✿ Planning ✿
Di rumah agam Sehun
"Selamat pulang, Tuan Muda Sehun." ujar pembantu rumah ketika menyambut kepulangan Sehun.
Sehun hanya mengangguk sahaja.
"Omma dan appa ada tak?" tanya Sehun, separuh bisik kepada pembantu rumah itu.
"Tiada, Tuan Muda Sehun. Mengapa? Tuan Muda Sehun mahu saya menghubungi mereka?" soal pembantu rumah itu.
"Eh, tak adalah. Saya sengaja tanya. Tak apalah. Saya mahu ke bilik dahulu." Kata Sehun sebelum melangkah ke biliknya di tingkat atas.
Ketika menuju ke tingkat atas, Sehun sempat menjeling pada bilik bersebelahan dengan tangga.
"Nak masuk ke tak?" soalan itu ditanya berulang-ulang kali dalam minda Sehun.
"Alaa...sementara appa tak balik, tak apa kot kalau aku masuk sekejap." ujar Sehun sendirian sebelum melangkah turun daripada tangga.
Sebelum dia membuka pintu bilik itu, dia memerhati sekeliling untuk memastikan pembantu rumahnya tidak nampak dia memasuki bilik itu. Selepas memastikan tiada sesiapa, dia segera masuk ke bilik itu.
"Nasib tak berkunci." ujar Sehun setelah memasuki ke dalam bilik itu.
"Sekarang aku harus cari benda tu." Sehun segera melangkah ke meja erja di satu sudut. Setiap laci pada meja itu Sehun membukanya dan mencari benda yang dicarinya.
"Ish, mana dia letak ni?" bebel Sehun.
Selepas beberapa minit kemudian, Sehun mengambil tempat duduk di kerusi sebelah meja kerja. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu di hujung tangan kirinya.
"Eh? Ada suis?" Sehun membelek suis itu sehingga komputer di meja kerja itu menyala. Sehun segera menghampiri komputer itu dan melihat kandungan di dalam komputer. Dia ternampak satu fail di letak berjauhan dari fail-fail lain di desktop.
"Jae-Suk? Seolma??" secara tiba-tiba sel-sel otak Sehun berhubung tentang satu perkara.
"Hunnie?" tegur seseorang dari pintu bilik. Sehun terus memandang gerangan suara itu.
"Eh? Appa?" Dahi Sehun serta-merta berpeluh.
'Mati la aku.'
"Apa kamu buat dalam bilik appa?" soal En. Oh sambil jalan menghampiri Sehun di meja kerjanya.
"Taa..tak ada apa. Tadi Hun ada dengar bunyi bising dalam bilik ni. Sebab itu Hun masuk, manalah tahu ada pencuri masuk." ujar Sehun, takut-takut. Jantungnya kini sudah berdegup kencang. dah macam tengah jawab soalan matematik dihadapan semua orang didalam kelas.
"Ouh, Jadi kenapa komputer appa boleh menyala ni?" soal En. Oh lagi setelah berada di sebelah meja kerjanya.
"Err..tadi Hun duduk di kerusi rehat tu, tiba-tiba komputer tu menyala." ujar Sehun. Kali ni dia tak menipu. Memang kenyataan pun.
"Okay, sekarang Hun nak buat apa?" lagi sekali En. Oh soal kepada Sehun.
"Err...tak ada apa-apa." jawab Sehun, nada perlahan.
"So..sila keluar dari bilik appa." ujar En. Oh, kembut.
"Dae.." Sehun melangkah keluar dari bilik dengan lemah. Setelah berada di luar bilik, pintu bilik itu terus ditutup dari dalam.
"Banyak betul rahsia appa dalam bilik ni." bisik sSehun sambil menjeling kearah bilik itu.
Tiba-tiba dia teringat fail yang dijumpainya dalam komputer En. Oh.
"Jae-suk? Aku mesti siasat perkara ni." Sehun terus berlari ke biliknya.
Selepas bersihkan diri, dia segera menelefon Chanyeol.
"Yo! What's up? Kenapa kau call aku malam-malam ni?" soal Chanyeol.
