Bab 20

     Nafasnya cuba diatur. Tudung sarung dilucut dari kepala. Kaca mata bulat nya juga diletak ke night stand bersebelahan katil.

Kedengaran Pintu dipulas, kelang-kabut Hanan memakai kembali tudung yang terletak tidak jauh darinya.

Qairul masuk ke dalam. Beg diletakkan ke tepi almari pakaian. Baju kemeja berwarna biru muda itu ditanggalkan dari tubuhnya lalu dicampak ke dalam bakul bersebelahan dengan almari.

Hanan laju beralih dari menatap Qairul. Air liur ditelan payah.

"A...awak saya nak tanya ni."

Qairul mula menghadap Hanan sambil menyilang tangannya ke dada. Gadis itu masih beralih ke tepi tanpa menatap wajahnya.

"Kau nak apa?"

Di pandang Hanan yang kian menunduk itu. Masih menantikan mulut si gadis itu berbicara. Nasib Qairul memakai singlet putih di dalam, kalau tidak. Mahunya Hanan pengsan melihat tubuh badan kekar Qairul heh...

"Hurmm... Boleh tak saya pergi rumah Eryn? Kitaorang nak buat study group. Boleh kan?" Qairul diam sebentar.

Sebelum di pandang wajah Hanan, dia mengerling jam yang tergantung di atas dinding.

"Pukul berapa?"

"Tak lama pun, pukul empat hingga enam je. Lepas tu saya balik je lah sendiri."

Qairul membetulkan kedudukan badan.

"Balik sendiri? Tak payah, aku boleh ambil kau."

Nak balik sendiri? Huh... boleh percayakan Hanan sorang ni? Sudah lah selok belok di sini masih tidak hafal apatah lagi nak ke rumah mamanya. Nanti sesat siapa susah?

Dia jugak yang kena tanggung!

"Tapi awak, saya okay je lah. Saya boleh pergi dengan balik sendiri. Saya taknak menyusahkan awak, lagi satu saya tak nak rahsia kita terbongkar sekali lagi." Suara Hanan semakin mengendur. Qairul mencerlung tajam.

"Aku boleh hantar dengan ambil kau. Kalau kau sesat lagi menyusahkan aku, aku yang kena marah. Kau tak payah risau lah. Aku akan bawa kereta papa untuk hantar kau."

"Tapi..."

"No excuse! Kalau nak pergi, biar aku hantar dan ambil kau, muktamad."

Suara sengaja ditekankan agak dalam, namun berbau tegas. Kain tuala dicapai, langkah di bawa ke bilik air tanpa menghiraukan alasan gadis itu.

Hanan hanya mengangguk lemah. Kalau jawapannya A maka A lah jawapannya. Hadap lah kau dapat suami keras kepala.

Perlahan-lahan Hanan berbaring di atas katil. Tangan dilekapkan ke atas dahi dengan mata merenung syiling bilik.

Kejadian semalam sewaktu balik persekolahan kembali terjah dalam ingatannya, dia tersenyum tipis.

"Aku dah bagitau Abang Ash. Sekarang ni kau nak tunggu sampai esok ke?" Soalan yang sama kembali diulang.

Hanan mengetap bibir, kepala kembali berpusing menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum mendekatkan diri dengan Qairul, ingin berbisik.

"Saya risau orang perasan. Awak pun tak nak kan perkara sama berlaku macam tadi."

Qairul mendengus kasar. Helmet dalam genggaman dihulurkan agak kasar. Hanan terkulat-kulat merenung helmet.

"Pakai ni, orang tak nampak sangat."

Huluran helmet itu teragak-agak Hanan ingin mengambil. Helmet yang agak besar dari tapak tangannya dipusing-pusingkan.

Sudah lah panas terik. Hanan pula sengaja melambat-lambatkan masa. Kalau diikutkan rasa hati yang menggelegak panas ni dah lama dia cetuskan amarahnya, namun ditahan.

"Aku takde masa lah. Tunggu apa lagi? Pakai lah! Ke kau tak reti pakai?"

