Bab 15

       Hanan merenung permandangan di luar balkoni. Seketika dia mengeluh, dia rindukan umi dan walid nya.

Boleh dikatakan tiap hari dia akan telefon Puan Suhaida. Biarlah orang nak kata dia anak manja pun tapi dia betul-betul rindukan Puan Suhaida dan Encik Ilzam. Dia juga asyik mengelat dari Qairul sejak peristiwa ngeri itu.

Qairul? Dia peduli apa kan? Sudah beberapa hari mereka tidak bercakap dan of course lah tempat tidur pun berasing. Qairul tidur atas katil, Hanan? Dia hanya tidur di lantai. Toto juga dah disediakan jadi ada lah juga keselesaan tu. Kalau dia hanya beralaskan mozek, bak hang berair paru-paru aku.

"Ikha..."

Hanan memusingkan badan ke belakang. Hanan melihat Ziyad membawa sebuah kotak sambil menolak sliding door itu dengan kaki.

"Boleh abang Ash masuk?" Soal Ziyad meminta kebenaran.

Setelah mendapat anggukan dari Hanan, Ziyad tersenyum kecil.

Ziyad meletakkan kotak itu di atas meja yang disediakan di luar balkoni kemudian dia terus berjalan ke arah Hanan yang masih berdiri di sisi balkoni.

Ziyad mengambil tempat di sebelah kiri Hanan. Tidak lupa juga jarak antara dia dengan adik iparnya.

"Kenapa abang tengok sejak akhir-akhir ni Ikha macam tak sihat je, hurm? Atau Ikha ada masalah dengan Shad?" Soal Ziyad ingin tahu. Dia bukan apa, sudah beberapa hari dia melihat Hanan lebih banyak termenung di luar balkoni ini. Jelas sekali gadis itu mempunyai masalah.

Hanan menggeleng perlahan. Biarlah rumah tangganya dia yang menyelesaikan sendiri bukannya orang lain.

"Tak ada apa lah, Ikha okay. Oh ya, ada apa abang ? Abang ada nak cakap apa-apa dengan Ikha?"

Ziyad yang seakan faham Hanan menukar topik hanya membiarkan sahaja. Lagipun dia siapa untuk tahu masalah rumah tangga adiknya.

Ziyad mengangguk perlahan. Matanya mula terarah pada kotak yang dia letakkan di atas meja.

"Abang ada nak tunjuk ni kat Ikha. Mari lah duduk."

Ziyad dan Hanan mula bergerak ke meja itu. Kerusi yang disediakan hanya untuk dua orang itu pun mereka duduk. Ziyad menyelongkar barang di dalam kotak lalu dikeluarkan sebuah buku seperti album.

"Sini sikit, abang nak cerita." Ziyad mempelawa Hanan untuk sedikit dekat dengan dia. Hanan tanpa banyak bantah mengangkat kerusi itu lalu duduk di sebelah Ziyad.

"Apa benda ni abang?" Hanan  menyoal dengan kerutan di dahi. Kelihatan seperti album.

Ziyad tersenyum kecil. Album kecil yang berhabuk sikit itu dia lap dengan kain yang telah dia siap sedia letak. Ziyad membuka album itu, sehelai demi sehelai dia membuka.

Hanan sedikit kehairanan. Dia seperti pernah merasai di dalam gambar ini saat Ziyad membuka. Bahkan dia rasa macam kenal gambar ini.

"Ingat lagi?" Soal Ziyad sambil mengerling ke arah Hanan yang mata tidak lepas ke arah gambar itu.

Tidak lama kemudian Hanan mengangguk. Ya, dia ingat gambar ni.

Gambar ini sewaktu dia dan Qairul membuat gaya peach dengan rambutnya yang tocang satu itu.

Tidak silap umur dia kira-kira dalam lingkungan 6 tahun macam tu.

Ziyad mengusap album itu perlahan dengan senyuman kecil.

"Kalau Ikha nak tahu, dulu Shad  sayang sangat tau kat Ikha. Siap suruh Ikha tidur rumah mama lagi,  Ikha pun tahu kan rumah mama dengan makcik Ida dekat je dulu. Masa ni kawan rapat Shad hanya Ikha sorang je," kata Ziyad sambil menyelongkar ke dalam kotak itu lagi sekali. Ziyad mengeluarkan album lagi satu.