"Aku nak kita jumpa dekat SCB malam ni. Ada benda aku nak berbincang dengan korang." ujar Sehun, nada serius.
"Sekejap, aku nak tengok eomma aku ada dekat mana sekarang.."
Sehun menanti jawapan Chanyeol hampir 5 minit.
"Okay, deal. Kita jumpa dekat sana." ujar Chanyeol, teruja.
"Kau beritahu Baek sekali." setelah itu talian mereka terputus. Sehun segera mengapai beg galas dan jaketnya di meja belajar sebelum keluar dari bilik.
"Hunnie??"
"Omma?" Sehun agak terkejut melihat kehadiran Pn. Oh tengah-tengah malam dihadapan biliknya.
"Nak pergi mana tu? Siap bawa beg galas lagi." soal Pn. Oh sambil menghampiri Sehun.
"Errr..Hun nak pergi study group dengan kawan-kawan." dalih Sehun.
"Malam-malam macam ni?" soal Pn. Oh lagi.
"Dae. Tak lama lagi Hun akan menghadapi peperiksaan. Jadi Hun kena berusaha bersungguh-sungguh." sekali lagi Sehun berdalih.
"Okay, sayang. Belajar elok-elok tau." ujar Pn. Oh sambil memegang pipi putih Sehun.
"Dae, eomma." Sehun menunduk hormat kepada Pn. Oh sebelum beredar dari situ.
'Mianhe eomma. Kerana Hun menipu eomma.' detik hati Sehun sambil menuruni tangga rumah.
✿
Di SCB.
"Okay, sekarang kau nak bincang apa?" soal Chanyeol kepada Sehun.
"Ha'ah, kau nak bincang apa? Cepatlah cakap." ujar Baekhyun sambil menguap. Chanyeol menggeleng kepala ketika melihat wajah hodoh Baekhyun menguap. Dah macam badak air.
"Korang pernah dengar tak gangster yang ditakuti dulu-dulu?" soal Sehun sambil senyum teruja.
"Pernah, kenapa?" soal Chanyeol, bingung.
"Korang masih ingat nama dia apa?" soal Sehun lagi.
"Yoo Jae Suk. Kenapa?" soal Chanyeol lagi, keliru.
"Korang ingat tak nama keluarga Yooha apa?"soal Sehun lagi sekali.
"Ingat, kenapa?" soal Chanyeol, hairan.
"Yah!!! Dari tadi asyik korang itu korang ini? Sampai bila nak habis? Kau kata nak bincang sesuatu. Kalau ini nama kau kata bincang, lebih baik aku pergi balik dulu. Aku mengantuk gila ini." Jerkah Baekhyun, marah dan geram. Sehun tersengih.
"Kalau nak tidur sangat, pergilah tidur dekat sofa sana tu." ujar Chanyeol.
"Kenapa tak cakap dari tadi?" Yaish." Baekhyun terus melangkah ke sofa yang dikatakan Chanyeol.
"Seronoknya baring." ujar Baekhyun sebelum melelapkan matanya.
"Okay, sekarang langau dah hilang. kau boleh sambung." ujar Chanyeol sambil memandang Sehun dengan pandangan serius.
"Petang tadi akusempat masuk ke bilik appa aku." Ujar Sehun.
"Jadi?" soal Chanyeol, bingung.
"Aku periksa semua laci dalam bilik tu."
"Lepas tu?"
"Aku tak jumpa apa-apa pun." ujar Sehun sambil menjongket bahu.
"Lerrr.." Chanyeol terasa menyesal pula mendengar cerita Sehun dengan penuh perhatian.
"Sekejap la. Mana habis lagi." Chanyeol kembali fokus.
"Semasa aku sedang duduk di kerusi rehat appa aku, aku tertekan satu suis di tempat letak tangan. Tiba-tiba!" ayat terakhir tu membuatkan Chanyeol menjadi teruja nak dengar.
"Komputer appa aku menyala." Ujar Sehun, selamba.
"Ceh, aku ingatkan ada pintu rahsia terbuka ke apa?" sekali lagi Chanyeol hilang rasa minat mendengar cerita Sehun.
