Bab 13
Hampir dua hari dia tidak ke sekolah membuatkan Hanan mulai rindu. Siapa saja tak rindu, itulah hari terakhir dia jejak kaki di sekolah itu. Hari ini, dia akan menetap dengan Qairul.
Ziyad, abang iparnya mengangkat barang Hanan lalu masuk ke dalam bonet, begitu juga Qairul.
Puan Zainun pula masih berborak dengan Puan Suhaida begitu juga Encik Ilzam dan Encik Azril. Zailatul pula tiada disini kerana terpaksa berangkat ke Dubai atas urusan kerja.
"Akak cantik!" Hanan menoleh tatkala suara itu seperti memanggilnya. tersenyum kecil Hanan apabila seorang budak memanggilnya dengan panggilan yang agak membuatkan dia malu. Cantik? Okay, Hanan sudah mula kembang.
"Akak nak? Ril ada aiskrim banyak ni." Qiyadh menghulurkan aiskrim itu. Hanan hanya menggeleng.
"Tak nak? Halah..." Qiyadh merengek kecil tatkala Hanan menolak.
Hanan tersenyum, manja sangat!
Segera dia mendukung anak kecil itu,walaupun umur Qiyadh sudah 7 tahun tetapi bagi Hanan Qiyadh seperti 4 tahun, kecil? Taklah terlampau kecil macam budak umur 4 tahun, kau boleh bayangkan?
"Tak apa Ril makan je. Ril kak Ikha nak tanya. Ril nama apa ya?"
Qiyadh mula mengetuk dagu lagak berfikir. Hanan tergelak kecil, haih comel je macam abang dia.
Hanan terdiam sebentar.
'Kau nak kata abang dia comel ke Hanan?' Getus hati nya.
"Nama Ril ,Qiyadh Zafril. Umur 6 tahun," kata Qiyadh dengan senyuman manis.
Hanan mencubit pipi comel itu. Qiyadh pula tergelak kecil.
"Nama akak cantik ,kak Ikha je ke?" Hanan menggeleng, tangan milik Hanan mula mengusap kepala kecil itu. Haih..rasa teringin nak ada adik lah pulak.
"Nama akak Hanan. Ril panggil akak kak Ikha ye?" Qiyadh hanya mengangguk. Aiskrim ditangannya dijilat dengan penuh nikmat.
"Kenapa Ril panggil akak Ikha akak cantik?" Hanan mula mengajukan soalan. Dia pelik kenapa Qiyadh memanggilnya dengan nama macam tu.
Bukan dia tak suka cuma agak kurang selesa apabila Qiyadh memanggil nama macam tu di depan orang lain.
Qiyadh yang tengah syok menjilat aiskrim terhenti, di pandang muka Hanan itu seketika sebelum bekas aiskrim diletakkan ke tepi. tangannya yang tersisa aiskrim juga dia kesat ke bajunya.
"Hey, Ril kotor lah."
"Ala nanti Ril basuh lah."
Qiyadh mula turun dari ribaan Hanan. Hanan yang duduk di atas bangku duduk mencangkung terhadap Qiyadh yang berdiri itu.
"Sebab akak cantik lah Ril panggil akak, akak cantik. Mata akak cantik buat Ril rasa suka. Lagi-lagi akak pakai benda bulat tu, comel! Untung acik dapat akak macam ni. Kak Ecah selalu sebuk, acik pulak sekolah . Ril sorang-sorang dekat rumah tapi tu dulu sekarang Ril dah ada akak cantik!" Kata Qiyadh dengan nada ceria.
Dia tergelak lucu, benda bulat? Ah! Kaca matanya. Teruja sahaja Qiyadh sambil tangannya juga mencubit pipi Hanan tapi dia punya cubit woi macam nak tercabut kulit.
"Ril akak sakit ni."
"Sorry Ril tak sengaja." Hanan tergelak lucu. Tanpa disedari perbuatan mereka diperhati.
Qairul yang dari jauh hanya mampu mencekak pinggang.
Amboi, bukan main dua orang itu bermesra. Qairul mula mengatur langkah ke arah mereka.
"Ril..."
Perbuatan mereka berdua terus terbantut apabila Qairul tercegat berdiri di hadapan mereka. Qairul berdehem sedikit.
"Ril, tu mama dah panggil. Nak balik dah ni." Qairul mula mahu mencapai tangan Qiyadh tapi sempat mengelak.