"Ikha nak tahu tak? Masa Ikha pindah tu dia menangis tau."

"Ha?"

Hanan termangu seketika. Dia tidak salah dengar kan? Kemudian Hanan ketawa janggal sambil tangan dihayun kan tanda menidakkan.

"Tipu lah. Tak mungkin lah dia menangis." Hanan menafikan. Baginya semua itu mustahil.

Mana mungkin, masa tu hubungan mereka semakin renggang. Mereka pun berumur kira-kira 12 tahun. Sangat mustahil untuk Qairul terkesan.

Dimata Ziyad jelas bahawa Hanan tidak mempercayai kata-katanya. Ziyad menarik nafas perlahan sebelum dia menghadap ke arah Hanan.

"Iya, abang berapa sumpah. Shad menangis tapi dia tak tunjuk. Tengok je muka dia biasa tapi hati dia menangis sebab tak nak Ikha pindah."

Buku kecil yang masih didalam tangannya dihulurkan ke arah Hanan.  Perlahan-lahan Hanan menunduk ke arah buku yang dihulurkan ke arahnya sebelum kembali mengangkat wajah ke arah Ziyad.

Senyuman kecil meniti di bibir Ziyad. Ziyad menghulurkan lagi sekali ke arah Hanan.

"Ini untuk Ikha, bacalah. Ini semua tentang Ikha dan semua luahan hatinya. Ikha ambil lah."

"Tapi... ni kan privasi Shad. Ikha tak nak nanti dia cakap..." Kata-katanya pantas sahaja Ziyad pintas sambil menggeleng tanda tidak apa-apa.

"Percaya pada abang Ash? Lagipun buku ni dah lama pun. Kalau Shad tuduh Ikha yang ceroboh privasi dia Ikha cakap yang abang suruh. Ikha jangan risau. Abang cuma harap Ikha tahu dan tidak berputus-asa. Hanya buku ni ada jawapannya. Jadi Ikha kena terus bersabar dan berjuang untuk Qairul. Percayalah, tak ke mana adik abang tu, benci macam mana pun hatinya tetap lembut. Insyaallah, Allah permudahkan urusan Ikha." Panjang lebar pesanan Ziyad, tidak lupa juga kata-kata semangat untuk Hanan.

Buku yang masih dihulurkan itu Hanan perlahan-lahan sambut.

"Terima kasih abang Ash.."

Ziyad tersenyum, dia mula bangun.

"Tak perlu berterima kasih, sepatutnya abang yang perlu berterima kasih dengan Ikha sebab terima Shad dalam hidup Ikha."

"Abang tinggalkan kotak tu dekat situ tau. Kalau Ikha nak cari sesuatu lagi ambil lah. Nanti kalau nak simpan Ikha buat masuk je dalam bilik abang Ash. Abang nak keluar ni."

Ziyad berjalan keluar tetapi langkahnya terhenti di sliding door. Ziyad kembali berpusing ke arah Hanan.

"Oh ya! Baru abang ingat. Esok Ikha mula sekolah kan? Abang akan hantarkan Ikha dan ambil Ikha. Pasal Shad, dia naik dengan Pak Samad jadi tak perlu risau, kalau Pak Samad ada hal baru dia naik motornya. Abang pergi dulu, Ikha fikirlah dulu ya? Abang pasti Shad tu akan jatuh cinta juga pada Ikha cuma di perlukan masa." Ziyad mula melangkah ke luar dari situ. Hanan terdiam, buku yang di atas riba itu dipandang kemudian dia segera pandang ke arah jam.

'1:45 pm'

Hanan mengeluh kecil. Buku kecil yang di dalam tangannya itu direnung. Hanan masih berkira-kira untuk baca isi kandungan buku ini.

Nak baca ke tak nak? Lagipun ada masa lagi ni sebelum Qairul pulang dari sekolah. Hanan menarik nafas perlahan.

"Tak apa Hanan, lagipun abang Ash yang bagi kau. Tapi ni buku Qairul."

Sekali lagi dia dalam keadaan dilema. Nak baca tapi takut. Rasa berdosa kalau dia baca tanpa keizinan tuan punya buku.

