Bab 22
[ MEDIA : HANAN ZULAIKHA ]
Kerlipan bintang dan simbahan cahaya bulan yang menyinari di dada langit lebih menarik perhatiannya. Kedua-dua kakinya yang telah dicelup ke dalam swimming pool dihayun kan perlahan.
Tiada apa yang menarik pun tentang kehidupannya. Selama 4 bulan dia hidup bergelar sebagai isteri, tiada banyak perubahan yang berlaku.
Layanan Qairul?
Hanan tersenyum hambar saat mengingati layanan lelaki itu selama ini. Nak tak nak je layan dia lepastu masih dengan dinginnya. Mulut Qairul makin lama bukan main berbisa tapi dia dah biasa kena perli dengan lelaki tu. Sudah lali di corong telinganya.
Selama ni pun apa yang dia masak tidak dijamah langsung. Qairul lebih rela membeli makanan di luar dari makan masakkan dia. Buat penat je dia berperang dekat dapur berjam-jam, tetap tak luak juga. Akhirnya, dia masak bila dia betul-betul lapar je. Terpulang atas lelaki itu mahu makan atau tidak.
Bait bicara 4 bulan yang lalu masih terus terngiang-ngiang sehingga ke hari ini membuatkan Hanan takut untuk letak harapan yang tinggi. Mungkin dulu lelaki itu pernah menaruh hati terhadapnya tapi sekarang tidak lagi.
Rasa benci itu yang menguasai jiwa lelaki itu. Hanan tak nak lelaki tu semakin membencinya. Biarkan apa yang lelaki itu mahu buat tapi dia masih tidak lupa tanggungjawab dia sebagai seorang isteri.
Sekarang ni entah di mana Qairul menghilang. Setiap malam je mesti batang hidung lelaki itu tidak kelihatan dan setiap kali tu lah dia ditinggalkan sorang-sorang di rumah. Dah biasa.
"Umi... Ikha rindu umi..." Kalimat ini tidak pernah luntur di bibirnya.
Hanan betul-betul rindukan keluarga belah sana. Sudah lama dia tidak menjenguk keluarga kesayangannya di sana. Khabar pun dia tak tahu macam mana.
Pernah juga dia berbunyi kepada Qairul tapi lelaki itu buat tidak endah dengan alasan dia sebuk. Apa yang sebuk sangat dia pun tak tahu.
Deruan angin malam yang menampar permukaan kulitnya terasa menusuk ke tulang. Pelukan di tubuhnya diperkemaskan lagi dengan harapan kesejukan itu semakin berkurang.
Keheningan malam yang membelenggu dirinya kini seakan mengerti perasaan yang dirasai. Mata dipejam rapat.
Bunyi dehaman kedengaran agak kasar menyedarkan Hanan dari realiti. Kepala dipusing kebelakang lalu memanjangkan leher ke arah perut rumah teres yang dihuninya. Kelibat seseorang pun dia tak nampak. Kosong.
"Badan kau tu dah kebal sangat ke duduk kat luar malam-malam buta ni."
Suara Qairul yang tiba-tiba muncul dari sisi kirinya mengejutkan Hanan. Hampir melatah dia apabila lelaki itu siap mencangkung lagi disebelahnya. Entah berapa lama Qairul duduk di situ perhatikan dia pun tak tahu.
Matanya meliar ke seluruh tubuh lelaki itu. Qairul hanya mengenakan t-shirt hitam dengan seluar jeans berwarna biru gelap. Mimik wajah lelaki itu pun tampak keletihan sekali.
Wajahnya kian menunduk memandang kakinya di dalam air. "Bukan awak kesah pun." Anak matanya kembali terarah ke Qairul dengan dahi berkerut. "Lama dah ke awak duduk macam ni?"
Tiada anggukan mahupun gelengan. Hanya riak bersahaja je dipamerkan. Bahu sengaja dijungkit ke atas.
"Tak tahu tapi lama lah juga aku scan muka buruk kau tu." Wajah masam ditarik mencuka. Wajah Qairul dijeling tajam dengan perasaan geram.