Gelengan kepala gadis itu membuatkan Qairul berdecit. Kenapa tak cakap awal-awal? Patut lah Hanan kelihatan terkial-kial sedari tadi.

Helmet di tangan Hanan dirampas kasar. Pengikat helmet di buka. Helmet dipusingkan ke kedudukan kepala dengan betul.

"Sini."

Tanpa banyak bunyi Hanan berjalan mendekati Qairul. Lelaki itu perlahan-lahan memakaikan helmet di kepalanya. Tangan kasar lelaki itu mengikat tali helmet di bawah dagunya sebelum membongkokkan badan merenung wajah Hanan.

"Okay? Ketat dah?"

Anggukan diberikan sebagai jawapan. Dengan berhati-hati dia naik motor superbike lelaki itu.

Dah lah dia ni pendek. Agak susah untuk dia naik sehingga Qairul bersuara.

"Kalau nak naik tu tarik je lah baju aku tu. Diri tu dah lah pendek tu pun tak sedar diri." Pedas lelaki itu melontarkan kata-kata berbau perli.

Hanan mengecilkan mata. Dalam hati dah bermacam-macam merungut dengan kerenah Qairul yang marah mengalahkan orang datang bulan.

Malas mahu mencetuskan pergaduhan, Hanan hanya diam. Baju kemeja bahagian pinggang lelaki itu ditarik kuat sehingga punggungnya betul-betul duduk di atas motosikal dengan keadaan kedua-dua belah kaki mengiring.

Setelah merasakan kedudukan duduknya selesa dia menepuk bahu Qairul perlahan sebagai jawapan.

Buat kali pertama Hanan balik bersama Qairul. Itu pun terpaksa pfftt...

🌸🌸🌸

     Langit yang kelihatan mendung direnung. Hanan masih berdiri menunggu kedatangan Qairul.

Semasa Hanan datang ke sini tiada siapa yang perasan bahawa Qairul yang menghantarnya menggunakan kereta bapa Qairul kalau tidak, jenuh dia menjawab pertanyaan mereka.

Eryn menepuk perlahan bahu Hanan, membuatkan Hanan sedikit terperanjat. Tuition bag yang terletak elok di bahu hampir jatuh segera diangkat balik.

"Haih! Kau ni terkejut aku. Cuba bagi salam ke apa ke ni tidak, tepuk bahu pulak." Hanan merungut, Eryn sudah tertawa lucu melihat Hanan bermuka masam mencuka.

"Ala tepuk sikit pun tak boleh. Ada orang ambil tak kau ni? Lambatnya, dah lah nak hujan ni." Hanan mengangkat bahu tanda tidak tahu, tiba-tiba bunyi hon kedengaran lalu dia mencari datang bunyi itu.

Terlihat kereta Audi RS7 berwarna putih menyusuri di tepi rumah Eryn. Dia kenal kereta itu, milik papa Qairul.

Wajah Eryn sudah berkerut, dia macam tahu itu kereta siapa. Senyuman senget diukirkan. Eryn mula beriak nakal.

Amboi, ambil bini nampak.

Eryn sengaja melagakan bahunya dengan Hanan. Gadis itu mencebik bibir. Tahu lah dia Eryn tengah mengusiknya.

Sejak Eryn dapat tahu tentang hubungan dia dengan Qairul makin menjadi-jadi gadis itu menyakat. Pantang mereka berdua pasti Eryn akan menyakat dia habis-habisan.

Tanggapannya Eryn akan marah kerana merahsiakan perkara ini, namun meleset sama sekali. Memang pada mulanya gadis itu beriak terkejut tapi tidak lama kemudian Eryn boleh terima dengan hati terbuka malah bukan main gadis itu mengusik. Siap bagi ucapan tahniah lagi.

"Kau ni dah kenapa." Bahu Eryn yang tak habis-habis melagakan bahunya ditolak agak kuat.

Eryn tersengih-sengih sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah kereta Audi RS7 yang ter pangking elok.

"Tu suami kesayangan kau ambil. Hmm... Bestnya, pergi study pun kena ambil dengan pujaan hati. Aku ni bila lah lagi."

'Pap!'

