Bab 18
Kepala diletakkan di atas lengan belah kirinya sambil mata terpejam rapat. Semasa sesi belajar tadi kelasnya bukan main sunyi, sekarang bukan main rancak berborak.
Macam buat ketuk-ketuk Ramadan pun ada.
Kepenatan semalam masih terasa sampai ke hari ni. Nak kata dia buat kerja berat bukan berat sangat pun.
Kerusi di tempat duduk sebelahnya ditarik sehingga menghasilkan bunyi geseran. Hanan hanya biarkan, Eryn dah balik semula ke kelas kut.
"Hanan!"
Mejanya diketuk perlahan. Dahi Hanan berkerut seribu. Pemilik suara itu tersangat lah asing di telinganya. Tak akan suara Eryn yang lunak tiba-tiba berubah jadi kasar dalam beberapa minit.
Ini bukan suara Eryn!
Hanan mengangkat kepala. Kaca matanya yang senget dibetulkan lalu dia mengecilkan mata memandang gerangan di tepinya.
Sangkanya tadi Eryn dah balik ke kelas selepas dipanggil ke bilik guru, tengok-tengok orang lain yang selamba duduk tempat tu.
Senyuman manis diberikan kepada Hanan. Hanan turut membalas dengan senyuman nipis, nanti kalau tak balas kata sombong pula.
"Ya?"
Harith tersengih kerang busuk. Suka lah tu Hanan menyahut panggilan dia.
Ini lah masa yang sesuai untuk dekat dengan Hanan!
Sudah lama dia menantikan saat-saat ini berlaku. Bukan main lama dia cuba mengumpul semangat semata-mata nak bercakap dengan Hanan.
"Aku nak tanya, petang ni nak tak study sama-sama? Eryn dan Umairah pun ada sekali." Dengan penuh berani Harith bertanya. Harap-harap gadis itu tidak menolak ajakan dia.
Hanan mengetuk di bawah dagu lagat berfikir. Matanya beralih ke muka lelaki itu sebelum menggeleng perlahan.
"Tak boleh lah. Next time kita boleh study lagi? Lagipun aku ada urusan keluarga. Sorry..."
Senyuman Harith mula mengendur. Air muka lelaki itu tampak begitu kecewa selepas Hanan menolak pelawaannya.
Bawah bibir digigit. Serba salah Hanan dibuatnya apabila riak muka Harith tu tersangat lah kecewa.
Muka tu macam kena reject dengan crush pun ada.
"Tak apa lah, lain kali lah pula kalau kitaorang buat study lagi kau kena ikut eh?"
Hanan mengangguk perlahan tanda setuju. Muka lelaki itu mula berubah ceria. Senyuman yang terukir di bibir milik Harith terlihat manis sekali dengan lesung pipit di belah kanan, terserlah kekacakan lelaki itu.
Dalam hati Hanan memuji sikap Harith yang murah senyuman itu. Kalau lah Qairul pun murah senyuman macam lelaki itu, mungkin dua kali ganda dari Harith.
Ha, sudah Hanan!
"Oh! Kau ingat lagi kan nama aku?" Tanya Harith ingin tahu. Mata tu tidak lepas menatap Hanan yang terkebil-kebil memikirkan sesuatu.
Sah! Hanan tak ingat nama dia!
Hanan menggigit bibir. Itu dah memang tabiat kalau dia rasa bersalah sangat. Boleh dia lupa nama lelaki dihadapannya.
Tapi dia memang lupa kalau orang yang baru dia kenali sedangkan dalam kelas ni pun dia cuma kenal kawan-kawan Eryn. Qairul itu pun dia kenal sebab suami dia kan.
Kawan-kawan Qairul langsung dia tak kenal. Nama pun dia tak pernah terdetik nak tahu.
Harith masih dengan senyuman manisnya. Tangannya diletakkan ke dada.
"Macam mana lah kau boleh lupa tapi tak pe lah aku perkenalkan nama aku semula. Aku Harith, aku yakin lepas ni mesti kau ingat dengan muka kacak aku ni kan," kata Harith sambil kening sebelahnya dijongket. Hanan memutarkan bola mata hazelnya, kedengaran tawa Harith meletus.
"Aku gurau je lah!"
Melihat riak wajah Hanan yang berubah membuatkan dia geli hati. Nampak sangat gadis itu meluat bila dia angkat bakul sendiri.
Jam tangan kanan dikerling sebentar. Dia kembali pandang Hanan.
"Kalau macam tu aku pergi dulu lah. Nanti kalau ada masa kita borak-borak lagi tau."
