Bab 24

     Setelah hidangan siap, Hanan segera membawa mangkuk berisikan bihun goreng ke meja makan. Pinggan dan cawan yang sedia ada di susun atur setiap baris kerusi meja makan. Selain dari makanan berat, roti bakar juga turut dihidang kalau-kalau Qairul tidak makan makanan berat waktu pagi sebegini.

Bunyi tepukan kuat dari arah meja makan telah mematikan segala kerjanya. Hanan segera menoleh ke arah gerangan itu dan matanya bertembung dengan anak mata helang gadis itu. Air liur ditelan payah.

"Apa kau dah tak ada rumah ke nak balik? Kenapa sini juga kau nak datang? Suka lah kau kan mak tok sebelah kan kau sampai marahkan mak aku. Dasar kurang kasih sayang." Berdesing telinga Hanan saat mendengar ayat keramat yang meluncur keluar dari bibir Syirah.

Dalam diam Hanan mengeluh. Sakit yang dirasa dalam hati hanya mampu pendam je. Kalau diikutkan rasa sakit hati, dah lama dia membidas kembali dengan ayat-ayat kasar tapi Hanan hanya mampu biarkan.

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

Tanpa mempedulikan kata-kata gadis itu segera Hanan berjalan masuk ke dapur seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kalau dia melayan omongan Syirah boleh dikatakan dia tak ada beza pun dengan gadis itu jadi dia biarkan sahaja. Pandai-pandai lah Syirah faham sendiri bahawa dia tak nak melancarkan perang.

Bahu Hanan ditolak hujung jari Syirah tapi Hanan langsung tidak mengangkat wajahnya.

"Kau buat derk je aku cakap? Eh, kau dengar sini! Kau tu menumpang je tau... menumpang! Kau bukan ada darah pertalian dalam keluarga ni!" Jerkah Syirah kuat di telinganya. Hanan menarik nafas dalam sebelum mengangkat wajah kembali.

"Ya, aku tahu aku bukan asal keluarga ni tapi sekurang-kurangnya hormat lah aku macam tetamu. Tak boleh ke?" Balas Hanan mendatar. Tiba-tiba Syirah menarik muka Hanan dengan mencengkam kedua-dua belah pipinya.

"Nak hormat kau? Aku rasa kau tak layak digelar tetamu, sebab apa? Tak ada angin ribut tiba-tiba muncul je kau menagih kasih dengan mak teh dan mak tok. Kau nak tahu tak sebab apa aku benci sangat dengan kau? Disebabkan kau, mak aku dan mak teh selalu bergaduh. Aku rasa kalau tak wujud kau takdenye adik beradik mak aku gaduh semua ni." Sejurus selepas itu Syirah melepaskan cengkaman dengan kasar.

Hanan mendesis sakit. Terasa ngilu di bahagian tulang pipinya tapi ada yang lebih sakit dari kesakitan yang dialami sekarang.

Kenyataan dari Syirah membuatkan Hanan tergamam. Jadi selama ni mak su membencinya kerana kehadiran dia?

"Tapi aku tak minta pun semua ni berlaku," Suaranya berubah kendur, kata-kata Syirah bagaikan mencarik-carik di dalam hatinya.

"Memang kau tak minta tapi kau yang membuatkan keluarga aku pecah belah! Kau tahu tak, kau hanya anak pungut tau! Entah-entah mak engkau menjalang dengan jantan lain pastu hasil benih haram itu kau yang wujud! Manusia macam mak kau patut duduk dekat tepi lorong je!"

'Pang!'

Telapak tangannya yang terasa sakit dan kebas tidak dihiraukan. Hatinya lebih berkecamuk apabila Syirah dengan mudah bercakap lancang dengannya tanpa ada rasa bersalah pun.

Nafasnya turun naik menahan amarah yang kian membara. "Kau jangan berani cakap macam tu!Mungkin aku masih boleh bersabar kalau kau caci maki aku tapi bukan mak aku. Itu dah melampau namanya!"

Syirah memegang pipinya yang terasa berbahang akibat ditampar. Matanya merah merenung Hanan dengan tatapan tajam. Perasaan marah kian membara dalam dirinya.

"Kau siapa nak tampar aku ha?!" Meja makan itu ditampar sekuat hati. Wajah Hanan dipandang dengan penuh rasa benci.

"Aku siapa? Eh, kau jangan fikir aku diam selama ni kau boleh buat sesuka hati kau je tau. Kau siapa nak cakap mak aku tu perempuan lorong? Kau fikir kau tu hebat sangat ke?!" Jerkah Hanan membuatkan semarak api Syirah semakin membara.

