kan elok cabut tudung macam ni kalau tak hari-hari naik rimas aku tengok kau pakai tudung je setiap masa." Qairul bersuara mencecah suasana sepi antara mereka berdua.

Hanan hanya mendiamkan diri selepas mendengar jawapan itu.

"A...awak nak rimas buat apa? Bukannya awak yang pakai pun." Cepat-cepat Hanan melarikan anak mata dari bertembung mata tajam lelaki itu. Seram!

"Lepas ni tak payah nak segan sangat lah nak tutup-tutup bagai. Aku dah tengok dah, kalau nak tutup pun tak ada guna." Senyum senget ditarik apabila Hanan tarik wajah cemberut. Matanya kini beralih menatap ke tepi bibir Hanan yang kebiruan dan pecah itu.

Keluhan berat dilepaskan. Hanya Allah je yang tahu betapa risaunya dia terhadap Hanan. Semasa kakinya menjejak ke halaman rumah mak tok dari luar lagi kedengaran suara memekak seperti tengah bergaduh dari dalam. Qairul tanpa buang masa terus masuk ke dalam dan matanya menyapa tubuh Hanan yang berbaring lesu di lantai dengan sisi kepala mengalirkan cecair darah.

Niatnya mahu bawa Hanan ke hospital terbantut tatkala mak tok menghalang. Mak tok sendiri yang merawat dan menjaga Hanan, katanya kecelakaan gadis itu tidak lah terlalu mendalam.

Hampir-hampir dia hilang pertimbangan rasa dek kerana Puan Suria. Rasa hormat terhadap wanita itu semakin menipis tatkala Puan Suria beriak selamba seakan tidak bersalah, namun hatinya tetap memujuk untuk terus bersabar.

Yang menjadi tanda tanya kenapa Puan Suria benci sangat dengan Hanan? Takkan disebabkan gadis itu hanya anak angkat je sampai nak buat macam tu sekali. Tak muhasabah langsung!

🌸🌸🌸

     Sun visor ditarik ke bawah lalu cermin yang sedia ada itu dibuka. Hanan membelek-belek muka di hadapan cermin sambil tangan sesekali menempekkan compact powder bagi menutup segala cacat cela di wajahnya. Sengaja dia mengenakan makeup tebal sedangkan dia tak pernah buat semua ni!

Entah kali keberapa Qairul menjeling Hanan di sebelah yang sebuk berseni di wajahnya. Kadangkala terdengar keluhan kecil dibibir gadis itu.

"Dah lah tu Hanan. Kau ni dah macam badut sarkas aku tengok. Kalau kau tutup pun nanti umi kau dapat tahu perkara sebenar lagi dia kecewa. Kau nak ke?" Qairul mula bersuara setelah melihat kegigihan gadis itu untuk menutup segala luka di mukanya. Mata kembali fokus ke lebuh jalan raya.

Pergerakkan tangannya terhenti, Hanan terus memalingkan wajah memandang Qairul dengan lagak tidak puas hati.

"Masalahnya nanti umi dengan mak su gaduh! Awak ni langsung tak faham saya."

Alis kanan Qairul terangkat naik. "Nak faham macam mana? Okay, let me know. Now, tell me why?"

Dengusan kasar dilepaskan. Compact powder ditutup lalu disumbat ke dalam beg tangannya dengan kasar. Badannya berpusing menghadap tingkap cermin sebelah kirinya dengan hati yang panas.

Kepala yang tidak gatal digaru. Betullah apa yang dia tanya. Bukannya dia ada bagi kata-kata kesat pun. Suasana sunyi kembali menyelebungi mereka berdua hanya kedengaran bunyi dari radio sahaja memecahkan suasana kesunyian antara mereka.

Setelah memandu memakan masa dalam 30 minit, akhirnya tiba jua di destinasi. Badannya yang terasa lenguh direnggangkan manakala Hanan disebelah dah resah semacam dengan peluh renik di dahi. Baru je tutup aircond takkan tak sampai seminit dah panas?

"Dah, keluar lah. Ke kau nak bertapa kat sini?"

Hanan menggeleng kepala laju. Mata dihalakan kembali ke muka pintu depan rumah umi dan walidnya.  Kedua-dua insan itu masih menunggu mereka berdua keluar dari perut kereta dengan senyuman manis turut terlakar. Hanan meneguk air liur kesat. Darah gemuruhnya mula mencanak naik.

Perasan akan keresahan yang menyelubungi dalam diri gadis itu Qairul terus menggapai tangan kecil Hanan lalu digenggam. Hanan mendongakkan kepala menatap Qairul.

"Aku ada dengan kau jangan risau. Dah jom keluar. Umi dan walid dah tunggu lama tu," kata Qairul sedikit sebanyak memberi semangat. Hanan menarik nafas dalam. Dengan lemah, dia menganggukkan kepala.

