✿ Weird Plan ✿
Di kelas 2A-3,
"Yedeara!" jerit Chanyeol ketika masuk ke dalam kelas. Pelajar-pelajar yang lain berada di dalam kelas tidak mempedulikan jeritan Chanyeol. Chanyeol terus menuju ke tempat duduknya di belakang sekali.
"Aigoo.." keluh Chanyeol setelah duduk di tempatnya.
"Yah, Chan!" tegur Baekhyun di hadapannya.
"Bwo?" tanya Chanyeol sambil mengeluarkan buku dari beg galasnya.
"Kau dah jumpa?" soal Baekhyun.
"Jumpa apa?" tanya Chanyeol, bingung.
"Kalau aku kata kau lembap, kau marah. Tapi kau memang lembap la." Ujar Bakehyun.
"Itu agak biadap, Baek." Ujar Chanyeol sambil memandang tajam kearah Baekhyun.
"Dah memang betul." Ujar Baekhyun sambil menjongket bahu.
"Hey, yaedeara! Korang dah tahu lagi?" sampuk Sehun dari mana datang pun tak tahu.
"Yang ni seorang lagi. Datang tiba-tiba terus tanya soalan tak masuk peperiksaan. Seorang tanya pasal jumpa, seorang lagi tanya pasal tahu. Korang cakap apa ni?" tanya Chanyeol, geram. Sehun yang tidak tahu apa-apa juga kena marah dengan Chanyeol.
"Pasal rahsia Mr. J tu la." Ujar Baekhyun, menyampah.
"Mr. J? Siapa tu?" soal Chanyeol, bingung. Baekhyun sudah geram sangat-sangat dah tu, manakala Sehun masih berdiam diri. Dia masih dalam keadaan bingung.
"Erghhh... Geramnya cakap dengan budak lembap ni." Baekhyun menggenggam kedua-dua tangannya sambil mengangkat ke udara. Sehun sudah mengangguk tanda sudah mengerti situasi sekarang.
"Mr. Jae-Suk la." Ujar Sehun kepada Chanyeol, perlahan.
"Oh! Jae-Suk." Jerit Chanyeol apabila dia teringat. Sehun dan Baekhyun terus menutup mulut Chanyeol.
Mereka berdua terus memandang sekeliling, takut-takut ada orang sedang mendengar perbualan mereka. Selepas memastikan tiada sesiapa, mereka segera menjauhkan tangan mereka dari mulut Chanyeol. Setelah itu, Sehun hadiahkan pukulan kepala kepada Chanyeol.
"Mangkuk betul kau ni, Chan." Marah Sehun. Chanyeol terus menjerit kesakitan.
"Appo la, Hunnie." Chanyeol tergosok-gosok kepalanya. Baekhyun pula hadiahkan ibu jari kepada Chanyeol.
"Padan muka!" Baekhyun menjelir lidah kepada Chanyeol. Tangan Chanyeol ingin sahaja pukul kepala Beakhyun, tetapi terbatal kerana kepalanya masih rasa sakit.
"Lain kali jaga sikit nada nak cakap tu. Ini tidak, tahu-tahu aje menjerit. Kalau orang lain tahu pasal Jae-Suk tu, tak ke susah kita nanti." Marah Sehun.
"Alaa..bukannya mereka tahu kita sembang pasal apa." Ujar Chanyeol setelah selesai gosok kepalanya. Walaupun masih terasa sakit, dia buat tak peduli.
"Memanglah." Ujar Sehun, perlahan.
"Sambung pada cerita asal. Kau dah tahu ke, Hun?" tanya Baekhyun.
"Hmm.. aku rasa aku nak tanya dekat Yooha tu la." Ujar Sehun.
"Macam mana?" soal Baekhyun.
"Kau nak mengorat dia kah?" teka Chanyeol.
"Lebih kurang macam tu la." Ujar Sehun.
"Kau ni gila ke? Kalau dia tahu nanti, macam mana?" ujar Baekhyun.
"Dia tak akan tahu." Ujar Sehun, yakin.
"It's up to you, Hunnie." Ujar Chanyeol sambil menjongket bahu. Sehun sudah tersenyum sinis.
<<<BERSAMBUNG>>>
---VOTE AND COMMENT---
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top