Harith bangun dari tempat duduk Eryn. Sebelum lelaki itu berlalu pergi, lambaian diberikan sambil mulut bergerak berkata 'bye'. Bukan main ceria lagi siap senyum menampakkan gigi dia yang tersusun rapi tu.
Hanan menahan ketawa. Perangai Harith yang macam budak-budak tu membuatkan dia berasa lucu.
Dalam banyak-banyak lelaki dalam kelas ni, Harith seorang je yang berani tegur dia masa mula-mula dulu.
Lagi membuatkan Hanan senang dengan Harith, lelaki itu selamba je dengan dia. Lagatnya seperti Zafran.
Bila sebut nama Zafran, macam mana lah lelaki tu? Sihat ke tidak? Kebiasaannya Zafran yang selalu mengacau dia tapi sekarang berbeza sekali.
Sedari tadi gelagat mereka berdua diperhatikan. Matanya tidak lepas memerhatikan Hanan dan Harith yang rancak berborak sehingga Harith berlalu pergi.
Eizhan yang duduk di sebelah mejanya mula mengerling ke arah Qairul apabila panggilannya tidak disahut, kemudian mata Eizhan juga turut beralih ke tempat yang sama.
Kelihatan cuma Hanan je di situ. Tak silap dia tadi pun ada Harith di disebelah gadis itu, sekarang hilang sudah?
Eizhan tersenyum nakal. Dia dah dapat tangkap yang Qairul dari tadi perhatikan dua orang tu.
Eizhan menepuk bahu Qairul agak kuat sehingga lelaki itu sedikit terperanjat. Anak mata yang dari tadi tidak lepas pandang Hanan kini beralih ke arah Eizhan yang kemain senyum.
"Kau cemburu eh..." Suara sengaja dipanjangkan tanda mengusik. Qairul mencebik bibir.
Dia dah tertangkap dengan Eizhan. Patut lah lelaki tu bukan main sengih.
"Takde maknanya," balasnya mendatar sambil mengeluarkan handphone dari bawah meja.
Cemburu? Tersangatlah mustahil.
Dia tak kesah pun apa yang Hanan nak buat tapi melihat keakraban mereka berdua membuatkan Qairul sebanyak meluat dengan keakraban mereka berdua.
Nampak sangat Harith cuba mendekati Hanan. Hanan pula bukan main melayan.
Eizhan menggelengkan kepala. Dah cemburu tu mengaku lah, ni nak main berdalih pula.
"Habis tu yang kau pandang bukan main macam nak telan tu dah apa benda? Nak cakap yang kau saje-saje je tengok?"
Qairul mendengus kecil. Kalau dia cakap tak suka memang dia maksudkannya.
"Aku tak kesah pun. Aku tengok je pun, bukan salah kan?" Suaranya berubah keras. Eizhan yang mati akal itu dipandang tajam.
"Lagipun buat apa aku cemburu? Makin menyampah pun ada aku tengok," kata Qairul dengan penuh kebencian. Muka lelaki itu pun ketat semacam je.
Baginya Hanan tak ubah macam gadis lain yang melayan sahaja.
Eizhan mengeluh berat. Entah kali keberapa Qairul masih dengan ego dia. Ego lelaki tu dah macam gunung Everest pun ada.
Ada je salah Hanan di mata lelaki itu.
Eizhan hanya berdiam. Tak mampu membalas kata-kata Qairul sebentar tadi. Otak dia dah tumpul nak karang ayat.
Keras kepala Qairul ni dah macam batu pun ada.
🌸🌸🌸
"Abang betul ke ni? Saya tak sanggup lah nak lepaskan diorang. diaorang masih muda, lagi-lagi Ikha." Jelas sekali Puan Zainun masih ragu-ragu untuk melepaskan mereka berdua.
Hanan pula makin bersalah apabila Puan Zainun kelihatan sangat bimbang dengan kehidupan dia dan Qairul.
Rupanya isu ini yang Puan Zainun ingin membincangkan. Ni dah masuk kali kedua mereka bercakap perihal ni dan itu membuatkan Hanan mula berbolak-balik.
Melihat wajah Puan Zainun yang seakan merayu untuk dia menetap di sini membuatkan dia tak sanggup nak mengecewakan wanita itu tapi ini kebaikan dia dan Qairul.
Kalau dia masih menetap di sini mereka berdua perlu berpura-pura lagi. Hanan dah tak sanggup untuk menipu, begitu juga Qairul.
Mata Hanan beralih ke arah wajah tenang Qairul seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Lelaki ni tak ada perasaan ke apa?