Masing-masing keluar dari perut kereta. Perlahan Qairul mengatur langkah mendekati Puan Suhaida dan Encik Ilzam. Manakala gadis itu hanya membuntuti langkah Qairul dari belakang dengan menundukkan kepala dari menatap Puan Suhaida dan Encil Ilzam.

"Assalamualaikum umi, walid." Qairul memberi salam dengan senyuman terukir di bibir. Tangan Encik Ilzam di salam hormat.

"Waalaikummussalam... Sampai pun kamu berdua. Mari lah masuk, umi kamu ni sampai tak sabar tunggu kamu berdua dari tadi," kata Encik Ilzam sambil menepuk bahu Qairul  mempelawa masuk ke dalam.

"Aik adik, sejak bila pula pandai makeup ni?" Tegur Puan Suhaida setelah mengamati kelainan di wajah Hanan. Matanya tajam memerhatikan segenap wajah Hanan yang agak pelik.

Hanan tersengih kelat. Kepala yang lengkap tersarung tudung itu digaru.

"Baru-baru je umi. Alah biasa lah tu umi, umi ni pun macam tak tahu pula." Ketawa sengaja dibuat-buat bagi menutup rasa gemuruhnya.

"Yeke ni?"

"Erkh..." Hanan kekeringan idea. Entah alasan apa lagi dia mahu kerah.

"Apa kata kita masuk dulu umi. Hanan lenguh ni kaki ni nak duduk. Jom, jom!" Dalih Hanan sengaja mengurut-ngurut belakang betisnya tanda lenguh. Pelukan di lengan Puan Suhaida diperkemaskan lagi lalu ditarik masuk ke dalam rumah.

"Dah lama Ikha tak duduk dalam rumah ni. Rindunya!" ujar Hanan teruja. Matanya tidak lepas memandang isi rumah Puan Suhaida dan Encik Ilzam. Tiada perubahan.

Mereka melabuhkan punggung di sofa. Wajah ceria Hanan ditatap dalam."Rindu rumah je ke? Umi tak rindu?"

Hanan tersengih suka. Kepala dilentokkan ke bahu Puan Suhaida dengan manja.

"Mesti lah rindu. Hari-hari adik rindu tau, lagi-lagi dengan masakkan umi."

Kepala yang terlentok elok dibahunya diusap. Telatah Hanan yang manja itu  telah mengubati rindunya sedikit. Sejak Hanan bergelar isteri ini rumahnya terasa sepi tanpa mulut riuh gadis itu, kalau tidak hari-hari rumahnya terasa bising hanya mulut gadis itu seorang. Ada je mahu bertanya tak pun menyakat.

Walaupun mulut gadis itu agak riuh rendah tapi mereka tetap melayan. Hanan lah penyeri rumahnya setelah Syazryl, anak sulungnya menyambung pelajarannya ke luar negara.

"Kalau macam tu jom lah makan. Umi sediakan lauk pauk dulu dekat dapur. Tunggu nak hidang je. Walid tu kalau dah berborak dah tak ingat dah nak makan. Adik pergi lah panggil Shad dengan walid. Umi nak ke dapur." Arahan Puan Suhaida dituruti. Tangan kanannya diangkat lagak tabik sambil tersenyum lebar.

"Baik, umi!"

Baru sahaja kakinya mahu mengatur langkah tiba-tiba Puan Suhaida memegang lengannya yang berlapik baju kurung. Hanan sedikit berkerut apabila tempat yang dicengkam itu terasa pedih.

"Kenapa lengan adik tu?"

Serta merta wajah Hanan berubah pucat. Rasa takut mula menyelubungi dirinya. Jangan cakap Puan Suhaida perasan dengan lengannya yang berbirat sebentar tadi. Mampus dia!

"M...mana ada, mungkin sebab kesan tindih masa tidur kat kereta kut," kata Hanan sedikit tergagap. Muka dikawal sebaik mungkin. Riak wajah penuh sangsi Puan Suhaida lagi menambahkan rasa cuak dalam dirinya.

Dia memang tak pandai bab-bab menipu ni.

Tangan Puan Suhaida laju menyingkap lengan bajunya ke atas. Terkesima Puan Suhaida apabila lengan Hanan yang putih bersih tanpa cacat cela kini berbirat merah. Semua ni akibat dari perbuatan Puan Suria. Hanan terkedu.

"Astaghfirullah! Macam mana boleh sampai jadi macam ni?! Siapa yang buat adik sampai berbirat macam ni ha?!"

Hanan meneguk air liur kesat. Wajah serius Puan Suhaida mematikan segala akal fikirannya. Niatnya mahu rahsiakan perkara ni tidak berjaya hanya kerana tindakan kurang cerdiknya.

Kau ni pun satu, yang pergi angkat tabik tinggi-tinggi tu dah kenapa. Dah kantoi dengan umi!

