Bab 10❄💫
🌼
Areum mencapai mug kecil berwarna hitam lalu menuangkan serbuk teh didalamnya. Anak mata dikerling pada jam tangan dipergelangan tangannya. Dah nak masuk jam 10 malam, Jimin belum lagi tidur.
Air panas dituang lalu Areum membawa teh tersebut ke ruang kerja Jimin. Pintu bilik dikuak, lelaki itu masih lagi berkutat dengan komputer riba dan kertas kerja serta fail- fail pelbagai warna disampingnya.
Muka serius pun hensem! Eii apa kenalah dengan kau ni Areum!
Areum menggelengkan kepala sebelum menapak masuk kedalam bilik kerja Jimin. Dia meletakkan mug tersebut disebelah fail yang tinggi menimbun.
"Em, ini teh awak" kata Areum perlahan, Jimin berdehem perlahan tanda iya. Areum mengangguk kecil lalu berjalan beberapa langkah nak keluar dari bilik tersebut. Tapi langkahnya terbantut bila Jimin menegurnya.
"Demam dah kebah?"
Woo sejak bila Jimin ambik berat pasal aku ni?, aku tersengih- sengih lalu menjawab tanda ya. Jimin mengerling aku sekilas lalu menyisip teh herbanya.
"Cuti semester bila?"
"2 minggu lagi lepas tu cuti. Kenapa? Awak nak bawa saya keluar melancong ke?" Tanya aku seraya berjalan balik ke sebelah meja Jimin. Dia menggeleng kecil, cermin matanya dia lepaskan lalu meregangkan badannya.
Dia pandang aku yang tengah terkebil- kebil ditepi meja dia, menunggu Jimin menyambung bicaranya.
"Datang rumah mama esok, mama nak cakap sikit" kata Jimin lalu mematah- matahkan tangannya. Areum terpegun seketika, Jimin dah berbaik dengan mama dia ke?
"Buat apa?"
"Datang ajelah, aku pastikan yang kau takkan menyesal" katanya seraya merenung aku. Aku balas pandangan mata dia, erk, makin lama aku pandang mata dia, makin jatuh cinta aku pada Jimin. Dahlah alis mata dia tu cantik, mengalahkan perempuan.
Aaaaa Jimin!
"Kalau saya menyesal?"
"Maknanya kau bodoh" balasan Jimin serta merta buatkan aku sentuh dada aku. Acah serupa orang yang tengah sentap tu. Aku mencebik lagi, Jimin ni, suka sangat buat aku broken!
"Yalah, esok saya jumpa mama. Awak datang sekali?"
"Aniya, aku busy" jawabnya seraya berdiri dan menapak beberapa langkah merapati aku. Ketinggian aku yang hanya mencecah ketiak dia tu buatkan aku terpaksa mendongak memandang dia. Aku kaku, bila dia turut berdiri kaku depan aku. Sah, memang betul aku cakap, Jimin ni kayu!
"Kau... memang dah plan nak berdiri kat sini sampai esok pagi ke? Tepi sikit, aku nak ambil fail" kata Jimin seraya menolak tubuh aku perlahan supaya berganjak ketepi. Mulalah mulut aku terherot- herot sebab nak marah Jimin.
"Eish! Saya nak tidur ni, cuba wish-"
"Good night" kata Jimin, tapi tak pandang aku. Aku diamkan diri, manakala bibir aku sudah membentuk senyuman lebar sampai ke telinga.
"Jalja!" Kata aku sebelum berlari keluar dari bilik kerja Jimin. Jimin menjeling kelibat Areum yang nampak seperti orang gila tu lalu tersenyum kecil.
🌼
"Ola!"
"Ola?" Yoora teragak- agak membalas perkataan aku. Aku hanya ketawa bila dia pandang aku dengan pandangan pelik, mesti dia ingat aku kena sampuk jin masa datang kampus tadi.
"Kau kenapa ni bongok? Jangan buat aku takut"
"Apahal pulak kau nak takut? Aku bukannya makan orang pun!" Kata aku seraya menepuk bahu dia. Yoora meringis sakit, aku peluk lengan dia lalu kami beriringan berjalan ke arah cafe. Yoora memesan makanan manakala aku mencari tempat duduk.
"So, apa cerita?"
"Hem? Mana ada, aku just happy aje ni hari!" Jawab aku, latte aku hirup sedikit. Yoora menggeleng- gelengkan kepalanya, smartphone dikeluarkan dari tas tangan sebelum dia mengetik pesanan.
"Yoora, aku rasa.. aku rasa.."
"Kau rasa apa?" Yoora menghirup lattenya, wajah gembira Areum yang tengah tersenyum lebar itu dia pandang.
"Aku rasa aku dah su-"
"Yoora!"
Perkataan Areum terhenti, dia menoleh kearah empunya suara tadi. Rayyan, boyfriend Yoora sedang melambai- lambaikan tangannya pada Yoora sebelum seketika dia berdiri dan duduk di tepi gadis tersebut. Yoora tersenyum lebar manakala Areum pulak sudah berubah kelat.
"Hah sambunglah-"
"Lupa dah" balas aku, lepas tu aku hirup kopi caramel dan sengih kecil pada Rayyan. Yoora ketawa kecil.
"Sorry lah! Dia ni yang nak lepak dengan aku. Kau jangan kesah sangat eah? Anggap je dia ni tak wujud" kata Yoora seraya menepuk lengan Rayyan. Lelaki tersebut ketawa kecil lalu tersengih.
Areum tidak mendengak, dia ternampak kelibat seorang lelaki sedang duduk seorang diri di bangku taman dengan pakaian full black. Itukan Jungkook?
"Weh sorry, aku terpaksa pergi. That.. man! Aku kena jumpa dia" kata aku sebelum mengemas barang dan berlari keluar dari cafe tersebut. Tempat dimana lelaki tersebut berada aku hampiri.
Dia tak ada.
"Ahh mana dia pergi?"
Areum menghampiri kerusi tersebut, disitu terdapat satu tangkai bunga baby breath ditinggalkan diatas kerusi tersebut.
From;
JJK♡
to
Areum♡
"What the-"
"Hai"
Areum mendongakkan kepala, disitu Jungkook sedang berdiri tegak dengan kedua tapak tangan didalam sweeter hitamnya. Dia tersenyum kecil menampakkan lesung pipitnya.
"Awak suka?"
"Em?"
"That flower. That's your favourite, right?" Kata Jungkook lalu mengambil tempat disamping Areum. Gadis itu mengangguk kecil, tanda dia menyukainya.
"Err awak tak pernah masuk kelas pun, awak sure ke awak ambil course accounting?"
"Em.. " jawab Jungkook seraya menyandarkan tubuhnya pada kerusi.
"Tapi.."
"Areum!"
Nama Areum dipanggil oleh Yoora, gadis itu berlari anak mendapatkan Areum.
"Kau buat apa kat sini?"
"Ni.. dengan Jungkook..?"
"Tch, dahlah jom masuk kelas" Tangan Areum ditarik oleh Yoora. Gadis itu terkebil- kebil.
Jungkook hilang lagi.
.
.
😷
To be continue..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top