Bab 17
Suasana yang agak canggung itu membuatkan Hanan resah. Masing-masing membisu padahal dia yang ajak lelaki itu bercakap di luar.
Alih-alih dia yang terkelu lidah. Bibir tu dah macam kena gam je. Berat mulut ni nak cakap perkara sebenar kepada lelaki itu.
Hanan perasan mata Ammar tidak lepas pandang dia dengan pandangan tajam. Agak gerun juga melihat riak muka ketat lelaki itu sebelum kedengaran keluhan halus meniti di bibirnya.
"Macam mana keadaan Ikha sekarang?" Ammar memulakan perbualan antara mereka berdua.
Kalau dibiarkan keadaan begitu sampai petang agaknya mereka duduk di sini.
Hanan pandang Ammar yang masih menunggu reaksi dia. Hanan menghadiahkan sebuah senyuman kecil sebelum anggukan diberikan.
"Alhamdulillah, keadaan Ikha baik-baik je. Abang jangan risau." Balasan Hanan sedikit melegakan Ammar. Sekurang-kurangnya gadis itu masih menjawab soalannya.
Lagipun mereka berdua bukan rapat pun. Ini kali kedua dia bercakap dengan gadis itu secara berdepan. Kali pertama sewaktu sesi kenal mengenal itu pun dah berlalu agak lama.
Macam mana dia kenal Hanan? Semestinya dari Syazryl.
Sejak zaman sekolah menengah lagi, Ammar kenal Hanan. Lagipun Syazryl selalu mengajak dia makan petang di rumah Puan Suhaida setiap kali ada kelas tambahan.
Sungguh dia rindukan zaman sekolahnya. Rindu nak lepak beramai-ramai tetapi sejak habis belajar kesemuanya buat haluan masing-masing.
Syazryl? Sejak lelaki itu belajar di luar negara agak susah dia nak berhubung. Nak berjumpa dengan lelaki itu pun jarang. Kali terakhir mereka berjumpa pun semasa lelaki itu balik di sini baru-baru ni.
Muka Syazryl yang agak tertekan itu masih dia ingat. Syazryl meluahkan segalanya kepada Ammar termasuk perasaan dan lamaran lelaki itu terhadap Hanan.
Pada hari ni pula dia dikejutkan dengan perkahwinan Hanan dengan adik sepupunya pula tu.
Langsung tidak dijangka!
Fikirnya Hanan yang akan berkahwin dengan Syazryl tapi jauh dari apa yang dia bayangkan.
"Abang tak sangka Ikha isteri Shad. Adik kawan abang sendiri."
Melihat kebisuan Hanan itu membuatkan Ammar melepaskan keluhan berat.
"Abang Ryl..."
"Ikha mohon, abang Am tolong jangan bagi tahu abang Ryl. Ikha tahu ni semua silap Ikha tapi Ikha harap abang faham sangat." Hanan laju memotong kata-kata Ammar dengan nada merayu.
Hanan seboleh mungkin berharap lelaki itu lebih memahami dia. Air matanya bila-bila masa je boleh jatuh.
Kedudukan Hanan yang separa merayu itu membuatkan Ammar tidak sampai hati. Lagi-lagi air mata gadis itu.
"Ikha tahu kan Abang Ryl sayang Ikha? Ikha tahu tak dia punya sayang tu sampai nak jadikan Ikha isteri dia. Kenapa buat dia berharap macam tu?" kata Ammar dengan nada kecewa. Tidak sepatutnya Hanan buat macam ni. Hanan dah bagi Syazryl harapan tinggi.
Matanya membulat seakan tidak percaya. Ammar tahu tentang lamaran tu?
"Macam mana abang boleh..."
"This is not about this topic. Please answer." Ammar bersuara dengan nada berbau tegas.
Hanan merasa bersalah. Bibir diketap kuat. Bukan ini yang dia mahukan. Diasak dengan pelbagai soalan yang dia tidak mampu untuk membalas.
"Ikha bukan sengaja buat semua ni. Ikha tak boleh." Balas Hanan dengan nada bergetar.
"Kenapa tak boleh? Ikha boleh je kan tolak? Ikha tak sayang abang Ryl ke? Ikha sanggup tengok dia macam tu?" Bertubi-tubi soalan diberikan. Ammar meraup wajahnya dengan kasar.