Boleh lelaki itu cakap mukanya buruk yang serba sempurna ni? Bikin hati dia sakit pula malam-malam macam ni.
"Siapa cakap aku tak kesah? Mesti lah aku kesah sebab nanti apa-apa masalah aku yang kena. Kau juga yang menyusahkan aku." Seluar jeans di sinsing hingga separa betisnya. Punggungnya berlabuh di sebelah Hanan dengan kaki dicelup ke dalam air juga.
Hanan menjuihkan bibir. "Saya tak suruh pun awak rasa terbeban dengan saya." Luah Hanan dengan suara mengendur. Mukanya juga kian mendung.
Dia hela nafas panjang. Gadis itu langsung tidak memandangnya sedari tadi. Ada lah tu tak kena. Dia dah hafal gerak geri gadis ini.
"Saya rindu umi." Hanan mengangkat kepala lalu pandangannya tepat dihalakan ke arah Qairul dengan muka penuh berharap. "Kita balik kampung nak?"
Qairul berdecit kasar. "Aku kata kan aku sebuk. Bukan saja-saja aku tak nak pergi." Entah kali ke berapa alasan ini juga diguna pakai.
Itu sahaja alasan yang Qairul beri. Sebuk, sebuk dan sebuk! Sampai bila-bila pun sebuk tu tak habis.
Hanan menjatuhkan kepala sambil bermain jari. Bibir bawahnya digigit lembut. Dia dah agak pasti lelaki itu menolak lagi.
"Awak selalu cakap macam tu. Kalau susah sangat awak hantar je lah saya kat sana lepastu nanti awak ambil lah saya balik." kata Hanan seakan berjauh hati.
Lelaki itu hanya membisu tanpa mengeluarkan sebarang suara. Tiada balasan dari Qairul cukup membuktikan apa yang bermain di fikirannya. Hanan mula berdiri ingin berlalu. Tak betah berlama-lama dengan Qairul di sini.
Lengannya yang dipaut lembut mematikan segala tingkahnya. Tangan kekar yang menggenggam erat lengannya di pandang sekilas sebelum kembali mendongak memandang Qairul dengan riak muka hairan.
Wajah putih bersih Hanan ditatap dalam. Keluhan kecil dilepaskan. "Fine... hujung minggu ni kita balik kampung. Puas?"
Wajah yang kelihatan mendung tadi kembali ceria. Mata Hanan seakan-akan bersinar tatkala Qairul bersetuju untuk balik ke kampungnya bersama. Secara spontan lengan Qairul dipeluk mesra dengan perasaan gembira.
Qairul terkaku. Mulutnya seakan terkunci rapat tatkala lengannya dirangkul kemas. Tubuhnya tiba-tiba mengeras.
"Terima kasih awak!" Ucap Hanan dalam nada ceria. Gadis itu tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Manis sangat.
Buat kali pertama Qairul terkaku melihat Hanan segembira macam ni. Tindakan di luar jangkaan gadis itu mampu membuatkan jantungnya hampir meletup.
Qairul berdeham kecil. Tangan kecil Hanan ditepis. Wajah sengaja dibekukan bagi menghilangkan rasa gemuruh yang tiba-tiba bertandang.
Gadis itu yang seakan sedar dengan tindakan diluar batas itu hanya menunduk. Hanan mengemam bibir perlahan. Dalam hati dah berbakul-bakul makian dirinya yang bertindak bodoh sebentar tadi.
"Jangan nak gatal sangat. Dah, aku mengantuk, aku pergi masuk dulu. Jangan duduk luar lama-lama sangat. Kalau sakit memang aku biar je kau merengkok sampai mampus." usai berkata lantas Qairul bangun dan menapak masuk ke dalam perut rumah teres mereka. Hanan hanya diam tanpa berkutik.
Walaupun kata-kata Qairul bunyi agak kasar sebentar tadi tapi dia langsung tidak terusik dihati. Mata Hanan menghantar kelibat Qairul sehingga betul-betul menghilang.
Setelah merasakan kehadiran lelaki itu sudah tiada, Hanan terus bersorak kecil dengan menepuk kedua-dua belah tangannya. Lagaknya seperti budak-budak baru dapat gula-gula pun ada.
