21
Oksijeon • jjk
Balutan luka di telapak tangan aku dikemaskan oleh Jungkook. Lelaki itu duduk di kerusi berhadapan lalu dia menongkat dagunya.
Sebelah tangannya lagi sibuk menguatkan genggaman pada pergelangan tangan kiriku agar aku tidak dapat melarikan diri ke mana-mana.
"Aku harap kau tak terfikir untuk tinggalkan aku."suara garau Jungkook disulami nada gelisah dan penuh getaran.
Suasana di ruang dapur menjadi sepi. Hanya bunyi helaan nafas kami berdua mengisi kedinginan ruang tersebut.
Aku sedar perubahan suamiku semakin mendatangkan firasat kurang baik terhadapku. Dia sendiri berusaha untuk menjadi manusia yang normal. Namun, sisi syaitan kerapkali mendominasi diri Jungkook.
Mindaku menyimpul satu kesimpulan yang akan memberi kesan kepada hubungan kami. Aku satu-satunya manusia yang menarik syaitan itu turun ke bumi kerana desakan hatiku sendiri.
Kami berpandangan dalam masa beberapa saat sebelum aku menundukkan pandangan ke bawah semula.
Perubahan Jungkook menunjukkan kesan ketara. Lihat sahaja warna iris matanya. Warna mata beransur-ansur menjadi merah pudar.
Satu perkara yang paling aku takut adalah warna anak matanya. Jika dia bangkit satu hari nanti dengan warna iris merah pekat.
Aku patut siapkan diri. He will be a complete devil later.
-------
Minji mengusap pipi lelaki itu. Bersama linangan air mata, dia kesat perlahan-lahan tompok-tompok darah kering yang melekat di sekitar wajah Jungkook.
"Saya tinggal awak kejap je. Kenapa awak tak duduk diam? Saya dah pesan jangan cederakan diri."
Lelaki itu tersengih kecil. Kelopak matanya kuyu akibat layanan mesra isterinya. Dibiarkan jemari runcing Minji mengelus permukaan rambutnya. Jungkook berdehem suka tatkala bibir wanita itu mengucup ubun-ubunya lembut.
"A-aku cari darah tapi tak jumpa. Haus sangat. Lebih baik ambil darah aku. Takde orang yang terluka."
Minji mengambil pisau tajam bersaiz sederhana kecil di dalam genggaman tangan Jungkook.
Dia rapatkan kedudukan tubuhnya kepada lelaki itu. Sambil menatap mata si dia, Minji melingkarkan lengan di belakang bahu Jungkook.
Kehendak hati yang ingin menyalurkan kata-kata semangat buat suaminya sejak sekian lama terburai juga.
Nasib Jungkook berkelakuan baik ketika itu.
"Pegang janji saya. Saya akan ada untuk membantu awak, Jeon Jungkook."
Perasaan lega menyelinap masuk ke dalam hati Jungkook sehingga ianya menyebabkan dia tersenyum girang.
"Walaupun aku berubah seratus peratus ganas pada masa akan datang, aku harap kau tak menyesal. Jaga aku dengan baik, Minji. Kau tahu hati aku tetap sayang dekat kau. Always. "
Minji mengawal rasa sebak di dalam dada. Kucupan bertalu-talu dari bibir Jungkook di atas permukaan wajahnya melemahkan pendirian Minji.
Jemari mereka bertaut tanpa sedar. Wanita itu meminta jawapan atas tindakan Jungkook pada saat mendebarkan itu.
"Aku nak beri bulan madu yang kau impikan. Let me love you tonight."Jungkook berbisik halus. Sentuhan bibirnya di cuping telinga isterinya cukup menggetarkan jiwa.
Minji memaut erat batang leher Jungkook apabila tubuhnya dicempung naik ke atas. Deria pendengarannya disapa bunyi degupan jantung lelaki itu.
Degupan yang sama liar seperti dirinya.
"Saya izinkan awak, oksijeon."
Jungkook mengukirkan senyuman bahagia. Juntaian anak rambut Minji diselak ke belakang telinga sebelum sentuhan bibirnya turun ke wajah isterinya kembali.
"Alright, segalanya untuk Jeon Minji."
Malam itu menyaksikan satu lagi episod romantis yang ditayangkan oleh Jeon Jungkook sebelum keindahan itu tamat untuk keesokkan harinya.
Tidur lena sayangku Minji, hari seterusnya pasti sibuk dengan kemunculan Oksijeon.
-tbc-
A/N:
Bab ini sekadar pemanas karya Oksijeon.
Hehehe. Bab seterusnya saya kasi syaitan tu beraksi.
Kali ini, dia memang tak behave .
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top