Bab 14
Hanan masih terpegun dengan rumah agam yang kelihatan mewah dan besar di matanya. Dia nak duduk sorang diri pun takut. Puan Zainun memandang ke arah Hanan seketika dia tertawa kecil.
"Haih... Ikha? Tak kan lah tercongok duduk sini je. Tak nak masuk ke? Mulut tu dah habis ternganga mama tengok." Segera Hanan menutup mulut, dia mula tersengih janggal. Aduh, malu-malu depan mak mentua ni.
"Tak lah ma, Ikha tengok besar sangat. Rumah umi pun sederhana je, tapi Ikha selesa je duduk macam umi, cuma kalau..."
"Tak selesa duduk dengan mama? Ala Ikha kene biasakan. Lagi-lagi Ikha kan tahun ni SPM? Tak apa, sekarang Ikha dah jadi sebahagian anak mama, mama nak Ikha pun dapat apa yang anak-anak mama dapat. Faham?" Sedikit sebanyak kata-kata Puan Zainun membuatkan Hanan terharu. Siapa saja tidak terharu. Hanan mengangguk laju. Puan Zainun mengelus bahu Hanan perlahan.
Bagi Hanan walaupun dia bukan siapa-siapa dan bukan juga anak kandung kepada Puan Suhaida tapi semua melayan dia dengan baik kecuali Mak Su Ria.
"Kenapa mama layan Ikha baik biarpun Ikha ni hanya anak yatim? Lagipun Ikha pun tak tahu yang Ikha ni anak..." Puan Zainun segera meletakkan jari telunjuknya ke bibir Hanan. Hanan mematikan bicara. Puan Zainun menggeleng, dia menarik Hanan masuk ke halaman belakang rumah.
Hanan tanpa banyak bicara mengikut sahaja. Puan Zainun melabuhkan punggung di kerusi yang telah disediakan. Di hujung depan itu pulak kolam ikan koi.
"Ikha duduk lah sebelah mama ni," kata Puan Zainun sambil menepuk kerusi di sebelahnya.
Hanan segera duduk di sebelah Puan Zainun. Zainun mengubah kedudukannya dengan menghadap Hanan. Dia tersenyum nipis.
"Ikha... walaupun Ikha bukan darah
daging umi tapi kita sama-sama manusia. Orang yang baik dengan kita mestilah layan dengan baik juga bukan?"
Perlahan-lahan tangan Hanan ditarik. Puan Zainun mengusap lembut.
"Ikha tahu tak kenapa kita dilahirkan? Sebab Allah tahu kita mampu hidup macam ni. Apa yang berlaku semuanya yang terbaik. Mama yakin, ibu kandung Ikha mesti ada sebab buat macam ni. Kalau dia tak sayang Ikha kenapa dia biarkan Ikha hidup, betul tak?" Hanan mengangguk perlahan. Dia sedar semua yang dituturkan memang benar.
"Jadi mama nak Ikha tahu yang Ikha sangat penting. Semua sayangkan Ikha dan mama yakin kalau dah tertulis Ikha akan jumpa ibu Ikha mesti saat tu akan tiba. Ikha kena banyak bersabar. Semua manusia tidak ada yang sempurna tapi apa yang dia rancang semua yang terbaik. Ikha faham maksud mama?"
Puan Zainun menarik nafas panjang. Dah tiba masanya Hanan perlu tahu. Lagipun Hanan bukan lagi anak kecil yang tidak perlu tahu apa-apa.
"Kalau Ikha nak tahu, umi tak boleh dah mengandung selepas melahirkan abang Ikha sebab masa umi melahirkan abang Ryl, kecederaan serius berlaku dan mengakibatkan rahim umi tidak lagi kuat macam dulu. Kalau umi mengandung buat kali kedua ia akan ambik risiko dan disebabkan itu juga umi terpaksa buang rahim..." Puan Zainun mengerling ke arah Hanan, saja nak tengok perubahan wajah Hanan.