"Abang kenal Abang Ryl tu. Dia mesti tak akan terima semua ni."
Hanan mengetap bibir. Kata-kata lelaki itu macam meletakkan semua kesalahan pada dirinya.
Apa ingat dia ni tak ada hati perut ke nak buat macan tu?
"Abang tak akan faham kenapa Ikha buat keputusan ni semua. Situasi Ikha tak semudah yang abang bayangkan." Suara Hanan berubah keras. Sakit hati dengan kata-kata Ammar sebentar tadi.
Seolah-olah dia je yang salah dalam hal ni.
"Abang tak bermaksud macam tu tapi cuba Ikha fikir. Ikha pun tahu kan Abang Ryl tu jenis macam mana." Ammar semakin mengendurkan suara. Dia bukan apa, dia kenal Syazryl tu macam mana.
Kalau lelaki itu mahukan sesuatu dia akan buat sampai hasrat lelaki itu tercapai.
Itu yang dia takutkan.
"Abang tahu Ikha terasa. Memang semua ni bukan sepenuhnya salah Ikha tapi penerimaan Abang Ryl tu buat abang risau."
Hanan terdiam. Ada benarnya kata-kata Ammar itu.
Syazryl bukan seorang yang mudah putus asa tapi Ikha percaya yang abangnya tak akan buat macam tu.
Syazryl mesti sayangkan dia, jadi tak mungkin Syazryl akan meruntuhkan rumah tangga yang baru terbina ni.
"Ikha harap sangat Abang Am tak bagi tahu dia. Biar lah Ikha yang cakap dekat Abang Ryl. Ikha akan cuba selesaikan semua ni. Boleh kan?"
Entah kali keberapa Ammar mengeluh berat. Bagi Ammar terlalu sukar untuk dia setuju dengan tindakan Hanan.
Tapi bila dia melihat kesungguhan gadis itu sebanyak membuatkan dia yakin dan percaya kepada Hanan.
"Okay, abang tak akan bagi tahu abang Ryl."
Hanan terkebil-kebil melihat Ammar yang riak bersahaja sebelum satu senyuman nipis diberikan kepadanya.
Dia tak silap dengar kan apa yang lelaki itu cuba sampaikan?
Tak akan muda-muda pun dah ada masalah pendengaran!
"B...betul ke abang Am?" Hanan meminta kepastian. Melihat anggukan dari lelaki itu membuatkan Hanan menarik nafas lega.
Kepalanya yang terasa seperti dihempap dengan batu yang besar seakan hilang apabila Ammar bersetuju untuk merahsiakan perkara ini.
"Tapi balik je Abang Ryl kat sini, abang nak Ikha jelaskan dan bagi tahu dia secepat yang mungkin. Faham?"
Hanan mengangguk laju. Dia janji, balik je Syazryl ke Malaysia segalanya dia akan jujur.
Harap lelaki itu cuba untuk menerimanya.
"Terima kasih..."
Ammar mula berdiri. Hanan yang masih duduk di kerusi itu dipandang sebelum dia menghalakan ke dalam rumah.
Hanan yang faham dengan lirikan mata lelaki itu terus berdiri juga.
"Jom lah masuk. Mesti mak long dan mak abang tunggu kita."
Hanan tanpa banyak bunyi hanya membuntuti Ammar di belakang.
🌸🌸🌸
Pintu di tutup rapat. Hanan tanpa peduli sekeliling hanya berjalan ke almari bajunya. Segala pakaian yang hendak di bawa masuk ke dalam bilik air itu dicapai.
Qairul yang sedang bermain handphone itu langsung tidak dipeduli. Yang dia tahu dia cuma nak mandi je. Badan dia pun dah rasa melekit dari petang.
"Lama betul cakap dengan Abang Am tadi. Dah lama kenal ke?"
Pergerakkan Hanan terhenti. Hanan memusingkan tubuh menghadap Qairul yang menyandar di kepala katil.
"Saya dengan Abang Am dah lama kenal. Dia kawan Abang Ryl. Tak sangka pula dia tu abang sepupu awak." Balas Hanan bersahaja. Aktiviti dia yang tergendala sebentar tadi diteruskan.
Qairul meletakkan handphone di tepi. Badannya direnggangkan, terasa lenguh pula duduk macam ni.