"Belum lagi.." ujar Sehun, sengih.
"Apa lagi?" soal Chanyeo kemballi teruja.
"Aku jumpa satu fail terletak tak jauh daripada fail-fail lain di desktop komputer apa aku.Kau nak tahu nama fail tu apa?" duga Sehun sambil senyum sinis.
"Mahu-mahu." Chanyeol mengangguk kepala tak beberapa kali,
"Jae Suk!" kata Sehun.
Untuk seketika, suasa sekeliling terasa sunyi. Terasa macam ada bunyi 'Krik, krik, krik...'
"Suspen tak?" soal Sehun, teruja.
"Suspen kepala otak kau!!" Chanyeol menghadiahkan pukulan pada kepala Sehun.
"Auch! Appo!" Sehun mengerang kesakitan.
"Padan muka. Normal la appa kau simpan fail Jae Suk. Appa kau kan musuh dengan JaeSuk." kata Chanyeol, geram.
"Bukan itu la maksud aku." ujar Sehun masih lagi menggosok kepalanya yang kesakitan.
"Lepas tu?" soal Chanyeol, geram.
"Kau tak ingat ke Yooha appa?" tanya Sehun.
"Ingat, kenapa dengan dia?" soal Chanyeol, masih lagi geram.
"Nama Yooha appa man En. Yoo. Ada kemungkinan dia tu, Yoo.Jae.Suk." Kata Sehun sambil menyebut nama 'Yoo Jae Suk' sebijik-sebijik.
"Kenapa kau buat andaian macam tu?" tanya Chanyeol, bingung.
"Sebab tadi Yooha appa ada sebut nama Sehun sebelum Sehun beritahu namanya kepada Yooha appa." sampuk Baekhyun tiba-tiba.
"Aik? Mayat tu masih hidup lagi ke?" soal Chanyeol.
Baekhyun terus bangun dari baringannya.
"Aku ni bukan nak berbangga, tapi aku ni kalau dalam tidur masih boleh berfikir dengan cepat. Tak macam kau." kata Baekhyun kepada Chanyeol.
"Ceh, cepat berfikir konon. Nak termuntah kuning aku." ujar Chanyeol sambil buat gaya nak muntah.
"Pandai kau Baek." kata Sehun sambil menepuk tangan.
"Well, I'm a genius boy." Ujar Baekhyun sambil menyelak rambut pada dahinya.
"Kau tahan aku, Hun. Aku rasa nak bagi makan penyepak aje dekat dia tu," Ujar Chanyeol, gerama. Sehun tidak pula menahan Chanyeol malah membiarkan saja. Tetapi Chanyeol tak ada pun nak bagi penyepak dekat Baekhyun.
"Jadi sekarang kau nak buat apa?" soal Baekhyun apabila kembali serius.
Sehun terdiam seketika selepas mendengar soalan Baekhyun. Chanyeol memerhati Sehun berdiam diri.
"Tik Tok Tik Tok Tik Tok.." mulut becok Baekhyun berbunyi.
"Lama lagi ke kau nak perah otak tu?" soal Chanyeo, kebosanan.
Sehun tetap juga berdiam diri. Chanyeol pula mula terasa mengantuk. Sesekali dia menguap sehingga keluar air mata.
"Hah!!" jerit Sehun tiba-tiba.
Hilang terus mengantuk Chanyeol manakala Baekhyun tergelongsor dari sofa akibat terperanjat dengan jeritan Sehun tiba-tiba tu.
"Yah!!" jerkah Baekhyun dari lantai.
"Habis hilang mengantuk aku bila kau menjerit macam tu." ujar Chanyeol.
Sehun hanya mengekeh ketawa.
"Kau dah dapat idea ke?" Soal Chanyeol.
"Hehehehe..belum." Jawab Sehun, sengih.
"Mangkuk hayun!!" Chanyeol dan Baekhyun terus belasah Sehun.
Sehun menjerit-jerit apabila Chanyeol dan Baekhyun menggeletek seluruh badannya.
<<<BERSAMBUNG>>>
---VOTE AND COMMENT---
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top