Bab 22❄💫
🌼
"Jimin!"
"Hem?"
Areum berlari mendapatkan Jimin yang sedang menyarungkan kasut kulit di kakinya. Dia berdiri tegak di hadapan lelaki itu buatkan Jimin terpaksa mengundur selangkah. Areum tersengih.
"Jangan lupa belikan saya A4 paper, saya kena print out assignment saya hari ni, tapi kertas habis. Kerja ni nak dihantar esok!" Areum mengekori Jimin hingga ke pintu depan rumah. Pintu dibuka.
"Tengoklah, kalau aku rajin-"
"Hisy! Rajinkan lah diri awak, kalau tak saya cium-"
"Boleh tak jangan agresif sangat? Kau fikir aku kucing ke kena cium selalu?" Kata Jimin seraya menjeling. Areum mencebikkan bibir, dia garu kepalanya yang tidak gatal. Tak tahu nak cakap apa lagi selepas itu.
Tak semena- mena Jimin menghulurkan tangan, Areum menyambutnya tanpa banyak tanya buatkan Jimin merenungnya, pelik.
"Salamlah-"
"Tak nak salam, nak cium" Jimin mengemam bibir. Dia tarik tangannya dari pegangan Areum, tapi tak terlepas walaupun seinci.
"Boleh tak jangan buang tebiat? Orang cakap salam tu salamlah-"
"Ish! Awak pergilah kerja, malas saya nak layan awak ni!"
Areum melepaskan tapak tangan Jimin sebelum berdesup masuk kedalam rumah. Dia tahu perangai dia gedik, tapi itu tak salah kan? Suami sendiri juga, bukan suami orang lain.
"Uwahh"
Areum menghempaskan badannya di atas sofa. Marah tu memanglah marah, tapi, kalau Jimin tak pandai nak faham- faham, sampai bila- bila pun dia nak marah.
Ding dong~
Areum menekup telinganya menggunakan kusyen sofa. Malas dia nak layan para kuman ni. Tapi makin dia hiraukan, makin agresif orang yang tekan loceng tu.
Isk.
Areum melangkah dengan pantas sebelum pintu rumah dia bukak luas. Betullah, memang kuman yang datang. Kuman? Kuman apa lagi, kuman Juliet Shan perempuan kening cukur tu.
"Nak apa?"
"Nak Jimin-"
"Kalau nak Jimin cari Jimin kat office bukan kat rumah. Jimin dah chau mencari rezeki untuk isteri kesayangan dia"
"Tch, jangan nak perasan ya! Where's Jimin? My future husband? I tunggu dia kat pejabat, tapi dia tak datang- datang. Mesti you yang halang dia pergi kerja, kan!"
"Kepala hotak kau! Kau ni, dah kening pun cukur jangan menguji kesabaran aku nak cukur rambut fake kau pulak! Jimin tak ada!"
Juliet menolak bahu Areum sebelum melangkah masuk kedalam rumah. Matanya meliar memandang ke segenap ruang didalam rumah tersebut.
"You know what, this should be my house. I yang sepatutnya berdiri di tepi dia sebagai isteri dia. Not you! Bila you nak cerai dengan Jimin? Nak I tolong?" Juliet melabuhkan punggung di atas sofa seraya menyilangkan kaki.
Areum mengetap bibir geram. Dia hembuskan nafas, menenangkan dirinya sendiri lalu bercekak pinggang.
"Aku tak akan bercerai dengan dia! Dia suami aku, dan aku ada hak untuk hidup dengan dia!"
"Sebelum Jimin jadi hak you, Jimin pernah jadi hak I. So, you jangan nak mengada!" Juliet sudah berdiri lalu merapati Areum. Lengan gadis itu direntap lalu digenggam erat.
"Sakitlah!"
"Apa yang berlaku ni?"
Sepantas kilat Juliet melepaskan genggaman tangannya dari tangan aku sebelum jatuh terduduk diatas lantai. Berlakon seolah- olah aku yang tolak dia.
"Jimin! Tengok apa yang wife you buat kat I. She hurt me!"
Sikit lagi tapak tangan aku melayang bila dengar dia cakap macam tu. Aku ketap bibir, rasa nak tonyoh ke muka plastik dia ni dengan garfu.
"Betul ke, Areum? Kau sakitkan dia?"
"No-"
"Dia tipu! I datang nak melawat dia, cakap bagus- bagus, I mean, congratulation for your marriage. But she pushed me-"
"Diamlah! Kau ni tak padan dengan plastik! Muka penipu-"
"Enough!"
"Terpulanglah! Kalau awak lebih percayakan dia, saya tak boleh nak buat apa lagi" Areum bergerak naik ke tingkat atas dengan air mata yang bercucuran jatuh. Sakit hati dia pada Jimin makin bertambah- tambah.
Areum duduk di birai katil, mengesat air matanya dengan lengan baju. Areum tersenguk- senguk. Kalau Jimin lebih memilih perempuan tu, apa guna berkahwin dengan dia?
"Areum.."
"I'm sorry"
Areum mendiamkan diri, Jimin bergerak masuk kedalam bilik lalu berdiri tegak dihadapannya. Lelaki itu menghulurkan tapak tangan.
"Areum, did she hurt you?"
"Kalau saya cakap pun, awak bukannya percayakan saya-"
"Sebab itulah aku tanya, dia sakitkan kau ke?"
Areum mendiamkan diri. Jimin merenung gadis itu dengan tatapan memelas sebelum lengan Areum dia tarik kasar.
"Argh!"
"Sorry, sorry. Aku tak sengaja. Part mana sakit?" Jimin menyoal lembut, dia duduk di birai katil disamping aku lalu menggosok lengan aku.
"Dia buat apa?"
"Dia pegang kuat sangat, sakit.." Areum merengek kecil. Jimin mengusap lengan Areum.
"Tulah manja sangat, semua benda nak rasa sakit. Baby"
"Eich. Kiyowo.."
Jimin mengerutkan dahi. Hairan.
"Cuba cakap baby sekali lagi, comel sangatlah awak ni!"
"Don't move. Aku picit kuat ni.."
"Janganlah, kalau awak picit kuat saya cium lama- lama!"
"Cubalah-"
"Jangan cabar saya, Jimin. Kita dah official suami isteri awak ingat saya tak berani?" Areum meletakkan tapak tangannya di dada Jimin lalu lelaki itu dia tolak perlahan hingga hampir terbaring atas katil.
"Areum, slowdown. Our honeymoon will come in a few days. Relax.."
Areum tersentak. Wajahnya membahang, dia jauhkan diri dari Jimin.
"Kata tadi berani sangat"
"Tak berani dah"
"Kenapa tak berani?"
"Eum.." Areum menyembamkan wajahnya di bahu Jimin. Lelaki itu tidak merespon apa- apa.
"Jimin, teruskanlah macam ni"
"Macam apa?"
"Macam nilah"
"Tak faham-"
"Hisy, awak ni buat saya geram aje! Saya nak cium awak tak bagi, apa awak nak sebenarnya ni?" Areum mengerutkan dahi. Dia jarakkan dirinya dengan Jimin lalu berdiri tegak dihadapan lelaki itu.
Jimin mendiamkan diri.
"Hisy! Sekarang jadi tunggul pulak!"
"Areum.."
"Mwo?!"
"Kau suka aku tak?"
"Mestilah suka. Suka sangat- sangat!"
"Ohh"
"Ohh apa?"
"Tak ada apa" Jimin menjawab sebelum dia bergerak keluar dari bilik Areum dan menuruni anak tangga ke tingkat bawah, meninggalkan Areum yang frust diatas.
.
.
To be continue..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top