"Ril nak pergi dengan akak cantik. Acik pergilah dulu eh?" terbuntang mata Qairul, amboi menghalau. Qairul pandang Hanan yang sedari tadi hanya menunduk. Qairul tahu mungkin Hanan malu dengan panggilan yang Qiyadh berikan.
Qairul ketawa mengejek.
"Akak cantik? Cantik ke Ril? Acik rasa tak cantik mana pun akak ni." kata Qairul dengan nada sedikit kuat. Sengaja mahu menyakitkan hatinya mungkin.
Ceh, Hanan membuat muka tak puas hati. Tahu lah Ril panggil aku cantik, jeles lah tu.
"Eiii! Kak Ikha cantik tau, tengok ni mata comel, kak cantik comel, dia tak macam abang. Abang nak kata handsome? Hmm... Ril lagi handsome heheh." Qairul menjeling. Segera dia mengajukan soalan sambil mencekak pinggang.
"Ril, jom ikut acik."
"Tak nak! Nak Kak Ikha!"
"Jom lah Ril. Nanti boleh kita pergi jalan-jalan." kata Qairul dengan nada memujuk. Qiyadh hanya menggeleng tidak mahu sambil memeluk kaki milik Hanan.
"Tak nak!"
Hanan perlahan-lahan duduk mencangkung separa ketinggian Qiyadh. Tangan kecil Qiyadh digapai sambil senyuman manis meniti di bibir Hanan.
"Qiyadh... Kak Ikha ada kerja ni. Nanti kita pergi sama-sama ya. Qiyadh pergi lah dulu dengan acik ya?"
Riak muka Qiyadh masam mencuka. Hanan yang sedar dengan perubahan Qiyadh itu terus dia mendekat, ingin membisikkan sesuatu.
"Senyum lah sikit. Kak Ikha janji nanti kalau Kak Ikha dah tak ada kerja kita main sama-sama, okay?" Bisik Hanan perlahan.
Qiyadh mengangkat kepala. Riak mukanya kembali ceria sambil jari kelingking nya disua ke arah Hanan untuk membuat satu perjanjian.
"Janji?"
Hanan tertawa kecil. Manja betul adik Qairul ini. Hanan terus menyambut jari kelingking nya maka terjadilah satu perjanjian antara mereka.
"Janji."
"Qiyadh! Mari sini!"
Suara Puan Zainun menarik perhatian mereka. Hanan menepuk bahu Qiyadh perlahan.
"Dah, mama panggil tu. Nanti kita main lagi ye."
"Okay kak Ikha!"
Qiyadh berlari kecil ke arah Puan Zainun. Hanan berdiri perlahan. Bajunya yang berkedut itu ditepuk sedikit.
Qairul mengalihkan muka ke arah Hanan. Qairul menunding jari ke Hanan dengan muka tak puas hati.
"Kau cakap apa dengan adik aku ni?" Qairul menyoal tegas. Hanan sedikit terkejut.
"Tak ada apa. Saya cakap biasa-biasa je."
"Kau tipu! Mesti kau cakap benda buruk kan dekat dia?"
Hanan menggeleng laju. Hairan dia apabila Qairul tuduh dia melulu.
"Benda buruk apa? Awak fikir saya ni jahat sangat ke, ha? Dia yang nak pergi dengan saya." Hanan berkata dengan tidak puas hati dengan tuduhan Qairul yang langsung tidak muhasabah.
Sedikit sebanyak ayat yang keluar dari bait mulut Qairul mampu mengguriskan sekeping hati dia.
Qairul menyilangkan tangan sambil membuat muka toya.
"Adik aku tak pernah lagi tolak apa yang aku ajak! Jadi mesti kau ada cakap sesuatu." Qairul mula berkeras. Hanan mengeluh berat. Hal kecil ini pun mahu jadikan isu.
"Awak jangan risau, saya tak cakap benda buruk pun and one more thing, please don't think I'm so bad."
"Huh? Dah memang betul. Kau perosak segalanya!"
Hanan terpana seketika. Anak mata Qairul tajam menikam anak matanya. Jelas bahawa anak mata itu menunjukkan dia sangat marah.
Hanan sedar pandangan itu bukan setakat marah yang melanda malah anak matanya jelas sekali menunjukkan kebencian terhadap dia.
Qairul mendekatkan jarak mereka. Hanan sedikit kebelakang, namun pantas lengan Hanan ditarik kuat. Hanan sebanyak takut dengan tindakan Qairul.
Qairul mendekatkan mulutnya ke telinga Hanan.
