Bab 1❄💫

🌼

Kringgg!!!

"Yahhh apa ni?!!"

Jung Areum melompat turun dari katil sebaik jam loceng bersaiz sebesar tapak tangan itu berbunyi nyaring ditepi telinganya. Habis berterabur segala mimpi- mimpi indahnya bersama Jimin dari BTS itu. Baru je mereka nak langsungkan perkahwinan dah kena bagi siren. Hisy tak panjanglah jodoh kau dengan Jimin ni Areum!

Areum menepuk jam loceng tersebut lalu mencabut sticky note yang dilekatkan di belakang jam loceng tersebut. Rasa marah dia membuak- buak sebaik terbaca ayat yang ditulis disitu.

Bangun! Bangun! Bangun!

"Hisy Park Jimin!!" Laju aku melangkah keluar dari bilik dan mendapatkan suami ice aku tu yang tengah berada di dapur menikmati sarapan paginya. Dia jeling aku sebaik wajah aku terpacul di pintu dapur dan sambung minum teh pudina dia balik.

"Yahh kenapa bangunkan saya dengan cara macam tu? Awak tak ada mulut ke?" Sembur aku dan berdiri dihadapan dia. Jimin hanya bersikap biasa, cawan teh diletakkan atas meja dengan gerakan melambat. Kemudian dia pandang aku dengan pandangan jengkel.

"Wae? Kau yang minta aku buat macam tu kan? Aku dah bangunkan beberapa kali tapi kau still tak dengar. Muka je cantik, tapi sayang, pekak" perlinya dengan menekankan perkataan 'pekak' seraya menjeling aku. Berdesing telinga aku bila dia panggil aku pekak.

"Tapi bukan macam tu jugakkan caranya? Awak tahukan saya ni jenis yang susah bangun pagi, tak boleh ke awak bangunkan dengan cara lembut? Nasib baik saya tak ada penyakit jantung, kalau tak dah lama saya mati!" Marah aku. Jimin tidak merespon, dia sambung makan roti bakar.

"Kalau saya tahu baik saya tinggal dorm je!"

"Pergilah, tak menyusahkan aku" jawapan Jimin buatkan aku makin berasap. Dia masih kekalkan wajah tak berperasaan dia tu lalu sandarkan badannya pada kerusi. Sengaja carik pasal dengan aku awal pagi buta. Aku ketap bibir geram.

"Hesy sudahlah! Saya naik grab je tak nak ikut awak!" Laju aku bawa langkah kaki naik ke tingkat atas balik. Kalau lama- lama aku duk kat situ, makin melarat- larat pulak perlian dia.

Menyakitkan hati betul!

🌼

"Ehh kenapa naik grab hari ni? Husband kau mana?" Soal Yoora, kawan baik aku. Aku tak menjawab, memang tabiat aku kalau dalam keadaan badmood. Semuanya angkara Jeman!

"Gaduh lagi?" Kata Yoora serkap jarang lagi. Aku keluh nafas pendek. Aku pandang dia dengan bibir yang memuncung macam itik lalu palingkan wajah balik bila dia balas dengan kening yang dijongket satu. Bahu aku dicuitnya.

"Mana adalah, kau tak payahlah risau. Aku dengan dia okayyy.." jawab aku malas. Aku dengar Yoora ketawa kecil sebelum bahu aku ditepuknya.

"Kesiannya kau ni. Aku harap kau bersabarlah bila dapat suami iceberg ni ye?" Kata Yoora seraya menyelitkan rambutnya ke telinga. Aku tidak menjawab dan berjalan beriringan masuk ke dalam kelas. Sepatutnya kelas account harini petang, tapi disebabkan saem ada hal petang nanti, jadi kami pun mahu tak mahu terpaksalah datang kelas awal.

Yoora mengambil tempat di barisan pertama supaya senang nak dengar ucapa saem yang kalau bercakap macam ciput tu. Aku sandarkan badan pada kerusi kemudian regangkan badan, kelas masih belum ramai masa tu, so, kita lek jap.