"Awak ni, dah kali keberapa saya cakap. Biarlah diorang nak hidup macam pasangan suami isteri biasa. Lagipun ada lah juga privasi untuk mereka berdua. Cuba awak tu faham sikit." Encik Azril mula bersuara. Naik pening dia dengan soalan yang sama sahaja isteri dia berikan.
Puan Zainun mengeluh perlahan, sukar sekali dia nak lepaskan anak menantunya. Terutama sekali Hanan. Dia risau dengan kehidupan gadis itu.
Puan Zainun bukan tidak yakin dengan kebolehan Hanan tetapi dia cuma risau jika Hanan tertekan.
Melihat kebisuan Puan Zainun membuatkan Hanan tidak senang duduk. Dia yakin wanita itu mesti sarat berfikir masalah dia dengan Qairul.
Hanan tak nak Puan Zainun rasa terbeban kerana memikirkan tentang mereka berdua.
Perlahan-lahan Hanan mengambil tangan Puan Zainun lalu mengelus lembut. Senyuman juga turut dilakarkan buat wanita yang merangkap ibu mentuanya.
Nafas ditarik panjang.
"Mama jangan risau, insyaallah Ikha boleh jalankan tanggungjawab. Tentang segala pakai, makan, minum tu biar Ikha yang buat. Lagipun mulai sekarang, Ikha kena belajar semua ni." Tutur Hanan dengan nada memujuk. Hanan turut menggenggam erat tanggan itu, cuba menyakinkan Puan Zainun.
"Shad tahu mama berat hati nak lepaskan kami. Macam ni lah, setiap hujung minggu Shad dan Ikha akan jenguk mama dan papa. Okay?" Qairul mencelah setelah lama mendiamkan diri.
Melihat kebisuan Puan Zainun membuatkan Qairul turut susah hati. Bukan niat dia nak melukakan hati seorang ibu tapi dia buat semua ni bersebab.
Puan Zainun memandang suaminya. Encik Azril turut membalas dengan anggukan kepala. Puan Zainun beralih pandang wajah bersih Hanan yang setia menanti jawapannya.
"Betul ni?" Soal Puan Zainun ingin kepastian. Hanan dengan yakin mengangguk laju.
Genggaman dibalas dengan senyuman tipis di bibir.
"Kalau macam tu mama izinkan, betul juga kata papa kamu. kamu pun dah berkahwin jadi mesti lah nak ada kehidupan sendiri." Tangan Hanan ditepuk perlahan lalu tubuh itu dipeluk seerat yang mungkin.
Bagaikan tidak mahu lepas.
Hanan terkaku seketika apabila tubuh kecilnya dipeluk secara tiba-tiba, namun tidak lama kemudian dia juga turut membalas pelukan Puan Zainun sambil memejamkan mata.
Dapat dia rasakan kasih sayang seorang ibu mengalir dalam tubuhnya. Walaupun sepanjang hidupnya tak pernah dapat kasih sayang seorang ibu kandung tetapi cukup lah kasih sayang Puan Suhaida dan Puan Zainun yang melimpah ruah untuknya.
Sekarang Hanan mempunyai dua ibu. Itu pun dah cukup bagi dia.
"Terima kasih mama."
Puan Zainun tersenyum kecil. "Sama-sama, Hanan."
"Pasal rumah tu, papa dah suruh pembantu papa carikan rumah untuk korang berdua jadi korang tak payah pening-pening dah nak cari."
Qairul laju pandang Encik Azril yang tenang mencicip air teh. Butir bicara papanya betul-betul membuatkan dia tidak senang duduk.
Kalau boleh tentang pindah rumah tu dia nak uruskan sendiri menggunakan duit simpanan bank dia. Walaupun pendapatan sedikit tapi dia hanya mahu menyewa dulu.
Duit tu pun hasil duit dia sendiri. Apa? Fikir dia budak sekolah tak ada duit simpanan dalam bank ke?
"Tapi pa..."
"Anggap je tu hadiah dari mama dan papa. Papa tak nak kamu menyewa rumah. Papa tahu kamu tak nak susahkan papa tapi kali ni biar papa uruskan." Encik Azril memberi kata putus. Qairul terdiam.
Bila papanya dah bagi kata putus memang dia tak boleh melawan.
🌸🌸🌸
Hanan melekapkan belakang telapak tangan di dahi. Badannya berbaring di atas tilam sambil matanya terkebil-kebil memandang siling.Otak dia sebuk memikirkan masa depan dia dengan Qairul.
