Final: 20
On/Off
A/N:
Ending yang unik dan luar biasa. Happy reading. Pastikan baca betul-betul dialog. Korang akan dapat hint hero sebenar yang hidup.
Please no silent reader, juseyo. 🐧
-------
"Pegang tangan aku dan tolong jangan pandang ke belakang semula. We're running away together."
Malam itu menyaksikan nyawa Taehyung berakhir di tangan aku sendiri. Fikiranku masih ligat memutarkan babak terakhir kakiku meninggalkan susuk tubuh lelaki itu yang terkulai layu.
Sebak dan sedih. Dua perasaan ini menyeksa aku dalam diam. Namun, aku perlu tinggalkan segalanya.
Tautan jemari aku dan dia bersulam erat. Kepekatan malam yang dingin ini diredah begitu sahaja. Aku mengikut jejak langkah dia tanpa banyak soal.
Terima kasih kerana kekal setia bersama aku pada akhirnya.
"J-jungkook, don't ever leave me anymore."aku berkata perlahan.
Jungkook segera menarik aku ke dalam pelukan hangatnya. Bibirnya mencium ubun-ubunku sambil tersenyum kecil.
Jungkook beruntung kerana nyawanya masih terselamat gara-gara pistol dalam genggaman Taehyung tidak berisi peluru.
Aku sangat bersyukur kerana dia tetap ada sebagai penemanku.
Tatapan matanya terhenti lama membuatkan aku hanyut buat sementara waktu.
Jemariku disatukan semula dengan jemarinya. Ibu jarinya menyeka lembut titis-titis air mata yang berbaki di kelopak mataku.
"Ya, aku janji. Kita akan tinggalkan bumi Seoul dan hidup bersama, Ji Yoon."
Aku sempat berpaling semula ke arah belakang. Rumah agam tersebut menyimpan secebis kenangan aku bersama Taehyung.
Nafas dihela kasar. Tubuhku bergerak pantas mengikuti jejak langkah Jungkook meninggalkan kawasan rumah agam tersebut.
"Taehyung, m-maafkan saya."bisikku di dalam hati.
-------
[3 tahun selepas itu]
Api masakan dipadam lalu tangan wanita itu sibuk menyiapkan hidangan di meja makan. Kalut benar Ji Yoon bersilat di dapur.
Hari ini ulang tahun kedua perkahwinannya bersama Jeon Jungkook. Tipu sangatlah jika dia tidak berasa gelisah.
Nak beri kejutan kepada suami sendiri. Kenalah gempak dan wow gitu. Barulah dapat eratkan kasih sayang.
"Harap Jungkook suka kejutan aku."tuturnya gembira. Bunyi pintu rumah dibuka mencuri fokus Ji Yoon.
Segera dia menyembunyikan diri di sebalik pintu. Kepulangan suaminya dari tempat kerja sangat dinantikan sejak sekian lama.
Cincin perkahwinan bertatahkan berlian dibenamkan lembut ke bibir lalu dia kucup perlahan. Tubuhnya berdebar sakan tatkala pintu rumah dikuak perlahan.
Figura tubuh tinggi dan sasa suaminya menyapa pandangan mata. Senyuman manis serta-merta terukir cantik di wajah wanita itu.
"Jungkook, I miss you."
Lengan kekar Jungkook sengaja didepakan luas. Ditarik tubuh kecil isterinya itu. Pelukan erat membuatkan hati masing-masing berasa begitu bahagia.
Bibir munggil Ji Yoon diciumnya dalam gerak laku romantis. Telapak tangan wanita itu ditekap rapat di atas permukaan dadanya yang berdegup kencang.
"I miss you too, Kim Ji Yoon."
-------
Mungkin aku terlalu fobia dan paranoid dengan nama Kim gara-gara kisah silamku bersama Kim Taehyung.
Aku kedipkan kelopak mata. Wajah tampan suamiku Jeon Jungkook bertukar menjadi Taehyung.
Hanya untuk beberapa saat sebelum muka Jungkook muncul kembali. Nafasku dihembus penuh gementar. Segera aku leraikan pelukannya. Pergelangan tangan suamiku ditarik ke arah ruang dapur.
