Bab 2❄💫

🌼

Areum.J

+jimin🙋
+awak balik jam brapa?
+ptg ke mlm?
+👀
+JIMIN!!

Knp tnya?

+alahhh
+sya tnya jerrrr
+kalau awak balik ptng singgah sya kat U
+sya nak beli brg dpur
+ara?

Tdi pgi elok je kan naik Grab
Skrang knpa tk bole pulak?

+ish
+jgn bnyk tnya!
+singgah sya balik nnt.

Tngoklh.

+Jimin!!

"Tuan, Miss Juliet nak jumpa Tuan sekarang. Dia dah tunggu kat luar" Secretary aku, Naomi memaklumkan Jimin dari pintu bilik. Jimin kerutkan dahi, jam didinding dia pandang sekilas sebelum pandang semula wajah secretarynya itu.

"Buat apa dia datang? Hari ni tak ada meeting dengan dia kan?" Kata Jimin sedikit jengkel. Naomi hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu sebelum keluar dari pejabat bosnya itu. Baik dia tak cakap apa- apa, nanti salah cakap disembur pulak.

Jimin diamkan diri, laptopnya dibuka dan menaip sesuatu disitu. Sekejap saja sebelum bilik kerjanya mulai berubah atmosfera-nya.

"Jimin! Kenapa tak nak ambik I kat bawah?" Juliet Shan memasuki bilik kerja Jimin tanpa meminta izin apapun. Jimin mendongak, wajah putih bersih Juliet dikerling sebelum lelaki itu men- shut down komputer ribanya.

"Buat apa datang sini?" Soal Jimin dingin. Gadis itu mencebik kecil, dia bawa langkah kakinya ke meja Jimin dengan pinggul yang sedikit di lenggang lenggokkan. Menjadikan pandangan Jimin terhadapnya semakin menajam kerana jengkel dengan tingkah gadis itu.

"I came here for you"

"I don't ask for it" jawab Jimin dengan dingin. Gadis itu tersengih kecil, kaca mata hitamnya dilepaskan sebelum dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Jimin.

"You look so cold to me, Jimin. Why? I kacau you ke?" Tanya Juliet, dia duduk bersilang kaki dan cermin matanya diselitkan ke baju bahagian dadanya yang off shoulder itu. Sengaja menampakkan bahu putih mulusnya itu.

"Bukan setakat mengacau, kehadiran you dah memang buatkan I rasa sakit mata Juliet, you buat apa kat sini? Kalau nak jumpa I kena buat oppoiment dulu. You tak ada buat kan? So, get out" kata Jimin datar sebelum fail berwarna merah yang diletakkan disitu dari tadi dia capai. Nak cek laporan kewangan sebelum dia kena pergi site untuk jumpa klien.

Kata- kata Jimin buatkan Juliet menarik muncung macam itik. Jari telunjuknya bermain- main dengan meja kerja Jimin.

"Jimin, janganlah layan I dingin macam ni, I tak suka. Kalau you masih sakit hati pasal hari tu, please I minta maaf. You pun dah lama tak datang rumah, papa pun dah tercari- cari kat you, Jimin-"

"Juliet please. I dah tak rasa apa- apa. Kalau you masih fikir yang I still sakit hati pasal hari tu, you salah. Dan pasal papa, I cuma busy. So don't bother me" jawab Jimin senafas buatkan Juliet terdiam. Lelaki itu menghela nafas berat sebelum sambung cek buku laporan tu balik.

"You maafkan I?"

"Ya and get out. I'm busy, don't ever come here to ask me about nonsense thing. Get out!" Nada suara Jimin naik satu oktaf menandakan yang lelaki itu betul- btul marah.

Juliet mengetap bibirnya geram. Dengan gerakan yang terpaksa, dia berdiri dari duduknya dan berjalan keluar dari pejabat Jimin. Perasaan dia sekarang ni jangan cakaplah, memang dia dalam keadaan mendidih sebab seumur hidup dia, tak pernah lagi orang menaikkan suara terhadapnya. Jimin saja!