"Arghhh... takpalah kau baca jelah."

Malas dia mahu memikirkan segera dia membuka buku itu. Sehelai demi sehelai Hanan menyelak muka surat buka itu sehingga jarinya terhenti serta merta.

[October 22, 08]

Ikha kawan Shad sampai bila-bila dan Shad sayang Ikha. Shad takut kalau nanti Ikha pergi Shad akan rasa sunyi. Shad sayang Ikha sampai bila-bila. Harap nanti kita dapat jumpa lagi :)

Hanan menyelak lagi.

[November 13, 08]

Maaf sebab Shad selalu ejek Ikha gemuk. Shad harap Ikha tak marah  sangat. Shad harap Ikha masih nak berkawan dengan Shad. Jangan marah lama-lama tau.

Hanan tergelak kecil. Ya dulu dia kan gemuk dan selalu dikena bahan ejekan Qairul. Haih... kanak-kanak biasa lah tu.

Hanan menyelak sehingga sekeping gambar jatuh di lantai. Lantas dia mengambil dan memusingkan foto itu.

"M...masa ni..."

Ya! Dia masih ingat. Ni gambar sewaktu dia berumur 9 tahun, ketika itu mereka bertiga mengambil gambar di halaman rumah Nenda Qairul.

Nenda Qairul pula meninggal sewaktu dia berumur 10 tahun. Dulu Hanan memang rapat dengan Nenda Qairul. Nendanya melayan Hanan dah macam cucu sendiri. Kalau Qairul usik dia je mesti nenda akan memujuknya.

"Ya Allah macam mana aku boleh lupa nenda..."

Hanan mengusap gambar itu. Senyuman yang meniti di bibir wanita itu sangat dia rindui. Hanan menahan sebak, rindunya pada zaman tika ini.

Cepat betul waktu berlalu.

Mata Hanan kembali terarah pada kotak yang Ziyad letakkan di atas meja. Perlahan-lahan dia bangun dan membuka kotak tu.

Hanan tersenyum nipis. Bingkai kaca itu Hanan keluarkan dari kotak. Ini yang dia cari. Gambar dia, Qairul dan nenda. Masa ni nenda memeluk Hanan dan Qairul dengan erat sekali.

Hanan perlahan-lahan menarik keluar gambar itu dari bingkai. Saat Hanan menarik keluar ada satu kertas yang terselit di celah bingkai itu menarik perhatian Hanan.

Hanan tanpa berfikir panjang terus menarik keluar kertas kecil yang diselit celah bingkai itu.

"Kertas apa ni?"

Hanan yakin kertas ni tiada siapa-siapa lagi yang baca selain dia. Buktinya semasa dia nak menarik keluar kertas itu bukan main payah. Naik merah jari dia menarik keluar kertas kecil itu.

Hanan perlahan-lahan membuka kertas itu. Satu persatu perkataan dibaca.

"Semoga persahabatannya menjadi alam perkahwinan. Nenda doakan kebahagian kamu berdua hingga ke jannah. Kalau antara kamu berdua baca ni nenda harap impian nenda tercapai. Nenda sayangkan kamu berdua."

"Ikha dan Shad."

Hanan tergamam. bibirnya bergetar dengan hebat. Dia tak sangka selama ni nenda berharap mereka berdua bersatu.

"Jadi selama ni memang nenda harapkan."

Hanan dengan laju mengambil buku diari itu semula. Terus di selak buku itu dan dia terjumpa sekeping gambar lagi. Ini gambar sewaktu mereka mahu ke alam remaja.

Masih dia ingat lagi sewaktu mereka melepak di kedai makan berdekatan sekolah dan dengan kesempatan itu Qairul mahu bergambar dengannya lagipun dia dah kenal Qairul dulu, jadi dia pun relakan jelah.

Hanan mula membaca buku itu.

Aku cintakan kau Hanan. Aku tak tahu kenapa perasaan ni wujud. Aku tak tahu kenapa tapi aku sayangkan kau bukan sekadar kawan. Aku akan rindukan kau nanti. Aku harap kita dapat berjumpa lagi. Jaga diri elok-elok kat sana.

For my dear,
Hanan Zulaikha.