"Kau ada apa-apa hubungan dengan dia ke?" Qairul bertanya dengan mata terpejam rapat. Tengkuk yang terasa lenguh itu digerakkan ke kiri dan ke kanan.
Hanan menjongket kening. Ada apa-apa hubungan? Dah kenapa suami dia ni?
"Awak ni dah kenapa tanya macam tu?" Hanan kehairanan. Soalan merepek Qairul itu membuatkan Hanan berasa pelik.
Qairul membuka mata sambil mengangkat bahu.
"Tak ada lah, mana tahu ada apa-apa kan pastu kau kata aku ni penghalang hubungan korang pula," ujar Qairul selamba tanpa pedulikan pandangan gadis itu.
Hanan menjuihkan bibir. Meluat dengan Qairul yang selalu menuduh dia yang bukan-bukan.
"Memandai je awak."
Hanan menutup almari bajunya. Langkah di bawa ke bilik air.
Semakin lama dia berdiri di sini, semakin banyak pula Qairul cuba mencari kesalahannya.
Nak kata dia terlalu rapat dengan Ammar tu pun tidak juga. Hanan buat macam tu pun cuma mahu meminta lelaki itu menyembunyikan perkahwinannya dari Syazryl.
Biarlah masalah ni hanya dia dan Syazryl sahaja.
"Awak ni dah kenapa?" Hanan mula naik rimas apabila Qairul menghalang langkahnya dengan berdiri di depan dia.
Sudah lah lelaki tu tinggi. Terasa agak kerdil pun ada dengan ketinggian lelaki itu.
"Aku tak selesai lagi dengan kau ni."
"Kalau macam tu cepat lah. Apa yang awak nak cakap kan sangat tu. Saya nak mandi pulak ni!" Hanan bersuara agak kasar sambil memeluk tubuh. Muka dia jangan cakap lah. Masam mencuka!
Masa orang tengah penat lah macam-macam kerenah.
"Lain kali kalau nak bercakap dengan Abang Am jangan berdua, tak manis. Abang Am tu dah nak bertunang bulan depan. Mak ngah tadi pun dah pandang kau semacam."
Hanan tergamam. Mulutnya pula dah ternganga ingin mengatakan sesuatu.
Patut lah tadi masa makan bukan main Puan Nurizai tenung dia. Dah macam dia ni buat salah dengan wanita tu pula.
"M...mana saya tahu! Kenapa awak tak cakap?" Hanan sekarang rasa macam nak ketuk kepala sendiri pun ada. Rasa malu pun ada.
"Macam mana aku nak cakap? Awal-awal kau dah ajak berbual kat luar. Kalau boleh sampai esok berbual kan?"
Hanan mengetap bibir. Agak terasa pedas dengan kata-kata Qairul yang berbau perli tu.
Qairul ni kalau tak bagi kata-kata menyakitkan tak sah!
"Yelah, silap saya. Dah lah, tepi! Saya nak mandi ni!" Hanan dengan selamba terus menolak tubuh Qairul ke tepi.
Membulat mata Qairul dengan tindakan berani mati gadis itu. Kalau Hanan masih ada di depannya sudah lama dia menyembur muka gadis tu.
Apa ingat dia bukan manusia ke main tolak macam tu!
🌸🌸🌸
Hanan yang ralit menonton tv itu sudah mula menguap. Mata pula yang terasa pedih itu dikelip beberapa kali.
Hanan memandang sekeliling yang terasa sunyi, hanya kedengaran bunyi dari arah tv je.
Mata dipejam rapat lalu dia bersandar di sofa. Penat petang tadi masih terasa di badannya. Kalau diikutkan lepas solat Isyak tadi dia nak terus tidur tapi memikirkan Qairul ada sekali di dalam bilik itu terus dimatikan segala niat.
Punah harapan.
Lepas solat Isyak laju dia turun ke bawah dan membantu Puan Zainun menyimpan lauk pauk di dalam peti sejuk.
Puan Zainun juga ada menyuruh dia berehat di bilik tapi Hanan bagi alasan nak tengok tv.
Tak sangka dia punya ralit tu sampai pukul 10:30 malam. Patut lah Ziyad meminta diri mahu masuk ke kamar sebentar tadi. Dah lewat rupanya.