Tak sempat mengelak, Syirah terus menarik sanggul tudung bawal Hanan sehingga kepala gadis itu terdorong ke belakang. Hanan terjerit kecil.

"Biadap lah kau ni! Suka hati kau je tampar aku kan?! Mak ayah aku pun tak pernah naik tangan dengan aku. Kau memang nak kena Ikha!" Sanggul kepala Hanan ditarik kuat mendekatinya. Berkali-kali juga Hanan meraung minta dilepas.

Bukan tu saja, diberikan tamparan di pipi mulus Hanan dengan bertalu-talu sehingga ditepi bibir gadis itu pecah  mengeluarkan cecair merah.

"Kau memang nak rasakan penampar aku kan. Ni akibatnya cari nahas dengan aku!"

"Woi!"

Suara pekikkan seseorang mematikan segala perilakunya. Syirah toleh kebelakang, serta merta matanya membulat. Genggaman pada sanggul Hanan segera dilepaskan.

Hanan juga turut menoleh ke arah gerangan itu. Qairul laju menapak mendekati mereka lalu tangan Hanan ditarik ke belakangnya. Riak bengis lelaki itu juga mula kelihatan.

"Kau nak bunuh isteri aku ke ha?! Selama ni aku tak pernah tau tampar isteri aku ni, kau jangan jadi orang pertama aku tampar kau!" Jerit Qairul seoktaf. Urat dileher lelaki itu turut timbul. Hanan paling ngeri saat ini. Dia pernah lihat Qairul semarah ini tetapi kali ni lagi teruk dia marah!

"Kau ingat dia patung? Boneka kau? Eh, kau dengar sini perempuan! Sekali lagi aku nampak kau pukul isteri aku, berlipat kali ganda aku buat lebih dari tu!"

"Qai, sudah lah tu. " Hanan cuba meredakan kemarahan Qairul tapi lain pula jadinya.

"Apa sudahnya? Kau fikir aku ni boleh bersabar ke orang berperangai kan iblis ni? Tengok je baik tapi hati tu busuk macam bangkai!"

"Qai... sudah!" Lengan Qairul ditarik serta gelengan kepala. Rahang diketap kuat sehingga menghasilkan bunyi.

Jari telunjuk tepat menunding ke muka Syirah. "Kalau aku nampak kau pukul isteri aku lagi aku tak akan teragak-agak pukul kau dengan teruk. Tak kira lah kau cucu mak tok, anak mak su. Kau fikir aku kesah? Silap kau kenal aku perempuan."

Dengan pantas lengan Hanan ditarik mengikut jejak Qairul. Tergopoh-gapah Hanan berjalan menyaingi langkah Qairul. Sesampai sahaja ke bilik segera Qairul mengunci pintu lalu tangannya menyilang menghadap Hanan yang hanya diam tak bersuara.

"Sekarang bagi tahu aku, kenapa dia tampar kau tadi sampai naik bengkak pipi tu dia kerjakan?" Soal Qairul agak keras. Lidahnya terasa kelu tatkala mata merah lelaki itu tajam menikam ke wajahnya. Hanan hanya menunduk tanpa memandang wajah Qairul yang semakin menegang.

Pandangannya jatuh pada Hanan yang kian menunduk. Qairul tarik nafas dalam, cuba mengawal gelodak amarah walaupun tindakan Hanan yang hanya mendiamkan diri membuatkan Qairul tidak berpuas hati.

"Aku bukan nak marah kau ke apa tapi aku geram bila dia buat kau ni macam patung, lepaskan kemarahan macam tu je. Kau pun satu, kenapa diam je? Kau biarkan dia sakitkan kau. Aku tak faham betullah dengan kau ni," kata Qairul dengan menyerabutkan rambutnya sebelum diraup kembali rambutnya yang  keperangan hitam itu ke belakang dengan kasar.

"Awak nak saya buat apa? Dia yang tiba-tiba tarik saya mana lah saya sempat nak mengelak. Awak fikir saya ni tak rasa sakit hati ke bila dia buat macam tu," kata Hanan dengan suara menahan sebal.

"Memang saya yang mulakan, saya mengaku, tapi kalau dia tak cari pasal dengan saya. Saya tak akan tampar dia tanpa sebab," ujar Hanan dengan nada lirih. Hatinya yang sedia rapuh lagi bertambah sakit dengan kata-kata Qairul seakan menyalahkan dirinya.