Sampai bila dia dengan Qairul nak macam ni? Macam mana kalau nanti hubungan dia semakin keruh dengan Qairul?
Dan bermacam-macam lagi lah masalah yang bermain di benak fikirannya. Kalau hari-hari macam ni boleh migrain otak dia.
Tentang hala tuju masa depan mereka bersama langsung dia tak nampak.
Untuk belajar mencintai Qairul perlu mengambil juga mengambil masa tetapi lelaki itu pula macam mana?
Nak ke belajar mencintai dia? Nak ke lelaki itu hidup bersama dengan dia sepanjang hayat?
Walaupun lelaki itu pernah mempunyai perasaan kepada dia tapi Hanan yakin. Perasaan tu dah tak ada.
Masih dia ingat Eryn pernah cerita tentang Qairul kepadanya. Lelaki itu pernah bercinta selama dua tahun dan gadis itu yang akhiri hubungan mereka berdua. Tak mungkin Qairul senang-senang melupakan hubungan dua tahun itu.
Bukan 2 bulan tapi 2 tahun!
Hanan takut kalau dia dah mula mencintai Qairul, cintanya bertepuk sebelah tangan sedangkan perasaan lelaki itu untuknya telah pun dilupakan sekian lama.
"Sampai bila aku nak macam ni?" Hanan menekup mukanya dengan kedua-dua telapak tangan lalu hembuskan kasar dilepaskan.
Arghhh! Boleh sakit otak kalau hari-hari dia macam ni.
Bunyi derapan kaki yang semakin hampir dengan biliknya membuatkan Hanan pantas memandang pintu.
Hanan mulai gelabah. Cepat-cepat dia memusingkan tubuh menghadap ke pintu lalu comforter ditarik separas dada.
Mata dipejam rapat.
Lebih baik dia berpura-pura tidur. Tak ada lah dia berasa segan yang teramat.
Bunyi tombol pintu dipulas membuatkan Hanan semakin berdebar.
Dah kenapa debar lain macam ni?
Qairul membuka pintu dan tepat matanya menangkap susuk tubuh Hanan yang berbaring di atas tilam dengan mata terpejam.
Dah tidur rupanya.
Wajah tenang Hanan yang beradu di atas katil ditatap lama. Muka gadis itu masih cantik seperti hari-hari yang dia lalui.
Sampai sekarang Qairul masih tidak percaya bahkan dia merasakan ini semua mimpi.
Sukar sekali dia nak menerima semua ni. Memang gadis itu kawan rapat dia semasa kecil tetapi sekarang tidak lagi.
Bertahun-tahun Hanan menghilangkan diri dan sekarang gadis itu menjadi isteri dia yang sah.
Tak pernah dia menjangka dia akan bertemu Hanan seperti ini.
Keluhan halus dilepaskan. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah almari lalu dibuka. Toto yang berlipat itu diambil lalu dihamparkan di sebelah katil.
Suis lampu bilik ditutup. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah katil lalu bantal disebelah Hanan diambil.
Qairul berbaring di lantai beralaskan toto itu. Walaupun dia berasa agak tidak selesa tetapi dibiarkan sahaja.
Memang macam ni ke gadis itu berasa hari-hari tidur di bawah? Macam mana lah gadis itu boleh bertahan.
Dia yang baru sekejap baring pun dah rasa macam tak selesa.
"Kenapa awak tidur kat bawah?"
Mata yang pada mulanya terpejam terus terbuka apabila suara Hanan menyapa halwa telinganya.
Kelihatan Hanan menunduk memandang dia dibawah. Jelas sekali muka Hanan berkerut hairan melihat tingkah lakunya.
Yelah, mesti lah Hanan pelik. Semalam elok je mereka berdua tidur di atas katil, hari ni tiba-tiba pula dia tidur di bawah.
"Tak payah sebuk lah," balas Qairul malas. Matanya kembali tertutup tanpa menghiraukan Hanan yang terkebil-kebil melihat dia.
Perubahan Qairul sedikit membuatkan dia tersentak. Semalam elok je Qairul melayan dia walaupun masih ada aura dingin tapi hari ni sikap lelaki itu berubah pula.
Tingkah Qairul yang malas melayan dia tu kembali semula. Otak dia mula kerah memikirkan kenapa sikap lelaki itu berubah drastik macam ni.
Banyak betul ye dia berfikir hari ni.
Dia ada cakap sesuatu ke sampai Qairul berubah sebegitu sekali?