Hanan terkedu. Tak mungkin, mana mungkin dia cintakan aku sedangkan mereka rengang dalam persahabatan masa tu.
Hanan terdiam. Mimpi apakah ini?

"Tak... M...mungkin."

Hanan tersedar terus dia memandang ke arah jam dan dia mulai gelabah.

'2:10 pm!'

Kalam kabut Hanan meletak diari ke dalam kotak begitu juga gambar yang dikeluarkan tadi. Hanan pantas mengangkat kotak itu lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Bilik abang Ash dituju lalu dia membuka.

Hanan segera meletakkan kotak itu di tepi almari. Hanan cepat-cepat menutup pintu.

"Haih... Nasib sempat."

Hanan menggosok dadanya yang terasa mengah. Naik semput dia berlari ke atas. Mujur tidak jatuh tersadung sahaja ketika dia menaiki tangga dengan cepat.

"Kau buat apa ni?"

Suara yang menyapa halwa telinganya membuatkan Hanan berdiri tegak. Dia kenal suara itu! Hanan perlahan-lahan memusingkan badan ke arah Qairul.

Hanan menundukkan kepala. Dalam fikirkannya berharap yang Qairul tidak nampak dia meletakkan kotak di dalam bilik Ziyad. Pasti dia akan disoal berbagai soalan.

Badannya kaku seketika bila dia berdekatan dengan Qairul. Kalau boleh dia nak larikan diri. Buat masa ni dia tidak mahu dekat dengan Qairul.

Dia masih ingat lagi kemarahan Qairul terhadap dia. Buat masa ni dia agak takut untuk berdekatan dengan Qairul. Dia trauma dengan semua itu. Saat dia pandang wajah Qairul mesti kejadian itu seperti berulang di dalam kepalanya.

"T...tak buat apa," kata Hanan dengan keadaan gugup. Tangannya mula meramas sesama diri. Jarinya bermain dengan kukunya. Jelas sekali ketakutan di dalam diri Hanan.

Qairul yang perasan lagak Hanan itu mengeluh kecil. Qairul tidak sangka sampai begitu sekali Hanan takut kepadanya. Hampir seminggu keadaan Hanan begini. Hanan juga lebih banyak membisu. Bukan main Hanan mengelat dari dia.

Setiap kali waktu malam pasti Hanan akan siap sedia tidur awal. Kadang-kadang Hanan rela keluar duduk di ruang tamu sehingga tengah malam. Setelah memastikan dia tidur baru Hanan masuk ke dalam dan menghamparkan toto di sebelah katilnya.

Qairul menarik nafas perlahan. Rasa kesian itu menerpa dalam dirinya. Silap dia mengasari Hanan. Lagipun masa tu dia terlalu mengikut kemarahan.

"A...aku minta maaf, aku tak bermaksud nak buat macam tu," kata Qairul dengan kesal. Dia ikhlas meminta maaf. Melihat keadaan Hanan begini membuatkan dia rasa bersalah.

Hanan menoleh ke tepi, kepalanya juga masih tunduk ke bawah. Kata-kata kesat itu dia tak akan mudah lupa. Sangat memberi kesan ke atas dia. Entah kenapa Hanan berasa seperti maruahnya diperlekeh.

"Hanan..."

"Saya nak lalu, bagi saya ruang boleh?" Dia tak betah untuk menghadap Qairul.

Keluhan kecil terbit dari bibir Qairul. Dia tahu Hanan memerlukan masa. Qairul beralih ke tepi memberikan Hanan ruang untuk membolos.

Dengan langkah yang laju Hanan turun ke bawah. Mata Qairul masih tidak lepas ke arah Hanan sehingga bayangnya hilang.

"Tak apa lah Qairul. Sekurang-kurangnya kau dah minta maaf."

Malas menyerabutkan kepala Qairul mula melangkah ke arah biliknya. Mahu membersihkan diri. Dia tahu buat masa ni bukan mudah untuk Hanan lupakan apa yang dia cakap. Kalau dia mampu menahan kemarahannya yang melanda, semuanya tak akan jadi.