"Listen here, I don't think I will accept you in my life as a wife so don't hope to much." Walaupun perlahan tetapi sangat keras nadanya.
Qairul menolak Hanan sehingga Hanan berundur ke belakang. Nasib tidak jatuh.
Hanan memandang Qairul dengan perasaan yang tidak mampu diungkapkan. Entah, macam mana dia nak terangkan perasaan dia yang melanda ini.
Kecewa?
Hanan sedaya upaya menyembunyikan riak mukanya.
"Tak ada apa -apa lagi kan? Saya pergi dulu." Hanan mula melangkah pergi, Qairul hanya membiarkan wanita itu berlalu pergi. Bagi Qairul dia sangat berpuas hati dapat menyakitkan hati gadis itu.
Ada nampak dia kesah? Huh...
Setelah Hanan merasakan jauh dari Qairul, Hanan terus berhenti melangkah. Hanan mengesat tubir matanya yang sedikit berair. Pedih? Terasa? Siapa saja tak terasa.
Kata-kata Qairul sangat tajam. Selama ini dia tak pernah berfikir yang Qairul akan mengeluarkan ayat seperti itu.
"Hanan!"
Hanan menoleh, terkejut dia apabila ada orang menjerit namanya dengan kuat. Saat kornea matanya menyapa sekujur tubuh tengah melambai ke arahnya, dia tersenyum lebar.
Air matanya mula mengalir gembira.
"Anna! Aisy!"
Terus tubuh milik Hanan didakap sekuat hatinya bagai tidak mahu dilepaskan. Aisyah merungkaikan pelukan, air matanya mengalir begitu juga Anna.
"Hanan, nasib kitaorang sempat kalau tak aku dah meraung dah sebab ketinggalan jumpa kau." kata Anna. Aisyah mencapai tangan milik Hanan segera dia beri kotak yang dikhaskan untuk Hanan dari mereka .
"Ni hadiah dari kitaorang berempat."
Berkerut dahi Hanan. Dia terus mengangkat kotak itu sambil membuat muka blur.
"Dua orang tu siapa la..."
"Hoi! Drama tak ajak nampak?" mereka segera menoleh.
Senyumannya bertambah lebar apabila Zafran dan Darwish melangkah ke arah mereka. Darwish kawan rapat dengan Zafran.
"Hai Nan... Nanti kau duduk sana jangan lupakan aku pulak." kata Zafran sambil memeluk tubuh. Hanan tersenyum nipis.
"Tak kan lah aku lupakan kau. Kau dan Darwisy banyak bantu aku selama ni."
Zafran tersengih-sengih manakala Darwish hanya membalas dengan senyuman. Aisyah dan Anna hanya memerhatikan merek bertiga.
Dari situ Qairul hanya memandang drama tak berbayar itu. Tangannya segera menolak rambutnya kebelakang apabila rambutnya terjuntai di dahi. Seketika matanya bertembung dengan seorang perempuan yang berdekatan dengan Hanan. Qairul membalas senyuman kecil seraya terus melangkah ke arah abangnya, Ziyad Ashfaq.
Zafran yang sedari pandangan mata Anna terus menoleh. Berkerut dahi Zafran.
"Hanan tu ..."
"Wei! Tu suami kau ke?!" Anna menyoal dengan nada terkejut. Aisyah disebelah sudah menyiku Anna.
Kelu lidah Hanan, air liur ditelan kesat. Anna menutup mulutnya dengan tapak tangan, Aisyah pulak sudah menggeleng, menepuk dahi tanda kesal dengan tindakan Anna.
Zafran dan Darwish di situ tergamam.
"Ha?! Suami?!"
Hanan menepuk dahi, aduhai kantoi. Pasti banyak yang ditanya oleh mereka huh...
"Apa ni Nan berani kau rahsia dari kitaorang berdua." Zafran membuat muka kecewa. Siapa saja tidak kecewa, baginya Hanan kawan baik perempuan yang dia pernah ada.
Hanan berdecit, ini lah sebab dia tak nak Zafran tahu. Selalu je kecewa, macam surat pindah sekolah dia.
"Please jangan bagi tahu orang lain. Korang je yang tahu aku dah kahwin. Aku minta maaf tapi ni hal keluarga aku. Orang yang betul-betul percaya je aku bagi tahu."
"So kau tak percaya kitaorang." Soal Zafran dengan nada sedikit sedih.
Haip! dia silap cakap ke? Hanan menggaru kepala yang tidak gatal. Adui mulut ni.