🌸🌸🌸
"Assalamualaikum."
"Ya Allah, cucu mak tok ni doh balik rupanyo." Pipi cucunya dicium bertalu-talu. Hanan hanya memeluk tubuh tua itu lalu di berikan kucupan juga. Rindu dengan mak tok bukan main lagi.
Pelukan dirungkaikan kemudian kedua-dua belah pipi cucunya disentuh lembut. "Makin berseri mak tok kelih mu ni Ikha. Rindu mak tok doh lame dok jupe ."
Hanan tersengih suka. Tangan mak tok yang lekap ke pipinya ditarik bawa ke bibirnya dan dikucup kasih.
"Ikha pun rindu mak tok. Dah lama sangat Ikha tak jumpa mak tok." Tapak tangan wanita tua itu mengusap kepala Hanan yang berlapikkan tudung bawal merah jambu itu.
"Haih... Mak tok dok tau lah kalu ade mak su ni. Kalu dia tahu Ikha ade kat sini mesti dia..."
"Mak tok jangan cakap pasal ni please." Bisik Hanan perlahan. Gelengan kepala diberikan dengan wajah sayu.
Hanan gusar kalau Qairul tahu tentang hubungannya dengan Mak Su Ria. Jarang sekali dia balik ke sini walaupun setengah jam dari rumah umi ke sini. Kalau ada mak su nya, alamatnya bagai huru-hara jadinya. Dia tak nak Qairul tahu konflik antara mereka berdua.
Kelibat Qairul yang menaiki tangga rumah kayunya menarik perhatian mereka berdua. Lelaki itu mengatur langkah mendekati Hanan dengan senyuman ditarik mesra.
"Assalamualaikum mak tok..." Belakang tapak tangan wanita tua itu dikucup hormat. Mak tok tersenyum pulas.
"Waalaikummussalam... Meh lah masuk Shad, Ikha. Mak tok doh buat nasi dagang kat atas. Jom makan sekali. Ikha ajok suami makan, jangan biarkan perut suami tu kosong je."
Hanan mengangguk. Mak tok segera masuk ke dapur semula untuk menyediakan makanan. Qairul berdiri, baru sahaja dia mahu menapak masuk Hanan menegah.
"Kalau awak nak tukar baju then rehat, tu biliknya. Saya nak mandi solat zohor dulu. " Jari telunjuk Hanan dipandang sekilas kemudian matanya terarah ke bilik yang ditunjuk gadis itu.
"Hmm... ye lah. "
Hanan segera melangkah ke arah bilik yang ditujukan sebentar tadi.
Qairul memerhatikan rumah berkayu ini. Pertama kali dia duduk di kampung rumah berkayu begini. Dia pernah duduk di rumah kampung tapi di rumah kampungnya berdindingkan simen dan lantai beralaskan mozek manakala kampung Hanan pula semuanya berkayu. Tak boleh dia bayangkan andai rumahnya begini.
"Mu dua balik rumoh umi bila?" Tersentak Qairul tatkala disoal tiba-tiba. Tangannya mengusap ke belakang tengkuk. Qairul tersengih janggal.
"Kalau diikutkan hari ni tapi tiba-tiba pula dia kata nak tidur kat rumah mak tok, esoknya baru balik rumah umi." Mak tok menyembunyikan senyum. Patut lah awal-awal semalam gadis itu dah cakap siap bertanya lagi kalau-kalau Puan Suria ada atau tidak.
Biasa kalau Puan Suria ingin ke mari pasti telefonnya dahulu tapi minggu ni tiada pula menelefonnya jadi mak tok pun dengan yakin berkata bahawa Puan Suria tidak akan datang ke mari.
Hanan apa lagi siap booking awal-awal lagi. Katanya dah lama sangat dia tak luang masa di rumah mak tok. Itu yang bukan main gembira nak datang ke sini.
"Dari takdi mak tok dok tengok Shad ni toleh sana sini. Dok selesa ke?" Soalan yang diajukan kepadanya pantas menggeleng laju. Padahal memang betul dia tak selesa.