"Umi sebenarnya nak anak lagi tau tapi dah ada abang Ryl dia pun dah bersyukur sangat. Bertahun tau umi nak dapat abang Ryl tu. 5 tahun diorang berusaha dan akhirnya dapat juga zuriat tapi bila umur abang Ryl dah mencecah 7 tahun, abang Ryl selalu nak ada adik sebab dia bosan. Dia asik main sorang-sorang je dan umi pun buat keputusan dengan walid untuk mengambil Ikha dari rumah anak yatim." Hanan kian menunduk. Puan Zainun tahu perasaan anak ini. Dia tak dapat bayangkan keadaan dia seperti Hanan.
"Tengok Ikha dah besar panjang, umi dan walid tak kira latar belakang Ikha asalkan Ikha menjadi anak solehah di atas didikan mereka.
Jadi Ikha kena tahu yang diri Ikha ni sangat penting. Mama yakin ibu kandung Ikha pasti gembira tengok kehidupan Ikha macam ni. Ikha jangan sedih ye, Ikha masih ada umi dan mama."
Hanan mengangguk laju. Puan Zainun mengelus kedua-dua pipi Hanan.
"Mama tak kira latar belakang seseorang, yang kita kira hati dan ikhlas orang tu. Semua manusia ni macam kita juga tapi mereka tak terkecuali dari dosa. Jadi mulai dari sekarang Ikha anak mama dan menantu mama dan Ikha tak boleh lagi nak cakap macam tu, kalau mama dengar lagi mama tak teragak-agak untuk cubit mulut tu." Hanan ketawa kecil, dia mendongak memandang Puan Zainun dengan linangan air mata.
"Terima kasih sebab mama terima Ikha tak kira latar belakang Ikha macam mana. Ikha syukur sangat sebab mama tak macam orang lain yang akan caci, maki Ikha macam sampah. Terima kasih mama sebab nasihatkan Ikha dan faham keadaan Ikha," kata Hanan sambil mengukirkan senyuman yang manis.
Segera Puan Zainun memeluk Ikha sambil mengusap belakang badannya. Hanan menangis semahunya, kalau lah dia Macam kehidupan orang lain yang tidak menumpang kasih seperti ni pasti dia takkan membebankan orang lain. Mak Su Ria juga pasti tak akan membencinya.
Puan Zainun mengesat tubir matanya yang mula memanas, dia memeluk dengan erat sekali.
'Mama yakin Shad akan membahagiakan Ikha cuma perlu berikan dia ruang untuk menerima semua ni. Mama harap apa yang mama aturkan dapat membahagiakan korang berdua.'
🌸🌸🌸
Pintu di buka dengan perlahan, kepalanya di jenguk dahulu ke dalam. Dia menghelakan nafas lega. Pintu bilik dibuka seluas-luasnya. Sekali lagi Hanan terpegun.
'Peh bilik aircond! Mesti aku takleh tidur ni.' Getus hatinya.
Wajahnya mula tukar jadi resah. Dia tak nak sejarah pada mula hari pertama mereka berkahwin berulang lagi. Wajahnya mula risau, kau gila apa kalau si Qairul tu suruh aku tidur atas lantai macam mana?
"Hoi! Orang nak masuk ni. Yang kau tercegat kat depan pintu tu dah kenapa?"
"Oh mak mati beranak! "Mulutnya ditutup terus dia menoleh kebelakang kakinya juga melangkah ke belakang menjauhi dari Qairul.
"M...maaf saya hurm... saya..."
"Saya saya apa?! "
"Saya terkejut!" Sekali lagi mulutnya ditekup sendiri.
Ah! Mukanya sudah memanas. Qairul mengunci pintu seraya pergi ke arah almari bajunya.
"Tak payah nak buat muka terkejut sangat, dah sini." Hanan teragak-agak malanglah ke arah Qairul. Qairul mengeluh kasar segera di tarik tangan Hanan dengan kasar.
"Sakit lah."