Ingat dia ni ada kesabaran tinggi ke? Kesabaran tu pun ada had juga. Kalau tidak kerana mak tok dah lama dia pergi dari sini tanpa banyak cakap.

"Sudah lah, saya penat tahu tak. Ikut awak lah nak kata apa pun." Baru sahaja Hanan ingin melangkah ke arah katil pergelangan tangannya dipegang kejap.

Qairul menghela nafas panjang. "Sini aku nak bersihkan darah tepi bibir kau tu."

Jari Hanan pantas naik ke bibir. Bibirnya sedikit berdenyut tatkala jari halusnya menekan tempat luka itu. Hanan menggeleng tak mahu. "Tak apa lah awak, sa..."

"Duduk."

Hanan menjeling sekilas. Kalau dah lelaki ni bagi ayat sepatah macam ni, mahu atau tidak dia perlu patuh juga. Nanti tak pasal-pasal keluar lah kuasa vetonya. Hanan melabuhkan duduk di birai katil sementara menunggu Qairul mencari ubat untuk membersihkan luka tepi bibirnya.

"Sini sikit."

Kapas kecil yang terisi dengan ubat diusap ke tepi bibirnya perlahan. Hanan mengaduh sakit. Setiap kali Qairul usap, setiap kali itu lah terasa berdenyut sehingga Hanan menjauhi muka dari Qairul. Dengusan kecil dilepaskan.

"Kau ni cuba duduk diam-diam." Qairul bersuara menahan geram. Kerja diteruskan lagi sehingga tangan kecil itu tolak menjauhi dari mukanya.

"Awak, biar saya buat sendiri lah."

Qairul berdecit kuat. "Tak payah nak degil boleh tak? Biar aku je buat sendiri."

Hanan mengetap bibir. Muka ditarik masam. Tadi bukan main tegang muka tu nak marah dia, sekarang terlebih prihatin pula yang Hanan rasakan.

Lama mereka berkeadaan begitu sehingga Qairul menarik tangannya menjauhi Hanan. Tiba-tiba Pipi Hanan dipegang sekejap membuatkan Hanan sedikit terperanjat dengan sentuhan pertama kali. Rentak kan jantungnya mula berdetak kencang.

Omy... Jangan lah sekarang!

"Bengkak pipi kau ni. Kuat juga dia tampar kau." Matanya kini beralih ke wajah Hanan yang membahang kemerahan. Jelas penampakan pipi Hanan yang mulai kemerahan, menahan malu barangkali.

Segera dia melepaskan pegangan di pipi Hanan. Gadis itu menjatuhkan kepala memandang lantai. Rasa kekok mula menerpa dalam diri Qairul. Belakang tengkuknya diusap sekejap.

"Erk... kau okay je kan? Ada sakit mana-mana lagi ke?"

Kepalanya yang jatuh sebentar tadi kembali terangkat saat lelaki itu mula menyoal dengan nada risau. Sikap Qairul yang sejak dua menjak berubah menjadi seorang yang ambil berat pasal dia sedikit menjentik hatinya. Rasa terharu dengan keprihatinan lelaki itu terhadap dia.

Bawah bibirnya digigit lembut. Hanan tarik nafas dalam. Dengan sisa keberanian, tangan Qairul yang terletak di riba lelaki itu diraih lembut. Senyuman manis ditarik ke bibir.

"Terima kasih sebab ambil berat pasal saya. Terima kasih juga sebab selamatkan saya," ucap Hanan ikhlas. Tangan Qairul di bawa ke bibirnya lalu diberikan kucupan lembut di situ.

Qairul terpempan. Walaupun ia sudah menjadi kebiasaan dikucup setiap pagi ketika hendak ke sekolah tetapi kali ini jauh berbeza. Jantungnya yang berdetak normal tiba-tiba tidak konsisten. Dadanya terasa sesak!

Hanan menahan malu. Kalau boleh mahu disorokkan pipinya yang merah seperti dipanggang itu. Mereka berdua diam seketika sebelum Qairul mula berdeham mencecahkan suasana.

"Jom lah makan kat luar. Kau tak makan sarapan lagi kan?"

Hanan pantas mengangguk. Senyuman ditarik ceria.

"Boleh... jom!"

🌸🌸🌸

     Syirah mencebik bibirnya, air mata palsunya mengalir ke pipi. Lakonannya kali ni perlu mantap. Biar Hanan rasakan, siapa suruh cari pasal dengan dia?

