Bab 12

Surat penukaran sekolah itu dibelek sekali lagi, seketika dia mengeluh berat.

Kalau boleh dia tak nak pindah tapi apakan daya, dia terpaksa berpindah ke Negeri Selangor.

"Uit, surat apa tu?" Tanpa berfikir panjang Zafran terus merampas surat dari tangan Hanan. Hanan terjerit kecil.

Terkejut!

"Kus semangat! Kau ni suka sangat terjah orang," kata Hanan dengan nada suara bengang. Zafran langsung tidak peduli, dia hanya baca bait ayat-ayat itu dengan teliti. Tiba-tiba riak mukanya berubah bagai tercekik tulang ayam.

"What is this? Kau nak tukar sekolah ke?" Zafran menyoal dengan riak muka tidak percaya.

Hanan ingin merampas kembali surat itu tapi Zafran mengelat. Zafran merenung Hanan dengan pandangan tajam.

"Jawab lah, aku tanya ni Nan. Kau nak tukar sekolah? Bila ni?"

Hanan mengeluh berat. Kalau diikutkan hati dia masih mahu menetap di sini tapi dia terpaksa ikut Qairul menetap di sana.

Lagipun ni masih awal bulan jadi tak ada masalah pun kalau dia pindah. Nama dia pun belum didaftar sebagai calon SPM di sekolah ini.

"Minggu depan aku dah takda lah. "

"What?! Seriously?!" Zafran terkejut dengan nada yang tinggi.

Hanan menyumpah seranah Zafran di dalam hati. Wajah Zafran jelas kecewa.

"Kau pindah dekat mana nanti?"

"Selangor..."

"Alahai... Mesti aku akan rindukan kau. Tak boleh lah aku tahu pasal Anna dari kau. Lepak dengan kau. Rancangan kita nak Anna jatuh hati kat aku mesti dah takda bila kau pindah. Nan jangan pindah!" Hanan membuat muka meluat. Ceh, ingatkan rindukan dia rupa-rupa pasal Anna.

"Dah nak buat macam mana? Aku terpaksa ikut keluarga aku." Atau dikatakan tepat lagi suami yang nun jauh di sana, getus Hanan.

Hanan mengeluh seketika dia mengingat balik malam pertama mereka semasa diijabkabulkan amat menyakitkan. Hatinya bagai ditoreh dengan pisau sehingga menusuk ke dalam sekali, sakit hanya dia dan tuhan yang tahu rasa perih dia sekarang.

"Kiyahhh!! "

Jeritan itu mampu membingitkan telinga Hanan.

Lamunan Hanan terus mati. Terus tangan Hanan melekap ke telinga.

"Ha, ingat ke dah kena sampuk tadi. Kalau tak menjadi aku azan kan je." Hanan merenungnya tajam. Berani dia jerit, nasib sekarang dia berada di tangga. Tapi kalau orang dengar lepastu buat onar tak pun datang ke sini, pasti boleh menimbulkan masalah.

"Kau ni kalau tak jerit tak boleh ke?!" Soal Hanan dengan nada yang marah lalu menjengkelkan mata.

Zafran menggosok belakang tengkuknya sambil tersengih kerang busuk.

"Aku dah panggil kau banyak kali tapi kau mengelamun macam dah kena sampuk. Tu yang cuba try jerit tu, kalau tak menjadi jugak aku azan je bagi jin dengan Syaitan tu keluar dari badan kau hehehe... "

'Pap! '

"Woi! Sakitlah!"

Buku yang setebal ibu jari itu dia ketuk kepala Zafran. Lawak lah, lawak? Hanan menjeling surat yang masih dalam genggaman Zafran lalu merampas dengan kasar.

"Ni baru buku, belum lagi penampar sulong aku ni." kata Hanan garang. Zafran menjuihkan bibirnya tanda mengejek.

"Macam aku kesah!"

Zafran terus melarikan diri sebelum Hanan memukulnya buat kali kedua. Hanan menyumpah seranah Zafran.

Dia ni memang tak serik!

🌸🌸🌸

Akhirnya, waktu persekolahan telah pun tamat. Segala buku yang dia belajar di atas meja di masukkan ke dalam beg galasnya. Baru sahaja Hanan hendak berdiri, Anna sudah tercegat berdiri di tepi bucu mejanya. Hanan sedikit sebanyak gugup.

Sejak dari Anna memulakan perang dingin selalu sahaja mengelat darinya. Hanan juga takut kalau dia terus mengharap Anna pasti Anna semakin rasa memaksa.

"Kenapa Anna?" Hanan cuba memberanikan diri untuk menyoal walaupun dalam hatinya berasa tidak senang.

Adakah Anna ingin memutuskan hubungan persahabatan mereka?

Tak! Dia tak sanggup dengar!

Anna tidak menjawab. Dihela nafas seketika, hatinya mula terasa sebak. Perasaannya bercampur baur saat ini.

Tanpa ragu-ragu Anna lantas memeluk Hanan sehingga tubuh mereka terdorong belakang sedikit. Serta merta Hanan terkaku.

"Ha...nan jangan tinggalkan a...aku hiks! Aku minta maaf ! Aku tak sepatutnya marahkan kau. Sepatutnya. Aku perlu lebih memahami kau. Hiks!" Tersedu-sedu Anna menangis di dalam dakapan. Hanan mengusap belakang badan Anna seketika dia tersenyum.

"Kau tak ada apa-apa salah. Tak perlu minta maaf, sepatutnya aku yang patut minta maaf."

