Final Chapter • O ; JJK

Tiba-tiba, bunyi tapak kaki kedengaran dari luar bilik. Jeongguk hanya sekadar tersengih sebelum memotong tatapan iris mata hazel nya dengan Souyul.

BUK!

Wanita itu terus terjatuh, mengambil nafas secara kelam kabut, badannya mula menggeletar kesejukan.

Tiba-tiba cecair merah mengalir keluar dari hidung dan telinganya. Souyul mula terbatuk-batuk, sesak nafas.

"Hmmm, Detektif Yang tak boleh tahan side effect? Lemahnya," perli Jeongguk tetapi kakinya mula mendekati tubuh Souyul.

Kepala wanita itu diusap perlahan, mulut Jeongguk terkumat-kamit memberitahu Souyul untuk mengambil nafas perlahan-lahan.

BUM!

Sesuatu berbunyi kuat dihadapan pintu bilik itu, seakan ia dihentak dengan sesuatu kuat.

Tidak layan, Jeongguk sekadar sibuk mengusap kepala Souyul lagi, membantu dari segi apa tak tahu.

Apabila perasan yang pernafasan wanita itu sudah bertukar normal, dia tersenyum kecil.

Tiba-tiba, dia mengambil dua jari ke bibirnya, dicium, lalu bergerak ke bibir Souyul pula.

BUM!

"Okey, nampaknya panggilan untuk aku beredar sudah sampai-"

"S-Sekejap.." Souyul cuba untuk bangun, tapi kakinya lemah, seakan jeli.

Jeongguk tersenyum kecil, kening sebelahnya diangkat tinggi, hairan dengan perubahan tiba-tiba Souyul.

Seakan wanita itu tiba-tiba hilang ingatan siapa sebenarnya Jeongguk sebentar tadi.

BUM!

Kepala mereka berdua terus mendongak naik, melihat arah pintu bilik itu yang sudah mahu pecah. Sekali lagi hentakan, pintu itu pasti akan roboh.

Perlahan-lahan, Jeongguk mengundur kebelakang, ke arah besi balkoni itu, dia berdiri tegak, memandang wajah Souyul yang sudah terkebil-kebil. Wanita itu mula rasa kekuatan dia mula kembali.

"We'll see each other again next time so.. be ready."

DUM!

Souyul terus berlari ke balkoni itu, melihat ke bawah dimana Jeongguk menjatuhkan dirinya tadi.

Tetapi bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan.

Terkumat-kamit mulut Souyul melepaskan carutan.

Pihak polis dan SKUAD sudah berjaya memasuki bilik itu tapi sayang, orang yang dicarinya sudah hilang.

"Macam mana dia boleh terlepas? Apa yang kamu sudah buat Detektif Yang!?"

Souyul hanya sekadar mendiamkan diri. Teringat kembali waktu dia menyuruh Jeongguk untuk berhenti. Ianya bukan kerana dia tiba-tiba jatuh cinta ke apa tapi kerana kesan kelaran di pergelangan tangan Jeongguk. Ianya sudah hilang. Kulit lelaki itu menjadi normal semula. Ianya seakan dia tidak pernah menoreh pergelangan tangannya.

Oh..

Dengan segala yang sudah berlaku, akhirnya kepingan puzzle terakhir sudah disatukan, membentuk satu gambaran yang sangat jelas.

Souyul tergelak sendiri, menarik perhatian orang yang berada didalam bilik itu. Dari tawa yang kecil, menjadi gelak yang besar.

Ah.. betapa bodohnya dia tidak tahu satu hal misteri tentang lelaki itu.

Jeongguk Jeon, yes, he's a psychopath. But he's somewhat is a special case. He's not just a psychopath.

He's an immortal psychopath.





-THE END-

WAAAAAH!

Akhirnya selepas bertahun WOO tamat juga cerita merapu ni dengan ending yang tergantung JAHSJAHJAHAJS

Aku nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kepada semua orang yang sudi baca cerita ni, tunjuk support, dan beri komen yang positif dari mula sampai lahh tamat. Thank you! Jumpa lagi di karya yang lain!❤️❤️❤️❤️

Hasilcipta adalah daripada ©pottaetto 2020

Mula : 15 December 2020 | Selasa
Tamat : 2 Oktober 2021 | Sabtu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top