Kelibat pasangan suami isteri itu menghilang sejak pertelingkahan antara dia dan Hanan. Sarapan pagi yang disediakan oleh Hanan juga tidak terusik. Mungkin sarapan di luar agaknya.

"Mak! Tengok ni Ikha buat apa kat Syirah! Dia tampar Syirah, habis merah pipi Syirah dia kerjakan.  Geramnya!" Jari telunjuk Syirah didekatkan ke pipinya yang merah sedikit, bukannya merah sangat kalau nak dibandingkan dengan Hanan.

Terbuntang biji mata Puan Suria melihat pipi kanan anak dara tunggalnya itu. Kedua-dua tangan Puan Suria memegang pipi Syirah lalu ditelek kejap. Giginya diketap kuat sehingga menghasilkan bunyi. Semarak api kemarahannya sudah mula membuak-buak terhadap Hanan.

"Berani budak tu tampar kau! Mana dia Syirah? Biar mak pulak yang kerjakan dia cukup-cukup!" Seakan gunung berapi bakal meletus sebentar nanti. Syirah tersenyum senget.

Kali ni memang kau kena cukup-cukup Hanan.

"Assalamualaikum..."

Kedua-dua anak beranak itu menoleh ke arah muka pintu. Kelibat Hanan yang masuk ke muka pintu dengan membawa satu plastik makanan ditangan lagi menghidupkan api kemarahan Puan Suria kembali.

Langkah kaki Puan Suria laju menerpa ke arah Hanan. Tidak sempat mengelak, tudung Hanan direntap kebelakang sehingga terlerai tudung gadis itu dari kepala. Plastik makanan di tangan gadis itu juga jatuh ke lantai.

Hanan mengerang kesakitan tatkala rambutnya dicengkam kuat. Wajah bengis Puan Suria ditatap dengan perasaan takut-takut.

"Kau sini! Kau buat apa kat anak aku?! Kau tampar dia?! Ewah kau memang cabar kesabaran aku betul!"  

Wajah Hanan berubah pucat. Anak matanya bertembung dengan anak mata Syirah yang tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.

Hanan mengetap bibir. Pasti gadis itu mengadu dekat Puan Suria kalau tidak, tak adanya Puan Suria marah dia sampai macam ni.

Dengan berani Hanan mengangkat wajah. "Memang Ikha tampar dia! Ikha mengaku Ikha tampar dia tapi dia hina mak dan ayah kandung Ikha. Ikha tak boleh maksu. Lepaskan Ikha maksu!" Rayu Hanan minta dilepaskan, namun Puan Suria hanya pekakkan telinga.

Puan Suria menarik kuat rambut Hanan sehingga terdongak ke atas. Cengkaman tangan di rambutnya menaikkan lagi rasa kesakitan di kulit kepalanya. Rasa macam nak tercabut pun ada kulit kepalanya.

Tangan kecilnya berkali-kali menarik tangan Puan Suria dari menggenggam rambutnya. Riak muka Hanan berkerut kesakitan.

"Mak su! Sakit mak su! Tolong lah mak su! Ikha sakit sangat, lepaskan Ikha!"

Air matanya sudah laju mengalir ke pipi. Sakit dikepala semakin menyengat dirasai. Rasa menyesal pun ada sebab tak ikut Qairul berjalan-jalan di kawasan kampung ni. Silap dia juga siapa suruh malas nak berjalan-jalan sekali punya lah nak cepat-cepat balik ke rumah silap-silap bala nya yang datang.  Kalau dia tahu Puan Suria akan menyerang dia macam ni dah lama dia temankan Qairul meronda di kawasan kampung mak toknya.

Dalam hati Hanan berharap sesiapa sahaja yang boleh tolong dia saat ini.

"Kau ni budak s*al! Selalu bawa bala masuk dalam keluarga aku! Eh, kalau kakak aku tak ambil kau sebagai anak angkat, semua ni tak akan terjadi lah! Kau pembawa malang dalam keluarga ni!" Jerit Puan Suria lantang.

Tak cukup sakit dikepala, hatinya kembali berdarah mendengar kata lancang daripada Puan Suria. Bibirnya tergetar-getar menahan esakkan.

"Kenapa mak su benci Ikha? Apa salah Ikha pada mak su? Salah ke Ikha nak merasa kasih sayang dalam keluarga ni? Ikha tahu Ikha tak layak berada di sini tapi tolong lah mak su. Ikha tak ada sape-sape lagi." Rayu Hanan.

