Bab 10

     Hari berganti hari. Tarikh nikah sudah hampir dekat. Hanan merenung cincin yang tersarung di jari manisnya seminggu yang lepas.

"Aku dah jadi tunang orang. Macam mimpi pulak." Tergelak kecil Hanan. Dia tak pernah terfikir pun yang dia akan berkahwin di usia muda macam ni. Ingatannya mula teringatkan tentang seminggu yang lepas.

Jari milik Hanan di sarungkan cincin belah rotan itu. Puan Zainun atau dikatakan bakal mak mentua nya hanya tersenyum kecil sambil menyarungkan cincin itu. Setelah selesai menyarung segera tangan milik Zainun di kucup dan akhirnya Hanan sudah menjadi tunang milik Qairul.

"Mulai sekarang Ikha panggil aunty Zai,mama ya?" Ditelan air liurnya terasa kesat di kerongkong.

"B..baiklah aunt...eh? mama!" Puan Zainun tersenyum kecil. Hanan mencari kelibat bakal suaminya tapi hampa, Puan Zainun dapat menangkap.

"Cari Shad ke?" Merona pipi Hanan. Adu mak kantoi!

"Shad ada kat luar nak mama panggil kan dia?" Hanan menggeleng. Lagipun dia malu nak berjumpa sama Qairul walaupun 2 minggu yang lepas sudah bertembung.

"Tak apa mama panggil kan dia ya?" Tidak sempat Hanan menghalang Puan Zainun sudah keluar. Hati Hanan sudah memainkan peranan. Puan Zainun dan seorang lelaki mula mendekati mereka.

"Shad ni tunang kamu." Hanan mendongakkan kepalanya ingin melihat wajah milik Qairul almaklumlah dia pendek Qairul tinggi cam galah.

Saat mata mereka bertentangan satu perasaan aneh mengalir dalam dirinya. Qairul berdehem cuba untuk buang suasana janggal.

"Mama pergi dulu. Korang berborak lah dulu kat sini," kata Puan Zainun lalu terus melangkah pergi.

Okay suasana awkward. Hanan hanya menunduk sambil bermain jari yang disalut dengan cincin tunang itu.

"So, miss Hanan Zulaikha, Gembira dapat berjumpa lagi." Dia ketawa kecil nampak sangat fake senyuman dan ketawa itu. Hanan hanya diam.

"Kau masih ingat aku lagi kan? Qairul Arshad? Oh lupa takkan lah tak kenal aku pulak." Tawa sinis mula terbit dan itu membuatkan riak wajah Hanan berubah tetapi cepat-cepat ditutup dengan senyuman kecil.

"Ya... Saya masih ingat awak lagi. Gembira dapat bertemu awak," kata Hanan kedengaran kekok.

Qairul melirik ke arah Hanan yang mengenakan baju abaya satin berwarna maroon. Cukup sesuai dengan warna kulit gadis itu.

Qairul mula mendekatkan mukanya dengan cuping telinga Hanan. Air liur Hanan ditelan dengan payah tatkala hembusan nafas Qairul dapat dirasai.

"Hmm... Boleh tahan cantik juga kau sekarang kan."

Merona muka Hanan apabila dipuji sebegitu. Hanan pula sudah seperti cacing kepanasan apabila jarak antara mereka semakin dekat.

Hanan segera berdiri.

"Saya pergi dulu, ada masa kita jumpa lagi."

Hanan memejamkan mata seketika, laju sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Aishh!"

Hanan menepuk pipinya yang semakin memanas. Dia langsung tak percaya yang Qairul memujinya cantik. Haih... Hanan, jangan cakap kau suka.

Jelas kelihatan air muka Qairul seakan-akan tidak menyukainya. Dia tak tahu salah dia dimana tapi Qairul memang lain, tak seperti dulu.

"Dia benci aku ke? Aip! Hanan kau baru je tunang apatah lagi kahwin dah menilai orang." Tergeleng-geleng dia tapi dari riak Qairul dia dapat rasakan Qairul seperti ada sesuatu.