"Aku percaya tapi please jangan bagi tahu orang lain. Korang diamanatkan jaga rahsia aku okay? Aku minta maaf sekali lagi Zaf, Wish. Aku betul-betul minta maaf."Zafran menjeling. Ah merajuk. Darwish hanya menggeleng haih ha pening dengan kawan dia merajuk tahap perempuan.
" ala... aku kan dah nak pindah. Maafkan je lah eh?" Pujuk Hanan.
Zafran sudah membuat muka luak. Hanan sudah mahu ketawa tetapi di tahan, riak wajah Zafran yang memuncungkan sebijik macam kanak-kanak itu mencuit hatinya sedikit.
"Hmmpp... aku awal-awal fikir kau kena pindah sebab keluarga, rupanya kau kena ikut suami kau."
Hanan berasa bersalah. Ni lah kau Hanan bila dah Zafran tahu. Dah merajuk dia ni.
"Aku minta maaf..."
"Ikha! Cepat dah nak gerak ni!" Suara Puan Suhaida memanggil nama Hanan.
"Ye umi!" jawab Hanan. Hanan memandang mereka berempat kemudian dia tersenyum kecil.
"Aku minta maaf. Aku kene gerak ni. Insyaallah nanti kita jumpa lagi ye."
Hanan, Anna dan Aisyah berpelukan. Selesai sahaja mereka bertiga berpelukan Hanan menghadap dua orang manusia lelaki itu.
"Aku pergi dulu, jangan rindukan aku eh Zaf!" Zafran menjeling seketika.
"Lain kali jangan buat macam ni dah." Zafran memberi amaran. Hanan mengangguk laju.
"Ya, aku dah tak akan buat macam ni dah."
Zafran mula mengukirkan senyuman kerang busuk. Tangannya segera di depa.
"Jom nak peluk sikit!"
'Pap!'
"Kau jangan nak gila sangat eh?" Zafran ketawa berdekah. Darwish pulak hanya memandang sahaja.
"Darwish thank you tau sebab kadang-kadang pun kau tolong aku. Zaf kau beruntung tau dapat rakan baik macam Darwish." Zafran membuat muka jijiknya. Dipandang Darwish dengan muka yang masam.
"Huh? Baik, baiklah sangat. Aku menyesal dapat kawan macam dia."
"Eh! Aku pun tak hingin lah berkawan dengan kau." Hanan menggeleng. Perbalahan kecil itu saja, dia sudah lama kenal mereka berdua. Kalau bergaduh still guna mulut takda lagi tangan sampai kat muka.
"Ha! Sudah aku pergi dulu ya? Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Bye Hanan jumpa lagi!"
Hanan tersenyum seraya melangkah pergi walaupun berat dia tetap gagahkan diri pergi. Direnung kotak yang berada di tangannya. Dia memeluk dengan erat sekali. Kenangan biarlah diukir sehingga berkekalan amin.
🌸🌸🌸
Puan Zainun menoleh ke belakang, Hanan hanya berdiam diri sambil memandang luar tingkap. Qairul pula hanya bermain dengan handphone dia.
Anaknya yang kecil ni pulak tidur dah, haih penat lah tu.
"Ikha, Ikha okay tak duduk dengan mama ni?" Soalan yang diajukan itu menyentak Hanan. Dia membetulkan kedudukan dengan lebih selesa.
"Ikha okay je lagipun Ikha kan dah jadi isteri jadi pangkuan Ikha hanya disisi suami Ikha. " Qairul hanya diam dia buat tak peduli. Malas mahu ikut campur. Puan Zainun pula menoleh ke arah Qairul.
"Shad, mama nak cakap ni." Puan Zainun menghelakan nafas seketika.
"Nanti Shad tolong tengok-tengokkan Ikha ye? Lagipun Ikha budak baru kat sekolah kamu dan dia pun sekelas dengan Shad," ujar Puan Zainun dan itu membuatkan jari Qairul berhenti menari di atas skrin handphone.
Qairul sebanyak terdiam, dipandang Hanan dengan riak wajah terkejut.
Dia bukan apa. Dia tak jangka langsung yang Hanan akan masuk ke kelasnya.
"Alang-alang sama kelas, Shad juga boleh tolong tengok-tengokkan Ikha kalau ada orang nak buli Ikha ni. Satu sekolah kenal kamu. Kamu..."
"Mama, papa ada kat rumah tak?" Laju sahaja Qairul menyoal. Dia tidak mahu Hanan lebih tahu tentang perihal dia.