"Hari ni aku dengar aku budak baru nak masuk" Kata Yoora separuh berbisik seraya mendekatkan tubuhnya dengan aku. Aku hanya memasang telinga.

"Dari U mana?" Soal aku balik. Tak ada yang menarik pun dengan kisah budak baru nak masuk ni, yalah kira normal kan?

"Ehh dia bukan dari U lain, dia dari sini jugak, cuma lain bidang. Dia tukar pun sebab ada something" bisik Yoora. Aku kerutkan dahi.

"Ada something? Maksud kau?" Tanya aku.

"Dia tukar sebab dia minat seorang perempuan dari kelas account ni lah" kata Yoora buatkan aku rasa macam nak seligi budak yang tukar bidang tu. Sesenang hati dia je nak tukar- tukar bidang.

"Be-"

"Good morning Saem!"

Cerita kami pun tergendala disebabkan kehadiran Saem dalam kelas tersebut.

🌼

"Awal balik"

Aku hanya buat pekak je bila dia tegur aku macam tu. Yalah, dah alang- alang dia panggil aku pekak tadi pagi, biar aku jadi pekak depan dia. Biar dia puas hati.

"Selalunya orang kat sana, nak dekat jam 7 baru balik. Tak ada yang sangkut?" Makin berapi hati aku bila dia cakap aku macam tu. Apa dia ingat aku ni perempuan kupu- kupu malam yang berplesiran sebab nak cari pelanggan ke? Aku buat homework, bukan menggatal.

"Orang kat sini tengah penat, jangan sampai orang kat sana tak ada kepala sebab orang kat sini penggal" jawab aku, nachos dalam mangkuk aku sumbat masuk kedalam mulut kerana geram yang teramat. Kalau ikutkan hati, mahu aku baling mangkuk tu kat dia.

"Orang kat sana ada masak?"

"Orang kat sini dah masak, orang kat sana pergilah makan. Jangan tahu sakitkan hati orang kat sini pulak!" Jawab aku. Remote tv aku capai dan tukar siaran ke Running man. Em, sejak Gary dah tak ada ni kan, rancangan tu dah terasa hambar pulak. Hem.

Kembalikan gary gue!

"Dah buat homework ke?"

"Dahlah. Saya bukan pemalas sangat" jawab aku. Aku tak dengar suara Jimin lagi, mungkin dia sudah naik atas, tukar baju dan nak mandi.

"Semalam mama call, dia tanya bila awak nak pergi rumah dia" kata aku kuat, berharap dia yang kat atas tu dengar. Tapi sangkaan aku meleset bila dia dah ambil tempat diatas sofa di tepi.

"Cakap dekat mama, aku busy lagi. Kalau kau nak pergi, kau pergi sendiri" kata Jimin datar. Aku hanya diamkan diri, aku tahu Jimin tak suka bila isu melibatkan ibunya dibangkitkan sebab mereka ada something yang masih belum diselesaikan.

"Mwoya.. aish"

"Yah, Lee kwang soo!"

Fokus aku tertumpu pada kaca televisyen bila lee kwangsoo mulai membuat onar dalam rancangan tersebut. Habis keras perut aku sebab tahan ketawa. Kalau aku ketawa, berterabur keropok dari mulut tu nanti. Dahlah Jimin ada kat depan je ni, habis aku dibahannya nanti.

"Apa tengok- tengok?" Kata aku bila Jimin memandang aku dari tadi. Dia alihkan pandangan dan masih lagi bersikap seperti biasa. Dia berdiri dan bergerak naik keatas meninggalkan aku di ruang tamu sendiri.

"Yahh awak tengok apa tadi?"

"Ghost" jawab dia dari tangga sebelum naik masuk kedalam biliknya. Meremang bulu roma aku jadinya, laju- laju aku matikan televisyen dan masuk dalam bilik.

.

.

.

To be continue

Maaf atas segala kesulitan yang berlalu. Author minta maaf sebab terpaksa unpub dan buat di page lain.
Yg asal memang tak boleh nak tolong dah.
Huwaaaaaaaaaa
Author minta maaaafffffff!!!
😭😭😭


Do follow my ig
@heitsmehari

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top