"Ni bukan sebab tidur, ni sebab kena pukul. Jangan nak tipu umi adik, Umi tahu beza kena pukul. Cepat, bagi tahu umi siapa yang buat adik macam ni ke Shad dera adik?" Desak Puan Suhaida.

Hanan pantas menggeleng laju. Mana mungkin Qairul menderanya sedangkan lelaki itu tidak pernah sama sekali naikkan tangan apatah lagi pukul walaupun layanan Qairul tersangatlah dingin dengannya.

"Habis tu kalau bukan Shad siapa? Cakap dekat umi Ikha!"

"Mak su!"

Akibat terkejut dengan suara Puan Suhaida yang meninggi dia terlepas kata. Mulutnya ditekup. Ah gawat Hanan!

Air muka Puan Suhaida berubah tatkala nama panggilan adiknya meniti di bibir Hanan. Sampai macam tu sekali Hanan diperlakukan?

Hanan diserang bersalah. Lengan Puan Suhaida dipegang kejap.

"Umi..."

Panggilan Hanan tidak disahut. Tangan Hanan yang memeluk lengannya kejap dirungkaikan. Puan Suhaida terus pergi tanpa sebarang kata. Hanan terpana.

"Kenapa dengan umi tu? Dari tadi walid tengok adik tercegat je kat sini." Suara Encik Ilzam tiba-tiba menjengah. Hanan cepat-cepat menurunkan lengan kain baju kurung dia.

"Adik nak ambil barang kejap. Nanti adik masuk balik," usai berkata Hanan terus melolong keluar tanpa menoleh ke belakang. Air matanya yang hampir tumpah ditahan.

Tiba-tiba bahunya ditarik kebelakang. Hanan terus berpusing menghadap Qairul. Lelaki itu sedikit menunduk merenung wajahnya yang kelihatan mendung.

"Kau ni dah kenapa menangis? Tadi bukan main sakan seronok bercakap dengan umi ni tiba-tiba mesti ada benda berlaku kan?" Qairul seakan dapat menghidu apa yang berlaku sebentar tadi. Dengan mimik muka muram gadis itu pasti ada yang tidak kena.

"Umi dah tahu dah ke?"

Anggukan lemah diberikan. Hanan menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangan. Esakan kecil mula keluar.

"U...umi marah saya... Saya tak nak umi gaduh dengan mak su. Macam mana ni Qai..." Teresak-esak gadis itu memikirkan tentang dua beranak itu bertelingkah hanya kerana dia.

Kening sebelah kanannya digaru. Naik buntu dia mahu memujuk Hanan yang menangis bagaikan anak kecil.

"Wei, Hanan... Jangan lah menangis." Tangan Hanan yang menekup muka gadis itu ditarik. Wajah Hanan yang kemerahan dengan air mata berjurai di pipi ditatap dalam.

"Dah lah tu. Mari masuk, nanti kita sama-sama pujuk umi. Okay?" kata Qairul separa memujuk. Hanan mengesat air matanya dengan hujung lengan bajunya.

"Umi tak suka saya. Nak dengar penjelasan saya pun dia tak nak."

Nafas ditarik dalam. "Takpe, nanti kita sama-sama cakap. Mana tahu hati umi lembut. Tak cuba mana tahu."

"Saya takut lah nak masuk."

Dengusan kasar dilepaskan. Rambutnya yang terjuntai ke depan dikuak ke belakang lalu pinggang dicekak lagak mak tiri.

"Jangan nak buat perangai boleh tak?Umi tu dah lah terasa hati dengan kau sebab kau berahsia. Tu lah aku suruh bagi tahu je tak nak, mengada nak simpan bagai." Ha kan dah kena sedas!

Hanan mengetap bibir. Rasa nak menangis sekali lagi pula kerana dimarah Qairul. Tadi kemain lembut pujuk dia, ni dah macam mak tiri Shrek marahkan dia.

Melihat mimik wajah Hanan yang berubah keruh, Qairul hembuskan nafas lemah. Qairul membongkokkan badannya selaras tinggi gadis itu.

"Kan aku cakap tadi, aku kan ada. Dah jom. Tak payah buat muka tapir tu sangat," kata Qairul dalam nada memujuk tapi dalam waktu yang sama diselitkan ayat gurauan. Sengaja memancing mood marah gadis itu.

Lengan Qairul ditumbuk agak kuat tapi lelaki itu langsung tidak beri sebarang riak. Bibir dicebik menyampah, tahu lah tumbukan dia tu tak terasa dekat lelaki itu.

Lepastu sesedap rasa je Qairul kata dia buat muka tapir. Muka dia lagi lawa lah dari tapir! Hanan menjeling Qairul malas.

🌸🌸🌸

Hi guys! Kali ni saya karang banyak sikit. Dua hari ni boleh dikatakan jadual pack juga tapi takpe... Demi readers tercinta sy, sy sanggup update cehhh...

Btw selamat hari raya!🥰❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top