Tapi memang dia perasan sejak Qairul balik dari sekolah, lelaki itu lebih banyak diamkan diri dan seolah-olah kehadiran dia di dalam rumah langsung tidak wujud.
Semasa dalam perbincangan petang tadi pun lelaki itu tidak banyak berbunyi bahkan Qairul langsung tidak memandang dia.
Macam biasa, buat dia macam tak wujud je.
Tertanya-tanya juga apa salah dia sehingga lelaki itu melancarkan perang dingin dengan dia.
"S...saya ada salah cakap dengan awak ke?" Tanya Hanan ingin tahu tetapi Qairul langsung tidak peduli. Soalan Hanan hanya dibiarkan seperti angin berlalu.
Amboi kau, aku tanya elok-elok dia buat bodoh je...
Hanan ketap bibir. Sakit hati betul dia apabila soalannya langsung dibalas.
Tangan Hanan laju menolak berkali-kali bahu lelaki itu sehingga Qairul menepis kasar tangannya.
Hanan tergamam.
"Kalau aku cakap tu tak ada, tak ada lah! Kau ni faham bahasa ke tidak?!" Suara Qairul yang memetir bak halilintar itu membuatkan bahu Hanan terhinjut. Agak terkejut dengan suara Qairul yang naik seoktaf itu.
Panahan mata tajam itu sebanyak membuatkan Hanan berasa takut. Hatinya juga turut tersentap dengan tingkah kasar lelaki itu.
Kenapa Qairul berubah macam ni? Mana Qairul yang semalam?
Apa salah dia?
"Awak ni dah kenapa? Saya tanya je kan? Tu pun salah ke?" Hanan membalas dengan berani. Panahan mata tajam itu turut dibalas walaupun dalam dirinya masih ada secebis ketakutan.
Qairul bangun dari baring. Wajah Hanan yang disinari cahaya bulan itu ditatap dengan perasaan bercampur baur.
Gelak tawa Hanan dan Harith seakan melayari di dalam kepalanya membuatkan dia rasa sangat meluat.
Bahkan kebencian dia semakin membuak-buak kepada Hanan.
"Aku serabut lah! Boleh tak jangan tanya soalan bodoh?! Kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke, ha?!" Kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Qairul sangat tajam saat ini.
Anak mata sengaja dikecilkan memandang gadis itu sambil jari telunjuk tepat menunding ke arah Hanan.
"Eh kau jangan ingat semalam aku baik dengan kau bermakna aku akan lupakan semuanya. Aku buat baik dengan kau pun sebab kesian je, tak lebih pun," tutur Qairul kejam. Wajahnya dingin tanpa sebarang senyuman.
"Aku tak akan lupa apa yang kau buat sampai bila-bila. Jangan tanya kenapa aku benci kau sedangkan kau lah punca segala ni berlaku jadi kau jangan berharap langsung hubungan ni akan kekal lama," usai berkata begitu, Qairul langsung berdiri dan ingin berlalu pergi, namun pantas Hanan menghalang dengan memegang lengan Qairul.
Air mata yang bertakung di tubir mata ditahan sedaya upaya.
Tahan Hanan, tahan...
Bait bicara Qairul bagaikan sembilu tajam yang menikam hatinya beribu-ribu kali. Bibirnya seakan-akan terkaku serta bergetar hebat untuk membibit ayat seterusnya.
"S...semua ni salah saya?"
Qairul merentap tangan Hanan. Hanan sekali lagi tergamam, wajahnya kembali menunduk menekur lantai.
"Kau fikir lah sendiri."
Qairul pantas keluar dari bilik meninggalkan Hanan yang berdiri terkaku di situ tanpa memikirkan secebis pun perasaan gadis itu.
Perlahan-lahan air matanya mengalir turun ke pipi. Dadanya sungguh terasa sebak sekali. Terngiang-ngiang suara Qairul di kepalanya.
Memang keputusan dia salah ke?
Hanan dapat rasakan yang Qairul betul-betul memaksudkannya.
Qairul bencikan dia.
Macam mana dia nak belajar mencintai lelaki itu sedangkan lelaki itu dah tunjukkan perasaan sebenar terhadap dirinya.
Buat kesekian kalinya Hanan buntu akal. Sekarang dia betul-betul terasa lemah sekali.
Semua yang berlaku memang silapnya. Hanan yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Qairul.
Betul lah cakap Qairul. Dia lah punca segala-galanya.
🌸🌸🌸
Kenapa aku rasa story ni macam makin lama makin pelik eh tapi yang sudi baca tu terima kasih bnyk ii🥰
Sayang reader semua❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top