Jimin mengeluh kecil sebelum phonenya yang bergetar dia capai. Chat dari Areum dia bukak dan tapi sesuatu.

K.

Areum.J

+😒
+baik awak tk payah balas terus!

🌼

Pin pin!

"Janganlah hon! Orang dah nak masuk dalam kereta dah ni kan!" Marah Areum lalu berjalan pantas mendekati kereta Audi hitam milik suami bekunya itu. Dengan cepat Areum masuk kedalam perut kereta sekaligus buatkan Jimin berhenti menekan hon kereta.

"Lambat, macam badak"

"Kenapa hon- hon? Awak tak nampak ke banyak mata-mata yang tengok saya yang macam saya ni baru lepas mencuri!" Kata Areum sebelum dia memukul lengan Jimin kemudian dashboard ditepuknya kerana geram. Jimin menjongketkan kening.

"Habis tu kau nak aku keluar dari kereta ni dan tampal banner sebagai tanda minta maaf kat sini sekarang jugak?" Jimin membalas dengan wajah kerek buatkan bibir Areum memuncung panjang. Aku diamkan diri, kalau beradu mulut dengan Jimin ni, mana mungkin dia dapat kalahkan Jimin. Jadi daripada melarat- larat, baik mengalah.

"Diamlah! Awak boleh jalan, saya nak beli barang dapur dan nak balik, masak!" Balas Areum lalu menarik seatbelt kemudian memakainya. Yalah, manatau Jimin si beku ni tak ada perasaan masa memandu dan dia nak mati awal. So, sebelum apa- apa terjadi, baik sediakan payung sebelum hujan.

Jimin tidak membalas apa- apa lagi. Dia hidupkan enjin kereta dan bergerak keluar dari kotak parking dan bergerak menuju ke destinasi.

Ting!

Areum mengeluarkan phonenya, chat dari Yoora dibiarkan tidak berjawab kerana tak penting. Areum membuka apps instagram sebab nak stalk artis barat yang diminati selepas Jimin iaitu Shawn mendes. Laju jari telunjuk dia menekan gambar untuk like.

Ting!

Ting!

Ting!

"Jawablah, memekak je dari tadi. Menganggu konsentrasi aku je" kata Jimin seraya menjeling sekilas ke Areum. Laju aku tukarkan phone aku ke mod silent lalu menayangkannya dihadapan Jimin supaya dia puas hati sikit.

"Happy?"

"Sangat" jawab Jimin buatkan Areum mencebik panjang. Jimin ni, bukannya jawab bagus- bagus dia pilih untuk sakitkan hati orang je! Ee dasar Jeman pendek! Tahu sakitkan perasaan orang saja!

"Jimin ma- esok saya pergi melawat mama kejap. Awak nak ikut?" Soal Areum walaupun dia tahu yang Jimin akan menjawab 'tidak'

Krik! Krik!

"Kan aku dah cakap kat kau, kalau kau nak lawat mama, kau pergi sendiri. Jangan bawa aku, aku busy" jawab Jimin dengan nada suara yang mulai datar. Areum buat muka, nak jumpa mama sendiri pun payah, tak tahulah apa masalah dua beranak ni. Nak gaduh je.

"Yalah, esok saya pergi sendiri, kalau saya tak balik-balik, awak jangan meroyan pulak" kata aku. Jimin melepaskan keluhan kecil.

"Kau tak balik pun tak apa, aman rumah. Tak adalah aku nak berebut remote, tv and sofa" jawapan Jimin buatkan aku mencebik, laju tangan aku memukul lengan dia sebab tak puas hati dengan jawapan Jimin.

"Saya menyesal kahwin dengan awak!" Kata Areum lalu berpeluk tubuh, geram dengan sikap Jimin. Bukannya nak jawab baik-baik, dia balas dengan perkataan yang menyakitkan hati pulak. Hesy.

"Aku lagi menyesal"

"Yahh!!"

.

.

To be continue..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top