"Hmm... Macam biasalah papa pergi uruskan syarikat dia kat Jepun. Lagipun abang Ash kan ada, bolehlah Ash ambik Ikha kalau tak bulan depan lah jawabnya..." Qairul mengangguk. Ziyad yang memandu pulak di kerling dari cermin sisi kereta.
"Abang Ash kau dah habis belajar ke?" Ziyad terus pandang wajah Qairul dari pantulan cermin.
"Yup, lagipun lepas ni aku praktikal sini je." Qairul terkelip-kelip mata dan seketika dia tersenyum lebar.
"Maksudnya?"
"Aku buat latihan dalam Malaysia je."
Qairul tersenyum lebar. Maksudnya lepas ni abangnya akan selalu balik. Tak macam dekat luar negara. Dua tiga tahun baru balik jenguk mereka sekeluarga di sini.
"Woahh... Kiranya nanti kau berlatih jadi pilot lah ni?" Qairul sengaja bertanya walhal dia dah tahu dah.
Ziyad membuat muka toya macam lah adik dia yang sorang ni tak tahu. Kalau nak uruskan syarikat milik papanya memang dia tolak mentah-mentah. Dia tak berminat, lagipun dia lebih gemar dalam bidang juruterbang.
Qairul senyum penuh makna. Qairul berdehem kuat.
"Woah, Ziyad Ashfaq akan jadi seorang pilot agaknya." Kata Qairul sambil suara sengaja dia buat agak kasar. Puan Zainun hanya mampu menggeleng kepala dengan kerenah dua beranaknya.
"Kau perli aku eh?"
Tidak lama kemudian mereka sama-sama gelak ketawa. Hanan pulak hanya mendengar, fuh juruterbang kau ada? First time tau aku ada abang ipar yang pilot ni untung bak hang!
"Ikha, abang Ryl macam mana?"
Pertanyaan Ziyad membuatkan Hanan sedikit terkejut.
"Hm... Abang lagi 6 bulan nak habis. Nanti dia terus menetap sini."
Apabila teringatkan abangnya terus dia berasa sayu. Dia rasa bersalah sangat.
"Iya? Mesti kak Ecah gembira ni kalau dapat tahu." Qairul kehairanan. Kenapa pulak takkan lah kak Ecah suka abang ryl pulak.
"Kenapa? Kak Ecah suka abang Ryl ke?" Pertanyaan Qairul sebanyak membuatkan Hanan tergamam. Selama ni Zailatul sukakan Syazryl ke?
"Heh, kau ni Shad. Bukan suka macam love each other but love as friends, okay? Aku, kak Ecah dan abang Ryl kawan rapat tau masa kecil, lagi-lagi kak Ecah selalu kene menyakat dengan Syazryl tu tapi sejak kitaorang habis SPM tambahan lagi keluarga Syazryl nak pindah. Hubungan kitaorang dengan keluarga dia pun tak rapat mana dah.
Masa tuh umur kau 12 tahun tak silap. Kau pun bukan main rapat dengan Ikha lagi-lagi waktu... Apa eh? Aku tak ingat dah. Ooo okay! Okay! Ma! Ingat tak waktu Shad umur 8 tahun dia main masak-masak dengan Ikha? Dan yang paling tak boleh dilupakan dia jadi pak sanggup, muka dia bermake-up tebal pun fuh redha je... " Puan Zainun tergelak. Bila diingatkan balik. Kelakar tapi itulah kenangan.
Manakala muka Qairul sudah naik merah. Kurang asam punya abang!
Hanan disebelah Qairul hanya mampu menundukkan kepala. Dalam hatinya sudah merungut kerana dia rasa itu kenangan paling memalukan.
Ah... kalau boleh diputarkan masa dia tak akan buat macam tu.
"Ye ye mama ingat. Kalau boleh korang rapat lah balik. Mama bukan apa dulu mama teringin sangat nak jadikan Ikha menantu sebab dulu perangai Shad nakal tau tapi Ikha melayan je cuma kalau dia sakit hati sangat baru dia bagi tahu Umi tapi memang dari dulu Ikha lah menantu yang sesuai bagi mama sebab mama tahu Ikha boleh." Hanan hanya menyepi. Qairul juga hanya mendiamkan diri.
"2 minggu dari sekarang Ikha akan mula sekolah. Jadi nanti Ikha tumpang dengan abang Ash ye." Hanan mengukirkan senyuman nipis seraya mengangguk.
"Baiklah, mama."
🌸🌸🌸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top