Lengan Eryn ditepuk kuat sehingga gadis itu mendesis sakit dengan mata membulat.

Berani Hanan memukulnya?!

"Kau kalau tak mengusik aku tak sah kan."

Warna mukanya berubah merah seperti buah tomato. Malu bila Eryn mengusik begitu.

Makin galak Eryn mentertawakan dia siap menekan perut yang terasa senak. Hanan mengetap giginya, geram.

Ouh, suka eh kau gelakkan aku. Takpe takpe! Ada hari dia balas siap lah kau Eryn.

'Pon!'

"Sudah lah, Qairul dah marah gamaknya sebab kita lama sangat berborak. Kau pergi lah. Jumpa esok Assalamualaikum."

Badan Hanan ditolak lembut. Sisa tawa yang masih tersisa kini digantikan dengan senyuman tidak lekang dari bibir.

Entah kenapa dia berasa gembira dengan hubungan dua pasangan itu. Aura dingin lelaki itu tetap ada tapi dia perasan dengan perubahan Qairul.

Ya, lelaki itu tidak sekasar dahulu. Buktinya tengok lah Qairul terhadap Hanan walaupun agak dingin.

Eryn berharap dengan kehadiran Hanan ini dapat membantu lelaki itu berubah. Dia yakin dengan Hanan.

"Waalaikumussalam."

Tergopoh-gapah Hanan masuk ke dalam kereta itu. Eryn yang melihatnya sudah tergelak lucu manakala di dalam kereta.

"Kau ni kan aku dah ada kat depan buat tak tahu je. Terang-terang aku ada kat depan tak berhenti lagi siap ketawa lagi." Qairul mula membebel manakala Hanan sudah memuncungkan bibirnya.

"Tapi tak payah lah hon. Bukannya saya tak masuk pun kan?"

Hanan buat muka menyampah. Segera di kalih ke luar tingkap, panas pulak hatinya saat ini.

Qairul pulak buat tidak endah, kereta itu segera di pandu. Sesekali Qairul mengerling Hanan yang menghadap tingkap. Merajuk kut.
Agak lama mereka mendiamkan diri, Qairul mula bersuara.

"Aku ingat nak singgah rumah baru ni. Kau okay je kan?"

Sesekali wajah Hanan dikerling sebelum kembali menumpukan pemanduan sepenuh.

Hanan berkerut dahi seribu. Pemandangan di luar tingkap itu tidak lagi menarik perhatiannya. Tubuh gadis itu mengiring menghadap Qairul yang fokus terhadap pemanduan itu.

"Maksud awak? Nak singgah rumah baru kita?" Hanan menyoal ceria. Matanya seakan bersinar tatkala Qairul mengatakan ingin melawat rumah baru mereka.

Ini yang mereka berdua impikan selama ni. Dalam kepalanya terbayang-bayang katil empuk yang akan menjadi miliknya seorang tanpa berkongsi.

Tak perlu lagi dia tidur di lantai keras bilik lelaki itu.

"Tapi sebelum tu aku nak singgah beli barang dapur untuk rumah tu. Mama dah list barang tu dalam kertas. Kau cari lah, aku letak dekat dalam dashboard."

Tangan halus Hanan laju membuka dashboard. List kertas itu ditarik keluar dari dalam dashboard. Kepalanya mengangguk perlahan.

"Saya ikut awak je."

🌸🌸🌸

     Punat ditekan sebelum handbrake ditarik. Qairul mengerling Hanan yang sedang meregangkan badan. Gadis itu menguap kecil.

Mana tak penat. Hampir dua jam dia dan Hanan mengelilingi supermarket. Gadis itu langsung tidak kekok membeli barang dapur seakan sudah terbiasa dengan situasi itu.

Barang-barang basah, Hanan yang uruskan manakala barang kering pula dia yang uruskan. Hanan lebih peka dalam memilih barang basah. Semua itu sudah jadi satu tabiatnya kalau dia pergi ke pasar.

Setiap kali Puan Suhaida mengajak dia pergi ke pasar atau supermarket, Hanan lah orang pertama yang akan mengikut. Dari situ dia belajar untuk memilih barang basah dengan lebih segar dan kelihatan elok.