"Buat apa tu..."
Suara yang separa berbisik di telinga belah kanannya membuatkan mata dia terbuka luas. Jantungnya mula mengepam laju apabila suara itu betul-betul dekat dengan telinganya.
Hanan menelan air liurnya yang terasa berpasir. Separuh badannya terasa meremang bulu roma.
Kenapa lah waktu macam ni benda tu nak kacau? Tak boleh ke bagi dia hidup tenang sikit?
Tak apa Hanan, kau kan berani. Selagi kau tak tengok belakang selagi tu benda tu kacau kau.
Hanan dengan berani terus memusingkan kepala ke kenan.
"Arghhh!"
Alangkah terkejutnya dia apabila anak matanya disajikan dengan muka Qairul yang betul-betul hampir dengan dia. Qairul juga terkejut dengan tindakan Hanan yang tiba-tiba menjerit sehingga membuatkan mereka sama-sama terdorong ke belakang.
Hanan melekapkan tangan ke dadanya yang hampir meloncat keluar. Tercungap-cungap Hanan menarik nafas.
Ni kalau dia ada sakit jantung boleh arwah dia dibuatnya.
"Jangan menjerit lah! Nanti orang dalam rumah ni bangun macam mana?" Qairul bersuara agak perlahan sambil memerhatikan sekeliling. Risau kalau orang rumah perasan dengan jeritan Hanan tadi.
Hanan mendongkol geram, dia yang buat orang terkejut lepastu bila dia terjerit nak marah pula.
"Siapa suruh awak kejutkan saya macam tu, lepastu nak marah saya pula? Awak tu dah tak ada kerja lain ke?!"
Muka Hanan yang berubah warna itu dipandang. Tahu lah dia kalau Hanan dalam keadaan marah.
Silap dia juga sengaja menakut-nakutkan Hanan. Tak sangka pula Hanan akan menjerit.
"Dah, kau ni duduk sini macam esok tu cuti dah kenapa? Kau tahu kan sekarang dah pukul berapa?" Qairul tanpa pedulikan Hanan yang tengah marah itu langsung bergerak ke sebelah Hanan lalu duduk.
Hanan mendengus kuat. Rasa sakit hatinya makin berlipat kali ganda dengan Qairul.
Boleh lelaki itu buat muka tak bersalah macam tu?
"Suka hati saya lah. Awak kesah buat apa?"
Qairul mengecilkan mata. Kecik besar kecik besar je dia melihat Hanan ni.
Mulut tu bukan main berbisa Hanan menjawab. Qairul berdiri di depan Hanan, dengan selamba dia menutup suis tv itu tanpa memikirkan Hanan yang semakin berasap di belakang.
Hanan melopong dengan tindakan Qairul yang baginya agak kurang ajar itu.
Tak nampak ke yang dia ni tercongok depan tv dari tadi?
"Qai! Saya nak tengok lah. Awak ni dah kenapa tutup?!" Hanan tanpa berfikir terus memarahi Qairul, namun pandangan tajam lelaki itu membuatkan Hanan terdiam.
Dalam keadaan penat ni memang dia rasa nak marah je. Tak kira lah sesiapa pun yang mengacaunya tapi sekarang Hanan lebih takut dengan muka serius Qairul.
Bukan boleh dibuat main dengan lelaki ni.
"Naik." Balas Qairul sepatah lalu meninggalkan Hanan yang masih duduk di sofa.
Hanan menarik nafas dalam-dalam. Takpe Hanan kau layankan je, kalau kau bertekak dengan dia pun buat bazir air liur je.
Hanan dengan langkah yang berat mula berjalan menuju ke kamarnya dengan Qairul.
Pintu bilik ditutup perlahan. Hanan melangkah ke arah almari lalu di buka. Hanan memandang toto itu dengan pandangan kosong sebelum keluhan kecil dilepaskan.
Nak tidur atas katil? Jangan harap lah muka beku tu nak bagi.
"Kau nak berdiri situ sampai esok ke?"
Hanan menjeling. Tengah-tengah malam ni pun Qairul masih nak cari gaduh dengan dia.
"Jap lah."
Toto yang kedebak besar itu dipeluk lalu dibawa ke arah katil. Hanan yang berura-ura mahu menghamparkan toto itu ditarik.
