✿ Game Start! ✿
Di dalam tandas wanita.
Yooha bertapa dalam tandas itu hampir sejam. Beberapa kali pintu tandasnya diketuk.
"Yah! Kau buat apa lama-lama dalam tandas tu? Orang lain pun nak guna juga." Jerit seorang pelajar perempuan.
"Dalam tandas ni bukan ada satu la. Banyak lagi. Pergi sana." Jerit Yooha, geram. Sebelum pelajar perempuan itu beredar, dia sempat menyepak pintu tandas Irene.Dia malas nak marah, sekarang dia lebih mementingkan keadaannya.
"Macam mana dia tahu nama appa aku? Aku ada pernah beritahu ke? Kenapa dia mesti kena tanya aku?" bertubi-tubi soalan ditanya oleh Yooha tetapi tiada jawapan yang muncul.
"Tetapi...apa yang lebih mengejutkan, kenapa dia nak mengorat aku pula???" soal Yooha sendirian. Makin lama dia berfikir, makin serabut kepalanya. Dia terus menggaru kepalanya dengan kasar sehingga rambutnya kusut masai.
"Arghhh!!!" jerit Yooha.
"Yah!!! Kalau nak menjerit, pergi keluar. Mengganggu ketenteraman orang lain betul yeoja ni!" marah seorang pelajar perempuan dari tandas sebelah. Yooha terus menutup mulutnya.
'Hihi, tak sengaja menjerit.' Bisik hati Yooha.
Selepas dia mengepam tandas, buat-buat baru lepas selesai bertapa dalam tandas, dia terus keluar dari tandas, menuju ke singki. Ketika dia sedang membasuh tangannya, beberapa pelajar perempaun sempat menjeling mata kepadanya.
"Apa tengok-tengok?" jerkah Yooha, marah. Pelajar perempuan lain menggeleng kepala melihat Yooha. Yooha malas hendak melayan, dia segera keluar dari tandas wanita itu.
Ketika dia sedang keluar, dia terserampak dengan Sehun dan kawan-kawannya lalu di koridor tandas wanita. Dia segera masuk kembali ke dalam tandas wanita. Tanpa disengaja, dia terlanggar seorang pelajar perempuan yang hendak keluar dari tandas wanita.
Akibat pelanggaran itu, Yooha terjatuh keluar dari tandas wanita menyebabkan dia terduduk atas lantai koridor.
"Argh!! Appo." Yooha mengadu kesakitan pada punggungnya kerana terhentak kuat.
"Jalan tak tengok depan itulah jadinya." Marah pelajar perempuan itu kepada Yooha yang terduduk atas lantai.
"Do gwenchana?" tegur seorang pelajar lelaki kepada Yooha.
"Eh, Sehun oppa?" ujar pelajar perempuan itu apabila nampak Sehun bertanya kepada Yooha.
Yooha pula berdebar apabila Sehun berada di sebelahnya.
'Dia sudah mula mengorat aku kah?' bisik hati Yooha. Pelajar perempuan itu segera membantu Irene.
"Gwenchana chingu?" tanya pelajar perempuan itu, lembut.
'Eeeeh? Tiba-tiba aje yeoja ni baik dengan aku? Siap panggil aku chingu lagi.' Bisik hati Yooha.
"Irene shi? Gwenchana?" soal Sehun sekali lagi kerana Yooha masih lagi berdiam diri.
"Oh? Ah, gwenchana gwenchana. Gumawo." Ujar Yooha sebelum cuba berdiri. Tiba-tiba dia terasa kakinya rasa sengal. Tangannya terus memegang dinding disebelahnya. Tangan Sehun dengan lajunya memegang bahu Irene. Irene tersentak. Pelajar perempuan tu sudah memandang pelik dekat aku.
'Jealous ke?' bisik hati Yooha.
"Kamsahamida. Aku okay saja." Yooha menolak tangan Sehun di bahunya.
"Biar aku bawa kau pergi bilik kesihatan." Ujar Sehun masih lagi memegang bahu Yooha. Yooha masih cuba menolak tangan Sehun.
"Tetapi.."
"Please..." merayu Sehun. Lutut Yooha sudah lembik apabila Sehun merayu kepadanya.
"Nae.." Yooha mengalah. Sehun ingin mengangkat Yooha ala 'bridal style' tetapi Yooha melawan.
"Yah! Tak perlu la angkat aku?" marah Yooha. Dia bukan marah sebab tak suka Sehun angkat dia tetapi dia marah sebab dia tak suka diangkat apabila dia sedang memakai skirt pendek. Nanti nampaklah seluar dalam dia.
Sehun tersenyum sinis.
"Apa senyum-senyum?" soal Yooha, marah.
"Ani.. Biar aku tolong kau jalan pergi ke bilik kesihatan." Ujar Sehun sambil memegang bahu Yooha erat. Yooha hanya mengehem saja.
Sebelum beredar, Sehun sempatmengenyik mata kepada Chanyeol dan Baekhyun. Mereka berdua membalas denganmenunjuk ibu jari.
'Game Start!' bisik hati Sehun.
<<<BERSAMBUNG>>>
---VOTE AND COMMENT---
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top