14

A/N:
Untuk silent readers, muncullah kalian. Saya teringin nak tgok korang komen. Hehehehe.

------

"Minji, kita dah sampai. Bukalah mata. Nanti sambung tidur semula kat dalam bilik."suara garau Jungkook mengejutkan aku yang sedang enak tidur di kerusi sebelah pemandu.

Dalam kadar perlahan, kelopak mataku tercelik separuh. Seluruh pandangan anak mataku terisi dengan satu pemandangan yang cukup indah.

Rumah banglo dua tingkat itu dikelilingi kawasan pohon-pohon besar. Tampak begitu redup dan menenangkan hati.

"Kita dekat mana ni, Jungkook?"aku soal dia ringkas sekadar memanaskan perbualan yang baru bermula antara kami berdua.

Jungkook mematikan enjin kereta. Selepas itu, aku lihat jari-jemarinya masuk ke dalam poket seluar. Segugus kunci diletakkan di atas telapak tanganku.

"Rumah lama aku. Tempat kita berdua mula bercinta dulu. Kau paling suka tempat ni, Minji."tenang nada suara Jungkook membalas soalan yang terkumpul di benak fikiranku.

Aku menggenggam kemas gugusan kunci tersebut. Lirikan mata lelaki itu menandakan dia sedang menunggu respons daripada aku.

"Jomlah masuk. Hari dah nak dekat senja. Kita rehat ajelah. Esok aku bawa kau turun pekan Busan."

Aku menganggukkan kepala. Kerenah suami sendiri aku layan seikhlas hati. Sebarang rasa sangsi cepat-cepat aku tepis.

Aku letak kepercayaan yang tinggi kepada kau, Jungkook. Kau buat aku terdesak untuk mengingatkan kembali memori aku dan kau.

Adakah kenangan kita dahulu manis tetapi terselit satu kisah duka?

Aku yakin masih ada rahsia yang belum terungkap Jeon Jungkook.

------

Min Ji memasukkan kunci ke dalam lubang itu. Dia pusing mengikut arah putaran jam. Sekaligus, pintu rumah tersebut berjaya dibuka dalam satu kali percubaan.

"Yeay, first try saya dah berjaya buka. Hebat kan saya?"Minji menayangkan gelagat comelnya di hadapan lelaki itu.

Jungkook berdiri di tepi meja kecil yang terletak di sebelah pintu utama. Sambil menyilangkan lengan di dada, Jungkook menghamburkan gelak tawa berbunyi bahagia.

"Wife aku ni comel sangat. Jangan kau cabar aku. Nanti budak dua orang tu dapat adik baru pula. Behave, Jeon Minji."amaran Jungkook tegas tetapi hanya bertujuan ingin mengusik si isteri.

Min Ji meletakkan kunci di atas meja kecil. Kepalanya dilentokkan di bahu Jungkook.

"Kau nak aku tunjuk oksijeon yang sebenar? Dah ready?"

Jungkook mengelus helaian rambut Minji yang berbau harum. Dia cium lembut rambut wanita itu. Manakala, dagu Minji dicuit sekali.

Dia mahu dedahkan kebenaran yang ada di sebalik situasi romantis yang disaksikan oleh Minji ini.

"Saya dah bersedia. Anything for you, Jeon Jungkook."

Jungkook berdehem kecil. Postur badan dia betulkan supaya kedudukan mereka dapat dijarakkan.

Dia bimbang reaksi takut wanita itu. Minji perlu tahu dan dia sangat berharap kebenaran itu diterima oleh isterinya.

"Cuba cekik aku. Gelar aku lelaki syaitan. Seru oksijeon tanpa henti. Try. Kau akan jumpa oksijeon dalam masa terdekat."

Minji kurang yakin untuk meneruskan tindakan gila itu. Dia menjerit kecil tatkala jari-jemarinya ditarik oleh Jungkook.

"Aku minta kau cuba. Dah lama aku simpan syaitan favourite kau dalam diri. Hanya kau dapat keluarkannya kembali. Lakukannya sekarang, Jeon Minji."

Minji menggigit bibir bawahnya. Perasaan gugup menggigilkan tubuh badannya.

Jeon minta cekik, dia tunaikan sahaja. Lagipun suara bisikan hati menjerit nama oksijeon. Dia mahu bertemu sisi berbeda lelaki ini.

Cengkamannya bertambah kuat. Nafas kasar terhembus keluar dari celah bibir suaminya.

-----

"Aku dah kembali. Kau seru aku? Terima kasih baby boo."

Minji bagaikan seorang manusia yang sudah putus nafas kerana kejutan tidak terjangka dek akal ini. Kelopak matanya terbuka luas tika bibir Jungkook mencium pipinya.

Cengkaman jarinya mulai melonggar kerana lelaki itu bertindak liar. Jungkook tersenyum menyeringai. Jari telunjuknya dileretkan di kawasan dagu Minji. Kemudian, lelaki itu menolak tubuh isterinya rapat ke dinding.

"A-aku bau darah manusia yang takut. Aku bencikannya. Pisau..mana pisau? Ah, di dapur. Min Ji, duduk diam di sini. Nanti kita main sama-sama eo?"

Minji dibiarkan jatuh melutut di hadapan pintu rumah. Wanita itu memeluk rapat lututnya. Dia hantar pemergian Jungkook bersama satu rancangan baru.

Tempoh lelaki itu beredar ke dapur tidak memakan masa yang lama. Apa perlu dia lakukan untuk selamatkan dirinya buat masa sekarang?

Ini bukan honeymoon.

Keadaan panik ini menukar impian manis itu menjadi scarymoon.

"Seriouslah aku suka lelaki gila macam tu? Aku takut weh. Takut!"

Minji lap manik-manik peluh yang terkumpul di sekitar dahi, leher dan telapak tangannya.

Oksijeon menggila, Minji pun akan menggila.

Peluang keemasan untuk mengenali oksijeon akan dimanfaatkan sebaik-baiknya.

-tbc-

A/N:

Oksijeon ni, saya ringkaskan ya.

Dia syaitan. Mudah seronok dan agresif jika dia dapat hidu manusia tu takut dengan kewujudan dia.

Cara nak jinakkan oksijeon mudah aje.

Ikut permainan dia. Tapi, kena pandai selamatkan diri. ;)

How?

Let Minji solve it by herself ♥


Terima kasih ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top