Mata bundar milik Hanan merenung tangan Qairul yang genggam erat hujung toto tu sebelum beralih ke muka tanpa perasaan itu.
"Tak payah tidur bawah. Kau tidur je sebelah aku ni." Qairul menepuk-nepuk bantal sebelum kepala dibaringkan.
Hanan masih lagi terkebil-kebil melihat Qairul yang sudah berbaring membelakanginya. Muka Qairul yang tiada sebarang riak itu lagi membuatkan dia tidak percaya.
Mamat muka batu ni dah kena sampuk ke? Tak ada angin ribut, tiba-tiba je buat baik dengan dia malam ni.
Biasa bukan main berkeras Qairul larang dia tidur di atas katil dia. Malam ni dengan murah hatinya lelaki itu pelawa dia tidur di sebelahnya.
Aneh ni...
"Dah kali keberapa kau berangan ni? Jangan sampai aku ubah fikiran aku." Suara Qairul yang berbunyi amaran itu cepat-cepat Hanan menyimpan toto tu ditempat asal.
Oh no! Dia tak akan lepaskan peluang yang ada.
Qairul tersenyum senget. Dia suka lihat Hanan separuh gelabah macam tu dengan menyumbat toto dalam almari tu.
Nampak sangat takut dia tarik balik offer tu.
Cepat-cepat Qairul mematikan senyuman saat Hanan berpaling ke arahnya. Muka tanpa sebarang riak itu ditayangkan. Cis... Dasar mamat muka batu.
"Tutup api lepastu tidur. Jangan risau aku tak buat apa-apa pun walaupun kita ni suami isteri." Usai berkata begitu Qairul mengiring membelangkanginya sambil mata ditutup.
Hanan mencebik bibir. Bukan main berlagak Qairul menyuruhnya itu ini. Biasanya lelaki itu yang selalu tutup lampu bilik tanpa memikirkan dia tidur atau tidak.
Ni offer ikhlas ke tidak ni?
"Hanan!"
"Ye, ye! Saya nak tidur lah ni!" Kakinya mula berjalan ke arah katil, tanpa banyak bunyi terus dibaringkan tubuhnya di sebelah Qairul.
Jangan lupa jarak perlu dikekalkan.
Comforter ditarik menutupi separa dadanya. Dah lama Hanan tidak merasakan kelembutan katil empuk di badannya.
Dia takkan sia-siakan manfaat malam ni.
"Asal tudung tu tak cabut. Tak rimas ke hari-hari pakai tudung?"
Suara yang memecahkan keheningan antara mereka berdua itu cukup membuatkan Hanan berpaling ke arah Qairul yang berkerut seribu.
Pelik sangat ke tidur dengan tudung? Lagipun selama dia duduk dengan Qairul, lelaki itu pun langsung tidak peduli.
Hari ni baru ada rasa nak tegur ke apa?
"Rimas lah juga tapi saya masih tak sedia lagi." Harap lelaki itu faham lah apa yang dia maksudkan.
Melihat Qairul hanya beri anggukan itu, tahu lah yang lelaki itu faham.
"Oh, okay..."
Qairul kembali mengiring membelangkanginya sambil comforter ditarik.
Hanan tersenyum simpul. Dalam lagat sombong pun masih ada lagi sikap ambil berat.
Sangkanya muka batu macam Qairul ni tak ada sifat belah kesian. Acah-acah tak peduli je konon.
Tiba-tiba Hanan teringatkan buku diari milik Qairul. Bait-bait ayat yang tertulis di dalam buku itu masih dia ingat dengan jelas.
Hanan tersenyum kelat. Dia pun tidak tahu apa perasaan dia sekarang terhadap Qairul.
Sayang? Cinta?
Dua perkataan itu teramat lah berbeza.
Mungkin dia sayangkan Qairul tetapi cinta?
Masih tiada jawapan.
Hanan memeluk erat comforter di bahagian dadanya.
"Saya harap suatu hari nanti awak akan faham kenapa saya pilih jalan ni."
🌸🌸🌸
Hai! Kalau korang ada masa terluang jemput lah baca 'Rayyan's Everything' by yogurtsmoothie__
Btw story ni ada part yang saya tambah dan buang. Hope you all happy with this chapter 🥰
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top