"Saya ada siapkan hidangan makan malam sempena...ulangtahun perkahwinan kita yang kedua."aku berkata dalam nada lembut.
Jungkook mengambil tempat duduk berhadapan denganku. Gelas berisi wain dilagakan perlahan. Renungan mata suamiku tampak aneh.
Malas hendak merosakkan mood bahagia pada malam itu, aku layankan kerenah luar alam Jungkook.
Kerjanya asyik memerhati wajahku. Tak puas lagi tatap wajah isteri sendiri setiap hari?
Aigoo, comel sangat kesayangan hatiku ini. Nasib sayang. Kalau tak,dah lama aku tarik pipi dia puas-puas.
Geram melihat wajah kacak itu tersenyum sinis bersama riak wajah menggoda. Aku mencebik bibir. Sup Kimchi kegemaran Jungkook dihirup.
"Sedap air tangan isteri aku ni. Kau buat aku makin sayang. Lagi indah kalau kau sedar dari mimpi dan lihat aku yang sebenarnya."Jungkook berlafaz tenang.
Tubuhnya disandarkan di kerusi. Pegangan jemarinya pada batang chopstick menjadi kaku.
"Kejap, Jungkook. Saya nak hantar mesej dekat ahjumma Lee. Lepas habis dating, saya nak pergi ambil anak kita."
Tiba-tiba, Jungkook menghempaskan telapak tangan di meja. Suasana romantis berubah tegang. Dahinya berkerut hebat seraya mangkuk kecil berisi sup ditolak ke tepi.
"Aku takde selera. Lepas habis makan, jumpa aku di atas sayang. We need to talk."
Tanpa berkata sepatah kata pun selepas itu, Jungkook berlalu pergi dengan wajah mendung.
Tindakan mengejutnya membuatkan aku bertambah takut. Apa salahku sehingga dia marah ketika malam sambutan ulangtahun kami berdua?
"Tak. Taehyung dah mati. He's Jungkook."aku memejamkan kelopak mata tika haruman badan Taehyung menusuk lubang hidungku.
Kelopak mataku digosok kasar. Jemariku yang menggeletar menekup mulut demi mengelak sebak yang mengusik jiwa.
Aku tak gila. Aku cuma paranoid. Iyakan?
-------
Haruman lilin yang harum semerbak berlegar-legar di ruang udara apabila daun pintu ditolak olehku.
Keadaan bilik yang suram ditemani cahaya lampu kecil di tepi katil. Aku melangkah perlahan. Kelibat Jungkook aku cari berpandukan sumber cahaya yang bersinar.
"Sayang. Come here and kiss me."suara garau lelaki itu mirip dengan seseorang. Aku mengemam bibir. Jiwaku, perasaanku kian terseksa kerana perasaan bersalahku terhadap Kim Taehyung.
Tubuh Jungkook bersarung kemeja putih berdiri menghadap jendela. Persekitaran yang gelap-gelita menyukarkan aku melihat wajahnya.
"Happy.."lafaznya berjeda.
Aku tutup kelopak mata. Kucupan bibir Jungkook menghanyutkan aku. Lantas, kepalaku terbenam di dada bidangnya.
Rentak jantung Jungkook menyalakan rasa cinta yang membara di dalam hati.
"Second anniversary.."
Sentuhan magis jemarinya melemahkan anggota tubuh badanku.
"My beautiful wife, Kim Ji Yoon."
Gelaran nama keluarga Kim menampar aku sekuat hati. Aku menolak tubuh Jungkook jauh daripadaku.
Cincin yang tersarung di jari manis ditanggalkan. Realiti yang memedihkan itu meninggalkan kesan mendalam.
Bukan dia yang gila. Aku yang gila dan taksub dengan kenangan lalu.
"T-tak. Awak Jungkook. Bukan taetae."
Ukiran di dalam cincin perkahwinan itu jelas menunjukkan nama penuh suamiku.
Aku dambakan Jungkook. Namun,kau tahu apa yang cincin ini tunjukkan?
Ukiran nama Kim Taehyung tercatat megah. Daguku didongak naik ke atas.
"Taetae."
Wajah Jungkook bertukar imej kepada Taehyung. Jemariku menyentuh tahi lalat kecil di hidungnya serta sudut hujung bibirnya.