"Ah! Sakit biar lantak kau, ni..." Baju kemeja berwarna biru laut itu ditayang hadapan Hanan beserta dengan seluarnya. Segera dia menolak ke arah Hanan, Hanan menyambut baju itu.
"Kau tolong gosokkan baju ni. Kau minggu depan baru masuk sekolah aku kan? So minggu ni kau kena gosokkan baju aku. Pastu minggu depan pun sama."
"Awak pengawas sekolah? Macam tak percaya je?" Hanan berkata sambil melemparkan pandangan tidak percaya.
Qairul menjeling Hanan dengan tajam. Qairul mula mendekati Hanan setapak demi setapak. Hanan pulak sudah menelan air liur.
"Tak percaya muka aku yang handsome ni jadi pengawas? Dah nak buat macam mana cikgu lantik aku sebagai pengawas jadi aku mestilah jaga amanatnya daripada kau? Huh langsung tak dapat," ujar Qairul berbau mengejek.
Wajah Hanan mulai panas. Rasa macam tepi telinga ni berasap sedikit 'kenapa ingat kau sorang je ke boleh jadi pengawas?'
"Eh! Sekurang-kurangnya saya pun pengawas tapi takde lah pengawas sekolah!" Dijeling Qairul dengan tajam. Poyo betul berlagak!
"Ah! Whatever lah tak kesah. Ni kau seterika eh kalau..."
"Saya tahu tugas saya. "
"Good, sedar pun diri. Aku nak mandi sekejap nanti bila aku dah keluar aku nak semua baju ni dan seluar dah seterika ye, sayang? Kalau aku nampak kedut sikit je, siap kau aku kerjakan." Tegas sekali bicaranya, riak wajah Hanan mulai berubah.
Qairul hanya membuat tidak peduli. Segera dia mengambil pakaian dan tuala nya masuk ke dalam bilik air. Perasaannya? Biar lantak.
"Ouh! Sebelum tu, kau nak kemas baju kau kan? Kau letak baju semua pakaian, sebelah almari aku. Alang-alang tu kau tolong kemas buku-buku atas rak tu okay?" Hanan menoleh ke arah meja yang berselerak dengan kertas dan buku teks.
"Tapi..."
'Ktak! '
Hanan mengeluh nak tak nak dia terpaksa lah buat jawabnya. Hanan mula menarik nafas.
"Tak apa Hanan, kau boleh cuba lagi. Kau kena banyak bersabar untuk lembutkan hati dia."
Hanan bernekad. Biarpun Qairul melayan dia nak tak nak tapi ia takkan patahkan semangatnya. Segera Hanan seterika baju kemeja dan seluar panjang berwarna hitam itu. Selepas itu baru giliran meja belajar yang berselerak itu.
Walaupun ini bukan tugas dia tapi dia dah sah menjadi isteri Qairul. Bagi Hanan tak salah kalau membantu Qairul dalam menjaga pakai dan minum. Ini yang perlu dia lakukan untuk lembutkan hati Qairul yang macam batu itu.
🌸🌸🌸
Usai makan, Hanan mula membawa pinggan ke dapur. Tudungnya yang senget sedikit dibetulkan. Biarpun dia sudah menjadi menantu disini aurat masih dijaga rapi, Qairul yang suaminya pun dia tidak pernah menunjukkan lagi rambutnya. Dia masih tidak sedia untuk menayangkan rambutnya di depan Qairul walaupun Qairul tu suaminya.
"Akak cantik!"
Hanan tersenyum lebar. Fuh... tak habis-habis akak cantiknya. Qiyadh yang separa perutnya dia menundukkan wajahnya.
"Eh, Ril. Buat apa ni? Nak basuh tangan ke?" Soal Hanan kedengaran ceria.
Qiyadh mengangguk, Hanan jarak ke tepi sedikit. Terus di sambung mencuci pinggan itu.
"Akak buat apa ni?" Terjungkit dia untuk mengintai. Hanan gelak lucu nasib comel. Pinggan yang kotor sambil span di penuhi sabun di tayang depan Qiyadh.