"Overthinking lah aku ni," kata Hanan cuba menyedapkan hatinya.

Dia berharap semua prasangka buruknya hanyalah satu kayangan, bukan real tapi kalau real mampukah dia bahagia?

"Huh... tak dapat nak bayang!" Hanan menggeleng laju tapi andai kata betul andaiannya?

Hanan menghelakan nafasnya, satu-satu perasaan negatif datang. Dia harap Qairul baik-baik sahaja dengan dia.

🌸🌸🌸

     Kini Hanan dan Qairul berada di sebuah busana milik kawan kakaknya, Zailatul Aisyah. Hanan membelek baju-baju yang berada di busana itu manakala Qairul hanya duduk di sofa sambil menghadap handphone dia. Bukan Hanan tidak mahu duduk sama dengan Qairul tapi dia segan walaupun Qairul ialah tunangnya yang sah.

"Ikha berkenan ke dengan jubah ni?" Pergerakan Hanan yang membelek terus berhenti. Baju yang di belek itu direnung sekali lagi sebelum senyuman terukir dengan anggukan diberi.

Walaupun ini busana pengantin tetapi kawannya juga membuat busana muslimah, senang kata dia buat kedua-duanya.

"Cantik, lagipun kain dia soft tapi Ikha hanya tengok-tengok je." Zailatul hanya mengangguk memang kain milik busana kawannya lembut dan selesa bila dipakai sebab tu dia mahu membuat baju akad nikah di sini.

"Kalau Ikha nak beli, beli je lah. Akak belanja."

"Eh! Tak payah susah-susah lah kak Aisyah. Nanti kalau Ikha nak beli jubah Ikha beli kat sini lain kali." Dia tak mahu menyusahkan kakak Qairul biarpun dia semakin rapat dengan Zailatul yang peramah dan juga baik tapi dia tak nak menyusahkan. Baginya hubungannya dengan Zailatul cukup selesa daripada Qairul yang muka tidak ada perasaan itu, cis.

"Dah jom. Akak nak ukur badan korang ni. Pastu kita balik." Hanan mengangguk, dia mengikut jejak Zailatul dari belakang.

"Jihah, tolong ukur mereka tau. Pasal diorang punya design baju tu biar aku handle." Jihah yang dipanggil atau dikatakan Najihah hanya mengangguk segera Najihah mengambil pita pengukur untuk mengukur saiz tubuh mereka.

"Awak ikut saya ya? Kita ukur saiz badan awak dulu baru tunang awak." Hanan mengangguk, selesai mengukur badan milik Hanan giliran Qairul pulak. Qairul mencebik geram melihat kawan kakaknya tidak habis menyakat.

"Wow Qai dah nak kahwin. Akak tumpang gembira nanti jemput akak ya?" Panas telinganya sekarang, malu? Of Course korang tahu apa.

"Kak Jihah..."

"Yelah-yelah. Okay dah siap nanti Shad tunggu kat luar, sementara tu panggil kan kak Ecah kamu tu. Ada benda yang perlu akak bincang dengan dia." Qairul mengangguk segera dia keluar dari tempat itu dia menuju ke arah kakaknya yang bersembang dengan Hanan.

"Akak, kak Jihah panggil. Katanya ada benda nak bincang." Zailatul mengangguk segera dia berdiri menuju ke bilik milik Najihah. Setelah kakaknya pergi, suasana kembali sepi. Hanan memandang lantai.

"Ermm... Qairul."

Qairul mengangkat wajahnya. Dia memandang Hanan yang menggengam jari itu.

"Saya nak keluar kejap," pinta Hanan lalu kepala ditundukkan memandang lantai.

"Nak pergi mana?"

"Saja nak keluar kejap. Alang-alang tu ambil lah angin." Qairul mengangguk tiada bantahan, dia bukan kesah pun...

"Ikutlah..."

