13
On/Off
A/N:
30 komen for the next update. ❤
---------
Sejak kebelakangan ini, aku sukar bertemu Jungkook walaupun kami tinggal sebumbung. Lagi dua minggu appa akan pulang ke bumi Seoul.
Lebih baik aku habiskan masa yang ada bersama kesayangan hati. Namun, Jungkook seolah-olah memencilkan diri beberapa hari selepas sambutan hari lahirnya.
Tiada peratusan aku ada berbuat silap kepada dia sedangkan mood Jungkook baik-baik sahaja sewaktu kali terakhir kami berdua menikmati makan malam bersama.
Dduk. Dduk.
Kelopak mataku terjegil luas. Dengan atur langkah yang perlahan, aku daratkan jemari di atas tombol pintu. Cuping telingaku ditekap rapat.
Bunyi suara seorang lelaki merengus kecil mendesup masuk ke dalam halwa telinga.
J-jungkook. Apa yang dia inginkan lewat malam begini?
-------
"Ji Yoon. Kau sayang aku kan? Relakan semua ini. Demi aku."lafaz Jungkook gementar tatkala wajah keliru Ji Yoon menyapa iris matanya.
Liurnya ditelan perit. Halkumnya bergerak gelisah menandakan ada satu hajat yang ingin diselesaikan pada waktu itu juga.
"Jungkook, badan awak panas sangat. Mari saya papah awak balik bilik."
Permintaan wanita itu dibiarkan tergantung tanpa balasan. Sebelah tangan Jungkook terkial-kial menekan tombol pintu.
Kepalanya menunduk supaya ketinggiannya menyamai paras ketinggian Park Ji Yoon.
"Jungkook cintakan Ji Yoon. Only you."
Bibirnya menghadiahkan ciuman bertalu-talu di sekitar wajah Ji Yoon. Jemarinya bergerak perlahan melucutkan butang baju tidur wanita itu.
Helaan nafas berbunyi kasar. Jemari masing-masing disulam erat. Jungkook enggan membuang masa. Ada satu hajat yang dia ingin tunaikan sebelum kedatangan lelaki ganas itu.
"Trust me. Aku buat semua ini bersebab. I will always love you."tutur Jungkook bernada perlahan.
Bibirnya tersenyum kecil seraya tubuh badan tegapnya memeluk tubuh Ji Yoon.
Pelukan tersebut dilonggarkan perlahan lalu rangkulan lengannya menolak batang leher Ji Yoon maju ke hadapan.
"Walaupun aku dah tiada, you will be safe. Itu janji aku. This is your Jeon."
Dalam kesibukan dua manusia ini meluahkan rasa cinta antara mereka, seorang lelaki tersenyum menyeringai di sebalik pintu yang terkunci.
Dia sudah pulang dengan agenda yang kejam dan licik. Rahangnya bergerak mengawal baran dan dendam yang meluap-luap mahu keluar dari hati.
"Kau memang jahanam, Jeon. Kau s-sentuh tuan aku. Memang aku akan hantar kau ke neraka. Secepat mungkin."
Pisau sederhana kecil itu dihayunkan sambil dia membunyikan siulan berbaur sinis.
Sepasang matanya mencerlung tajam ke arah bilik tidur tersebut. Dibiarkan bilah pisau itu terbenam kuat di telapak tangannya. Taehyung melangkah turun dari anak tangga.
Senyuman sumbing terukir di sudut hujung bibir. Jarum jam di dinding ditenung teruja.
Dia menunggu saat keramat itu tiba. Pisau ini juga ternanti-nantikan kehadiran Jeon Jungkook.
"Aku jangkakan efek racun tu akan lagi kuat untuk beberapa jam terakhir sebelum kau mampus. Pisau ini dah ready nak berkenalan dengan kesayangan hati Park Ji Yoon."
Taehyung menyandarkan kepalanya di sofa. Bayangan Jungkook merayu di hadapannya berlegar-legar di ruang fikiran.
"Aku bagi peluang kau berseronok. Lepas ni, kita have fun berjemaah."
Jemari runcingnya menyentuh butang on/off bersama mimik wajah bengis.
Enam bulan dia menghilang. Sudah tentu dia kembali dengan kejutan luar biasa.
-tbc-
A/N:
Jeng jeng jeng. Tae muncul😂
Ada yang rindukan dia?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top