10
On/Off
A/N:
Muncul lah silent readers. Bosan sangat ke ff ini? 🐧#10bablagi
--------------------
"Ji Yoon, taetae rindu."sergah Taehyung tiba-tiba dari arah belakang setelah wanita itu selesai mengunci pintu utama.
Gugusan kunci jatuh bertaburan di atas lantai ruang tamu gara-gara kejutan yang tidak disangka-sangka itu.
Lain macam benar sikap Taehyung malam ini. Takkanlah tinggal seharian dia sudah berubah menjadi budak baik.
Ji Yoon menjadi musykil. Telapak tangannya ditekapkan di wajah lelaki itu lalu wajah kacak Taehyung dibelek berulang sekali sehingga jemu.
"Kenapa jadi budak baik? Sengaja atau tak sengaja, Kim Taehyung?"
Senyuman petak lelaki itu mendadak perubahannya. Taehyung tayang wajah nakal seperti kebiasaannya.
"Tae rasa insecure tinggalkan Cik Ji Yoon dengan lelaki keparat tu. Suka ke date bersama...Jeon Jungkook?"
Ji Yoon segera menidakkan kenyataan Taehyung. Enggan mencabar kesabaran lelaki itu, lengannya merangkul erat leher Taehyung.
Dibiarkan batang hidung mereka bersentuhan, beberapa saat kemudian Ji Yoon hembuskan nafas penuh getaran.
At least keluar makan malam bersama Jungkook, pelusuk hatinya berasa lega. Berlainan pula dengan Taehyung,setiap masa Ji Yoon mengira detik untuk melepaskan diri.
Rasa sayangnya kepada lelaki itu bersulam ketakutan yang mendebarkan hati.
Bila-bila masa, nyawanya boleh berada di hujung tanduk.
Hapuskan Tae atau hapuskan Jungkook.
Keputusan muktamad ada di tangan Ji Yoon.
-------
Aku menenyehkan kelopak mata. Segar-bugar anak mataku tika bunyi peralatan dapur diselerakkan oleh seseorang.
Jangan cakap malaun atau pencuri. Petik hari pun aku dapat teka gerangan orang yang galak berbuat bising itu.
"T-taehyung, apa semua ni?"aku menegah keras. Tempikan suara dingin ini gagal menggoyahkan pendirian Taehyung.
Mukanya yang comot dan tampak selekeh menayangkan reaksi polos dan suci murni.
Tangannya ligat menggaul adunan cecair berwarna oren pekat itu. Aku menebak kasar niat tersembunyi lelaki itu.
Ada sesuatu yang dia rancang terhadap sahabat baikku, anak Jeon bertuah itu.
"Aku hampir siap racun khas untuk Tuan Jeon Jungkook. Esok Cik Ji Yoon letak dalam minuman dia. Got it?"
Aku cuba merampas gelas berisi minuman Oren bercampur racun itu daripada pegangan Taehyung.
Taehyung cepat mengelak. Tubuhku ditolak kuat ke dinding menggunakan kudrat lelakinya. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.
Jadi telunjuk dibenamkan di bibirnya. Taehyung mengacau semula air berbahaya tersebut sambil membunyikan siulan di bibir.
"Awak dah janji untuk beri masa saya goda dia. But,you broke your promise. Sekarang bukan masanya untuk bunuh Jungkook."
Jika masa boleh dilengahkan, aku cuba untuk kerah mana-mana cara sekalipun demi Jungkook.
Memanglah Jungkook menyetan. Tak semestinya kita perlu menghukum melalui cara yang kejam.
"Shhh, princess suka cari pasal. Memang tak serik ke?"
Taehyung tuang sedikit cecair oren tersebut ke dalam gelas kecil. Daguku ditolak ke atas. Aku kemam bibir serapat mungkin supaya Taehyung gagal memasukkan racun tersebut ke dalam mulutku.
"Buka mulut. Kau patut tahu seksaan yang Jeon akan rasai kelak. Manis pada permulaan, derita menyusul selepas itu."
Telapak tanganku menampar kuat permukaan dada bidangnya. Siapa yang tak sayang nyawa?
Pergelutan hebat antara aku dan Taehyung berakhir dengan sadis.
Pipiku dicengkam sehingga kulit pipi menjadi merah akibat penangan jemari kasar Kim Taehyung.
Sebelah tanganku terkial-kial menyelinap ke bawah dagunya.
Satu saat.
Dua saat.
Jari telunjukku mendarat di atas butang off Kim Taehyung.
Aku ingin menekan butang tersebut ketika diriku berada dalam saat genting itu.
Gelas berisi cecair racun ditolak rakus ke dalam rongga mulut. Benar sekali tutur kata Taehyung.
Kemanisan pertama mendarat di atas reseptor lidah. Kemudian, ianya berganti pahit dan menyeksa nafas tatkala cecair tersebut meresap pula ke dalam rongga tekak.
"Tuan aku sendiri tak mampu tekan butang off. Alahai tidur lena, baby girl."
Aku terduduk di hadapan Taehyung. Telapak tanganku menepuk permukaan dada yang berasa nyilu dan berdegup kencang.
Baru hirup sedikit, aku sudah nyawa-nyawa ikan.
"Kau memang jahanam, taetae."aku membalas sinis. Aku mengesat cecair panas dan likat yang mengalir dari lubang hidung.
Darah pekat menghiasi penglihatan sebelum tubuh aku terjelepuk jatuh dan lembik di lantai dapur.
-tbc-
A/N:
Esok insha Allah saya akan kirim 2-3 bab. Target nak habiskan dalam weekend ini juga. ❤
See you later. 🐧
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top