🌸🌸🌸

     Kini Hanan dipejabat. Entah kenapa Hanan rasa lucu pula apabila memakai baju kurung putih, kebiasaannya baju kurung ungu yang akan tersarung di badan nya tapi tak mengapalah. Lama-lama dia akan biasa juga.

"Mari ikut cikgu. Saya cikgu Isrinda, boleh panggil saya cikgu Is. Cikgu akan tunjukkan kelas kamu."

Hanan tanpa banyak tanya sekadar  mengangguk. Dia hanya mengikut dibelakang cikgu Is. Banyak juga mata-mata yang memandang ke arahnya tapi Hanan hanya buat tidak peduli.

"Ini kelas kamu. Cikgu nak bercakap dengan guru kelas kamu kejap." Pesan Cikgu Is.

Kaca mata bulat nya dibetulkan, seketika dia menggaru hidungnya untuk menghilangkan debaran di dada. Agak gemuruh yang dia rasakan.

Akhirnya Cikgu Is kembali ke arahnya bersama seorang lagi Cikgu. Cikgu itu memberikan Hanan senyuman manis.

"Hanan kan? Masuk dan perkenalkan diri kamu."

Hanan mengucapkan terima kasih. Dengan langkah bismillah segera dia masuk ke dalam kelas itu.

"Okay semua, cikgu nak umumkan hari ni seorang budak baru telah berpindah ke sekolah kita. Nampaknya kelas kita akan menambah lagi seorang dan cikgu harap kamu semua boleh berkenalan dan berkomunikasi dengannya. Cikgu tak nak ada sebarang dengki atau khianat ya? Jadi cikgu harap kamu boleh bersikap positif dan jadikan rakan kamu."

Hanan yang masih berdiri di sisi Cikgu itu Qairul perhatikan. Jelas sekali Hanan dalam keadaan gabra. Qairul menahan diri dari tersenyum. Dia rasa lawak pula dengan Hanan yang nampak macam cacing kepanasan.

Hanan yang merasa diperhati itu segera dia toleh. Mata mereka berdua bertaut sekejap sebelum beralih ke tempat lain. Tidak selesa.

"Awak boleh duduk di sebelah Eryn. Eryn angkat tangan!" Gadis bernama Eryn mula mengangkat tangan.

Hanan mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi ke tempat duduknya. Dia melabuhkan duduknya disitu, gadis yang bernama Eryn itu dia balas kembali senyuman gadis itu.

"Okay kita sambung balik pelajaran kita. Addmath page 45 ."

Qairul hanya memandang Hanan yang duduk disebelah Eryn. Harith yang duduk di sebelahnya itu perasan dengan perubahan Qairul. Tidak lepas Qairul merenung Hanan sehingga membuatkan Harith kehairanan.

"Kau tengok apa bro?" Qairul tersentak. Qairul terus pandang ke arah Harith yang menunggu jawapannya.

"Tengok? Tengok apa?"

"Alahai Rul, kau pandang budak baru eh? Haip! Ke kau dah jatuh cinta pandang pertama ni?" Qairul mencebik bibir. Jatuh cinta? Oh please.

"Kau merepek apa ni? "

Harith membuat muka meluat. Seketika dia tersenyum panjang.

"Aku cakap benda betulkan? Kalau tak, tak adanya kau nak pandang perempuan tu. Tapi tak nafi juga dia tu cantik. Kalau aku pun rasanya dah jatuh suka."

"Jatuh suka?" Qairul senyum sinis. Entah kenapa dia rasa nak tergelak lucu. Terhibur.

"Ye, kau tengok lah. Lawa apa. Aku tak kira. Aku akan cuba rapat dengan perempuan tu dan aku akan cuba jadi kawannya," kata Harith sambil menyingsing lengan panjang hingga ke siku.

Semakin panjang senyum senget di bibirnya, kalau ada jodoh tak ke mana? Gadis yng kau tergilakan tu dah sah jadi milik aku dah bro! Qairul mengerling ke arah Hanan sekali lagi. Gadis itu amat fokus, dia pulak kurang tumpuan.

"Ikut kau lah," hanya itu yang Qairul balas. Walaupun hatinya beras berat sekali.

Harith tersenyum seraya mula menumpukan ke hadapan. Eizhan yang sedikit jauh darinya itu di pandang. Eizhan juga membalas pandangan dengan mengangkat kepala.