"Tak ada lah mak tok. Saja tengok-tengok." Mak tok mengangguk faham. Seketika mata Qairul jatuh ke tangan mak tok terdapat sebuah kotak besar sederhana.
"Mak tok nak buat apa kotak ni? Biar Shad angkat kotak ni ye?" Baru sahaja Qairul ingin mengambil kotak itu, mak tok menghalang.
"Takpo lah, mak tok nok letok barang Ikha dalam bilik kosong nu. Dok susoh pung."
"Barang Ikha?" Mak tok mengangguk. Senyuman penuh rahsia di tayangkan. Qairul pulak sudah pelik dengan tingkah laku mak tok nya.
"Ha, kalu Shad nok tengok jom duduk depan sana." Segera mereka ke ruang tamu. Mak tok duduk di atas lantai berkayu lalu isi kotak dikeluarkan satu persatu.
Terdapat sebuah album, alat tulis, lukisan, dan permainan. Mak tok mengeluarkan album lalu di berikan kepada Qairul.
Teragak-agak Qairul ingin mengambil. Album yang kelihatan lusuh sedikit itu dipusing-pusingkan.
"Kalu Shad nok tengok, tengok lah. Ni semua gambor Ikha dari kecik sampai lah dia habih kolah. Semua mende pasal Ikha ade dalam ni." Qairul mula bersinar mata. Tentang Ikha? Satu persatu album itu diselak lalu matanya mula menjamah seorang budak kecil membawa sejambak bunga sambil tersenyum. Di selak lagi sekali, budak dalam lingkungan darjah 1 atau 2 sedang membaca buku dan satu gambar seorang budak perempuan masih memakai baju sekolah dengan seorang budak lelaki.
"Tu lah Shad, ingat lagi dok waktu Shad ngan Ikha maen panjat pokok dekat rumoh mak tok?" Qairul mengangguk. Bila terkenangkan masa dulu-dulu, senyumannya mula terukir. Nak tergelak pun ada bila teringat perangai tak semengah sewaktu dia masih mentah.
"Shad ingat, masa tu abang Ash jatuh pokok pastu kak ecah boleh pulak gelak. Start dari situ kitaorang semua tak panjat pokok lagi." Tersenyum Mak Tok mendengar. Tangan cucu mentuanya di ambil lalu digenggam. Qairul sedikit terkejut apabila tangannya di usap perlahan.
Wajah tua itu direnung dalam. Mak tok tersenyum kelat.
"Mak tok harap ke Shad, Shad je tempat dia bergantung. Dia takdok sape-sape. Dari kecik Ikha dok pernah merase kasih sayang hok lengkap. Mak tok tahu selama ni dia doh banyok makang hati," kata Mak Tok menahan sebak. Setiap kali Hanan balik di sini tiap kali tu juga gadis itu menjadi mangsa keadaan.
Ada sahaja anak bongsunya ingin mencaci dan mengherdik Hanan. Banyak kali ditegur tapi tidak diambil peduli. Kesian dengan gadis itu yang selalu diherdik tanpa ada rasa bersalah.
Paling dia tak jangka, hanya disebabkan dia memberi perhatian sepenuhnya terhadap Hanan. Setiap kali itu juga ada saja rasa tidak puas hati. Dengan penuh pengharapan tangan Qairul digenggam.
"Shad, mak tok ni doh tua, berumur doh. Bila-bila masa je Allah leh tarik nyawa mak tok ning. Tunggu masa je. Mak tok doh anggap Ikha macam cucu mak tok sendiri. Boleh dok mak tok minta sesuatu?" Qairul mula berasa tidak sedap hati. Wajah sayu mak tok dipandang dengan jantung berdetak laju.
"Tolong jagakan Ikha. Berikan dia kasih sayang sepenuhnya. Maafkan mak tok sebab mak tok dok mampu wak macam tu, Shad je Mak tok harapkan."
Qairul terpempen. Kata-kata mak tok sebanyak menghimpit dadanya. Lelaki itu kelu lidah tidak dapat berkata-kata.
🌸🌸🌸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top