11

On/Off


A/N:

Dalam 2-3 bab lagi kita akan lihat Ji Yoon tekan butang off. Agak-agak Taehyung akan jadi apa?

----------------


Figura tubuh Jungkook berjalan mundar-mandir di luar wad yang menempatkan Ji Yoon.

Gelisah dan gementar. Dua perasaan ini bercampur-baur dan sebati menjadi satu. Akhirnya, dia sendiri gagal mengawal fikirannya yang berselirat ketika itu.

Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba, dia dapat berita sahabat baiknya menelan racun.

"J-ji Yoon, maafkan aku."ujarnya sebak.

Tanpa diduga, pintu wad dikuak dari dalam. Seorang doktor mendekati Jungkook lalu huluran tangannya disambut oleh lelaki itu.

"Cik Park Ji Yoon sempat diselamatkan. Keadaan dia stabil buat masa sekarang."

Lega hati Jungkook tatkala berita baik itu keluar dari mulut Dr yang memakai tag nama 'Seokjin' itu.

Terasa bahunya ditepuk perlahan oleh doktor muda itu, Jungkook menolak daun pintu yang menempatkan jasad lemah Ji Yoon.

Tubir matanya bergenang. Niat asalnya untuk membalas dendam kepada keluarga wanita itu lupus serta-merta.

"Semuanya berpunca daripada aku. Aku akan tanggung akibatnya, Ji Yoon. I'm so sorry."

-------

Taehyung menyentuh lembut permukaan dagunya yang dipasang butang On/Off itu. Rambutnya yang berwarna kelabu pudar itu diramas kuat.

Seperti orang kurang waras, dia ketawa dan di penghujungya, lelaki itu mengamuk kegeraman.

"Aku patut bunuh Jeon terus sebab dia punca aku jadi sebegini. Well, Ji Yoon dah lembik. Siapa lagi yang layak?"bisiknya keras.

Cecair minuman berwarna oren itu digenggam erat. Dia belek berkali-kali lalu botol tersebut dimasukkan ke dalam beg sandang milik Ji Yoon.

Tubuhnya menghampiri koridor ruang tamu. Suasana malam yang hening memberi peluang untuk Taehyung berfikir langkah seterusnya.

Pedulikan sekejam manapun rancangan gilanya. Hanya satu yang Taehyung mahukan.

Jeon Jungkook akan mati di tangannya.

By hook or by crook. Secepat yang mungkin.

--------

Aku merapatkan lututku  ke dada. Beg sandang berisi racun kiriman Taehyung lewat malam tadi benar-benar menguji keberanianku.

'Aku nak kau beri racun ini kepada Jeon. Make sure he drink it sampai licin. Arasseo?'

Suara ugutan Taehyung tergiang-ngiang sejak dari malam tadi. Kedatangannya langsung tak terjangka dek akal.

Sekuriti hospital yang ketat pun dia mampu redah. Inikan pula bilik wad peribadi yang menempatkan aku.

'Kau mahu aku jumpa ayah kau?Aku boleh settlekan orang tua tu dahulu. Hapuskan semua orang yang kau sayang. Itu yang kau mahukan?'

Aku menggosok kelopak mata yang membengkak. Racun tersebut dimasukkan semula ke dalam beg apabila telingaku menangkap kehadiran anak Jeon.

Senyuman kecil aku diukir secara paksaan di wajah. Telapak tanganku menyentuh lengannya.

Aku terpaksa Jeon. Aku didesak oleh Kim Taehyung.

"S-saya nak tinggal di rumah awak buat sementara waktu. Boleh kan Jungkook?"

Jungkook tidak menolak permintaanku. Lengannya menarik tubuhku sehingga bahu kami saling bersentuhan.

Ubun-ubunku dikucup lembut. Buat pertama kali, senyuman semanis madu dia tayangkan khas untuk aku.

"Jeon will do anything for you."

Aku cengkam kuat hujung lengan baju hospital yang tersarung di tubuh. Kelibat Taehyung berjalan laju bersama senyuman menyeringai di luar wad menakutkan aku.

Wajahku segera disembamkan di bahu Jungkook. Takut dan trauma yang bersilih ganti menjadikan aku semakin lemah.

Taehyung akan singgah di rumah Jeon Jungkook pada masa yang akan datang. Aku perlu sentiasa berhati-hati.

-tbc-

A/N:

Next chapter will be so dramatic and intense.

Hero untuk fanfic ini can be tae and jeon at the same time. Ada dua hero sebab level menyetan sama je. 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top