Qairul pula hanya menjawab dengan tangan sebelah di angkat menandakan 'nanti'.

"Kenapa aku rasa sakit hati bila Harith puji dia?" bisik nya cukup untuk dia seorang dengar.

Qairul akhirnya membiarkan persoalan yang tidak terjawab.

Hatinya sakit apabila Harith bukan main memuji Hanan dan dia rasa lebih tak selesa apabila Harith menyampai hasratnya untuk lebih  rapat dengan Hanan.

Haih... Kalau Harith tahu itu isterinya, apakah reaksi dia? Qairul menarik nafas panjang.

🌸🌸🌸

     Hanan mengemas peralatan yang berselerak di atas mejanya. Gadis yang bernama Eryn itu perlahan-lahan menepuk meja Hanan.

Hanan menoleh. Eryn menghulurkan tangan dengan senyuman lebar.

"Hai, aku Eryn Delisha. Kau boleh panggil aku Eryn je," kata gadis bertudung biru disebelah Hanan.

"Hai, aku Hanan Zulaikha. Boleh panggil aku Hanan je." Gadis bernama Eryn itu seraya tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Nampak kemanisan senyuman Eryn terserlah.

"Selamat berkenalan, oh ya kejap ya..." Eryn berdiri dan mengatur langkahnya ke arah 4 orang gadis perempuan yang bersembang di meja hujung tingkap itu.

Hanan hanya memerhatikan Eryn yang rancak berborak. Tiba-tiba Hanan teringatkan kawan-kawannya di sana. Rindu yang dia rasakan sekarang.

Eryn dan kawan-kawannya mula mengelilingi di tempat duduknya dan Eryn.

"Hanan, ni semua kawan aku. Kau orang ni Hanan, yang kau orang  malu-malu sangat nak jumpa."

Hanan tergelak kecil. Seraya tersenyum membalas senyuman mereka.

"Hai, harap kau orang dapat terima aku sebagai kawan kau orang. Jangan malu-malu dengan aku. Aku tak makan orang pun." Mereka berlima tergelak juga. Lucu dengar ditelinga.

"Aku Ayuni. Selamat berkenalan. Harap kita dapat jadi classmate yang terbaik," kata gadis yang di tepi Eryn. Hanan seraya mengangguk juga.

"Aku Mairah. Nice to meet you girl," kata gadis bertudung coklat sambil mengenyit mata tapi gadis bernama Ayuni itu mencubit lengannya membuatkan gadis bernama Mairah itu mencebik.

"Aku pula Lisa. Aku ni pun baru lagi di sekolah ni so kita sama-sama baru belajar di sini." Gadis itu tergelak kecil, wajahnya putih dan juga ada iras-iras kacukan turkey.

"Yang terkahir, aku Dhiya tapi boleh je kalau nak panggil Dee je. Lagipun kau jangan risau. Kitaorang ni kalau ada budak baru memang macam ni. Semua benda nak tahu. Lisa hari tu pun kena macam ni tapi bukan main sopan hari tu." Hanan tergelak segera dia membuka mulut.

"Tak apa, aku okay je. Lagipun dari situ kita dapat kenal-mengenal kan," kata Hanan dengan ramah. Dee di sebelah sudah menepuk Mairah di tepi. Malu-malu kucing macam tu.

"Thank you Hanan, ha dia tak kesah! Kau pulak melebih." Dee memberikan jelingan ke arah Ayuni manakala Ayuni pula mencebik bibir.

"Eh biar lah, sekurang-kurangnya aku ada malu," kata Ayuni dengan lagak sombong. Dee yang geram dengan Ayuni itu terus mengambil bekas alat tulis Eryn lalu memukul di lengan Ayuni.

'Pak!'

"Woi, sakit lah!" Ayuni menjerit sakit. Ayuni menjengkelkan mata. Sakit pula hatinya dengan Dee yang langsung buat muka tidak bersalah.

"Eh, eh korang ni buat malu je lah!" Gadis bernama Mairah itu menjerit , Dhiya pula macam biasa. Buat muka macam tak ada apa-apa berlaku.

"Hai! Korang buat apa ni?"

