15

On/Off

A/N:

Dah ready ke?

Dalam bab ini, Taehyung versi off akan hadir.

Votes dan komen for the next update tomorrow💜

----------

Jungkook kejam. Kau janji untuk setia bersama aku. Tapi, kau mungkir janji.

"Makan sebelum aku benam muka kau dalam bubur tu."tegur Taehyung.

Aku diam membisu. Amaran keras Taehyung aku langgar seperti biasa. Lantaklah kau nak bunuh aku sekalipun.

Tiada maknanya untuk aku hidup dalam penjara dunia ciptaan manusia gila bernama Kim Taehyung ini.

"Kalau baby kau lapar, aku tak nak bertanggungjawab."

Usai perlian sinis dari mulut puaka lelaki itu, aku menolak mangkuk berisi bubur jatuh ke atas lantai.

Soal kenyang aku letak tepi. Asalkan hati aku puas membalas kekejaman Taehyung menerusi cara halus, aku akan laksanakan hingga puas.

"Saya letih. Nak tidur."aku berkata perlahan seraya tubuhku yang lemah dikerah juga menghampiri pintu bilik.

Taehyung setia di tempat duduknya. Tubuhnya mengeras di situ bersama wajah garang yang ditayang angkuh.

Tiga minggu dia larikan aku ke satu tempat asing dan jauh daripada khalayak ramai. Aku bernasib baik kerana dia mengelakkan diri daripada menyentuh diriku.

Gara-gara satu nyawa kecil yang menghuni di dalam rahimku, aku terselamat. Satu-satunya benih daripada Jungkook dan hasil cinta kami berdua.

"Saya rindukan awak, Jungkook. Anak kita.."ujaran kata-kataku tergantung di pertengahan apabila bunyi pintu dikuak kasar.

Siapa lagi yang nak mengganas selain Taehyung seorang? Tubuh tinggi lampai itu duduk di hujung katil sambil hidungnya seolah-olah menghidu satu bau asing.

"Aku dapat kesan bau Jungkook. Kau ada pakai barang dia?"soal Taehyung. Aku mendekatkan diri ke arah lelaki itu. Dalam sekelip mata, lelaki durjana itu menjauhkan diri.

Jari telunjuknya dihalakan tepat kepada aku. Dia menuturkan kata makian dalam helaan nafas berbunyi berat.

"Jangan keluar dari bilik selagi kau tak buang bau Jungkook dalam bilik ni."

Taehyung berlalu keluar. Bunyi hempasan pintu bergema kuat nyaris melemahkan jantungku.

Kerutan di dahi aku timbul ketara. Permukaan perut yang leper aku usap lembut supaya aku berasa tenang.

Kata-kata Taehyung tidak masuk akal dan mengarut. Mana mungkin Jungkook singgah ke bilikku sedangkan dia sudah mati ditikam beberapa minggu yang lalu.

Aku gila atau Taehyung yang gila?

-------

Taehyung menggigit kuku. Imbasan wajahnya di cermin ditilik resah. Segera dia menyentuh skrin telefon pintar. Nombor seseorang didail laju lalu skrin tersebut ditekap di cuping telinganya.

"Bagaimana keadaan dia? Kau pasti dia memang tidur macam mayat atas katil dan tak bergerak? Aku akan bunuh kau tanpa amaran jika Ji Yoon hilang."

Bunyi suara seseorang menjelaskan dengan terperinci kepada dirinya melegakan kerisauan Taehyung. Jujur dia berasa takut dengan haruman yang mirip Jeon Jungkook.

"Baguslah. Ketatkan kawalan terhadap dia. Make sure kau tembak kalau dia bangun. Aku nak dia kekal terbaring atas katil selamanya."

Taehyung menamatkan panggilan. Perangai dingin Ji Yoon semakin menjadi-jadi. Disebabkan dia bencikan janin yang berasal dari darah daging Jeon itu, dia sabarkan hati yang membara.

"Kalau perempuan tu tak mengandung, dah lama aku campak dalam laut kasi mampus. Hidup asyik merimaskan aku. Pening!"rungut Taehyung. Kakinya disilangkan di atas meja pejabat.

Usai memejam kelopak mata, fikiran Taehyung hanyut ke alam mimpi. Belaian jemari lembut seorang wanita membangkitkan sisi terujanya.

Desahan nafas kasar dihembus keluar ketika jemari itu meliar di bawah dagu. Tanpa dia sedar, pergerakan jemari wanita misteri dalam mimpi tersebut terhenti tepat di bawah dagu.

"Taehyung, off."

Matanya terbeliak luas. Tubuhnya menggelupur di atas lantai kerana kejayaan Ji Yoon menekan butang off.

"S-saya nak lihat kubur Jungkook. Please, saya merayu. Saya tak berniat nak tekan butang off."

Tubuhnya seperti terkena satu renjatan elektrik. Suasana di sekeliling bertukar sunyi buat sementara waktu.

Ji Yoon merangkak ke arah Taehyung. Rambut berwarna kelabu itu diusapnya lembut.

"Demi Cik Ji Yoon, taetae akan kembalikan Jungkook."ujar Taehyung bernada gembira. Kepalanya didekatkan lagi agar telapak tangan Ji Yoon menyentuhnya lagi dan lagi.

Lagak Taehyung selepas ditekan butang off mirip seekor kucing manja. Bebola matanya yang bersinar memandang Ji Yoon tanpa berkelip mata.

"Taehyung sayang Ji Yoon. I will do anything for Ji Yoon!"Taehyung bersorak girang.

Telefon pintarnya diserahkan kepada Ji Yoon. Kepalanya didaratkan di bahu wanita itu lalu jemarinya bermain dengan anak rambut Ji Yoon yang terjuntai di dahi.

Gelakan manja menyejukkan hati ji Yoon serta-merta. Dia sungguh terkejut dengan tindak balas mengejut Taehyung.

"Cik Ji Yoon telefonlah pihak hospital. Kita boleh jaga Jungkook...together."

Ji Yoon mengeraskan postur badannya. Wajah suci Taehyung dibeleknya khusyuk.

"Saya belum cukup gila untuk jadi segila awak, taetae."

Taehyung membunyikan deheman suara garaunya. Lengan Ji Yoon digoyangkan berulang kali.

"Taetae nak jaga Jungkook dengan Ji Yoon. Pweaseeee, taetae nak. Taetae nak!"

Lelaki itu mengamuk seperti anak kecil. Ji Yoon kemaskan pelukan di bahunya. Ubun-ubun Taehyung dicium lembut lalu dia senyum lebar.

Terpaksa menjadi fake kepada si penjahat asalkan nyawanya tidak berada di hujung tanduk lagi.

"K-kalau begitu, kita jaga Jungkook. Tae dan Ji Yoon berdua,okay?"

Taehyung mengiyakan percakapan tuan majikannya. Kesan ditekan butang off, manjanya tahap maksimum.

Dia akan tunaikan segalanya demi kebahagiaan Ji Yoon.

-tbc-

A/N:

Korang rasa Jungkook hidup lagi tak?

Kalau dia hidup, apa yang terjadi pada dia?

Ha itulah versi off Kim Taehyung. Manja kannnn. Hahahahahahaha.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top