"Basuh ni ha, dah Qiyadh duduk depan dulu nanti lepas siap kita spend time sama-sama ye? Kak Ikha kan dah janji." Tersenyum lebar Qiyadh sehingga menampakkan gigi yang tersusun rapi itu, Qiyadh mengangguk laju sambil meloncat riang.
"Yeay! Akak nak spend time dengan Ril!" Hanan tersenyum, segera dia meletakkan jarinya di mulut supaya senyap. Qiyadh mula berhenti loncatannya.
"Ril jangan bising ye? Dah pergi depan dulu nanti kak Ikha pergi pulak." Ril mula berjalan anak kecil. Hanan hanya menggeleng kepala melihat kerenah anak kecil itu. haih.. teringin nak ada anak? Wush! Lama lagi ngek.
Hanan mula bayang jika dia mempunyai anak semasa dia usia begini. Hanan menggeleng, seram pulak rasanya kalau bayang.
"Yang tergeleng-geleng tu kenapa, gila ke?"
Hanan pusing ke belakang. Laju dia mencuci tangan dan menutup pili air. Hanan mengesat tangannya di kain yang sudah sedia ada.
Baru sahaja Hanan ingin melangkah untuk keluar, tubuhnya di tolak dan badannya bertembung dengan sinki semula. Qairul menyekat Hanan, sengaja tangannya dilekapkan ke tepi dinding. Tidak mahu Hanan melepaskan diri.
"Awak buat apa ni?! Lepaskan saya lah! Nanti mama tengok apa pulak dia cakap?" Qairul merenungnya dengan tajam, Hanan sudah melarikan pandangannya. Dia paling lemah nak pandang anak mata Qairul. Entah kenapa bila pandang, dia rasa macam ada sesuatu yang mengalir di dalam tubuhnya. Dia tak suka situasi ini.
"Aku tanya kau, kau tak jawab. Asal Tergeleng-geleng? Kau mengutuk aku eh?" Sekali lagi Hanan menggeleng, dia terus memandang tepat ke muka Qairul.
"Tak ada apa-apa, saya tak mengutuk awak pun." Qairul mendekatkan lagi wajah mereka. Hanan mulai resah, kepalanya juga ke belakang.
"Tak tipu?"
"Ye, b...betul. Sumpah!" Qairul mula mengundur kebelakang memberikan ruang. Terus ditolak tubuh kecil itu ke tepi. Hanan pulak sudah tayang muka tak puas hati.
"Suka hati dia je tolak orang."
"Dah pergi! Menyampah aku tengok lama-lama. Aku tak hingin lah sampai terdesak sangat, jangan nak perasan sangat."
Peh... Menusuk ke dalam hati terus tapi Hanan hanya buat biasa. Kata-kata tak berlapik langsung.
"Ye ye, saya pergi." Hanan mula melangkah ke luar bahagian dapur menuju ke ruang tamu. Qairul hanya menghantar kelibat Hanan sehingga hilang dari pandangan matanya, seketika dilepaskan nafas dengan berat.
Dia masih tak boleh terima malah bencinya semakin menguat apabila dipandang wajah yang tenang dan tidak peduli, umpama dia tidak menyalahkan juga perkahwinan ini.
Kalau Hanan tidak sudi berkahwin bersama dengannya kenapa Hanan perlu buat seperti dia tidak berbuat apa-apa salah? Nak kata sayang? Usah dicakap, dia takkan cintakan Hanan. Itu yang dia rasa.
Tapi kenapa Hanan masih teruskan perkahwinan ini? Atau mungkin sebab harta yang ada? Qairul mengetap gigi. Dia tak rasa Hanan saja-saja berkahwin dengan dia.
Dia yakin mesti Hanan ada muslihat lain. Qairul tak nak sejarah yang lama berulang lagi.
Qairul mula mencari kelibat Hanan. Dia perlu soal siasat Hanan. Dia tak percayakan Hanan. Lagipun Hanan bukan cintakan dia. Dia yakin itu.
