14
On/Off
A/N:
Bab ini ada campuran psiko dan sedikit kejam. Mohon pembaca berada dalam had umur 15 ke atas.
Satu nyawa akan terkorban dalam bab ini. I'm sure you gais dapat teka.
-----------------
Jungkook membetulkan selimut tebal di tubuh kecil Ji Yoon. Bahu teman wanita merangkap sahabat baiknya yang terdedah dikucup perlahan.
Lengan kekarnya sempat menyalurkan haba pada tubuh wanita itu sebelum dia bergerak jauh dari kawasan tempat tidur.
"Masa tak menunggu aku. Maaf, Ji Yoon. Aku sayang kau."ujarnya syahdu dan rasa sebak membuatkan tubir matanya berair.
Kemeja putih disarungkan ke tubuh sasanya. Jungkook menarik nafas sedalam-dalamnya. Helaian tisu bersih dikesat di lubang hidung dan celah bibir yang galak mengeluarkan darah merah.
Cecair likat berwarna merah itu mencucuk deria baunya. Telapak tangannya memaut kuat hujung katil. Sempat dia hadiahkan ciuman kepada Ji Yoon.
"Aku tahu taetae kau tunggu masa nak putuskan nyawa aku. Jaga diri, Ji Yoon."lirihnya sayu.
Usai menyarungkan pakaian di tubuh, Jungkook bergegas keluar dari kamar tidur.
Kepalanya berdenyut sakit. Rongga tekaknya kerap terganggu sehingga darah tidak henti keluar dari bibirnya.
"Racun ini terlalu dahsyat. Dia lambatkan kematian aku supaya aku terseksa lama. Bijak kau, Taehyung."
Tapak kakinya berhenti di ruang tamu. Kepala seorang lelaki menoleh ke arahnya.
Pandangan saling bertaut. Pada saat genting itulah, Taehyung melangkah perlahan menuju ke arah Jungkook.
Tubuh longlai anak Jeon itu tersandar lemah di hujung kabinet televisyen. Sepasang mata redupnya memandang wajah terima Taehyung tanpa sebarang emosi di wajah.
"Just kill me now and leave Ji Yoon alone."tegas Jungkook.
Taehyung menolak tubuh lelaki itu ke atas lantai. Seperti yang dia dambakan, Jungkook duduk melutut di hadapannya.
Telapak tangannya mencengkam kuat rahang lelaki itu. Rengusan kecil melolos keluar dari bibir gara-gara jemari Taehyung yang asyik menyeksa keadaan dirinya yang lemah.
"Aku bunuh kau sekarang. Lepas tu, aku panggil Ji Yoon jadi penonton babak sedih ini. Okay Jeon?"
Penumbuk kecil Jungkook bertubi-tubi singgah di dada Taehyung. Kekuatan manusia ciptaan Dr Beomgyu itu mengatasi kekuatan dirinya.
Lehernya pula menjadi mangsa cekikan jemari Taehyung.
"Itu yang kau mampu seksa aku, Taehyung?"provoks Jungkook.
Taehyung menggelengkan kepala. Dia biarkan Jungkook berpeluang menghirup udara sebentar sebelum bilah pisau ditayang megah di depan mata lelaki itu.
"Aku cuma mahu kau pegang janji. Jangan cederakan Ji Yoon. Satu calar hinggap badan dia, aku akan kembali. Tak kisahlah sama ada aku dah mati atau tidak."ucap Jungkook.
Racun memberi kesan membunuh pada saat-saat terakhir. Daripada gaya duduk melutut, Jungkook meringkuk kesakitan di atas lantai.
Deria penglihatannya mulai kabur. Wajah sinis Taehyung bertukar ganti dengan wajah comel Ji Yoon.
"Aku sayang kau, Ji Yoon. Selamanya."
Bilah pisau tajam itu ditarik perlahan sehingga ianya mendarat di atas permukaan dadanya.
"J-ji Yoon."lafaznya terketar-ketar tatkala bilah pisau tersebut menghunus tepat ke jantung.
Sakitnya tikaman tersebut berserta racun berbahaya memakan diri dengan pantas.
"Ji Yoon, turun sekarang. Tak nak tengok sayang kau ke?"Taehyung menjerit lantang.
Dia perhatikan keadaan Jungkook yang nazak. Telinganya menangkap bunyi pintu bilik yang ditolak kasar oleh Ji Yoon.
"Jungkook, aku akan larikan Cik Ji Yoon. Kau dibiarkan mereput dekat sini. Bagus tak?"
Bilah pisau ditarik lalu dia benam semula ke dalam kesan tikaman tersebut.
Bunyi helaan nafas Jungkook mengendur. Kelopak matanya terbuka separuh bersama tompokan air mata yang susah kering.
"J-ji yoon."bibirnya bergerak tanpa suara apabila susuk tubuh wanita itu berlari ke arahnya.
Tangisan kuat kedengaran. Pergelutan hebat berlaku di situ sebelum anak matanya menghantar pemergian Ji Yoon yang diheret keluar oleh Taehyung secara paksaan.
Kelopak matanya menjadi berat lalu dia cuba pejamkan mata supaya kesakitan itu berlalu pergi.
"Tae tak akan bunuh dan seksa kau, Ji Yoon."
Jungkook mendaratkan telapak tangannya di atas dada. Degup jantungnya berentak perlahan menandakan dia tidak mampu bertahan lama.
Kerutan di dahinya mulai menghilang. Pergerakan tubuh Jungkook berubah kaku dan figura tubuh sasanya terbaring berlumuran darah di tengah ruang tamu.
-tbc-
A/N:
Dasar Tae. Kau tunggu Ji Yoon tekan butang 'off'.
Hahahahaha. Kesian anak Jeon :'(
Ending dia tidak seklise babak Jungkook kena tikam dengan Taehyung.
Saya dah bagi klu. Jadi, boleh start teka ending from now. ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top