Bibir yang tidak lekang menghadiahkan senyuman petak di saat aku meraung pemergian Jungkook.
"Terima kenyataan. Aku adalah Kim Taehyung. Suami kau yang sah."
Aku bergelut ingin melarikan diri daripada cengkaman tangan Taehyung. Apabila aku sedar aku gagal berbuat sedemikian, raungan kecil dari mulut bergema lantang.
Lepaskan aku Taehyung. Bangunkan aku dari mimpi kejam ini, Jeon Jungkook.
"T-tak. Kau penipu."aku membidas kenyataan mengarutnya.
Kedua-dua sisi pipiku dicium lama oleh Taehyung. Iris matanya memberi isyarat agar aku menenangkan diri.
"Bangun dan sedarlah, Kim Ji Yoon. Jungkook dah lama pergi. Kau keguguran semasa kita larikan diri. You're the only one person yang pilih aku untuk jadi suami kau."
Aku lemah dalam pelukan Taehyung. Kata-kata tegas lelaki ini mengingatkan aku semula tentang peristiwa tiga tahun yang lalu.
Jungkook sendiri menamatkan riwayatnya di rumah agamnya setelah didesak secara halus oleh Kim Taehyung.
"Bayangan kau melihat aku dan Jungkook pada malam tu hanya imaginasi kau. Dia tak mati di tangan aku pun."
Aku menepis lengan Taehyung yang ingin memelukku sekali lagi. Juraian air mata aku kesat rakus.
Kakiku menapak ke belakang. Lenganku memeluk tubuh yang mengigil.
"Taetae berjanji cinta kita adalah cinta mati. Tiada siapa yang dapat memisahkan kita kecuali takdir tuhan."lafaz Taehyung di cuping telingaku.
Leherku diusap jemari nakalnya lalu wajahku ditarik mendekat sehingga dahi dan hidung kami bersentuhan.
"Aku Taehyung. Bukan Jeon Jungkook. He's dead. Aku hak milik kau selamanya, Ji Yoon."
Bibirku ditawan semula olehnya. Penumbuk kecil yang menyinggah dadanya langsung tidak memberi kesan kepada Taehyung.
"You turned me on, chagiya."
Dalam kekalutan yang menyinggah, aku tertekan butang on.
Mataku bergenang air mata.
"Aku berbangga untuk memberi kasih sayang untuk permaisuri aku, Kim Ji Yoon."
Bibirku dikucup.
"Taetae."aku sebak.
Aku terlalu hanyut teruk ke dalam angan-angan dan imaginasi rekaan sendiri.
"I'm so crazy, tae."
Taehyung melingkarkan lengannya. Deruan nafas beratnya menyebabkan kulit pipiku membahang.
Dielus jemarinya wajahku yang tertunduk lesu.
"Jadi, both of us are crazy enough. Romantik kan?"
Gelakan manja daripada Taehyung menjentik satu rasa aneh. Aku dongakkan dagunya.
Kali ini, aku sudah nekad. Butang on diaktifkan semula.
Wajah Taehyung disembamkan di leherku. Aku mengucup permukaan dadanya yang berdenyut laju.
"Then, just kill each other. Barulah romantik."
Benteng keberanian aku menjadi goyah tatkala bilah pisau bermain-main di belakang tubuhku dan terhenti di kawasan jantung.
Kening Taehyung terjengket suka.
"Kau buat taetae makin sayang."
-tamat-
A/N:
Ending dia berakhir dgn hero tae! Jungkook mmg dah lama mati (Dia tembak diri sendiri after kena hasut dengan tae).
So, insiden Jungkook dan Tae kena tembak pada bab-19 hanya imaginasi Ji Yoon.
Heroin dah gila sejak hero Jungkook mati. Jadi, dia tak sedar dia hidup bersama Taehyung untuk beberapa tahun sehinggalah diorang kahwin.
Ending tergantung. Korang boleh decide sama ada diorang (Tae+Yoon couple) still hidup bahagia atau Ji Yoon kena bunuh oleh Tae.
Alright, this is not a really happy ending. I hope you gais puas hati.
Thanks for reading. ❤
Saya tamatkan pada petang ini. 🙉
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top