Semua yang berlaku ni mesti Hanan mahukan sesuatu. Kalau tidak dia tak akan setuju untuk teruskan semua ni.
Mata Qairul tertancap pada Qiyadh dan Hanan yang bermain di meja ruang tamu.
"Yeay kak Ikha menang!"
"Ala mana boleh! Ril lah menang!"
Qairul mula melangkah ke arah meja ruang tamu itu. Terus dia menarik tangan Hanan, dan itu membuatkan Hanan terkejut.
"Naik!" Keras sekali nada itu membuatkan Hanan berasa kecut sekali. Qiyadh juga mulai memandang Qairul. Mukanya jelas tampak marah dan merah sekali.
"Tapi kenapa? Ril nak main dengan kak Ikha."
"Ril... Pergi naik atas, main dengan abang Ash."
"Tapi..."
"Kenapa ni awak? Saya baru je nak main dengan Qiyadh." Pintas Hanan laju. Wajah Qairul yang sedikit kelihatan marah itu direnung.
Apa yang dia marahkan sangat ni?
"Kau naik sekarang." Hanan terdiam, segera dia membuat isyarat ke arah Qiyadh menyuruh pergi. Qiyadh hanya membuat muka polos mungkin tidak faham.
"Kak Ikha nak tidur dah, Ril main dengan abang Ash ye." Segera Qairul menarik tangan milik Hanan dengan kasar. Hanan hanya menahan sakit di pergelangan tangannya.
"Awak sakit!"
"Kau diam!" Hanan terdiam sekali lagi, usai di depan pintu bilik mereka Qairul mula menolak tubuh Hanan secara kasar dan menutup pintu. Badan diimbang kan agar tidak tersadung.
"A...awak ni dah kenapa?" Soal Hanan dengan nada bergetar.
"Aku ni dah kenapa? Eh, aku nak tanya kau. Kau berkahwin dengan aku sebab apa? Harta? Kehidupan mewah?" Hanan mulai mengerutkan wajahnya. Harta? Mahukan hartanya?
"Saya tak faham."
"Kau tak payah nak acah tak faham! Habis tu apa tujuan kau teruskan perkahwinan ni?" Keras sekali nadanya, tiada unsur gurauan ataupun secalit senyuman. Qairul tersenyum sinis. Dia mulai menggeleng sambil menyilangkan tangan.
"Saya kahwin dengan awak bukan saja-saja. Saya buat semua ni sebab keluarga saya. Saya pun tersepit antara perasaan dengan umi. Kenapa awak fikir saya ni macam nak bolot harta awak?" Lirih sekali nadanya. Hanan mulai sebak kerana dianggap seperti perempuan yang tidak tahu malu.
Kenapa Qairul berubah secara drastik? Kenapa mahu hina dia macam tu. Hanan menundukkan kepala ke lantai.
"Betul? Huh... Kau boleh tolak tapi kenapa perlu teruskan. Aku takkan teruskan kalau kau tolak semua ni."
"Awak salahkan perkahwinan kita ke?" Hanan menyoal dengan berani. Walaupun dia dalam ketakutan tapi dia perlu tahu.
"Yes! Kalau kau tak setuju semua ni tak akan jadi. Aku tak akan kahwin dalam usia muda macam ni. Kau tak fikir ke?" Qairul menghembuskan nafas berat.
"Kau perempuan yang paling aku benci dalam dunia ni. Semua ni disebabkan kau! Hidup aku kucar-kacir disebabkan kau!"
"Cukup Qairul." Hanan sudah tidak tertahan. Rasa seperti maruah dirinya dipijak.
"Cukup? Kau dengar sini." Qairul menuding jari tepat ke wajah Hanan. Riak muka Qairul jelas menunjukkan segalanya.
"Perkahwinan ni kau akan rasa satu kesilapan yang besar. Sebab apa? Aku tak akan biarkan kau bahagia walau sedetik pun. Aku akan buat kau merana sebab pilih jalan ni," kata Qairul dengan penuh kebencian. Bibir Hanan bergetar ingin katakan sesuatu.