"Ini ke rumahnya?" Soal Hanan dengan mata tidak lepas menatap rumah teres sederhana besar itu.

Walaupun tidak sebesar rumah ibu mentuanya tapi cukup mengkagumkan. Rumah ini masih tampak mewah di matanya.

"Ye, kau pun jangan lupa angkat barang semua. Apa kau fikir aku sorang je nak angkat lepastu kau jadi mem besar? Dah cepat! Nanti kita balik lewat pula."

Pintu kereta ditarik meninggalkan Hanan yang menjuihkan bibir.

Gadis itu turut keluar berjalan ke bonet belakang kereta. Lelaki itu pula membuka kunci pintu pagar dan code password terletak di pintu rumah dahulu sebelum kembali berjalan ke arah Hanan.

"Dah, kau angkat dua ni. Semua ni biar aku angkat." Arah Qairul.

Tanpa banyak bunyi Hanan mengangkat barang-barang itu masuk ke dalam rumah teres.

Matanya meliar memerhati hasil dekorasi rumah serba mewah di ruang tamu yang bertemakan modern. Terlalu cantik sehingga mampu buatkan dia sedikit terpegun.

Beg tangannya dan plastik di letak atas table top dapur. Tak payah dia susah-susah mencari dapur di mana.. Masuk je rumah tu dia dah nampak dapur. Mudah kan?

Hanan membawa langkah ke peti sejuk bersebelahan dengan sinki. Pintu peti dibuka, hanya ada botol air sejuk je. Selebihnya ruang kosong.

Semua barang basah yang dibeli, dikeluarkan lalu disusun-susun ke tempat yang lebih sesuai. Manakala kelibat Qairul hilang entah ke mana.

Tak silapnya tadi Qairul angkut semua barang kering letak dekat atas table top dapur juga. tengok-tengok hilang dah kelibat lelaki itu.

"Siap dah?"

Suara Qairul yang tiba-tiba menyapa gegendang telinganya segera dia memusingkan kepala. Lelaki itu hanya duduk di kerusi table top dengan menongkat dagu. Hanan langsung tidak perasan kedatangan Qairul, mungkin terlalu kusyuk buat kerja.

"Kejap lah, dari awak tanya macam tu baik awak tolong saya kemas-kemas ni." Rungut Hanan sedikit geram.

Tahu lah dia Qairul nak balik ke rumah memandangkan hari semakin lewat. Esok pula mereka berdua bersekolah.

Hujung minggu ni baru mereka berdua berpindah ke sini. Hanan fikir jauh sangat rumah teres ni dengan sekolah rupanya terlalu dekat. Jadi tak ada masalah lah kalau dia jalan kaki pergi ataupun balik ke sekolah sekalipun.

Qairul berjalan mendekati Hanan. Beg plastik di sebelah gadis itu diambil.

"Barang kering ni biasa letak kat kabinet atas tu tapi kalau kau tak sampai, letak je dekat kabinet bawah table top dapur ni." Kabinet di bawah singki itu diketuk beberapa kali. Hanan mengecilkan mata. Entah kenapa dia rasa macam Qairul memperlekehkan dia.

"Awak nak kata saya pendek lah ni, kan?"

Qairul berdiri tegak dahulu sebelum mengangkat bahu. Beberapa tin diambil lalu diletakkan ke dalam kabinet atas itu.

Bukan ke lelaki itu kata letak di dalam kabinet bawah singki ni ke?

"Kata letak kat bawah?"

"Aku tinggi takpe. Aku letak atas lah." Selamba sahaja Qairul menjawab. Hanan menggigit bawah bibirnya.

"Awak ni sengaja kan?" Hanan merenung Qairul dengan anak mata sengaja dikecilkan.

Qairul menjongketkan kening.

"Aik, dah memang betul. Kau tu dah memang pendek tak akan aku nak kata kau tinggi, nanti kata aku ni perli kau pulak." kata Qairul sambil tangan itu bergerak menyusun beberapa tin di dalam kabinet atas itu.