Beberapa classmates lelaki mula menghampiri mereka berenam yang berkumpul situ. Dee mula membuat muka cemberut.

"Alah sebuk lah kau ni. Pergilah duduk, ini hal perempuan!" kata Dee agak kasar. Walaupun perbuatannya kasar sedikit tapi ada kelembutannya, ciri-cirinya sama macam Anna dan itu membuatkan Hanan rindu dengan Anna.

"Ala aku nak kenal-kenal juga. Hanan right? Nice to meet you!"

Hanan membalas senyuman. Kalau tak balas kata kita sombong pulak kan.

"Hey! Harith! Kau jangan nak menggatal eh? Sini kau," jerit Eizhan menyeru nama lelaki itu.

Lelaki bernama Harith itu memandang ke arah sekumpulan lelaki yang duduk di belakang termasuklah Qairul.

"Ala, kejap lah. Aku nak kenal-kenal dulu dengan budak baru ni."

Saat mata Hanan terpandang Qairul, Qairul juga sedari tadi memandang dia. Mereka membalas pandangan tetapi Hanan cepat-cepat mengalihkan mata.

"Tak payah! Sini cepat." lelaki di sebelah Qairul mula menyilangkan tangan. Macam mereka tidak kenal Harith ni. Pantang kalau ada perempuan baru.

Harith mula melangkah ke sekumpulan lelaki dengan berwajah masam.

"Kalau kau nak tau Hanan, lelaki tu bernama Harith dan lelaki yang jerit nama Harith tu pulak Eizhan," kata Eryn memperkenalkan lelaki-lelaki di belakang itu. Hanan mengangguk perlahan.

"Tapi kalau yang sebelah Eizhan tu  Qairul. Qairul tu memang macam tu. Kadang-kadang dia ni tegas. Kalau kau ada buat salah lepastu dia cakap kasar tak perlu ambil hati pun." Eryn kembali menyambung ayatnya. Bekas alat tulisnya yang masih di dalam genggaman Dee itu Eryn ambil lalu letak di bawah mejanya.

Hanan mengemam bibir. Otaknya ligat berfikir soalan yang ingin dilontarkan. Hanan takut kalau dia ajukan soalan nanti mereka akan salah faham.

Hanan menarik nafas panjang. Tak apa lah, tanya je pun. Nanti kau menidakkan je.

"Boleh aku tanya? Lelaki disebelah Eizhan tu memang senyap eh?" Mereka semua berpandangan sesama sendiri. Eryn mengerutkan dahi kehairanan.

"Kau berminat dengan dia ke?"

"Eh, tak! Aku tanya je. Dia diam je tu  yang aku tanya kau orang," kata Hanan dengan ketawa dibuat-buat. Hanan meneguk air liur kesat. Agak gugup apabila mereka berlima pandang Hanan macam nak telan.

"Dia tak banyak cakap, pendiam tu ada lah juga sikit tapi pendiam-diam pun dia fames tau. Ramai orang minat dia, lagi-lagi junior. Kadang-kadang satu ruang bawah meja banyak sampul surat dan bau minyak wangi. Aku kalau boleh nak tukar meja dengan dia pun ada."

"Dia ada mood layanlah, kalau dia rasa rajin nak melayan layan aja lah tapi kalau dia tak ada benda nak cakap dia biarkan je tapi..."

"Oi! Kalau nak cakap, jauh lah dari diorang. Kalau Qairul tu dengar nanti dia mengamuk baru tahu." bisik Dee cukup perlahan. Eryn mengangguk perlahan. Ada betul juga.

"Nanti lepas rehat lah aku cerita pasal dia. Boleh kan?"

Hanan mengangguk laju. Dia tak kesah pun kalau Eryn mahu bercerita ataupun tidak tapi cara mereka bercakap tentang Qairul bukan main berhati-hati.

Memang macam ni ke perangai sebenar Qairul yang dia kenal sebelum ni?

🌸🌸🌸

Dalam bab ni banyak perubahan yang saya buat. Yang dah pernah baca boleh baca balik ye sebab nanti takut kau orang pelik pula kenapa macam ni.

Saya pun dah fikir jalan cerita ni macam mana jadi harap korang boleh bersabar. Secepat mungkin saya akan habiskan story ni^^

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top