'Prak!'
hatinya rapuh. Hanan memandang wajah Qairul dengan riak tidak percaya. Beginikah hidupnya? Tiada sedikit pun cinta untuknya? Susah sangatkah menerimanya?
"Apa salah saya? Kenapa awak buat saya macam ni? Kalau boleh saya pun tak nak benda ni berlaku tapi saya tak kuat untuk menolak semua ni. Saya terpaksa."
Mata Hanan mulai berkaca. Hatinya sebak, tangannya ditekap ke dada menahan sakit.
Qairul ketawa sinis, cukup membuatkan hati Hanan berkecamuk. Qairul mula tayang wajah bengang. Kaca mata Hanan diambil kasar lalu dicampak ke atas tilam.
Hanan semakin takut dengan tindakan Qairul yang diluar jangkaan. Hanan dapat rasakan sesuatu buruk akan berlaku dengan dirinya.
"Apa salah kau? Sebab kau pilih jalan bersama dengan aku. Kau hancurkan segalanya." Qairul mencengkam bahu milik Hanan membuatkan Hanan merintih sakit. Kesabarannya sudah hilang. Saat matanya bertembung dengan Hanan dia rasakan kebencian yang meluap-luap dalam dirinya.
Dia nak tamatkan semua ni.
"Awak... S...sakit..." Berkali-kali dia menolak tangan Qairul yang berada di bahunya tapi Qairul terus beralih mencengkam kedua-duanya belah lengan tangan Hanan sekuat hatinya lalu dilekapkan ke dinding.
"Kau pemusnah hidup aku! Kalau kau tolak permintaan keluarga kau, semua ni takkan jadi!" Qairul mula mengunci kaki Hanan. Dia tahu mungkin Hanan akan menendangnya untuk melepaskan diri. Hanan semakin kesakitan. Dia dapat rasanya kulitnya mula berdarah kerana cengkaman tangan Qairul.
"A...awak sakit. Tsk!" Hanan mulai menangis tanpa segan silu. Sakit hanya dia dan tuhan yang tahu. Adakah hidupnya akan seperti macam ni.
"Hati aku lagi sakit bila terkenangkan semua ni. Disebabkan kau, hidup aku musnah!" Qairul memandang wajah Hanan. Air mata Hanan mengalir sambil mata dipejamkan. Qairul mengetap bibirnya.
"Arghhh!"
Qairul menumbuk dinding sekuat hatinya. Tangannya yang luka itu tidak dihiraukan.
Segera dia menolak bahu Hanan, ingin menciptakan jarak. Hanan terduduk, badannya menyandar ke dinding. Badannya menggigil dengan hebat. Hanan merapatkan kedua-dua belah lututnya ke dada. Air matanya galak mengalir turun ke pipi.
Qairul mengusap mukanya dengan kasar.
'Apa kau buat ni Qairul? Kau ni dah kenapa? Kau nak jadi pembunuh ke?' Qairul menyumpah seranah dirinya. Dia hampir hilang kawalan dengan semua ni.
Dia cuba tenangkan diri, tidak pernah lagi dia buat kerja gila macam ni. Dia bukannya cepat baran dan mengamuk tapi semua ni membuatkan dia tertekan. Segera Qairul keluar dari bilik, dia mahu tenangkan diri sekarang.
Hanan menangis semahu-mahunya. Kesakitan yang dialami cukup membuatkan sekeping hatinya retak.
Beginikah takdir hidupnya? Badannya menekur ke lantai yang berjubin sejuk itu. Biarlah sejuk, asalkan dia dapat lepaskan semuanya.
Akhirnya dia tertidur, dia penat. Setitis air matanya dibiarkan mengalir. Asalkan dia dapat tidur kerana kepenatan. Penat dengan pancaroba dunia yang penuh dengan cabaran dan rintangan. Adakah kehidupannya akan berakhir macam ni?
🌸🌸🌸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top