Melopong mulut Hanan mendengar kenyataan itu. Terherot-herot bibir gadis itu dengan perangai Qairul yang selamba bercakap.

Sabar Hanan, sabar!

"Tak payah nak buat muka buruk macam tu lah. Kalau comel tu takpe lah juga. Ni dah macam tempoyak basi je tengok."

Makin menjadi-jadi pula ayat pedas yang dilemparkan. Hanan mengetap bibirnya, geram. Mata gadis itu tajam merenung Qairul yang beriak biasa tu. Huh...

Menyampah!

Malas nak berdebat dengan lelaki itu dia hanya diamkan diri. Suasana kembali sunyi tanpa sebarang suara.

Qairul juga turut senyap. Dia tak ada topik yang perlu dibincangkan dengan gadis itu, namun tiba-tiba suara Hanan mencecah suasana sepi antara mereka berdua.

"Saya sebenarnya sampai sekarang terfikirkan. Kenapa awak jujur dengan Eryn. Bukan ke awak tak nak sesiapa tahu tentang perkahwinan kita?" Soalan Hanan mencecahkan tembok sepi antara mereka.

Tiba-tiba sahaja topik ini dia mahu membahaskan.

Lagipun dari kejadian itu lagi dia tertanya-tanya kenapa Qairul lebih memilih untuk jujur dari berahsia. Lelaki itu juga yang suruh dia berahsia tentang hubungan mereka berdua, alih-alih lelaki itu yang rungkaikan rahsia antara mereka.

Sampai sekarang rasa ingin tahu itu masih ada.

Gerakan tangan Qairul terhenti. Entah kenapa soalan dari Hanan membuatkan dia terkaku seketika sebelum dia berdehem kecil.

"Aku tak nak keruhkan keadaan. Lagipun Eryn dah nampak apa yang berlaku tak akan aku nak berbohong. Kau fikir aku nak sangat ke bagi tahu dia." ujar Qairul mendatar. Kerjanya yang tertunda diteruskan.

Hanan sedikit menunduk. Entah kenapa dia merasakan apa yang keluar dari bibir lelaki itu berbohong belaka.

Dia tak rasa itu sebabnya.

"Boleh je kalau awak nak rahsiakan. Tak ada sebab pun awak perlu jujur dengan dia." Mengendur suara Hanan saat menutur. Matanya kini beralih menatap Qairul yang berdiri menyimpan barang di kabinet atas itu.

Lelaki itu tidak endahkan dia langsung. Hanan hampa, agak terasa dengan layanan dingin lelaki itu. Tubuh yang duduk di lantai segera dia bangun ingin pergi.

Baru beberapa tapak kaki, suara Qairul mematikan segala langkahnya.

"Aku tak nak nanti Eryn fikir buruk pasal kau. Nanti dia kata kau ni jenis perempuan apa pula kan. Lagipun aku percayakan Eryn. Dia boleh simpan rahsia."

Pintu kabinet itu ditutup sebelum dia melangkah melintasi Hanan yang berdiri tegak. Kunci kereta yang terletak di atas meja ruang tamu dicapai sebelum dia beralih Hanan kembali.

"Jom lah, dah lewat ni. Aku tak ada masa nak layan termenung kau tu." usai berkata, Qairul segera berjalan keluar dari rumah tanpa toleh ke belakang.

Hanan masih berdiri termangu. Otaknya masih mencerna bait-bait ayat yang keluar dari bibir Qairul.

Adakah lelaki itu risau tentangnya?

Bibirnya mula menguntum senyum tipis. Kata-kata Qairul itu telah menjelaskan segalanya. Fikirnya Qairul tidak akan pedulikan apa yang jadi sebaliknya lain pula.

"Hanan! Cepat lah!" Jerkahan Qairul telah membunuh segala lamunan panjangnya.

Cepat-cepat Hanan mengambil beg tangannya di atas table top dapur. Agak tergopoh-gapah Hanan berjalan keluar dengan Senyuman kecil masih tidak lekang ke bibirnya.

🌸🌸🌸

Alahh... Aku pulak yang tersenyum-senyum dah lah hshshsh

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top