"Awak tak nak ermm i...ikut?" Qairul tersenyum sinis sebelum direnung wajah yang suci itu. Jari telunjuk menunjukkan dirinya.

"Ikut kau? Aku rasa malas lah pulak. Lagipun kau yang nak jalan-jalankan? Aku tunggu sini je lah." Walaupun ada terselit sedikit ayat yang mampu mengguriskan sekeping hati itu tapi dia? Ada nampak muka aku kesah.

Hanan tersenyum tawar. Gila tak terasa tapi dia buat tak peduli, sebelum dia bangun dan mengahadap Qairul semula.

"Nanti bagi tahu kak Aisyah saya keluar kejap." Qairul mengangguk. Hanan segera keluar dari busana ini.

"Dasar perempuan tak sedar diri. Ada hati nak suruh aku ikut dia heh! Tak ingin aku." Bebel Qairul sambil mulut terherot-herot geram. Entahlah, dia rasa semakin menebal marahnya bila berhadapan dengan wajah tenang tu.

Qairul mula bermain handphone, lebih baik meluangkan masa dengan telefon dari menghadap benda yang dia tak suka sekarang ni.

🌸🌸🌸

     Anna mengeluh. Kini sudah seminggu dia tak nampak batang hidung Hanan. Sejak takde Hanan dia rasa sepi, biasanya bising lah juga join sekaki mulut. Kalau dengan Aisyah join juga tapi Aisyah tak berapa nak bising.

Aisyah lebih banyak mendiamkan diri tapi adakala perangai gila dia datang.

"Sudah-sudah lah tu. Kau benci sangat dia kan? Bila dah takde baru nak rindu." Anna menjeling sahaja.

"Aku bukan benci dia tapi aku rasa terkilan sebab dia rahsiakan dari aku." Aisyah mengusap bahu Anna seketika keluhan dilepaskan.

"Okay, listen. Hanan bukan nak berahsia dengan kita, dia cuma tak nak kita risaukan dia. Hal keluarga katanya tapi disebabkan aku desak dia, dia cerita. Kau takleh nak salahkan dia seratus peratus. Aku juga salah sebab tak bagi tahu kau, aku desak dia sebab nak dia luah. Bukannya pendam. Aku tak nak dia meroyan." Anna kelu. Dia hanya dengar butir bicara Aisyah. Aisyah tersenyum.

"Pihak sekolah dah benarkan dia ambil cuti selama 2 bulan. Dan lepas 2 bulan tu kita jumpa lagi Hanan tapi seminggu je dia ada kat sini lepastu dia akan pindah ikut suami dia." Aisyah turut sebak, aduh cengeng betul. Pasti dia akan rindu Hanan, teman sejatinya.

"Masa tu kita nak luang masa dengan dia masih ada dan kau cubalah berbaik dengan dia sekali. Nanti dia dah pindah tau duduk dengan suami dia." Tangan Anna terketar-ketar. Hanan akan pindah? Anna menahan sebak di dada.

"Dia pindah ke ma...mana?"

"Tak silap aku kat Selangor rasanya."

Anna menundukkan kepala. Berjuraian air matanya turun ke pipi. Berkali-kali itu juga Anna menepis. Semakin dia cuba untuk menahan tangisannya, semakin galak air matanya turun.

"Anna kenapa ni?" Soal Aisyah dengan nada cukup risau.

Anna terus memeluk Aisyah. Anna pasti dia akan rindukan Hanan.

Dia tak sanggup persahabatan mereka berpecah macam ni.

Aisyah hanya membalas pelukan tersebut. Dia pun turut merasa kesedihan itu. Lepas ni mereka tidak lagi bertiga. Mereka akan merindui moment itu.

Anna serba salah, kalau lah dia tak melancarkan perang dingin, pasti hubungan dia dengan Hanan dalam keadaan baik. Semua salah dia. Allahu rindunya.

"Aku rindu kau Hanan..."

🌸🌸🌸

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top