Puan Suria memutarkan bebola mata ke atas dengan riak muka menyampah. Puan Suria semakin menarik rambut Hanan ke bawah  membuatkan Hanan terpaksa memandang wajah bengang Puan Suria.

"Kau nak tahu? Okay aku bagi tahu. Wujud je kau dalam keluarga ini huru hara jadinya." Wajah Hanan yang berjuraian air mata itu tidak diendahkan.

"Aku cuba untuk pujuk kakak aku supaya tak ambik kau. Aku tak kesah kalau kau ni anak yatim piatu atau anak yatim tiada hak penjagaan tapi kau tu anak luar nikah! Buktinya pengurus rumah anak yatim tu sendiri cakap yang dia jumpa kau. Jadi kau expect apa? Kau tu anak haram yang entah ceruk mana datangnya! Aku tak akan benarkan keturunan kau mengalir dalam keturunan aku tapi semuanya berpunca dari kau!"

'Dup!'

Hanan terbungkam. Jantungnya seakan berhenti berdetak tatkala ayat itu dengan mudah meluncur keluar.

Begitu sekali kebencian Puan Suria terhadapnya. Hanan menggeleng perlahan dengan air mata deras mengalir turun ke lekuk pipinya.

Tak! Dia tak akan pernah percaya!

"Mak su tipu kan? Tolong Ikha rayu, betul kan mak su? "Lirih suaranya menahan sebak. Puan Ria mendengus kasar. Sakit di rambut nya bukan seperti sakit dihatinya yang berdarah ini.

'Pang!'

"Kau fikir aku ada masa nak tipu kau?Aku benci tengok muka kau! Kalau boleh aku tak nak tengok muka kau selama-lamanya. Lebih baik kau mati dari pembawa s*al kau tu masuk dalam keluarga aku!"

Terteleng kepala Hanan tatkala pipinya ditampar kuat. Bergetar-getar tangannya menyentuh pipinya yang kembali berdenyut. Sakit ditampar Syirah masih terasa dibibirnya belum pulih. Ditepi bibirnya kembali mengeluarkan cecair merah.

"Ini sebab kau tampar anak aku! Kau fikir kau tu siapa nak sentuh anak aku  ha?!"

Kepala Hanan ditunjal berkali-kali dengan jari Puan Suria. Tak cukup dengan itu, dipukul tubuh Hanan tanpa belas kasihan sehingga terduduk gadis itu. Esak tangisnya mula bergema di depan ruang tamu. Kudratnya untuk melawan seakan hilang.

Dia tak boleh terima kenyataan yang Puan Suria sampaikan dia.

Kekecohan yang berlaku  membuatkan mak tok segera masuk ke dalam rumah. Terkejut bukan kepalang tatkala Hanan dipukul oleh anak dia sendiri.

"Ria! Mu ni nok bunuh budak ni ke?!"

Mak tok berlari mendapatkan Hanan. Teresak-esak gadis itu menangis kesakitan.

Mak tok cuba leraikan pergaduhan antara anak dan cucunya tetapi pegangan Puan Suria ke rambut cucunya menyukarkan untuk dilepaskan.

"Biar je budak bawa malang ni mati dari hidup! Ria dah tak tahan lagi mak! Dia yang buat keluarga kita pecah belah! Biar Ria kerjakan dia cukup-cukup!" Pekiknya. Rasa benci yang setelah lama terbuku akhirnya dilepaskan jua.

"Ria jangan buat macam ni. Kesian kat Ikha. Lepskan Ikha." Sayu mak tok merayu ke Puan Suria.

Syirah yang memerhati babak itu sudah tersenyum senang. Gembiranya apabila Hanan diperlaku sebegitu.

"Mak bela budak ni?! Biar je budak ni mati!"

Dengan tolak kan yang kuat Hanan terjatuh terduduk dengan kepalanya terhentak kuat ke bucu dinding rumah kayu mak toknya. Sisi kepalanya dipegang saat sakit itu mula menyengat. Tiba-tiba dunianya seakan berputar hebat. Telapak tangan diturunkan dari melekap ke sisi kepala. Terbuntang luas biji matanya apabila cecair merah pekat itu melekat ke telapak tangannya.

Darah!

Berbalam-balam pandangan matanya melihat Puan Suria dan mak toknya yang bertikam lidah sebelum dunianya tiba-tiba berubah kelam.

🌸🌸🌸

Banyak betul lah kejutan kali ni HAHAHAH. Patut gayang je Syirah ni sampai cirit😌💔 Maksu ni pun satu haishhh...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top