19

On/Off

A/N:

Harap korang menyukai bab ini.

I love you gais💜

------------------

Bunyi tembakan dilepaskan jelas berbunyi kuat. Lima jam berlalu pantas. Aku menekup mulutku daripada menangis kuat.

Jungkook. Dia tepati janjinya dengan menembak diri sendiri. Aku perhatikan tubuhku yang berbalut selimut.

Taehyung mengeratkan pelukannya di tubuhku dari arah belakang. Bunyi tembakan tadi seolah tidak wujud dalam kamus hidupnya.

Aku cepat-cepat menepis jemarinya yang bergerak liar di belakang tubuhku.

Kotor dan jijik. Itulah yang aku rasakan sekarang. Selimut berfabrik satin itu dibiarkan membungkus seluruh badanku.

Aku mahu segera bangkit dari katil. Lengan kekar lelaki kejam dan ganas itu menarik aku jatuh semula ke atas katil.

"Biarlah abang sayang kau mereput dalam bilik. Let me have fun. Belum cukup lagi Ji Yoon."bidas Taehyung. Cumbuan bibirnya menodai kulit bibirku semula.

Telapak tangannya yang gigih menolak kain selimut dihalang pantas olehku. Aku mengumpul sekuat tenaga. Bahunya ditolak kasar lalu bibirku ditenyeh geram.

"Saya nak mandi. Lepas ni, izinkan saya isi perut. Lapar."

Taehyung menganggukkan kepala. Suara garaunya berdehem manja seraya tubuhku ditolak perlahan.

"Make sure kau jangan jejakkan kaki masuk bilik Jungkook. Dengar amaran Taetae kau. Faham?"

Aku tersenyum paksa. Dalam hati, puas aku menyumpah seranah lelaki itu. Sudahlah makin menyetan. Tubuhku juga menjadi mangsa sentuhannya.

Memang hidup aku betul-betul rosak akibat Taehyung seorang.

Jungkook dah mati. Maybe lepas ini giliran aku dan anak kami pula.

-------

"

Sebelum awak tanam mayat Jungkook, saya nak lihat wajah dia untuk kali terakhir."aku bertutur senada.

Telapak tanganku mengusap bahu Taehyung. Aku benamkan bibir di atas bibirnya. Sengaja hendak mengurangkan rasa curiganya.

Berbeza pula dengan Taehyung. Reaksi sukanya menambah rasa benci aku kepadanya. Ciumannya menuntut lebih lagi sehingga tubuhku terdorong rapat ke meja makan.

Jijik. Berulang kali aku melafaz perkataan tersebut di dalam hati. Demi keselamatan bayi di dalam perut,aku terpaksa melayan sentuhan lelaki itu.

Tanpa rela,aku biarkan. Hanya sakit hati kuat menyesakkan dada.

"Boleh. Kenyangkan perut dulu. Nanti aku bawa kau naik atas. I love you, Park Ji Yoon."

Aku ditarik duduk di atas pahanya. Pandangan berapi aku hantar dalam diam sebagai tanda aku memprotes tindakan gatalnya.

Sudu berisi makanan didekatkan di bibirku. Taehyung menampar kasar permukaan perutku sambil matanya dikenyitkan manja.

Dasar syaitan bertopengkan manusia.

"Sayang betul kau dekat bayi lelaki sampah tu. Dah mampus pun. Aku kena hadap sisa dia. Tapi,  aku sayang kau. Hurm."

Aku mengunyah hirisan daging yang disuap ke dalam mulut. Senyuman palsu dikoyakkan sedikit supaya Taehyung dijerat masuk sedikit demi sedikit ke dalam perangkapku.

"Taetae, suaplah lagi. Saya lapar."

Jemariku bermain-main di kolar bajunya bersama tatapan mata penuh maksud tersirat.

-------

Taehyung memulas tombol pintu. Jari telunjuknya dihalakan tepat ke arah tubuh lelaki yang terdampar berhampiran kawasan tingkap bilik.

Kepala Jungkook berlumuran darah dari jauh. Ji Yoon menekup mulutnya. Air mata mengalir jatuh di kawasan pipi.

"Kejap. Aku rasa lain macam. Kau tunggu sini, Ji Yoon."ucap Tae separuh berbisik.

Tangannya diangkat naik ke atas. Kakinya melangkah mendekati susuk tubuh Jungkook yang terbaring kaku di atas lantai.

Walaupun kepala Jungkook berlumuran darah, kesan tembakan tidak kelihatan.

"Tae, awak memang jahanam."

Bunyi picu ditarik mengejutkan Taehyung. Kepalanya ditoleh ke belakang.

Ji Yoon sudah siap sedia membenamkan lubang pistol di sisi kepala Taehyung.

"Rindukan aku, Taehyung?"ujar suara garau tersebut. Lelaki itu memandang tubuh Jungkook yang bergerak bangun dari atas lantai.

Automatik pistol dihalakan tepat di tengah dahi Jungkook tatkala Jungkook tersenyum sinis memandangnya.

Suasana sekeliling bertukar jeda. Ji Yoon sendiri bungkam dengan keputusan melulunya.

"Jika kau tembak aku, Jungkook akan mati. Choose Ji Yoon."

Jungkook menolak dahinya lebih dekat dengan pistol tersebut. Bunyi picu ditarik langsung tidak menggoyahkan pendiriannya.

"Sayang, listen. Kau tembak je Taehyung. Kalau aku mati, boleh sama-sama heret dia masuk neraka..berjemaah."

-------

Taehyung gila. Jungkook gila. Aku pun boleh jadi meroyan.

Permintaan Jungkook memang mengarut. Aku sendiri berkorban untuk lihat dia hidup. Jungkook pula berkeras mahu mati bersama Taehyung.

"T-tak. Our baby masih perlukan seorang ayah. Diam Jungkook."

Taehyung berada di tengah kami berdua tergelak kuat. Dia tersenyum sumbing. Kepalanya memandang Jungkook.

"Aku dah rosakkan Ji Yoon. Kau masih mahukan dia, Jeon Jungkook?"

Buat seketika, aku dapat melihat jeritan kecil terlepas dari bibir ketika wajahnya diraup kasar. Iris mata Jungkook memberi signal agar aku meneruskan niatku untuk menembak Taehyung.

"Please,  if you love me so much, tembak Taehyung. Lakukannya sekarang."

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Wajah Tae dan Jungkook aku tenung lama.

"Kau akan kehilangan Jungkook. I warn you. "Taehyung mengekalkan riak wajah tenang.

"Saya terpaksa. Goodbye Taehyung dan Jungkook."

Tembakan yang dinanti muncul juga akhirnya.Aku lepaskan berdas-das tembakan terhadapnya.

Pistol yang berlumuran darah terlepas dari genggaman tangan. Mataku menyaksikan tubuh Taehyung dan Jungkook rebah di hadapanku.

"J-jungkook, maafkan aku. M-maaf."

Dua lelaki yang pernah aku sayangi pergi meninggalkan aku serentak pada hari itu. Dapat aku rasakan tubuhku terkulai layu di atas lantai.

Pandangan yang kabur terus bertukar gelap selepas itu.

-tbc-

A/N:

Inilah penamat kecil. Hehehe.

Dua-dua goneeee. 😢

Penamat besar dalam bab terakhir (20).

Update selesai. Jumpa esok.

Do you like this chapter? Spam me a lot of love.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top