"No! It's my fault! Kalau bukan aku yang mulakan pergaduhan ni, semua ni tak akan jadi," kata Anna dengan nada suara bergetar.

Hanan mengusap belakang badan Anna, cuba mententeramkan gadis itu walhal dirinya pun sudah sebak sambil air mata laju sahaja menuruni ke pipi.

"Kita semua salah. Please jangan salahkan diri kau. Aku buat salah kau pun buat salah, kita semua sama." Anna mengangguk lagi, segera dirungkaikan pelukan itu. Kaca matanya dibetulkan.

Dia tersenyum, Alhamdulillah syukur hubungannya dengan Anna kembali pulih seperti sediakala.

"Dah, jangan nangis lagi. Tak cantik dah Dianna yang aku kenal ni." Hanan mengesat air matanya sendiri sambil tersenyum, Anna juga begitu tapi tidak lama kemudian Anna menjuihkan bibirnya.

"Ala kau pun menangis juga!" Hanan ketawa kecil. Anna terus mencapai lengan Hanan.

"Jom balik? Aku hantarkan eh? Aku nak spend time dengan kau lama sikit. Eh eh?" Hanan mengangguk, tangan milik Hanan mula ditarik. Mereka berdua berjalan ke luar kelas.

"Hmm... Hanan." Wajah Anna segera dikerling.

"Aku nak tanya boleh tak?"

"Tanya je lah." Anna menghembuskan nafasnya. Muka Hanan di pandang lagi sekali.

"Minggu depan kau pindah kan? Aku dengar Aisyah kata kau pindah dekat Selangor, betul ke?" Hanan mengangguk segera ditutup riak wajah dia yang penuh kekecewaan. Air mata macam dah nak pecah bila sebut pasal pindah sekolah ni, allahu...

"Hurmm... betul lah tu, tapi kan kalau kau nak ikut ha jom lah. Boleh kita pergi KL sama-sama ha."

Bersinar mata Anna. Anna halakan pandangan ke arah Hanan dengan penuh harapan.

"Betul ke?"

Hanan menyembunyikan senyuman. Hanan tergelak kecil.

"Eh, tak ada lah. Jangan harap lah."

Hilang terus senyuman Anna. Anna menjeling Hanan dengan perasaan geram. Baru dia nak angan dah punah harapan.

Hanan menggeleng kepala. Anna ni kalau jalan-jalan hm... nombor satu!

Suasana kembali sunyi. Mereka berjalan sehingga ke perhentian bas. Suara Anna mula memecahkan kesunyian.

"Hmm... Hanan, kau jangan lupakan aku ye? Kalau boleh datang lah sini waktu cuti sekolah. Boleh aku jumpa kau, spend time banyak dengan kau. Promise?" Hanan tersenyum tawar. Lengan milik Anna dipeluk erat.

"Yes, I'm promise." Anna juga membalas pelukan Hanan. Dia mengangguk kepala.

Anna yang dia kenal memang seorang yang manja dan periang tapi kadang-kadang bila marah semua benda dia nak marah. Kasar cam lelaki, ingat lagi waktu Dani rakan sekelasnya sewaktu mereka tingkatan 3, suka sangat mengusik Anna, last-last Anna menumbuk lelaki itu sehingga berdarah hidung.

Kasar kan? Tapi sekasar- kasar dia sifat perempuanya masih ada. Buktinya sekarang, tadi bukan main marah sekarang sekejap sahaja hilang.

"Hanan, kau dah kahwin kan?" Hanan mengangguk, Anna mula tersenyum lebar terus dia mendekatkan lagi ruang sama Hanan.

"Best tak kahwin? Macam mana feel dia? Auww mesti sweetkan. Maklumlah aku tak pernah merasa. Hanan aku nak jadi macam kau, kan Best kahwin eiii!"

Namun Hanan langsung tidak menjawab, keluhan saja yang menghiasi bibirnya. Pandangan segera dialih apabila ingatannya menjengah kembali kata-kata kesat itu.

"Hanan kau okay?" Hanan memberikan senyuman nipis sedaya upaya dia cuba buka mulutnya untuk menjawab.

"Kau takkan pernah rasa, tapi nanti bila kau kahwin kau akan merasa bahagia or tidak saat kau kahwin. Just trust your heart and your wedding wil be happy with your spouse."

Hanan sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedihnya. Semua itu hanya untuk mengaburi mata Anna, bahkan sekarang dia tak rasa bahagia walau setitik pun.

Hanya diri dia sahaja yang tahu manakala Anna boleh baca dari riak Hanan.

Ya, Hanan tak pandai menipu. Hanan dalam keadaan tidak baik.

"Kau okay?"

"I'm okay, don't worry." Dia tersenyum nipis sekali lagi cuba menyakinkan. Walaupun Anna tahu yang sebenarnya Hanan hanya berbohong tetapi Anna tetap membalas senyuman Hanan.

"No metter what happens, I always be your side. I'm your best friend, I hope you don't hide anything from me. Promise?" Hanan ketawa kecil, dia segera mengangguk.

"Yes, I will promise."

Hanan mengangguk, cuba untuk menyakinkan Hanan. Anna tersenyum tak kira lah Hanan pernah buat silap sekalipun baginya Hanan itu kawannya, dia tak akan pernah lupakan Hanan dan akan sentiasa ada di sisinya, itu janjinya.

🌸🌸🌸

Dah lah, aku pulak yang rasa sedih huhuhu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top