16

On/Off

A/N:

Header bab di atas sudah ditukar dan ada sebabnya. ;)

--------

Taehyung menayangkan senyuman lebar kepada tuan majikannya, Ji Yoon. Manjanya terlebih dos sejak butang off memainkan peranan semula.

Lengan kekarnya dipegang kemas oleh wanita itu. Langkah kakinya diatur menuju ke arah satu bilik wad peribadi.

Usai pintu dikuak separuh, susuk tubuh seorang lelaki terbaring lemah di atas katil hospital. Dengan pantas, genggaman tangan Ji Yoon di lengan Taehyung mulai longgar.

"J-jungkook."

Seruan namanya tidak disahut oleh lelaki itu. Sepasang mata bundarnya memerhati bahagian atas tubuh Jungkook yang dipenuhi wayar-wayar halus.

Kelopak mata kekasih hatinya itu terbuka luas. Namun, ada sesuatu yang aneh. Jungkook langsung enggan memberi respons apabila namanya disebut wanita itu.

"Jungkook, saya dah d-datang. Ingat lagi tak sahabat baik awak?"ujarnya separuh sebak.

Jemarinya mengesat air mata yang meleleh di tubir mata Jungkook. Lelaki itu menangis begitu lama.

Lihat sahaja keadaan kelopak matanya yang membengkak. Lengan kekar Jungkook disentuh perlahan.

Segala pergerakannya penuh berhati-hati supaya emosi lelaki itu terjaga rapi. Telapak tangan Jungkook diangkat naik ke atas lalu Ji Yoon tekapkan di sisi kanan pipinya.

"Saya akan bawa awak balik  ke rumah bersama Tae. Jujur saya tak sabar nak kongsi berita gembira kepada awak."ujar Ji Yoon.

Senyuman wanita itu mengendur tatkala pandangannya tertancap pada wajah tanpa emosi Jungkook.

Satu patah perkataan pun dia tidak zahirkan sejak awal pertemuan tadi. Jungkook menolak jemari Ji Yoon daripada menyentuh wajahnya.

Kepalanya didaratkan semula di atas bantal. Tubuhnya dipalingkan ke arah lain. Ketara bahasa tubuhnya yang seolah-olah membenci kehadiran Ji Yoon dan Taehyung pada petang itu.

-------

"Taehyung,boleh ambilkan tuala bersih dengan air suam? Saya nak lap muka Jungkook. Comot sangat macam Tae dulu-dulu."aku berjenaka ringkas seraya telapak tanganku menolak lembut tubuh Taehyung keluar dari bilik tetamu itu.

Jungkook berjaya dibawa pulang semula ke rumah. Disebabkan kedegilan Taehyung,aku membawa Jungkook pulang ke rumah agamnya.

"Saya nak my beloved Jungkook sihat macam dulu."aku bertutur dalam nada bergetar.

Jungkook kekal mengeras di tengah katil. Dibiarkan kesan bubur meleleh di celah bibir. Rambut pendeknya kelihatan kusut-masai. Entah apa yang diamukkan lelaki itu ketika aku menghilang sebentar ke dapur.

"Please, at least say one word to me. Saya terlalu rindu suara awak."aku memautkan jemari aku dan si dia.

Dia bukan lagi Jungkook yang lama. Auranya begitu lain. Renungan matanya sentiasa gelap dan sayu setiap kali pandangan mata kami bertemu.

"J-jungkook, i really miss you."lirihanku berbaur duka.

Aku kemam bibir. Tangisan yang galak mahu membasahi pipi dikawal sepenuh hati.

"If you love me, please at least cakap sedikit. Jangan buat saya terdesak, Jungkook."

Jungkook menghela nafas. Bibirnya bergerak-gerak ingin menuturkan kata-kata. Hampir aku menjerit bahagia tetapi angan-anganku berkecai jua.

Lelaki itu berdiam diri semula. Bengang dengan tindakan diam membisunya. Aku menarik kasar telapak tangannya.

Aku daratkan jemarinya di permukaan perut yang masih leper. Riak muka Jungkook berubah tegang.

"Hadiah awak tersangat istimewa. Takkan dah lupa?"aku memujuknya.

Satu situasi yang tidak terduga berlaku. Imej Jungkook menangis teruk di hadapanku berlaku pada saat ini.

Juraian air matanya ligat membasahi pipi. Telapak tangannya ditarik kasar. Perasanku bertambah kusut tatkala suara riang Taehyung berlegar-legar di luar bilik.

"Dia a-akan bunuh kau dan anak kita, sayang. Kau terlalu berfikiran naif. Kau buat aku semakin takut, Ji Yoon."

Suara garau Jungkook berbisik laju. Apabila figura tubuh Taehyung melangkah masuk ke dalam bilik, mulut Jungkook terkunci rapat.

Bunyi rengusan nafas kasar Jungkook berbunyi kuat. Aku menoleh ke arah wajah suci Taehyung yang tersengih comel ke arahku.

Sehelai kain bersih dan air suam bertukar tangan. Aku dapat rasakan dagu Taehyung mendarat di atas kepalaku. Sepasang mata Jungkook galak memandang tajam perlakuan kami berdua.

Bahuku dipaut mesra oleh Taehyung. Senyuman kecil menghiasi wajah kacaknya.

"Malam ini, Taetae tidur bilik Cik Ji Yoon. Sunyilah takde peneman. Tinggal Jungkook seorang. Dia budak baik kan?"

Belum sempat aku membalas, bibirku dikucup mesra. Ciuman mengejut Taehyung menambah luka kepada Jungkook.

Lelaki itu mengesot ke hujung katil. Kedua-dua telinganya ditekap menggunakan telapak tangan.

"P-pergi dari sini. Aku nak bersendirian. Pergi sekarang!"Jungkook membentak keras.

Tubuhnya dipalingkan ke sudut lain. Lengan kekarnya memeluk tubuh yang menggigil.

Kain bersih melorot jatuh daripada genggaman tanganku. Diseka juraian air mata dari kelopak mata sendiri. Aku membiarkan tubuhku ditarik keluar dari bilik.

"Jom keluar. Taetae nak tunjuk something untuk tontonan Cik Ji Yoon."

Maafkan aku. Beri aku masa untuk bawa kita keluar daripada kemelut ini, Jungkook.

-tbc-

A/N:

Hari ini saya beri banyak update. Maybe 3-4 updates. Be alert. Story ini akan tamat pada bab ke-20.

Stay tuned. ❤



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top